Jumaat, 25 Februari 2011

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


KEMAL ATARTUK MALAYSIA-malaysiakini

Posted: 25 Feb 2011 06:44 PM PST

KEMAL ATARTUK MALAYSIA





Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk [Makam Kemal Ataturk], Najib sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. Najib bukan sahaja menghina Ulama Besar itu, malah dilihat bangga dengan pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai "modern, progressive, and moderate" [National Review]


Klik pada image untuk besarkan

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dilihat jelas sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan.

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demonstrasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Nampaknya gerombolan songkok tinggi sudah ada ulama baru untuk menjadi rujukan kerana Ulama Besar seperti Yusuf Qaradhawi sudah ditolak. - milosuam

Malta tolak jet bik mama mendarat

Posted: 25 Feb 2011 02:48 AM PST



MALTA TOLAK JET BIK MAMA MENDARAT
Malta tolak jet Aisha Gadhafi & Lebanon pula larang jet Hannibal Gadhafi mendaratMalta telah menolak pendaratan sebuah kapalterbang dari Libya Airlines yg dikatakan membawa Puteri Aisya Gaddafi pada 23/2 kelmarin. Pesawat itu berputar putar selama 20 minit diruang udara Bandar antarabangsa Malta sebelum kembali semula ke Libya sepertimana lapuran dari Reuters.Manakala itu beberapa pemimpin dunia mula mengutuk kekejaman Gaddafi dan termasuklah Presiden Peranchis Nicolas Sarkozy, Presiden Peru serta Chancellor German Angela Merkel menyeru mengenakan tindakan terhadap Libya kerana membunuh rakyat sendiri.Sementara itu kerajaan Lebanon pula juga telah menolak dari memberi keizinan kepada sebuah pesawat peribadi putera Muammar Gaddafi mendarat dilapangan Negara itu. Kapalterbang itu membawa isteri Hannibal Gaddafi untuk kembali ke nagara asal nya Lebanon. Difahamkan beberapa orang anggota keluarga Gaddafi turut bersama dalam pesawat itu.Beirut menolak hasrat Tripoli itu kerana pihak berkuasa nya takmahu menyatakan butir butir terperinci berkenaan dengan penumpang dan barangan yg dibawa pesawat itu. "Lebanon menolak permintaan tersebut," kata pejabat itu tanpa memberikan penjelasan lanjut.Keluarga Gaddafi tidak dialu alukan untuk ke Lebanon setelah kes hilangnya secara misteri ulama terkemuka Syiah Imam Mousa al-Sadr. Pada tahun 2008, pemerintah Beirut mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk Gaddafi atas hilangnya Sadr. - sentiasa

Note: Kalau jadi kat Malaysia ni hanya satu negara jer yang benarkan Najib dengan bik mama mendarat dilapangan terbang mereka.. Monggolia... Ada berani ka...? Kah..kah..kah..kah...

Tiada ulasan: