Selasa, 15 Februari 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Sekitar Sambutan Maulidurrasul Di Masjid Bukit Indah...

Posted: 15 Feb 2011 04:09 AM PST

Pyan Habib: Mendeklamasikan sajak istimewanya di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Tiga orang panelis dalam Forum Komuniti Silang Benua: Muhammad s.a.w., Antara Durham dan Ampang. Dari kiri, Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Maszlee Bin Malik dan Sdra. Ahmad Syarief Bin Fadhli (Moderator)
Gambar-gambar sebahagian dari jemaah yang mengikuti majlis forum tersebut. Khabarnya ada yang datang nun jauh dari Bangi. Pelajar-pelajar universiti di sekitar KL juga ramai yang bertandang. Terima kasih.


Lebih kurang 2 minggu lalu, MBI menganjurkan karnival ForTeen sempena penubuhan kelab tersebut.

Hari ini, satu lagi event besar berlangsung di MBI.

Sepanjang 2 minggu, AJK sekali lagi banyak menginfakkan masa dan tenaga di masjid. Aku rasa cukup bangga dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas amal baik semua yang mudah-mudahan Allah akan beri balasan dengan sebaik-baik balasan.

Sudah mula menjadi satu yang sinonim dengan MBI kini, anak-anak, remaja dan orang muda adalah client utama masjid ini. Selaras dengan penubuhan ForTeen dan matlamat jangka panjangnya, pihak pengurusan MBI sedaya upaya menyediakan sebanyak mungkin program yang sesuai dengan jiwa remaja.

Maka sekolah-sekolah di sekeliling MBI menjadi sasaran. Baik persembahan nasyid, bercerita dan sebagainya, mereka diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk menggilap potensi, menzahirkan tanggungjawab dan mempamerkan kebolehan masing-masing. Ini juga merupakan langkah jangka panjang masjid dan pihak sekolah untuk menjalin smart partnership yang Insya'Allah akan mendatangkan kesan yang positif kepada masyarakat Taman Bukit Indah ini.

MBI juga menjemput Pyan Habib untuk memenuhi santapan rohani orang-orang yang meminati seni. Kemunculan ikon masyarakat ini memang dinanti-nantikan. Keunikan beliau diserlahkan dalam deklamasi sajak yang direka khas untuk Masjid Bukit Indah.

Tidak lupa juga golongan dewasa yang disajikan dengan bacaan berzanji yang sinonim dengan upacara potong jambul dan sebagainya. Kebetulan Timbalan Nazir MBI, Dato' Mohamed Nazir Meraslam meraikan kelahiran cucu sulong beliau. Jadi disatukan majlis tersebut di MBI pada hari yang istimewa ini. Cumanya...ehem...persembahan berzanji pada tahun depan mungkin akan disampaikan oleh Al-Farabi Band.

Kemuncak sambutan Maulidurrasul peringkat MBI tahun ini ialah Forum Komuniti Silang Benua bertajuk Muhammad s.a.w., Antara Durham dan Ampang. Kemunculan 3 orang panelis hebat Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Maszlee Malik dan Sdra. Ahmad Syarief Fadli (Moderator) yang punya fan base yang luas telah menyesakkan parking dan lalu lintas di Masjid Bukit Indah.

Isinya di sini...http://saifulislam.com/9286

Memang ada kelemahan di sana sini. Umpamanya makanan yang berupa nasi briani sebanyak 1400 bungkus dan 1000 roti federal rupa-rupanya tidak mencukupi. Insya'Allah, pada tahun hadapan sekurang-kurangnya 2 ekor lembu akan tumbang. Maafkan kami.

Satu lagi perkara yang bermain-main di fikiran aku ialah peranan yang bakal dimainkan oleh Kelab ForTeen pada sambutan Maulidurrasul tahun hadapan. Itulah waktunya untuk kelab ini membuktikan keupayaan mereka. Dan itulah cabarannya kepada AJK dan pegawai MBI serta STC agar Masjid Bukit Indah yang mula dikenali di luar Ampang ini, menjadi tempat yang kondusif untuk semua lapisan dan golongan masyarakat menganggapnya sebagai port untuk mereka beraktiviti dan sebagainya.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan: