Jumaat, 18 Februari 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MARI KITA BERTARUH

Posted: 18 Feb 2011 06:39 PM PST



YANG INI FIRST CLASS



nota:
yang ini cukup cekap
buat road block
tengah lebuh raya
tengah bulan
terbaik untuk cari
duit saku kah kah kah


POLIS SIASAT KES BANK TIPU RM19 JUTA :KPN - meloya

Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata, pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.

"Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.

"Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..MARI KITA BERTARUH… kah kah kah

1 – tak akan jadi kes apa-apa?

2 – tidak ada yang akan didakwa?

3 – jamin ini kerja syarikat kroni

4 – jamin ini syarikat bumiputera

5 - lepas ini satu habuk pun taraaak cerita lagi

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


KENYATAAN RASMI

Posted: 18 Feb 2011 11:37 AM PST




PROSES MEMBEBALKAN ANAK MUDA





KENYATAAN MEDIA


18 Februari 2011

Kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam Kampus.

Sekatan dan halangan sebegini rupa terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memikirkan kembali kerelevenan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini diserahkan kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya dan segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil.

Kami menggesa pihak Menteri Pengajian Tinggi untuk mengambil serius perkara Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa ini dan Pemilihan yang diadakan ini haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang berkepentingan.
Kami juga berpendirian bahawa sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memberikan hak kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan.

Sehubungan dengan itu, kami menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi :

1. Memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk berkempen di dalam Pilihanraya Kampus dengan bebas dan adil.

2. Memanjangkan masa berkempen dari 3 hari kepada 7 hari bagi memberikan ruang dan masa yang panjang untuk sesi kempen dan menyampaikan manifesto kepada mahasiswa

3. Menghormati autonomi mahasiswa dalam keterlibatan mahasiswa di lapangan
masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa-mahasiswa.

4. Mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa seperti yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia iaitu mahasiswa juga warganegara Malaysia.

5. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

6. Memastikan ketelusan dalam proses Pilihanraya Kampus bagi kesemua kampus di Malaysia, dan bukan sahaja bagi dua (2) kampus yang dibangkitkan di sini.

Disokong oleh:

YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan)
Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat)


MALIKUL BERFATWA LAGI

Posted: 18 Feb 2011 09:31 AM PST



RAMAI TIDAK TAHU



nota:
ramai tidak tahu
kes kapal terbang ini
jatuh tergelincir
ini kerana bik mama dan sembab
dua dua tak mahu kalah
dua dua nak jadi menteri pelajaran
dua dua nak duduk di hadapan
kah kah kah



MUHYIDDIN BUTA SEJARAH – harakah daily

Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

"Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.

"Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN," katanya.

Muhyiddin hari ini dilaporkan meminta rakyat Sarawak agar tidak mudah menerima dasar politik PAS kerana dikatakan berangan-angan untuk meluaskan kuasa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


Woit… INGAT BUTA SEJARAH SAJE KE?.... kah kah kah..

Kah kah kah… MALIKUL SEMBAB INI MEMANG BUTA….KERANA DAGING MELILIT MATA… kah kah kah…

Kah kah kah… TAK SEDAR SEJARAH GEROMBOLAN SENDIRI…. kah kah kah..

Kah kah kah…NAMA PUN UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION …. kah kah kah..

Kah kah kah…MACAM MANA NAK JADI KETUANAN MELAYU…kah kah kah..

Kah kah kah…. PAKAI NAMA PUN MAT SALEH…kah kah kah…'

Kah kah kah….MUKA SEMBAB MACAM INI… NAK JADI MENTERI… TOLONGLAAAA…. kah kah kah..

Kah kah kah…MANA ADA KELAS… kah kah kah..

Kah kah kah…BAYANG KAN SEMBAB DAN BIK MAMA… DUDUK DALAM KAPAL TERBANG YANG SAMA…kah kah kah…

Kah kah kah…KALAU DUA DUA DUDUK DEPAN….KAPAL MENJUNAM JATUH… kah kah kah..

Kah kah kah…KALAU DUA DUA DUDUK DI BELAKANG…. KAPAL TERBANG TAK DAPAT NAIK… kah kah kah..

LAWAK DARI JALAN DUTA

Posted: 18 Feb 2011 12:14 AM PST




POLIS BAWA BULU KE MAHKAMAH



nota:
lori besar polis berat satu tan
telah datang bawa bulu
bulu dan seluar dalam
ke mahkamah








HAKIM PENGSAN- LETERIK PADAM BILA LIHAT SELUAR DALAM INI


LIWAT 11 : TUMPUAN PADA DNA LELAKI MISTERI -mkini

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin.

Semalam, doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel "DNA Y" yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Di samping itu, satu sampel DNA lain juga telah ditemui. Sampel ini ditemui di salah satu spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful.
Penemuan DNA lelaki misteri inilah yang menjadi perhatian di peringkat perbicaraan ini.

Sementara itu, pihak pembelaan juga dijangka menyoal balas Seah hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


yapo yidio y yisteri yini?

yudak yapol yini yinum yair yani
yumpa yair yani yalam yusus yesar
yah yah yah

yia yonggeng yado yayak yorang
yubang yubur yemut yuat
yah yah yah

yahya
yamin
yadi
yakob
yasin
yatim
yazid

yanib
yamuhidin
yakhairy
yadey

yapo yorang yubur yaipol
yah yah yah


YINI JUGA YONG YOO YOO



nota:
yang yni yalau yasuk
yalam yubur yasa yot yot yot
yah yah yah


PEGUMUMAN UNTUK SEMUA

Posted: 17 Feb 2011 11:12 PM PST




UNTUK SEMUA

sebentar tadi ada percubaan untuk
mematikan tukartiub dari bergerak

percubaan ini telah dipatahkan

yang menulis surat kepada tt
kerana gagal masuk tt
dan bertanya apa terjadi?
diucapkan terima kaseh

juga terima kaseh kepada
tim teknikal tukartiub

selamat bertukartiub!!!


DUIT SUDAH HABIS

Posted: 17 Feb 2011 10:55 PM PST




JEMPUTAN UNTUK SEMUA





CARA BARU GEROMBOLAN CARI DANA


Assalamualaikum wbth saudara,

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? sebab saman ekor. Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telah pun saya hantar ke Sabah pada September 2008.

Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung Malaya.

Memandangkan pemilik sama yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini maka saya telah mebayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu.

Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu. Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman. Katanya mereka akan menghubungi saya melalui no talipon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet.

Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? saya tahu sebabnya tetapi saya tak mau cakap. Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya. Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Saya tidak tahu.

Apakah yang perlu saya lakukan? Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak. Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin
Kuala Kubu Bharu, Selangor.



KOMPAUN LALU LINTAS BAKAL TUMBANGKAN BN – harakah daily

Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

"Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

NOTA:
orang ramai wajib bewaspada
dalam lama lima atau enam bulan lagi
inflasi akan naik dengan mendadak

jaga jaga
gerombolan sedang melakukan berbagai cara
untuk mengumpul dana
dana negara semakin susut
malah hutang negara semakin meningkat


JUAL LESEN ENTOT

Posted: 17 Feb 2011 09:17 PM PST




JANGAN ROGOL LEMBU





TAN SRI, ARTIS ANTARA 500 GUNA SINDIKET PALSU
– berita hairan

SPRM tahan 3, seorang kakitangan JAKIM disyaki dalang

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

NOTA
agama ialah industri paling tua
industri cari makan
memang ramai yang cari makan melalui agama

mula mula takut takut orang ramai
kemudian jual ubat macam mana
untuk jadi selamat dan tidak takut

bomoh gunakan teknik ini
takutkan dengan hantu

gerombolan gunakan teknik ini
takutkan melayu dengan china

jakim gunakan teknik ini
takutkan orang rami dengan halal haram

nah!

dunia berkembang
maka lukah baru wajib dipasang
lukah ini cukup lumayan
ini tidak sangkut paut dengan ajaran agama
tidak ada ayat tertulis dalam kitab suci tentang hal ini

nak kahwin kena ada kursus
ini lukah
ada kursus kena ambil borang
ini lukah
jemput kadi datang
ini lukah

form
borang
kad
poto kopi
gambar
semua ini adalah lukah lukah baru

tak ada kad kahwin boleh kena tangkap
ini lukah
tak ada surat nikah boleh kena tangkap
ini lukah

lukah terbaru ialah :
kalau nak kahwin dua

kah kah kah

ini lukah lumayan – nak entot secara reda dan suci
wajib ada kebenaran
tapi yang memberi kebenaran pun rupa rupanya kaki entot
dan kaki pau
saudagar agama kah kah kah

nota:
jadi selama ini entot ini pancut ke tak pancut?
kah kah kah




NAK BUKTI KAN APA?

Posted: 17 Feb 2011 08:50 PM PST



AKAN SELAMAT



nota:
program ini amat baik
untuk semua anak muda
pembantu ahli politik
dan yb pakatan rakyat

ini untuk menyelamat
kan dari mati ibrahim ali
jika ditolak dari bangunan tinggi
kah kah kah



KHAIRY TERIMA SAYAP PENERJUNAN
-meloya

PADANG TERAP 17 Feb. - Setelah menyertai pasukan Askar Wataniah pada Mei lalu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini melakar satu lagi sejarah buat dirinya apabila menerima sayap penerjunan selepas menamatkan kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 selama lima minggu bermula 13 Januari lalu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menerima anugerah tersebut setelah berjaya melaksanakan latihan asas penerjunan di Kem Sungai Udang, Melaka dan penerjunan sebenar di kawasan Zon Gugur Padang Sanai di sini.

Kursus berkenaan turut membabitkan penerjunan maksimum lapan kali dari ketinggian 304.8 meter.

Kata Khairy, beliau menjalani kursus tersebut untuk membuktikan semangatnya yang cintakan negara selain memenuhi hasratnya untuk menyertai aktiviti itu sejak dulu lagi.

"Selepas menamatkan kursus Askar Wataniah tahun lepas saya diminta untuk menjalani kursus pegawai tetapi bila saya tengok kursus penerjunan ini, saya terus memohon kerana ia juga minat saya dari dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis tamat kursus di Zon Gugur Padang Sanai di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Panglima Medan Tentera Darat, Panglima Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi itu, melibatkan 80 pelatih kursus Ahli Paracut Statik Tahap 1 serta 21 pelatih Kursus Ketua Penerjunan Tahap 2

PERSOALAN TIMBUL

kepada siapa program ini dibuka?
adalah dibuka untuk orang ramai?
adalah dibuka untuk orang awam
bagaimana hendak mendapat tahu program ini?

kalau ada untuk orng ramai mana iklan nya?

berapa belanja untuk seorang?
siapa tanggung?
adalah duit sendiri atau duit kerajaan?

kalau tidak apakah ini dianggap salah guna kuasa?

para yb pakatan rakyat sila timbulkan isu ini dalam parlimen
jika ada tercium bau salah guna kuasa

SENYUM PETANG JUMAAT

Posted: 17 Feb 2011 08:39 PM PST



AWAS JAGA JAGA



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

awas jubin tandas ini
mungkin penuh dengan
air money kah kah kah



SATU LAGI KES TEMBAK MATI

Posted: 17 Feb 2011 07:34 PM PST




MARI BERKEMPEN




NOTA:
sila baca dua berita ini
cuba cari mana yang betul
siapa yang berkata benar


nota:
anak muda sila menjadi
ahli facebook ini
sama sperti di mesir
ianya bemula dari kempen facebook
hinnga first lady lari lintang pukang




MANGSA TEMBAKAN KEMPEN FACEBOOK
– harakah daily

Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham
Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin
mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di
sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga
terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

"Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

"Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan 'hilang sabar' akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga
mereka,"ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama
dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP).

"Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat
sekumpulan UPP datang ke hospital.

"Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,"ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.


CARA BERITA DIOLH UNTUK TIPU MELAYU


ARKIB : 17/02/2011



REMAJA DITEMBAK
utusankelantan@utusan.com.my


TUMPAT 16 Feb. – Seorang remaja parah setelah terkena dua das tembakan ketika cuba menyerang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang dikatakan membelasah bapa saudaranya sehingga mati.

Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ini apabila remaja itu datang ke Hospital Tumpat (HT) di sini, bersama sekumpulan rakannya lalu bertindak menyerang empat anggota UPP yang berpakaian preman di sebuah kedai makan.

Berikutan itu berlaku pergelutan dan bagi mempertahankan diri, anggota tersebut telah melepaskan dua das tembakan yang mengenai remaja tersebut, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19.

Ketua Polis negeri, Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, empat anggota itu telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tin dekat sini hari ini.

Katanya, penahanan pukul 7.45 pagi itu dibuat setelah anggota-anggota terbabit mengesyaki kenderaan berkenaan membawa barangan seludup.

Tambahnya, kereta itu dipandu Said Mat Hassan, 56, yang merupakan bapa saudara Ahmad Nizamuddin.

"Menyedari dia diekori, Said melarikan diri dan ketika mengejar berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan 4WD (kenderaan pacuan empat roda) UPP mengalami kerosakan.
"Bagaimanapun sebaik sahaja ditahan, anggota itu melihat mulut Said berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu dia dibawa ke HT untuk rawatan. Namun dia meninggal dunia sejurus sampai di hospital.

"Sejurus dibawa masuk untuk pemeriksaan, anggota-anggota itu keluar dan minum di kedai di hadapan hospital sementara pemeriksaan selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pada masa sama, lima buah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki datang ke kedai berkenaan dan terus menyerang anggota tersebut.

Katanya, tiga daripada anggota itu berjaya meloloskan diri.

"Seorang lagi iaitu anggota dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang ditugaskan di bawah UPP terus dibelasah dengan cota dan sebagainya.

"Ekoran itu, anggota tersebut cedera di kepala dan bagi mempertahankan diri, dia melepaskan dua das tembakan dan mengenai Ahmad Nizamuddin di perut dan dada kanan," katanya.

Menurutnya, remaja terbabit kemudian dibawa ke HT untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta Perodua Kancil tersebut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Menurut Abdul Rahim, anggota UPP tersebut turut mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.



Tiada ulasan: