D'Perbatasan |
- Dimana Pemimpin PKR,PAS dan DAP Ketika Kami Memerlukan?
- Dimana Demokrasi Sebenar?
- Dia Pernah Mencintaimu
- Harga Minyak dan Barang Naik Jangan Salahkan Kerajaan BN..
- Pembela aju kemungkinan DNA dari hingga 10 lelaki
- Mukhriz Mudah LUPA!!!
- Naik Bas Percuma..???
- Pilihan Raya Kampus: PR mendesak untuk sistem yang adil
- Bawa Seluar Dalam Dan Bulu....
| Dimana Pemimpin PKR,PAS dan DAP Ketika Kami Memerlukan? Posted: 18 Feb 2011 06:26 PM PST Dimana Pemimpinku? Masih Lena atau Sudah Buta?? Kebanyakkan blogger yang menyokong Pakatan Rakyat menulis bukan kerana mengejar publisiti apatah lagi sebarang imbuhan, hanya mengharapkan sebuah Negara yang jauh lebih adil dan saksama baik dari segi perlaksanaan undang-undang mahupun pembahagian kekayaan Negara.Ramai yang menulis tanpa mengira masa,menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan terhadap Pakatan Rakyat, menjawab segala tuduhan yang diutarakan oleh Blogger upahan UMNO/BN dengan segala kudrat yang ada dan biarpun tanpa dipinta.. Kini seluruh Negara menyaksikan satu episode hitam yang baru bermula, episode hitam yang memungkinkan blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat lenyap begitu saja.. lenyap kerana akan dipisahkan dan dipatahkan satu persatu.. lenyap kerana semua akhirnya akan papa disaman sang penguasa.. Kita kini menyaksikan satu petembungan yang jelas berat sebelah, iaitu pertembungan Din Binjai @ Sharpshooter dan Rais Yatim di mahkamah.. pertembungan antara seorang rakyat biasa yang menyokong Pakatan Rakyat kerana mahukan sebuah Negara yang lebih adil dan Sang Penguasa yang kaya raya.. Dikala ini.. dikala seorang sahabatku yang berjuang dibawah satu lambang mengharapkan bantuan, dimana para pemimpinku? Pemimpin-pemimpin yang lantang menentang kezaliman dan kerakusan UMNO dan Barisan Nasional? Tidak nampakkah mereka apa yang sedang berlaku kini? Jika sedang terlena, bangunlah.. sedarlah wahai pemimpinku, kekuatan yang kita ada kini diambang kemusnahan.. kekuatan yang digemblengkan oleh para blogger ini sudah mula dihapuskan sedikit demi sedikit oleh Sang Penguasa hanya melalui isu 'Menteri Rogol Amah'. Sedarlah.. hampir seluruh blog-blog Pro Pakatan Rakyat telah memainkan isu ini samada hasil nukilan sendiri mahupun disalin dari blog lain.. ketahuilah juga inilah media baru buat rakyat marhaen yang membantu kejayaan Pakatan Rakyat.. Dimana pemimpin-pemimpin yang telah berkuasa setelah PRU12 yang lalu? dimana pemimpin PAS? Dimana pemimpin DAP? Dan juga dimana pemimpin PKR??? Adakah kerana sahabatku ini seorang penyokong PKR maka nasibnya tidak perlu dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan DAP? jika begitu dimana setiakawan kita? dimana muafakat kita? dan dimana juga Pakatan kita? Jika dikatakan sahabatku itu penyokong PKR.. dimana pula pemimpin PKR?? Adakah perlu pemimpin PKR membiarkan sahabatku ini menempuh zaman gelapnya sendirian sedangkan selama ini kita telah bersama meniti perjuangan ini?? Adakah kerana dendam kesumat yang masih belum padam angkara Pemilihan 2010, maka sahabatku ini perlu dibiarkan terkorban? biarpun selama ini sahabatku inilah yang banyak berkorban demi PKR.. walaupun sahabatku ini tidak dijemput untuk berjuang.. Tidak bolehkah mereka bersuara hata sebaris ayat sekadar memberi sokongan moral buat sahabatku ini jika untuk mengeluarkan wang ringgit amat berat buat mereka? Tidak bolehkah mereka memikirkan bagaimana untuk mempermudahkan jalan hidup sahabatku ini? Atau bagi mereka pemimpin tidak perlu berkorban untuk rakyat? hanya rakyat yang perlu berkorban untuk pemimpin.. Dimana pemimpin-pemimpin ku ketika ini?? Sedang terlena dibuai mimpi atau sudah buta? Apa Peranan Pakatan Rakyat Dalam Membela Nasib Blogger di Mahkamah ? Salam hormat, Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat. Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional. Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger. Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog. Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata? Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu! Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya. Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali. Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit. Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka. Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya. Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir. Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman,, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini. Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq penarik beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara; Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya. Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat! Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!! Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan! Bantulah blogger!! EDYES @ edyesdotcom bersatu kita bersatu... |
| Posted: 18 Feb 2011 05:34 PM PST Bila kah agaknya kita dapat menikmati demokrasi sebenarnya? Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang benar-benar dipilih oleh rakyat setelah rakyat membuat pertimbangan yang serius dengan bebas tanpa gangguan dan kawalan dari unsur yang menekan. Demokrasi yang terunggul ialah demokrasi yang dilaksanakan dengan penuh jujur dan etika yang tinggi.Yang dimaksudakan sebagai kejujuran dalam demokrasi ialah dengan membiarkan rakyat membuat penilaian tanpa tekanan dan penggunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak semasa yang sedang memegang tampok kuasa. Apabila sampai tempoh dan penggalnya kerajaan akan kembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan samada untuk mengekalkan kuasa yang ada pada pemerintah yang sedang menyandang kuasa itu atau memberikannya kepada pihak lain yang menawarkan kepimpinan dan kerajaan alternatif kepada rakyat. Pihak yang sedang memerintah mestilah berlaku adil dan memberikan sepenuh peluang kepada pihak pembangkang kepada kemudahan media seperti telivision dan media letronik serta media cetak yang ada untuk rakyat mendapatkan maklumat bagi mereka membuat pertimbangan yang tepat. Malahan di negara-negara maju pilihanraya ini dibiayai oleh kerajaan dan disediakan peruntukan perbelanjaan pilihanraya bagi pihak kerajaan yang menyandang kuasa dan pembangkang yang menawarkan kepimpinan dengan dasar alternatif dan corak pentadbiran yang berlainan bagi memenuhi kehendak rakyat yang mempunyai pelbagai keinginan dan 'preferences' masing-masing. Di Amerika Syarikat dan di England misalnya kedua-dua pihak yang memerintah dan pembangkang berdiri dibelakang 'rostrum' dan berdebat secara terbuka dan ditontoni oleh semua rakyat melalui peti-peti television dan media alternatif yang ada di dalam negara-negara tersebut.Masing-masing parti akan memaparkan program serta dasar masing-masing secara terbuka dan tidak akan akan ada pemimpin yang berani untuk bercakap dengan nada lain bila berhadapan dengan kumpulan yang berbeza untuk meraih undi dan sokongan ramai. Di negara-negara maju tidak ada pemimpin yang mengikut resmi cicak kubin yang akan bertukar warna kulit mereka mengikut warna tempat mereka hinggap. Pemimpin seperti ini memang tidak mendapat tempat kerana rakyat menganggap pemimpin seperti ini adalah seorang yang pembohong. Pembohongan adalah satu kesalahan yang tidak ada kemaafan bagi rakyat di negara-negara maju dan rakyat selalunya akan menolak pemimpin atau parti yang bersifat pembohong itu. Rakyat di negara maju faham dan memandang rendah kepada pimpinan yang tidak bercakap benar kerana mempunyai persepsi yang bercakap bohong itu merupaka satu penyakit yang susah untuk diubati dan disembuhkan. Tetaoi disini lagi pemimpin berbohong lagi kuat mendapat sokongan kerana ramai rakyat yang masih suka dibohongi dari mendengar perkara yang benar. Mereka percaya kepada perbidalan 'once a liar he remains a liar' dan rakyat di negara-negara tersebut tidak akan merelakan diri mereka dibohongi oleh pemimpin mereka kerana jika mereka ditadbirkan oleh manusia yang berbohong lambat laun negara akan rosak binasa. Begitulah tingginya etika kepimpinan yang mereka amalkan semata-mata untuk menjaga keutuhan dan kebaikan untuk rakyat dan negara mereka. Sistem demokrasi yang kita amalkan di negara kita tergulung kedalam kategori demokrasi yang lazim diamalkan di negara-negara dunia ketiga. Pemimpin yang berkuasa selalunya akan menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk mempengaruhi rakyat bagi mengekalkan mandat rakyat kepada mereka. Berbagai-bagai tekanan terhadap rakyat secara sistematik dilakukan untuk mempastikan rakyat kembali memberikan dukongan kepada mereka. Parti pembangkang tidak dapat menggunakan media massa perdana untuk menyiarkan rangka dan pelan mereka jika diberi mandat untuk memerintah sedangkan parti yang sedang berkuasa akan menggunakan sepenuhnya media massa perdana yang lazimnya akan berpihak kepada yang memerintah.Dalam sejarah pilihanraya di negara kita belum lagi pernah parti lawan kepada kita mendapat peluang untuk bersama-sama menggunakan media massa letronik yang dipunyai rakyat. Sejak 40 tahun dahulu parti pembangkang seperti DAP telah mendapat momokan yang parti itu adalah parti merbahaya dan cuba dianggapkan seolah-olah parti itu adalah seperti Parti Komunis Malaya. PAS juga dimomokan dengan sebagai parti yang militan. Tetapi apabila PAS terbukti mampu untuk bekerjasamaq dengan DAP dituduh pula PAS sebagai parti yang tidak islamik. Semua yang dilakukan oleh PAS tidak kena kepada pihak yang berkuasa. Tetapi sekarang kesusahan yang dihadapi oleh PAS sudah mulai reda setelah parti itu telah terbukti mampu untuk membina kerjasama yang baik walaupun diantara komponen PR itu banyak perbezaannya. Malah kejasama itu lebih jelas berjaya kerana berkemampuan untuk bersama mentadbir kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR. Kejayaan inilah yang tidak disukai oleh BN dengan menggunakan media massa perdana untuk memcahkan kesatuan yang telah terjalin diantara parti-parti altenatif ini. Tetapi itulah politik kita di dunia ketiga ini walaupun kita mendengar pimpinan kita hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Walaupun permainan media massa ini tidak ada noktahnya tetapi rakyat sudah mula pudar keyakinan terhadap media perdana kerana setelah kian lama rakyat sedar yang media perdana yang dikuasai kerajaan itu hanyalah alat propaganda pihak pemerintah sahaja. Rakyat kini mahu melihat dan membaca perkara yang lebih 'quantitative' yang lebih yang lebih memberikan input pengetahuan yang berfaedah secara terus kepada rakyat. Media massa yang hanya berelemenkan propaganda sudah mula tidak diminati oleh orang ramai dan ini boleh dilihat dari kejatuhan pembaca kepada beberapa akhbar media perdana yang dahulunya mempunyai 'circulation' dalam bilangan ratusan ribu sehari. Kalaulah kita mahukan kesuburan demokrasi yang benar-benar demokrasi kita sepatutnya memulakannya dengan mengendalikan pilihanraya dengan perbelanjaan kerajaan. Kedua-dua pihak dari kerajaan dan pembangkang patut diberikan peruntukan oleh kerajaan seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat dan banyak negara maju yang lain.Rakyat sepatutnya memulakan tuntutan untuk dilaksanakan demokrasi secara ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang baru didalam proses demokrasi. Hanya di negara kita dan Singapura sahaja di rantau ini yang parti pembangkang yang halal kewujudannya tidak diberikan kemudahan ini. Kita tidak boleh lari dari melaksanakan sistem ini jika kita benar-benar mahu menjadikan negara kita sebagai negara maju. Kita tidak boleh lagi menafikan hak mana-mana pihak untuk mendekati rakyat seperti tidak mengeluarkan 'permit' untuk berceramah dan sebagainya. Berdebat secara terbuka diantara parti kerajaan dan pembangkang patut diadakan selalu bagi membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berkemampuan untuk mengeluarkan 'idea-idea' yang bernas dan mampu dilaksanakan. Politik secara ini merupakan satu tuntutan masa dan kita wajar mengikuti kehendak masa dan zamannya, Jika debat terbuka boleh diadakan kerap kali maka tidak akan ada lagi tuduh menuduh diantara satu pihak dengan pihak yang lain dan fitnah memfitnah tidak akan mudah dilakukan lagi. Debat terbuka ini juga akan membolehkan kita menilai pihak mana yang bertotokohan untuk menjadi pemerintah. Bagi pendapat saya seorang jika benar pihak kita ini jujur, ikhlas dan tidak pernah melakukan perkara sumbang kepada negara maka tidak ada sebab kita perlu takut untuk berhadapan untuk berdebat dengan pihak pembangkang. Malahan disitulah kesempatan yang keemasan untuk membuktikan yang tuduhan pihak BN yang parti pembangkang itu sebagai kilang mengeluarkan fitnah itu benar. Tetapi pihak kita tidak pernah berani untuk berdepan dalam debat besar-besaran dengan PR maka sekali gus kita dianggap sebagai pihak yang takut untuk berdebat kerana khuatir segala kelemahan kita yang dituduh oleh pembangkang itu pula yang benar. Kalau kita betul-betul di pihak yang benar kita tidak perlu takut. Jika kita takut maka jelaslah yang kitalah yang lebih bermasalah dari pihak PR untuk menunjuk dan membuktikan kebenaran pihak kita. Orang ramai memang mempunayi persepsi yang pemimpin BN khususnya UMNO tidak akan bersedia untuk berdebat kerana sesungguhnya pihak kita sedang mengahadapi masalah untuk membuktikan yang tuduhan pihak pembangkang dan pihak-pihak lain itu adalah tidak benar. Menolak cabaran untuk berdebat itu memang dengan pantas dianggap oleh rakyat sebagai mengiyakan tuduhan pihak pembangkang terhadap kita. Jangan disangkal hakikat ini. Dari Aspan Alias |
| Posted: 18 Feb 2011 06:52 AM PST
|
| Harga Minyak dan Barang Naik Jangan Salahkan Kerajaan BN.. Posted: 18 Feb 2011 06:44 AM PST Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, bahawa kenaikan harga barangan dan petrol merupakan satu fenomena global di mana tiada satu negara pun terlepas daripada kesan kenaikan itu.Malah kata Perdana Menteri, ada setengah negara seperti Iran di mana harga minyak naik sampai mencecah 200 peratus manakala di China harga gandum turut meningkat. Katanya, kebanyakan kenaikan berlaku pada bulan Oktober tahun lepas dan berlanjutan sehingga sekarang. Najib berkata, dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma hari ini, menteri berkenaan memberitahu bahawa negara itu turut menghadapi tekanan harga makanan yang sudah melambung. "(Jadi) saya nak beritahu ini (kenaikan) bukan kerana (kerajaan) BN... ini merupakan fenomena global... jadi tak boleh kita persalahkan (kerajaan)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenaikan harga barangan dan petrol yang semakin meningkat. - Bernama |
| Pembela aju kemungkinan DNA dari hingga 10 lelaki Posted: 18 Feb 2011 06:25 AM PST Peguambela mengajukan kemungkinan itu kepada pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong sewaktu menyoal-balasnya hari ini, dan beliau bersetuju dengan kemungkinan itu. Seah (kanan) telah memberitahu mahkamah bahawa dua item peralatan digunakan, iaitu DNA View dan Applied Biosystem Genetic Analysis machine, untuk membantunya dalam analisisnya.Peguam Ram Karpal membangkitkan perkara itu sewaktu menyoal-balas Seah berhubung Laporan Kimia yang disediakannya yang ditandakan sebagai bukti. - Malaysiakini |
| Posted: 18 Feb 2011 06:09 AM PST Pemuda PAS Perak mendakwa Umno 'mudah lupa' ekoran menghentam tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di negeri itu.Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, Umno sepatutnya sedar, merekalah terlebih dahulu mewujudkan potfolio itu di Perak selepas negeri itu diambil alih BN dan diterajui Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. "Sedang pada hakikatnya, setelah rampasan kuasa oleh Umno Barisan Nasional di negeri Perak, kepimpinan Umno BN Perak di bawah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya telah terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. "Jawatan potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon. Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" soalnya. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, amat jelas bahawa Umno BN mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri yang telah mereka lakukan. Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat. Sehubungan itu, Munir mahu BN Perak menyatakan pendirian ataupun membidas kritikan yang telah dilemparkan oleh Mukhriz terhadap kerajaan Pulau Pinang kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama. "Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah PR sebagai sasaran serangan politik busuk mereka," katanya. |
| Posted: 18 Feb 2011 02:04 AM PST Kerajaan Negeri Sediakan 16 Buah Bas Untuk Mengurangkan Beban Kewangan Warga Pulau Pinang Dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 Nov 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan innovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji ini. Ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan. Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja / pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan. Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan. Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex. Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011. Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011. Merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000. Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit(BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka. Merujuk kepada FREPENCA, 22 kilang telah memberi maklumbalas mereka terhadap sistem Park&Ride ini dan terdapat lebih kurang 1100 pekerja yang berminat untuk menggunakan sistem ini. *Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng Sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST Pada 18 Februari 2011 |
| Pilihan Raya Kampus: PR mendesak untuk sistem yang adil Posted: 17 Feb 2011 11:59 PM PST Kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam Kampus.Sekatan dan halangan sebegini rupa yang terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah dihentikan. Sebaliknya, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) harus telus, adil dan tidak campur tangan dalam pilihanraya kampus di semua universiti. Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan kembali pelaksanaan cadangan supaya para mahasiswa sendiri mengendalikan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Segala sistem yang meragukan harus dimansuhkan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip-prinsip demokrasi, khususnya pilihanraya yang bebas dan adil. Mahasiswa dan mahasiswi berhak mengadakan pilihanraya sendiri tanpa sebarang campur tangan.Sehubungan dengan itu, kami menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai) |
| Bawa Seluar Dalam Dan Bulu.... Posted: 17 Feb 2011 11:33 PM PST SELUAR AIR MANI DAN BULU SAIFUL DIBAWA KEMAHKAMAH MUA HA HA.. Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa 'mengusung' bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai 'bulu kemaluan'. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai 'rambut sahaja' kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian. Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful. Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai 'saksi' pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti. Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes. Dari Wan Fauzdin |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















Tiada ulasan:
Catat Ulasan