Jumaat, 4 Februari 2011

wartamaya

wartamaya


Malaysia hak orang Melayu

Posted: 04 Feb 2011 04:53 AM PST


Dulu ye ..
Sekarang? Ye ke?

Wakakak ..
Setinggan yang dibina selama ini, hampir semua sudah tiada. Sedar sedar tanah sudah milik orang, walaupun perkampungan setinggan dibuka puluhan tahun dulu.

Tanah dah terjual. Bukan setinggan yang jual .. tapi orang lain yang gadai.
Aku teringat apa kata YB aku 5 tahun lepas. Dia kata, "Aku kaya 7 keturunan. Duit ada tak habis pun ...". Nombor pendaftaran kereta, semua nya 55. Kerana jual tanah dapat RM55 juta seorang. Pembahagian hak. Ambil sempena.
Kerana apa? Kerana jual tanah ... Tanah siapa?
Lu pikir la sendiri.

Maka kaitkan dengan lagu .. "Anak kecil main api"
Sekarang anak kecil dah besar dan bercucu .. tanah tergadai. Anak kecil yang dulu main api sekarang dah pandai gadai tanah ... !

Lantas bangunan dibina, penempatan modern dibuat. Sapa beli?
Bukan aku, bukan engkau .. tapi depa.

Melayu pun layu .. nun duduk dihujung dunia ..
Lagi di janjikan dengan angan-angan manis ... Kita pun terbuai lagi .. ! Terus Leka !

Sekarang nak cerita tentang Malaysia tanah melayu? Wakakak !!!
Melayu kini pecah .. !
Sekarang masa untuk tuding jari ....
Kentut sudah berbunyi, bau sudah menusuk .. tapi tak ngaku bontot tembus angin.
Ye ...Melayu sudah terbarai ..
Antara yang mewah dan susah. Antara miskin dan kaya.

Gi tanya Mamak kutty ... apa dia buat selama ini?
Mana gi tanah melayu? Sekarang milik siapa?

Padan muka Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 04:00 AM PST


Akibat selama ini yakin bahawa diri dilindungi oleh Amerika, hari ini Parti Demokratik Nasional yang dipimpin oleh Hosni Mubarak rasa kecewa dan berkata, "Barat mengkhianati Mesir". Itulah yang dikata oleh wakil parti tersebut apabila ditanya tentang tindakan Barat mengutuk Mubarak dan berhasrat untuk memaksa beliau meletakkan jawatan dengan segera.

Ini adalah bukti bahawa selama ini, Barat yang di sanjung dan kini ketika Mubarak dikutuk oleh rakyat Mesir, dia dibiarkan sendiri. Ini lah yang dilalui oleh sebilangan pemimpin negara yang tidak mementingkan soal rakyat kerana rasa dirinya dilindungi oleh barat dan boleh membuat apa saja, sehingga menyiksa rakyat.

Dalam pada itu, Ayatollah Khamenei, Pemimpin Revolusi Islam Iran, mengutuk Mubarak dengan berkata, "Selama 30 tahun Mesir berada di tangan seseorang yang tidak berjuang untuk kebebasan tetapi musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan," Khamenei juga berkata," Dia bukan sahaja tidak anti-Zionist, tetapi dia bersekongkol dan menjadi barua Zionis."

Ini adalah pengajaran buat pemimpin dunia yang bersekongkol dengan Amerika dan Israel lalu menekan rakyat sendiri. Kerana terlalu percaya pada kuasa besar itu, Mubarak sekarang keseorangan. Padan muka !

Samseng upahan Mubarak

Posted: 04 Feb 2011 03:19 AM PST



Dengan berupahkan beberapa Euro, golongan miskin yang kerja mereka bermusim, mengambil bahagian dalam pergaduhan sepanjang jalan di Cairo, memihak kepada Presiden Mesir Hosni Mubarak. Samseng- samseng itu menyerang menggunakan batang besi, pisau dan kayu, diupah oleh pihak berkepentingan di dalam regim, termasuk anggota parti politik, anggota keselamatan dan ahli perniagaan kaya yang mempunyai kontrak dengan kerajaan.[ lagi ]

Mubarak: Hari ini hari akhir !

Posted: 04 Feb 2011 03:02 AM PST



Seorang pemimpin Amerika yang tidak mahu disebut namanya berkata, pada hari Khamis, Washington telah berbincang dengan pihak Mesir. Antara topik yang dibincangkan termasuk meminta Mubarak letakkan jawatan serta merta.

Walaupun begitu, Mubarak yang perasan, berkata, "Kalau dia meletakkan jawatan hari ini, akan berlaku kekecohan". Dalam pada itu dia berjanji untuk turun dari takhtanya selama 40 tahun pada bulan September tahun ini, laporan oleh rangkaian TV Amerika, ABC. Tambah beliau lagi, "Saya tak kisah apa rakyat kata tentang saya. Buat masa sekarang, apa yang saya bimbangkan adalah negara saya".

Hari ini perhimpunan besar-besaran di beberapa tempat di Mesir. Peserta menjerit dengan kata, " Hari ini adalah hari terakhir ... Hari ni adalah hari terakhir!" mengikuti nyanyian lagu Mesir yang berkumandang melalui corong pembesar suara: "Untuk Mesir, hari ini adalah hari bersuka ria".


Mubarak: Perhimpunan kembali aman

Posted: 04 Feb 2011 02:51 AM PST



Kumpulan Pro Mubarak yang telah menyerang penunjuk perasaan dan wartawan luar tidak kelihatan ujud di dalam dan persekitaran Dataran Tahrir, Menteri Pertahanan Mesir, Tantawi kelihatan datang melawat membuat pemantauan.

Peserta Protes membanjiri Dataran Tahrir pada hari Jumaat dengan bekalan makanan dan air dengan hasrat berkumpul secara besar-besaran memaksa Mubarak keluar dengan protes berlanjutan selama seminggu setengah.

Anggota Tentera Mesir kelihatan memeriksa kad pengenalan dan membuat pemeriksaan badan sebelum memasuki kawasan Dataran. Selepas itu rantaian kumpulan protes turut membuat pemeriksaan yang kedua. Keadaan di Dataran kelihatan tenang.

Kalau Mubarak tak sedar jugak .. tak tau la ..
Memang bebal sebab makan hasil haram kot.

Marah anak sindir menantu

Posted: 04 Feb 2011 02:49 AM PST


"It was unnecessary. The people were going home after a peaceful rally when police fired the water cannon," he said.

Normala Daud, 52, a teacher who joined the rally, said: "We are peaceful protesters. I am here to support the pro-democracy protesters in Egypt. Mubarak is a cruel leader. He must go immediately."[ lagi ]
------------------------------------
Banyak pepatah boleh guna pakai ..
Antaranya ..
"Marah anak sindir menantu"
"Cuit peha kiri, peha kanan terasa"
"Sapa makan cili, dia rasa pedas"

Selainnya ... Lu pikir la sendiri .... !
Muakakakak !!!

Orang gila pun pandai komen?

Posted: 04 Feb 2011 02:34 AM PST


Wakakak ... !!!
Sorry la .. ada beruk kat luar cuba beri komen ntah apa apa ...
Jadi aku terpaksa kuis keluar ... wakakak !!!

Kalau komen diterima gunakan bahasa lucah .. tak di layan
Tak syok nak baca la ...
.. wakakak !!!

Mubarak: Perhimpunan di KL dapat sambutan

Posted: 04 Feb 2011 12:08 AM PST


[ lagi ]
--------------
Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC. Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Malangnya berita terbaru menyatakan Regim Mubarak ada mengganggu ...

Syok juga jadi bomoh

Posted: 03 Feb 2011 11:59 PM PST

Kekayaan keluarga Mubarak mencecah US40 ke US70 billion

Posted: 03 Feb 2011 11:37 PM PST


Media melaporkan, Pemimpin korup Mesir, Hosni Mubarak dan keluarganya memiliki kekayaan sekitar US40 ke US70 billion.

Kekayaan keluarga pemimpin Mesir ini dibina melalui kontrak-kontrak pertahanan sejak dia menjadi Pegawai Tentera udara lagi. Mubarak kemudiannya mempelbagaikan pelaburannya melalui keluarga setelah dia menjadi Presiden Mesir pada tahun 1981, menurut pakar Berita ABS.

Setengah pihak mengganggarkan nilai kekayaan keluarganya kini mencecah US40 billion ke US70 billion.

Selanjutnya di SINI.

--------------------
Apa punya pemimpin ni ... ?
Dapat kontrak military ... semua pemimpim korup cam ni ke?
Semua guna kaedah yang sama ... Ishk ...
Cuba la cipta sendiri .. jangan tiru tiru ...
Cuba tanya .. dia pernah letupkan manusia tak?
Ishk ... ishk ... ishk ...

TERKINI 3.50 pm
Kumpulan PRO-MUBARAK sedang menghalang pemberita dari bergerak ke Dataran Tahrir

'Sandmonkey' blogger tegar Mesir

Posted: 03 Feb 2011 05:12 PM PST


Nama 'Sandmonkey' sudah tidak asing lagi di alam maya Mesir. Pernah digelar blogger no 1. Pernah di tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara oleh kerajaan Mubarak.

Semalam, menurut Twitter, dia diserang lagi, ketika cuba memberi bantuan perubatan di Dataran Tahrir bersama rakan-rakan. Sebelum ini dia di tangkap pada tahun 2010 kerana mengeluarkan artikel panas.

Artikel terakhirnya bertajuk "Egypt. Right Now!". Selepas itu, blognya tidak lagi berfungsi. Berikut adalah sedikit terjemahan dari artikel tersebut.
"Aku tak tau bagaimana untuk mulakan tulisan ini. bergelut dengan keletihan kerana tidak tidur untuk tempoh 10 hari, Aku bergerak dari satu rumah kawan ke satu rumah kawan, dan boleh kata tidak tidur walau semalam di rumah sendiri, berdepan dengan regim yang kukuh kewangan dan terancang dan pada pandangan aku ianya tidak lain dari menghalau serangga tetapi waktu pembersihan akan tiba. Suasana di sini boleh dikatakan suram.

Ia tidak bermula seperti disangka. Pada Selasa Jan 25, ianya bermula aman, dengan pelbagai halangan, kami berjaya mengumpulkan ribuan dan bawa mereka ke Dataran Tahrir, meskipun diserang oleh Pasukan Anti Tunjuk Perasaan yang menggunakan kayu, gas pemedih mata dan peluru getah. Kami berjaya melepasi segala rintangan mereka dan meletakkan diri kami di Tahrir. Kerajaan bertindak menutup semua hubungan komunikasi sekitar Dataran dan tindakan itu dilakukan dengan tujuan selepas waktu tengah malam, mereka memasuki ke datarang dan menyerang penunjuk perasaan dan mengosongkan kawasan Dataran. Hari berikutnya, kami datang semula dan hari selepas itu. Setiba hari Jumaat kami dengan beraninya berlawan dengan halanngan komunikasi, kekerasan mereka, gas pemedih mata mereka dan peluru mereka lalu kami ambil semula Dataran. Sejak itu kami terus berada di sana.
Seterusnya di SINI

Mubarak: Bosan memerintah, tak jemu bermewah

Posted: 03 Feb 2011 04:41 PM PST


Kenyataan nya hari ni .. dia dah jemu memerintah. DI SINI
Tapi .. jemukah dia bermewah?

Buat iktibar kepada pemerintah pemerintah seluruh dunia. Terutama yang mengaku Islam lah ..
Kalau dah jemu merintah, jemu-jemukan lah bermewah. Takut dah jemu memerintah, tapi tak jemu bermewah. Lalu yang dibuat bukan lah memerintah, tapi melangsaikan wang dan harta negara untuk kepentingan sendiri.

Ntah la ... masing masing nak jadi Firaun ..
Aku nak buat camane? ... Jawab kat kubur lu sendiri ..
Wakakkaka !!!

Sahabat Mubarak dalang serangan Dataran Tahrir

Posted: 03 Feb 2011 03:31 PM PST

`

Seorang Jutawan Perniagaan Mesir yang merupakan teman rapat Hosni Mubarak di percayai menjadi dalang yang membuat pembayaran serta menyediakan pengangkutan kepada golongan Pro Mubarak untuk menyerang perhimpunan aman di Dataran Tahrir. Kamel kelihatan memberi arahan dan ditemubual di dataran.
Rujuk SINI

Mubarak nak blah, tapi bimbang ...

Posted: 03 Feb 2011 03:19 PM PST


CAIRO - Egypt's embattled President Hosni Mubarak said in an interview on Thursday as deadly protests raged for a tenth day that he would like to step aside, but he feared the country would be engulfed in chaos.

The 82-year-old veteran president said he was "fed-up with being president and would like to leave office now, but cannot, he says, for fear that the country would sink into chaos," ABC television's Christiane Amanpour reported after an interview in Cairo.[ lagi ]

Katanya lagi ... Dia semakin semangat, tidak mahu lari dan mahu kojol di tanah Arab.
Memang la semangat ... tidur atas duit. Bodyguard merata .. yang sakit nun rakyat ...
Dasar Firaun ...

Blogger Cairo diserang

Posted: 03 Feb 2011 02:28 PM PST


Seorang Blogger Cairo mendakwa dihenti dan diserang oleh Regim Pro Mubarak ketika dalam usahanya menghantar bantuan perubatan kepada mereka yang cedera. Pihak polis dikatakan mengambil kunci kereta dan taliponnya, serta membiarkan kumpulan penyerang menyerang diri dan kumpulan yang bersamanya dan turut merosakkan kereta miliknya.

"Saya dipukul dimuka, dicalarkan. Kaca bertaburan dimana mana," kata Mahmoud Salem, 29 Tahun pemilik blog Sandmonkey.org.

Salem dikatakan sedang dalam perjalanan bersama kumpulan 2 lelaki dan 2 perempuan pada tengahari Khamis menggunakan kenderaan Kia Sorrento.

"Pihak polis merampas semua kunci dan talipon kemudian membiarkan kami di dalam kereta apabila satu kumpulan mengelilingi kami, mereka berdiri di atas kereta, memecahkan cermin tepi, membaling batu ke arah tingkap yang lain, selain menendang dinding sekeliling," Kata Salem. "Kami di sana 35 minit dan saya merayu pihak Polis selamatkan kereta kami, atau lepaskan kami kerena wanita yang bersama kami di dalam ketakutan.

Baca lagi di SINI
Twitter Sandmonkey di SINI

Tiada ulasan: