Jumaat, 4 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Menjelang Malam, Tetap Bertahan Di Tahrir Square

Posted: 04 Feb 2011 09:19 AM PST

KAHERAH - Memasuki waktu malam, ratusan ribu kumpulan anti Mubarak tetap bertahan di Tahrir Square, Kaherah. Mereka tetap bertegas untuk menunjuk perasaan di Tahrir sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Berdasarkan pemantauan melalui siaran Al-Jazeera, Jumaat (4/2/2011), kelihatan kumpulan demonstrasi yang beragama Islam melaksanakan solat Maghrib berjemaah di sekitar Tahrir Square. Mereka khusyu dan tertib ketika melaksanakan solat berjamaah.

Sementara itu, pihak tentera terus berjaga-jaga di sekitar Tahrir Square. Pihak tentera risau jika kumpulan pro Mubarak menyelinap masuk dan boleh menyebabkan berlakunya kekacauan dan pertumpahan darah.


r-DAY-OF-DEPARTURE-huge.jpg (900×301)

Kelihatan juga ratusan kumpulan penyokong Mubarak mendekati jalan-jalan menuju ke Tahrir Square. Mereka membawa spanduk dan foto Mubarak sebagai tanda sokongan. Namun perjalanan mereka dihalau oleh tank-tank tentera Mesir.

Belum diketahui sampai bila mereka akan terus berkumpul dan bertahan di Tahrir. Namun, berdasarkan wawancara wartawan Al-Jazeera dengan salah seorang peserta demonstrasi, kumpulan mereka akan tetap bertahan sehingga Mubarak benar-benar turun dari jawatan Presiden.

Benarkah Ada Alien Di Jerusalem?

Posted: 04 Feb 2011 12:03 AM PST

JERUSALEM - Sebuah bebola cahaya bersinar dengan sangat terang melayang di Jerusalem. Dalam rakaman tersebut, peminat UFO medakwa kewujudan alien di dunia ini.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah objek berbentuk bebola bersinar di atas Kubah Shakhrah, Jerusalem. Ia adalah tempat suci Islam dan merupakan tanah utama yang terletak di tengah-tengah tembok kompleks Al-Haram asy-Syarif. Namun, objek tersebut hilang dengan cepat. Video itu diambil pada pukul 1 pagi waktu tempatan. Peristiwa itu tersebar dan menjadi pendebatan di internet.

Ratusan ribu penonton yang melihat rakaman di YouTube ini berdebat apakah kemunculan imej UFO ini benar atau sekadar cahaya biasa.

1207052.jpg (600×300)

Bekas penyelidik UFO di Kementerian Pertahanan Inggeris, Nick Pope berkata, "Jika ini benar-benar terjadi, rakaman tersebut merupakan video yang luar biasa. Namun, jika bukan, ini adalah penipuan yang sangat terancang sehingga ia begitu hebat untuk menghilangkan sebarang unsur keraguan."

Pope mengakui bahawa Israel memang ada mencipta pesawat tanpa pemandu yang sangat canggih. "Ini boleh jadi salah satu sebahagian dari kemajuan teknologi yang diciptakan manusia."

726,000 Kondom Jepun Hilang Di Malaysia

Posted: 03 Feb 2011 05:18 PM PST


TOKYO - 726,000 kondom yang dihantar ke Jepun melalui Malaysia telah dicuri. Ribuan kondom itu hilang ketika transit di antara Malaysia dan Jepun.

Seperti dilaporkan AFP, Khamis (3/2/2011), sebanyak 726,000 kondom polyurethane (super nipis) dimasukkan ke sebuah kontena di kilang Malaysia untuk dieksport. Pengeluar Sagami Rubber Industries mengeksport prophylactics dari Malaysia ke Jepun, tetapi penghantaran tersebut didapati kosong apabila ia tiba di kilang utama firma tersebut di sub-bandar Tokyo.

Jurucakap syarikat Norinari Wakui berkata: "Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kami sangat keliru. Kami tidak pasti adakah perkara ini dirancang."

Dia menambah bahawa kunci kontena juga telah digantikan sebelum penghantaran meninggalkan pelabuhan Malaysia.

Barangan yang hilang merupakan kondom yang 14% lebih tipis dari produk konvensional yang memiliki ketebalan sekitar 0.02 milimeter. Harga kondom yang hilang itu mencecah sehingga 1.5 juta Dollar.

Diasaskan pada 1934, Sagami Rubber Industries ialah pembuat kondom yang pertama Jepun.


Kredit Gambar : e-condom.org

Tiada ulasan: