Khamis, 10 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kopiah Guan Eng

Posted: 10 Feb 2011 06:47 AM PST

La.... Guan Eng difitnah lagi. Fuulamakk..... bertubi-tubi kena fitnah. Lepas satu....satu...

Terlatest di pasaran, ialah fitnah dia berkopiah. Siap ada gambar lagi.


Ek ele... hensem juga dia apabila berkopiah, ya?? Sebenarnya tak ada apa salahnya pun, kalau dia nak berkopiah. Bukan ada larangan dalam agama Islam bagi yang bukan Islam berkopiah. Cuma mentaliti masyarakat kita jer yang pelik sikit.

Kalau yang bukan Islam pakai kopiah.... maka itu dianggap macam mempermainkan atau mempersenda agama Islam. Ater, pelik.... Islam seseorang letak pada kopiah ke?? Marah dan akan jadi isu besor jika yang bukan Islam berkopiah.

Itu ler sempitnya pemikiran orang kita. Lantaran kerana kejahilan itulah, maka puak-puak sebelah 'sana' akan mainkan isu tersebut bagai nak rak. Pada halnya, apa pun tidak. Eeeiii.... senangnya Melayu diperkunta-kintekan oleh puak-puak hipokrit ini.

Itu bab orang Melayu. Orang Cina pulak, akan melihat pemakaian kopiah oleh Guan Eng ini sebagai tindakannya seolah-olah nak jadi Melayu-Islam sesangat. Geng-geng sekapal dengan UMNO akan mainkan isu ini, supaya masyarakat Cina menolak Guan Eng kerana dah nak jadi Melayu-Islam. Ha... ha... ha... Guan Eng jadi Cina lupa daratan. Lupa asal usul!!

Alahai..... Pada aku, iniler fitnah paling lawak sekali. Fitnah lawak bodoh!! Macam dah tak ada idea lain. Maka sah ler puak-puak hipokrit ini dah terdesak dan ketandusan idea. Kesian komer. Macam-macam cara bodoh bangang digunakan untuk memburuk dan merosakkan imej hamba Allah tu, agar dapat rampas semula Pulau Pinang.

My advice..... usah mimpi ler!! Hentikanlah memperbodohkan diri sendiri. Semakin difitnah, Guan jadi semakin polular. Takder chance ler hangpa. Menonggeng dan ternganga ler!!

Weh... banyak orang Melayu dah ada akai dan boleh berfikir secara rasional. Begitu juga orang Cina. Fitnah hangpa jadi bahan ketawa kita orang jer.

Kah... kah... kah...

Hangpa dengar tak aku ketawa. Aaaa.... yang lain-lain pun ketawa terbahak-bahak dan terguling-guling sama. Lawak hangpa buat orang keras perut betoi la....

[sumber]

Macam-macam Ops Lalang

Posted: 10 Feb 2011 04:00 AM PST


Ops Lalang berlaku lama dah..... iaitu pada 27 Oktober 1987. Ramai dalam kalangan warga Malaysia yang bersuara lantang, mengkritik rejim Mahathir Mohamad masa tu, telah di ISA-kan dalam Operasi Lalang.

Mereka ini dianggap seperti lalang yang menyemak dan menyusahkan sahaja. Lantas.... mereka ditebas dan disumbat ke Kamunting. Zalimnya....

Dalam buku Tom Plate berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia- Conversations with Mahathir Mohamad', Mahathir menyalahkan pihak polis. Ops Lalang bukan angkaranya tetapi pihak polis. In fact, dia telah bersemuka dengan para politikus pembangkang dan berjanji, kononnya... mereka tidak akan ditangkap.

Tup-tup... 106 orang masuk ke 'dalam', diISA-kan. Dahsyat.... Dahsyat.... Persoalannya sekarang, kita boleh percaya ke, yang 'tangan' Mahathir bersih daripada kezaliman ini?? Apakah itu semua kerja polis semata-mata??

Mahathir seperti ynag semua sedia maklum, selalu menyalahkan pihak lain atas sesuatu kepincangan yang berlaku. Dia jer yang betul dan perfect. Dia nak projekkan diri dia sebagai seorang yang maksum.

Ek ele.... perasannya orang tua ni. Poyo betul!! Pigiiraahh....!!! Weh.... siapa tak kenal Mahathir?? Manusia yang hatinya penuh dengan dendam kesumat dan mempunyai ego yang melambung tinggi.

Huh... lu orang boleh percaya ke Mahathir tak terlibat dalam Ops Lalang??

Apabila kena hentam dan cabar serta kenyataannya dipertikaikan, muncul ler suara seorang malaon untuk menyelamatkannya. Aha... mantan IGP yang kaya-raya selepas bersara.

Beriya-iya dia mengiyakan apa yang Mahathir kata dan dakwa. Butuuuul.... Mahathir takde kena mengena dengan Ops Lalang. Itu polis punya kerja. Mahathir cuba menghalangnya tetapi polis ada cara sendiri untuk menjaga kestabilan dan keselamatan negara. Lebih kurang rupa itu ler maksudnya...

Sori...Sori... Excuse me, aku nak pi muntah sat. Wheekkk!!

Ok... Sekarang... aku nak gelak pulak. Kah... kah.... kah.... kah.... What did he say??

Mahathir takde kena mengena dengan Ops Lalang. Itu polis punya kerja. Mahathir cuba menghalangnya tetapi polis ada cara sendiri untuk menjaga kestabilan dan keselamatan negara.

Tiada tekanan politik whatsoever...

Oh, ya?? Hmmm.... ya ler tu! Whatever ler... Tapi, ko ingat orang percaya??? Silap ler....

Entah-entah.... ini cuma satu lagi episod pengisian dasar tersohor ciptaan Najib 1Malaysia iaitu.... 'I help you...You help me'

[Sumber: sini dan sini]

The Good, The Bad and The Ugly

Posted: 10 Feb 2011 01:17 AM PST

Baca dan teliti apa kata mereka.....

The Good



The Bad



The Ugly



Well... Antara The Good, The Bad and The Ugly..... apakah mereka hebat, penyelamat atau pengkhianat??

Naik seronok mendengarnya

Posted: 09 Feb 2011 09:30 PM PST


Syukur alhamdulillah.....

Elaun guru-guru Kafa di Selangor dinaikkan sebanyak RM300 sebulan. Maknanya, mereka akan dapat RM1300 setiap bulan.

Hmmm.... seronokler ngkorang. Ituler, tak sia-sia memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan yang memerintah Selangor. Hati nyamuk sama dicecah... hati gajah sama-sama dilapah. Tak banyak... sikit, dapat juga merasa. Macam ini kalu, barulah dikatakan rakyat didahulukan. Kerajaan Selangor lakukan apa yang termampu dan terdaya untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyatnya.

Mak aaiihh... nampak gayanyer, berbulu lagi ler 'tok tiri' kita yang bernama UMNO Selangor. Itu ler bezanya Pakatan Rakyat dengan UMNO/BN.

Elaun guru-guru Kafa di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat semuanya naik ,tetapi di pihak sebelah 'sana' naik jugak tetapi....

PR 'naik', tetapi.... 'naik' yang membawa kegembiraan kepada rakyatnya. UMNO/BN lagi kerap 'naik'nya, tetapi.... 'naik' yang membawa derita kepada rakyatnya. Sooo... mengecewakan!!

Bahan api Naik... Barang Naik .... Beban rakyat Naik.... !!

Dan, aku pulak..... naik seronok dan tumpang gumbira mendengar guru-guru dapat durian runtuh.

[sumber]

Tiada ulasan: