Ahad, 13 Februari 2011

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Kemelut UMNO Perlis tiada tanda berakhir

Posted: 12 Feb 2011 04:27 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kemelut yang melanda UMNO Perlis masih belum menunjukkan tanda akan berakhir apabila Datuk Seri Shahidan Kassim terus mendesak Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berubah sikap atau diubah daripada kedudukannya sekarang.

Menurut bekas Menteri Besar Perlis itu, tindakan Md. Isa yang seakan menafikan kedudukannya selaku Ketua UMNO Bahagian Arau dan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin dalam membuat sebarang keputusan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Menurutnya, antara tindakan yang dikesali adalah sebarang perbincangan tidak melibatkan kedua-dua mereka tetapi diadakan dengan pihak lain menyebabkan UMNO bahagian berpecah.

"Semua ini gila sampai saya selaku ketua bahagian tidak dijemput ke program yang diadakan di kawasan sendiri. Saya tidak pernah berbuat begitu ketika menjadi menteri besar dahulu.

"Perkara seperti itu bukan menyumbang kepada penyatuan tetapi perpecahan. Sudah banyak kali kami bangkitkan perkara ini sampai naik malas mahu ungkit lagi," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Halang Anwar ke luar negara

Posted: 12 Feb 2011 04:23 PM PST

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

Ummi Hafilda Ali berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.

"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?

"Anwar juga terikat dalam proses perbicaraan liwat namun dibiarkan bebas. Anwar diberikan peluang untuk berceramah mengutuk individu, memutar belit dan mengadakan cerita untuk menghuru-harakan rakyat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ummi Hafilda, setiap pergerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu harus dipantau dan pasport antarabangsanya perlu dirampas.

"Kerajaan perlu tegas dan tidak membenarkan beliau mendapat permit untuk berceramah tanpa ada sekatan. Sedangkan apa yang dikatakan olehnya hanya pembohongan dan fitnah melampau yang hanya akan meracuni pemikiran rakyat dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kita tak mahu negara ini menjadi seperti Mesir yang porak-peranda disebabkan mainan politik kotor Anwar," katanya.

Sementara itu, Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com bertajuk 14 Februari: Anwar Rancang Insiden, percaya beliau pasti berusaha meloloskan diri daripada perbicaraan kes liwat yang akan bersambung pada 14 Februari ini.

Blog itu juga mendakwa Anwar merancang sesuatu untuk mendapat simpati rakyat.

Anwar juga, kata blog itu, memecahkan rekod dunia apabila berjaya menangguhkan kes pendakwaan liwatnya sebanyak 50 kali sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Lebih 600 banduan lari dari penjara Kaherah

Posted: 12 Feb 2011 04:12 PM PST

KAHERAH 13 Feb. - Lebih kurang 600 orang banduan melepaskan diri dari penjara di Kaherah selepas rusuhan berlaku, hari ini.

Menurut pegawai keselamatan, beberapa orang terbunuh dan cedera ketika banduan-banduan tersebut membuat rusuhan dan orang yang tidak dikenali di luar Penjara Marg menembak kearah pengawal.

Ia merupakan kali kedua banduan melarikan diri secara beramai-ramai sejak 28 januari lalu di Penjara Abu Zaabal ketika demonstrasi besar-besaran yang mahu Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.
Antara mereka yang berjaya melarikan

....

Bangunan runtuh di Mesir, 13 terkorban
13/02/2011 3:16am

KAHERAH 13 Feb. - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 orang cedera ketika sebuah bangunan di Luxor yang terletak di selatan Mesir runtuh hari ini.

Jumlah kematian mungkin akan meningkat kerana pasukan penyelamat masih menggali runtuhan bangunan setinggi enam tingkat yang runtuh akibat masalah pembinaan bangunan tersebut.

Kemalangan sedemikian sering berlaku di Mesir kerana garis panduan pembinaan sering dilanggar seperti penambahan tingkat bangunan tanpa mendapat kelulusan. - AFP

.....

Arab Saudi, Israel sokong peralihan Mesir
13/02/2011 3:16am

BAITULMAQDIS 13 Feb. - Arab Saudi dan Israel yang sebelum ini menyokong bekas Presiden Hosni Mubarak sepanjang protes secara besar-besaran yang berjaya menggulingkan beliau mengalu-alukan peralihan kuasa secara aman di Mesir.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan pengisytiharan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir memimpin Mesir serta pengumuman menghormati semua perjanjian antarabangsa itu.

Arab Saudi yang memegang ekonomi terbesar di Arab serta pengeksport minyak terbesar itu turut menyatakan harapan kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera itu akan aman. - Reuters

Tiada ulasan: