Isnin, 7 Februari 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


CICAK KUBIN NAK JADI NAGA

Posted: 07 Feb 2011 06:14 PM PST




INI GENGSTER CHINA - COOL



nota:
apa punya melayu
baru baca tuduhan dah pitam
kah kah kah




RASUAH : KETUA UMNO PANDAN PITAM KETIKA TUDUHAN DIBACA
- meloya

Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abdul Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abdul Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PAHLAWAN MELAYU PUN BOLEH PITAM…. kah kah kah..

kah kah kah…. CAKAP BERJUANG UNTUK BANGSA DAN AGAMA…. kah kah kah..

kah kah kah… KES KECIL INI PUN PITAM…. kah kah kah..

kah kah kah...INI KES PROJEK LONGKANG... kah kah kah..

kah kah kah… TENGOK CHINA MCA… REMBAT12 BILION…kah kah kah..

kah kah kah… TENGOK LEE LIONG SIK… COOL SAJA MASUK MAHKAMAH… kah kah kah..

woit… APA PUNYA TUUUUR… PEJUANG MELAYU INI… kah kah kah..

kah kah kah... BAGI MALU KAUM.... kah kah kah..

kah kah kah... TAK ADA STYLE.... kah kah kah..

woit… MANA PERKASA… BANTU SIKIT… kah lah kah..

woit… MANA DIA PENJIHAD ISLAM… MANA DIA MAT BISUL… kah kah kah….

kah kah kah… TOLONG DAN BANTULAH YANG SEKAUM..SEAGAMA DAN SEBISUL…. kah kah kah




DARI DATARA N TAHRIR -MESIR

Posted: 07 Feb 2011 01:20 PM PST




JUMAAT INI SEKALI LAGI



nota:

kerana ramai warga malaysia
dari kedah johor pahang terenganu
yang tidak dapat datang jumaat lalu
maka sekali lagi pada jumaaat ini
satu lagi perhimpunan setiakawan
bersama rakyat mesir akan diadakan.


SEMUA DIJEMPUT BERKUMPUL:

pada jumaaat 11.1.11
jam :2.00 petang
tempat : sekitar masjid klcc


sila beritahu kawan kawan
pak cik beri tahu mak cik
abang beri tahu adik
adik beri tahu kakak
balak beri tahu awek
awek beri tahu mak
supaya jangan kena rotan nanti !



GUGUR DI BUNUH


nota:
perarakan untuk menngingati
ahmad muhamad mahmoud wartawan
yangdibunuh !


MASUK HARI KE 14

warga mesir masih berkumpul didataran tahrir
jumlah yang yang datang t idak pernah susut

malam ini di dataran tahrir pihak tentera telah cuba menyempitkan
kawasan. mereka telah membawa tank masuk. tapi ini tidak menakutkan
penunjuk perasaan.

PERINTAH BER KURUNG

tak ada sesiapa pun ambil pot
malam ini anak anak muda masih berpusu-pusu
turun ke dataran tahrir.

WARTAWAN GUGUR DI INGATI

malam ini satu perarakan membawa keranda
telah dijalankan di dataran tahrir.

keranda kosong ini telah di arak
untuk mengingati ahmad mohamed mahmoud yang
mati ditembak pada malam 2 feb lalu.

ahmad sednag mengambil gambar dari atas bangunan
bila dia ditembak mati.

ahmad ialah wartwan untuk akhbarAl-taawun.

al-fatihah untuk yang be rani.

GUGUR SHAHEED

setakat ini telah dipastikan dengan tepat
ada 287 warga mesir yang gugur

232 di cairo
yang laian nya di iskandariah dan suez
banyak gugur pada malam januari 30

AKTIVIS DITANGKAP

doberitakan semakin ramai aktivis yang telah ditangkap.
mereka adalah anak anak muda yang menyusun
gerakan pro demokrasi.

TUNTUTAN

1- mubarak letak jawatan
2- pilihanraya adil dijalankan
3- kebebasan bersuara
4- kebebasan berkumpul
5- kebebasan media dan akhbar

tututan ini adalah tuntutan asas
yang dilihat terbentang di kain
rentang di dataran tahrir.


RUMAH PUTEH

obama telah membuat keputusan bahawa
mubarak wajib berundur

calon obama ialah omar sulieman
omar juga ialah calon israel

mubarak masih berdegil dengan hujah
tanpa mubarak mesir akan kacau bilau.

BANK KEDAI PEJABAT

bank kedai pejabat telah dibuka
tapi semuanya setengah mati

BUMI ARAB

bumi arab sedang bergolak]
semua sedang menunggu dan memerhatikan
apa yang akan dilakukan oleh mubarak

ISRAEL

israel merasa terancam
jika bukan barua amerika
yang menggantikan mubarak
maka masa depan israel tidak lagi terjamin.

parti islam adik beradik/ikhwan muslimin
akan memainkan peranan yang penting

jika parti ini menguasai mesir
maka tidak dapat tidak - besar
kemungkinaan perjanjian damai antara
mesir/israel akan dimansohkan

jika ini berlaku - budaya dan lanskap
politik di timur tengah akan berubah.

sama sama kita tunggu


AWAS ! WASPADA !

pembelotan juga akan berlaku
anak anak muda yang turun berdemo ini
akan tertipu

revolusi di sunai nil ini menjanjian
tapi tidak ada satu kepastian

yang belot ialah kaum borjuis
yang bersedia sekali lagi untuk
bekerjasama dengan musuh rakyat dunia - amerika syarikat!

nanti dan lihat!

INI PROJEK SATU MALAYSIA PUNYA

Posted: 07 Feb 2011 08:24 AM PST




LU INGAT KAPAL INI MURAH?



nota:
lima buah kapal ini
adalah yang tercanggih
yang terkini
yang ternow
untuk pertahanan
sebuah harganya 30 juta ringgit

apa lu ingat ini projek murah
nak murah pergi beli garam
kah kah kah




KOS KAPAL TENTERA LAUT MAHAL 870 PERATUS
– mkini

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APALAH TONY PUA NI … TAK FAHAM FAHAM… kah kah kah…

kah kah kah… INI PROJEK PILIHANRAYA…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI CARA NAK AMBIL DUIT ORANG RAMAI… kah kah kah…

kah kah kah….KETUA BAHAGIAN BUAT SYARIKAT… DAPAT PROJEK BUAT PINTU KAPAL…kah kah kah..

kah kah kah .. KETUA CAWANGAN... BUAT DINDING KAPAL... kah kah kah..

kah akh akh.. FULUS MASUK…BOLEH BELI UNDI… kah kah kah…

kah kah kah… LUPA KE?.... ZAMAN MADEY DENGAN DAIM… kah kah kah..

kah kah kah…PROJEK ABU JULING BUAT KAPAL 5 BUAH DENGAN HARGA 5 BILION RINGGIT….. kah kah kah…

kah kah kah… SAMPAI HARI INI JANGAN KAN ANAK KAPAL…. TELOR KAPAL PUN TAK NAMPAK…. kah kah kah

kah kah kah….INI CARA MELAYU REMBAT DUIT…. kah kah kah..

kah kah kah…. PERLABUHAN KLANG… CARA CHINA REMBAT DUIT… kah kah kah..

woit… ORANG INDIA…ADA CARA LAIN… kah kah kah

kah kah kah… MIC DAPAT PROJEK CUCI KAPAL DAN CUCI PERLABUHAN…. kah kah kah..

kah kah kah… INI PUN KALAU PROJEK INI SIAP…KALAU TAK SIAP DAPAT CUCI KERETA... kah kah kah

PEGUMUMAN UNTUK SEMUA

Posted: 07 Feb 2011 08:12 AM PST



KAIN RENTANG GEROMBOLAN TELAH MUNCUL


nota:
ini perebutan hebat dalam
gerombolan - kali ini mereka
cekap - pakai tulisan hijau
tapi nak bagi tahu pada
ali rustam - dont play play
kah kah kah


PAS TANDING PRK DUN MERLIMAU – harakah daily

PKR dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.

Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.

Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.

"(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.

"Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju," kata Anwar.

nota untuk para pelancung politik dan pak sibuk:

sila minta cuti
sila tempah bilik tidor
sila bersedia untuk makan asam pedas
sila bersedia untuk makan masakan grago

ambience di jamin terhibur
jangan risau merlimau di atas bukit
dijamin tidak banjir
tapi untuk selamat - sila bawa sleeping bag!

nota:
cendol dan goreng pisang
merlimau terbaik
dekat tengah bandar ada kakak
jual kueh jam 3 petang sudah mula
pisang tanduk dan popiah basah terbaik
minta jangan naik harga
4 popiah basah seminggu dulu satu ringgit]
4 pisnag goreng satu ringgit
kita lihat berapa harga akan naik!


INGATAN UNTUK KITA SEMUA

Posted: 06 Feb 2011 09:09 PM PST



WO WOH WOIT


Guruh bergema gegak gempita. Alam menjadi gelap gelita. Tiupan angin makin lama makin kencang. Seolah-olah ada Wali yang terus meniupkan angin Sangka Kala. Ini disambut pula oleh petir sabung menyabung. Sesekali bunyi halilintar memecah bumi. Air sungai semakin deras. Ombak laut mula bergelora. Maka turunlah hujan seperti seperti gajah terkencing berdiri. Ini lah tanda sebuah negera yang sedang dilanggar bencana.

Maka tabuh dipalu. Beduk diketuk. Maka segala bala tentera, soldadu jantan dan betina semuanya dipanggil datang mengadap ke Balai Rung. Di Balai kelihatan seorang jantan gemok pendek dan hitam sedang mengarahkan soldadu dan laskar untuk tegak berdiri. Tidak berapa juah dari pintu kelihatan seorang jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut, tidak berbaju , mamakai cawat berwarna kuning sedang membakar kemenyan.

Maka gong pun dipalu lagi. Semua senyap dan sepi macam Mat Pet baru selesai berasap. Disaat dan ketikanya maka muncul Tok Seri dan terus masuk ke Balai Rong. Tok Seri diikuti oleh segala para menteri. Apit di kiri Menteri Dalam, apit di kanan Menteri Luar. Kemudian di bontoti oleh Menteri Beras, Menteri Duit dan Menteri Heboh. Di belakang semua ini ialah juak dan sida, dayang , hamba sahaya , tok penggawa, tok penghulu, tukang kipas dan tukang bodek.

Para soldadu, panglima dan laskar semuanya siap siaga tegak berdiri. Tuduk memandang ke bumi takut untuk melihat muka muka sang menteri. Maka Tok Seri pun duduklah ditilam pandak untuk menerima semua laporan dan sembah tentang kedudukan negara.

Maka Menteri Dalam membuka kesah yang negara sedang kelam lagi resah. Kini negeri sedang di serang bertalu-talu. Hinggakan saham Bas Mini jatuh mendadak. Hinggakan akhbar Meloya betimbun-timbun tidak laku. Menteri Heboh pun turut menyampok dan menerangkan yang Jabatan Pengheboh dan para juruheboh upahan sedang cuba mengenal segala angkara.

Menteri Duit membuat hitungan jika serangan ini berterusan maka negara ini akan bangkrap dalam masa yang tidak lama. Pelabur luar telah ramai lari. Kilang akan ditutup. Dan paling ngeri sekali ialah duit rasuah sudah tidak masuk lagi. Ini amat amat menyusahkan Tengku Adnan yang pada ketika ini sedang mengumpul dana sebagai persediaan untuk membuat pilihanraya ke 13.

Menteri Beras memberi tahu jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan negara ini terpaksa makan keladi hutan. Ini kerana nilai wang jatuh dan tidak ada modal untuk mengimpot beras.

Bila mendengar laporan ini semakin banyak rambut Tok Seri yang gugur. Tok Seri mengetok-ngetok kepalanya yang botak dan dia bertempik marah ' Siapa yang berani menyerang kita? Pakatan siapa yang berani menyerang kita. Kita akan bertahan hingga hingus kita kering. Jangan siapa berani mencabar ' .

' Musuh baru melanggar kita Tok Seri. Nak katakan geruda bukan geruda. Nak kata unggas bukan unggas. Tapi musuh ini berkepak. Nak kata hantu bukan hantu. Tapi sekejap hilang sekejap muncul. Nak kata bini puaka pun bukan. Bila nak ditangkap dia hilang. Kita lari dia datang. Kuman pun bukan hama pun bukan. Bukan ulat bukan binatang. Ada kecik ada besar. Boleh dilihat tapi tak dapat dipegang. Kadang kadang ramai… kadang kadang sedikit…." sahut Menteri Dalam.

' Musuh jenis apa ni... jangan buat silap mata dengan aku…' Tok Seri bertanya marah dengan penuh kehairan.

' Ada ekornya bergulung gulung.. … ada kepak macam tiga ekor garuda… macam rupa bentuk kereta pun ada… selalu datang dengan kawannya bila menyerang… ' penjelasan Menteri Dalam lagi. Semua dalam Balai Rong senyap. Tidak ada sesiapa yang berani berkata apa-apa. Mereka semua amat sedar yang negara ini sedang diserang oleh sejenis musuh yang baru.

' Apakah ini garuda menyerang kita… ada kepak…ada ekor bergulung-gulung…Kenapa pulak rupa macam jenis kereta? Mana Guru Ji Bomoh Negara yang kita impot dari Bombay … datang kesini…' arahan Tok Seri.

Maka jantan kepala botak berambut sejemput berperut gendut tidak berbaju dan hanya mamakai cawat berwarna kuning terkedik kedik datang ke hadapan Tok Seri. Dia menonggeng dan kemudian mencium buku lali Tok Seri. Guru Ji terus terkumat kamit mulutnya sambil membakar kemenyan didalam batil. Semua menunggu apakah yang akan ditemui oleh Guru Ji.

' Wahai Tok Seri Jantan Mongoli …ada pun musuh ini datang dari negeri atas angin. Ada yang datang mengikut jalan laut. Ada yang datang mengikut jalan udara. Mereka halus tapi bukan polong. Mereka halimunan tapi bukan hantu. Mereka bahaya tetapi bukan kuman…. mereka ini macam polong tak bertuan. Berkepak bersayap tapi bukan garuda. Mereka telah dilepas bebas oleh Ronald Reagan….' penerangan Bomoh Negara.

' Berkepak macam mana?' Tanya Tok Seri dengan penuh kehairanan. Yang lain pun turut sama hairan.

' Musuh ini ialah bernama W.W.W yang berkepak macam tiga ekor burung enggang terbang jauh diawan…. kawan dia ekornya bergulung. Nak kata A bukan A .. nak kata C bukan C inilah rupanya @... inilah musuh yang sedang menyerang negeri kita. W.W.W ini bukan kereta Wok Wigan dari Jerman wahai Tok Seri Jantan Mongoli '. Guru Ji menerankan dan kemudian terus berundur pergi.

' Menteri Dalam… kalau bagitu tangkap segera W.W.W dan kawan dia yang bernama @.... kita haramkan W.W.W…kita tangkap W.W.W… tangkap dan bunuh dengan senjata beracun kita… apa jadi dengan Akta Mesin Cetak kita? Kita boleh hapuskan W.W.W dengan akta ini...' perintah To Seri dengan bengis.

Maka semenjak petang itu diketahui oleh para menteri siapa sebenarnya musuh negara ini. Maka segala bala tentera, soldadu dan jantan dan betina telah di kerah untuk mencari dan menangkap W.W.W. dan kawanya yang berekor-ekor yang bernama @. Jika sesiapa ada menemui W.W.W dan tidak melaporkan kepada polis maka orang ini akan di tahan untuk disoal siasat di tingkat 14 oleh SPRM.

Tabuh dipukul canang dipalu. Menteri Heboh masuk kampong keluar kampong sambil menerangkan kepada sesiapa yang masih dalam gelap tentang siapa sebenarnya musuh negara ini. Manakala Menteri Dalam dengan tergesa-gesa, belum pun sempat berfikir panjang telah meluluskan satu akta baru untuk mengketatkan lagi Akta Mesin Cetak.

Akta dan undang undang baru telah diluluskan tanpa bantahan dalam parlimen. Maka dengan akta baru ini sesiapa sahaja yang kenal, yang tahu, yang melihat, yang ternampak, yang membaca, yang menghidu, yang menggunakan atau yang berfikir tentang W.W.W atau dengan kawan W.W.W yang bernama @ maka orang ini akan ditangkap. Sesiapa sahaja tidak kira jantan atau betina – tua atau muda jika dituduh oleh Utusuan Malaysia sebagai pengikut jaran sesat dan boleh ditangkap. W.W.W secara resmi telah dinobatkan sebagai musuh negara numero uno.

Sepurnama setelah akta ini diheboh-hebohkan kelihatan serangan agak kendur dan mula reda. Tetapi yang menjadikan suasana bertambah pelik ialah apabila serangan berkurangan rakyat seantero negeri kelihatan resah, sugul dan gelisah macam Mat Pet gian dadah. Tidak diketahui kenapa rakyat satu negara suka negeri mereka diserang. Bila musuh menyerang rakyat jadi gumbira. Ada sesutu yang amat pelik sedang berlaku di negeri ini.

Tiga purnama satelah akta baru dijalankan maka sekali halilintar memecah bumi. Hujan turun bergantang gantang. Angin punting beliong datang manyapu. Kali ini berita baru diterima oleh Menteri Dalam bahawa rupa-rupanya W.W.W ada seorang lagi kawan yang wujudnya dahulu tidak disedari. Tok Seri menyinga marah. Dia memanggil Menteri Heboh dan Menteri Dalam datang mengadap.

Menurut laporan tiga badan risikan negara - Jawi, Jakim dan Juwie - kawan kepada W.W.W ini lebih ganas lagi. Kawan W.W.W ini agak muda umurnya dan tugasnya hanyalah meracun kepala anak anak muda seluruh negara untuk membenci kerajaan Tok Seri. Guru Ji dipanggil sekali lagi untuk menentukan siapakh kawan baru W.W.W ini.

Dari tilikan Guru Ji ditemui musuh baru yang meracun anak anak muda ini bernama FB. Jangn silap dan jangan salah sangka FB ini bukan jenama sabun yang boleh membersihkan pakaian. FB ini cukup lincah dan cukup licik. Dari satu FB boleh menjadi seratus FB, dari seratus FB boleh menjadi seribu dan FB ini terus berganda ganda. Amatlah susah hendak dikalahkan. Apabila Menteri Dalam sedar hal ini maka akta Mesin Cetak dipinda dan dimasukkan sama FB sebagai musuh negara.

Mengikut tuan empunya cerita apabila rakyat mengetahui adanya serangan baru dari FB maka sekali lagi rakyat bergumbira. Anak anak muda bukan membantu kerajan menumpaskan FB malah mereka merayakan kesampaian FB. Bila berita kegumbiraan anak-anak muda ini diketahui oleh Menteri Dalam maka satu persidangan sulit telah diadakan.

Ketika mesyuarat sulit para menteri sedang berjalan – untuk menyedapkan cerita - ada satu lagi musuh baru akan datang. Musuh ini juga adalah suku sakat kepada W.W.W. Musuh baru ini lagi amat merbahaya kerana tidak diketahui letupan apa yang akan dibawanya.

Musuh baru ini bernama www. wikileaks yang rupanya adalah sepupu kepada W.W.W. dan ada pertalian sudara juga dengan @. Ketika riwayat ini di turunkan dari mulut ke mulut menyuarat sulit para menteri masih lagi berjalan. Dari berita yang didengar belum ditemui lagi satu senjata untuk mengalahkan W.W.W dan suku sakatnya.

Kerana itu, walau pun hujan turun macam gajah kencing berdiri, guruh berbunyi memekak telinga dan petir berdentam dentum – rakyat satu negara masih bergumbira.(TT)

MARI KITA KETAWA

Posted: 06 Feb 2011 08:13 PM PST




YA AMPOOOON YAAAA POLOOOONG




nota:
adalah diberitahu
bahawa rais yatim
bukan seorang perogol amah

berita tentang rais yatim
merogol amah adalah fitnah

nota:
ummi masih cun slim begetah
dan bukan mak janda yang
gila nak jadi flom
kah kah kah


Tiada ulasan: