Tempayan Retak |
- Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar
- Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik
- Parlimen Mesir dikepung
- Hari Valentine: Gerakan, DAP tolak kempen PAS
- Bekas setiausaha politik mengaku tidak bersalah pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta
- Artikel fitnah, Raja Petra diperintah bayar ganti rugi
- Hari Kekasih: Syor Nasrudin pendirian peribadi bukannya PAS, kata Khalid
| Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar Posted: 10 Feb 2011 03:38 AM PST Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar. Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap. Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu. Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan. "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya."Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu," katanya. Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya. "Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri," katanya. Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu. |
| Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik Posted: 10 Feb 2011 03:17 AM PST BEIRUT - Pengguna internet di Syria menyatakan mereka boleh melayari ke laman sosial :Facebook: dan :YouTube: buat pertama kali selepas tiga tahun berikutan keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan terhadap kedua-dua laman sosial tersebut. Bagaimanapun, Ketua Pusat Kebebasan Suara Media Syria, Mazen Darwish berkata, pengesahan perkara itu belum dilakukan secara rasmi. Tindakan melonggarkan sekatan itu diambil susulan kemelut yang melanda Mesir dan Tunisia. Kempen yang diadakan secara dalam talian untuk mengadakan 'Hari Kemarahan' sebagai bantahan terhadap pemerintahan rejim Presiden Bashar Assad, minggu lalu tidak mendapat sambutan apabila tiada penunjuk perasaan berhimpun di Damsyik. Hal ini membuktikan kerajaan Syria tidak terjejas walaupun negara di benua Arab lain sedang bergolak. |
| Posted: 10 Feb 2011 03:07 AM PST KAHERAH 9 Feb. - Beratus-ratus penunjuk perasaan bertindak mengepung bangunan Parlimen Mesir di sini hari ini sebagai sebahagian daripada kempen mereka untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun. Tiada sebarang keganasan berlaku kerana penunjuk perasaan hanya melancarkan 'mogok duduk' bagi mengepung Dewan Rendah di bangunan itu, seperti yang dilakukan oleh penunjuk perasaan lain di Dataran Tahrir, walaupun bangunan itu dikawal pasukan tentera dengan dibantu kenderaan perisai. Penunjuk perasaan terus memperhebatkan kempen mereka hari ini yang masuk hari ke-16, setelah ia reda seketika pada minggu lalu. Parlimen Mesir kini dikuasai parti pemerintah, Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang dipimpin Mubarak dan membuat peraturan menentukan siapa yang boleh bertanding dalam pilihan raya. Amalan itu ditentang oleh penunjuk perasaan yang mereka sifatkan sebagai sikap autokratik rejim itu. "Kami datang untuk menghalang anggota NDP memasuki bangunan Parlimen. Kami akan kekal di sini sehingga tuntutan kami dilayan atau kami akan mati di sini," kata seorang penunjuk perasaan, Mohammed Abdullah, 25, semasa kumpulan itu melaungkan slogan anti-Mubarak dan mengibarkan bendera Mesir. Sementara itu, Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman menyifatkan desakan penunjuk perasaan supaya Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai perbuatan biadab yang bercanggah dengan budaya masyarakat negara ini. Namun, penunjuk perasaan hari ini terus bertahan di Dataran Tahrir yang menjadi pusat demonstrasi antikerajaan sejak lebih dua minggu lalu. "Perkataan 'berambus' yang dilaung-laungkan oleh sesetengah penunjuk perasaan adalah bertentangan dengan etika masyarakat Mesir kerana orang Mesir menghormati orang tua dan Presiden mereka," kata Suleiman kepada sekumpulan pengarang akhbar, semalam. Beliau juga menganggap perkataan itu sebagai satu penghinaan bukan sahaja kepada Presiden tetapi kepada seluruh rakyat Mesir. - Agensi |
| Hari Valentine: Gerakan, DAP tolak kempen PAS Posted: 10 Feb 2011 03:01 AM PST Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.Malah, ia turut menerima kritikan daripada parti Gerakan berhubung 'kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas' yang akan dijalankan pada hari berkenaan. Ketua pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata, beliau kesal dengan kenyataan ketua pemuda PAS Nasruddin Hassan yang mahu menjalankan operasi berkenaan di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas. Mengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin (berserban) itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.Tambahnya, pemuda PAS perlu memahami sambutan Hari Valentine dengan fikiran terbuka dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan "pemikiran sempit." Tutup mulut "Kenyataan terbaru daripada PAS jelas menunjukkan usaha seterusnya daripada PAS (dengan sokongan rakan dalam Pakatan) untuk mewujudkan versi ekstrem negara Islam mereka di Malaysia," kata Tan lagi dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Nasruddin yang bakal merasmikan kempen berkenaan, hujung minggu ini, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.Gesaan itu disuarakan ADUN Sungai Pinang Teng Chang Khim melalui laman blog mikro Twitter, yang turut menulis bahawa pertentangan pendapat seperti itu tetap dilakukan secara terbuka dalam Pakatan. "Secara bijak atau tidak bijak, setidak-tidaknya kita bertentangan pendapat secara terbuka dalam Pakatan. Secara bodoh atau dengan takut, Gerakan, MCA, MIC (dan sebagainya) perlu tunduk kepada Umno," katanya lagi. Bukan dasar Pakatan Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika menjawab gesaan daripada seorang lagi pengguna laman blog mikro itu supaya DAP menyatakan pendirian berhubung kempen PAS tersebut. Pelancaran kempen anti-zina, arak dan pergaulan bebas itu akan dirasmikan Nasruddin hujung minggu ini di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali pula mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari Valentine. "Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine," tulisnya di laman Twitter.Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam. "Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu. "Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan," katanya. - Malaysiakini |
| Bekas setiausaha politik mengaku tidak bersalah pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta Posted: 10 Feb 2011 12:18 AM PST BUTTERWORTH 10 Feb. - Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.1 juta. Hasbie, 38, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zairan Aman. Mengikut pertuduhan, Hasbie didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM2,134,656 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 4-10 Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Telok Air Tawar, dekat sini, pada 11 Februari tahun lalu. Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan 14 Mac depan untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin. - Utusan |
| Artikel fitnah, Raja Petra diperintah bayar ganti rugi Posted: 09 Feb 2011 11:59 PM PST Sumber Malaysiakini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga artikel yang disiarkan oleh penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin terhadap peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berunsur fitnah. Sehubungan itu, hakim Datuk John Louis O'Hara memerintahkan supaya ganti rugi yang patut dibayar oleh defenden ditaksirkan. O'Hara berkata sama ada Ravindran akan berjaya mendapatkan jumlah berkenaan bukanlah urusannya memandangkan Raja Petra telah diisytiharkan muflis. Terdahulu, peguam Raja Petra, J Chandra membantah cadangan Ravindran supaya kos ditetapkan pada RM10,000, berasaskan kepada kedudukan anak guamnya kini seorang yang bankrap dan tidak berada dalam negara, maka pihak-pihak perlu menanggung kos mereka sendiri seperti diperintahkan Mahkamah Rayuan berhubung hal-hal berkaitan saman itu. Muhammad Shafee membuat permohonan itu mengikut Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 untuk melupuskan saman tersebut berdasarkan perkara undang-undang yang mendakwa bahawa perkataan dalam artikel dan komen yang disiarkan dalam laman web Malaysia-Today adalah memfitnah.Pada Ogos 2008, Muhammad Shafee memfailkan saman itu terhadap Raja Petra, 58, kerana menyiarkan tiga artikel pada 6, 7 dan 11, Ogos 2008, bertajuk "Shafee Abdullah: Extraordinaire Sodomologis", "Wang, Kuasa dan Seks: Apa Yang Memberi Motivasi Kepada Lelaki" dan "Dalang Sebenar Di Sebalik Tuduhan Liwat Anwar" dalam laman web yang beliau katakan memfitnahnya. Pada 13 Ogos, 2008, beliau memperoleh satu injunksi ex-parte daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenai artikel tersebut dari laman web. Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 15 November, 2008, Raja Petra menafikan bahawa ketiga-tiga artikel itu adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah peguam. |
| Hari Kekasih: Syor Nasrudin pendirian peribadi bukannya PAS, kata Khalid Posted: 09 Feb 2011 11:35 PM PST Oleh Adib Zalkapli SHAH ALAM, 10 Feb — PAS Selangor hari ini menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Kekasih. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, Nasrudin tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak penguat kuasa kerajaan negeri jika undang-undang Islam dilaksanakan jabatan agama. "Beliau (Nasrudin) tidak mewakili kerajaan. "Jabatan agama negeri sentiasa membendung aktiviti-aktiviti tidak bermoral bukan sahaja pada Hari Kekasih," katanya. Kata beliau, komen Nasrudin itu mungkin pendapat sendiri dan tidak dibawa dalam mesyuarat biro politik baru-baru ini. Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu. Katanya, Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini. Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa. Sementara itu Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata biro kebajikan parti akan mendekati golongan remaja pada Hari Kekasih bagi memberi penerangan tentang peraturan-peraturan Islam. "Tiada tindakan keras akan diambil PAS, biro kebajikan hanya menjalankan kempen 'Kami Ambil Berat'," katanya. Pendirian PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam mendapat tentangan daripada rakyat dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Sebelum ini, parti Islam itu cuba untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol di kawasan orang Islam di Selangor tapi ia mendapat tentangan daripada DAP dan pemimpin PKR. |
| You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.


Mengulas lanjut, Tan berkata kenyataan Nasruddin (berserban) itu seolah-olah menandakan Hari Valentine dipenuhi dengan kegiatan tidak bermoral dan penuh dosa.
Dalam pada itu, Nasruddin yang bakal merasmikan kempen berkenaan, hujung minggu ini, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.
Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.
"Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine," tulisnya di laman Twitter.

Muhammad Shafee membuat permohonan itu mengikut Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 untuk melupuskan saman tersebut berdasarkan perkara undang-undang yang mendakwa bahawa perkataan dalam artikel dan komen yang disiarkan dalam laman web Malaysia-Today adalah memfitnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan