Isnin, 7 Februari 2011

D'Perbatasan

D'Perbatasan


MB, Ketua Menteri Pakatan bersidang 21 Feb

Posted: 07 Feb 2011 04:39 PM PST

Ketua menteri dan Menteri Besar di negeri Pakatan Rakyat akan mengadakan persidangan bersama pada 21 Febuari ini bagi menguatkan gabungan parti itu di negeri-negeri yang ditadbirnya iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Pakatan Rakyat setuju dengan apa yang kita putuskan iaitu, temurapat Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Februari," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi.

Persidangan tersebut bertujuan menyelaras kekuatan dari aspek ekonomi, politik, sosial dan pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah berlangsung buat pertama kali pada 29 November tahun lalu di Shah Alam, Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Anwar turut mengumumkan satu persidangan ekonomi negeri Pakatan Rakyat akan berlangsung pada 25 hingga 26 Mac ini.

Persidangan ekonomi tersebut dipercayai diadakan berasingan daripada Persidangan Ketua Menteri serta Menteri Besar Pakatan Rakyat susulan resolusi persidangan itu tahun lalu yang mahu 'membentuk sebuah pakatan ekonomi di antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat'.

Najib dicabar letak Rosmah calon BN

Posted: 07 Feb 2011 04:36 PM PST

Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

"Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan 'Wanita Pertama' Malaysia ini.

"Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini," ujarnya.
Next >

Adakah Tun Mahathir akan jatuhkan Najib?

Posted: 07 Feb 2011 05:17 AM PST

Semasa pemerintahan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah melakukan road show ke seluruh negara semata-mata untuk memburukkan kepimpinan Pak Lah yang enggan meneruskan projek jambatan bengkoknya bagi menggantikan tambak johor yang menghubungkan Johor Bharu dan Woodland di Singapura.

Pada masa itu Mahathir dilihat benar-benar marah apabila Pak Lah membatalkan idea agong projek jambatan bengkoknya itu. Malah Tun Mahathir sanggup keluar dari parti UMNO baru yang diasaskan olehnya sendiri, semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

Nampaknya cengkaman Tun Mahathir berlanjutan sehingga ke zaman Najib. Sebelum ini Tun Mahathir menyatakan bantahannya terhadap cadangan projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang dibentangkan oleh Najib di dalam bajet 2011 [ Mahathir bantah Warisan Merdeka ]

Di dalam kenyataan terbaru beliau, Tun Mahathir menggesa akar umbi agar memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan projek agongnya Jambatan Bengkok. Mahathir juga menunjukkan rasa tidak senang kepada kepimpinan Najib yang dilihat mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura, kerana ini akan mengakibatkan projek tersebut gagal diteruskan [ M'sian Insider ].


Tun Mahathir sebelum ini telah melakukan serangan pertama kepada kepimpinan Najib apabila menyatakan bahawa Parti UMNO kini tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya sekadar menguntungkan pemimpin atasan [ Tun Mahathir ].

Tun Mahathir menghantarkan satu mesej jelas kepada Najib agar meneruskan projek jambatan bengkok atau berdepan dengan road shownya seperti di zaman Pak Lah. Senario ini jelas akan membuatkan Najib serba salah. Meskipun beliau seorang Perdana Menteri, namun pengaruh Tun Mahathir yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama 20 tahun akan menggugat kedudukannya.

Nampaknya Najib harus tunduk dengan kehendak Mahathir untuk meneruskan projek jambatan bengkok atau Mahathir akan mengistiharkan perang ke atasnya.


p/s: "Najib sedang menunggu arahan dari Big Mama" - ReJaM©

PR Sepakat Letak Calon PAS Di Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 04:55 AM PST

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju meletakkan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil(PRK) Merlimau Mac depan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu diputuskan hari ini setelah mendapat persetujuan dan membincangkan pro dan kontra calon.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan Membantu," kata Anwar dalam Sidang Media di Ibu Pejabat DAP, selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

PRK Merlimau akan dilangsungkan pada 6 Mac ini dengan 26 Februari diletakkan sebagai tarikh penamaan Calon.

Bagaimanapun menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak lagi menetapkan siapa calon pilihan dan sedang menunggu cadangan negeri.

Namun beliau menggambarkan kemungkinan besar calon itu dari kalangan orang tempatan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah,"katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali kemudiannya menambah calon bakal diketahui selepas mesyuarat PAS 13 Februari depan.

" Selepas Mesyuarat 13 hari bulan ini, kita akan terima 'shortlist' dan buat keputusan untuk endorse,"katanya.

TKM 1 Ziarah Pesakit Di Hospital Bukit Mertajam

Posted: 07 Feb 2011 02:23 AM PST

TKM1 Dato Mansor Othman meluangkan masa menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Bukit Mertajam.


Adik Siti Umirul Shahirah yang kemalangan sebulan lalu masih koma... dan baru dihantar dari Hospital Besar Pulau Pinang ke Bukit Mertajam.



Pesakit dan keluarga yang ada amat terharu dan berterima kasih kerana kesudian TKM1 menziarahi mereka yang telantar di Hospital.

Tiada ulasan: