Anak Sungai Derhaka |
- Terima Kasih Barisan Nasional???
- Roboh Gerai : Utusan Bohong lagi..
- Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka
- Tiada kerajaan zalim kekal berkuasa – Wan Azizah
| Terima Kasih Barisan Nasional??? Posted: 13 Feb 2011 05:03 AM PST Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik.. Begitulah mudahnya UMNO/BN cuba memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka. Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO. Perlukah berterima kasih?? Jika harga Getah,Kelapa Sawit dan juga Kelapa yang meningkat naik itu diikuti pula dengan harga keperluan asas seperti Gula, Minyak Petrol, Gas memasak dan berbagai lagi keperluan asas kini meningkat naik? Banner ni aku jumpa di satu simpang di Kuala Terong petang tadi ketika dalam perjalanan dari Pulau Pangkor menghala ke Permatang Pauh.. |
| Roboh Gerai : Utusan Bohong lagi.. Posted: 13 Feb 2011 04:19 AM PST BUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai' sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR). Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu. "Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut. "Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " katanya lagi. Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan. Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan. Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri. Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini. Harakah Daily |
| Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka Posted: 12 Feb 2011 06:13 PM PST Oleh : Hafiz Zainuddin "Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi. Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur. Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Kita tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir." Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka. Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi. Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan! Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak. Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu. Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain. Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya. Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka "termotivasi" dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak! Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia. Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion! Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat. Katanya "...asal Melayu tak apa..." Hosni cuba rasuah kakitangan awam Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini. Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati. Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini. Rakyat Mesir telah sedar. Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Telah lama kebebasan bersuara disekat. Ramai pejuang dan aktivis ditangkap dan dibunuh. Ramai rakyat Mesir yang menderita akibat kemiskinan dan tekanan hidup. Pengangguran mencatatkan kadar sehingga 30%. Apakah semua ini adalah sebab rakyat malas bekerja? Apakah ramai rakyat Mesir menderita kerana sumpah Tutankhamun ribuan tahun dahulu? Tidak. Ini semua berlaku akibat rasuah, salahguna kuasa dan "bad governance". Rasuah bermaharajalela di Mesir. Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain. Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya. Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu. Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir. Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur. Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan. Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator. Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera! Demonstrasi solidariti di Malaysia Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS. Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri. Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain). Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel. Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini. Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi. Apa yang berlaku di Mesir sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh kerajaan yang ada di dunia. Rakyat Mesir telah keluar dari ketakutan yang menghantui diri mereka selama ini. Ugutan pihak kerajaan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk terus teguh mendesak regim Mubarak berundur. Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998. Masa itu saya baru berumur 17 tahun. Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad. Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD. Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada. Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku. Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi. Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi? Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza. Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka. Apakah makna semua ini? Ya. Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya). Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir? Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut. Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah. Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun. Isu ini telahpun mendapat liputan meluas. Tak perlulah saya menjelaskan lagi. Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain. Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai "skandal" yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun? Selain itu, rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta? Duit negara dilihat keluar dengan mudah. Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu "pelaburan" untuk masa akan datang. Saya yakin rakyat tahu. Semuanya terang lagi bersuluh. Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia. Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan. Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat. Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain. Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini. Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih. Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara? Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi. Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur. Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Kita tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir. MerdekaReview |
| Tiada kerajaan zalim kekal berkuasa – Wan Azizah Posted: 12 Feb 2011 05:54 PM PST KUALA LUMPUR: Tiada kerajaan di mana-mana sekalipun yang zalim, korup dan menindas rakyat, akan terus kekal berkuasa, sebaliknya tetap akan jatuh walau apapun juga cara yang digunakan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Suatu hari kelak tetap akan jatuh, mana-mana negara pun. Kerajaan yang sedemikian, jangan harap boleh kekal sampai bila-bila. Hanya masa yang akan menentukan (kejatuhan sesebuah kerajaan)," katanya merujuk kejatuhan regim Hosni Mubarak apabila ditanya mengenai kesan peristiwa di Mesir itu terhadap Malaysia. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Cabang Wangsa Maju yang kini diterajui bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, pagi ini. Lebih 100 orang menghadiri majlis sederhana itu. Pada majlis itu, Dr Wan Azizah juga menerima 100 borang keahlian baru, selain merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat KEADILAN dan pelancaran Briged Keselamatan bagi cabang berkenaan. Dr Wan Azizah berkata, kerajaan pemerintah dan rakyat di negara ini harus mengambil iktibar daripada kejadian di Mesir dan tidak menolak peristiwa seumpama itu berulang di Malaysia. "Kita memanglah tidak mahu suasana huru-hara, sebaliknya parti berharap proses pertukaran kerajaan berjalan dengan baik," katanya. KeadilanDaily |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan