SOKONG PAKATAN RAKYAT |
| Posted: 24 Feb 2011 03:00 AM PST Ada dua kumpulan terpenting dalam negara ini yang sama-sama menentang BN. Pertama, golongan yang dilihat liberal tetapi serius dalam usaha-usaha menentang rasuah, tuntutan hak asasi, hak demokrasi dan kebebasan media. Kedua, golongan agama yang menyerang BN atas isu-isu berkaitan moral, arak dan judi. Isu-isu utama seperti rasuah, tuntutan hak demokrasi dan kebebasan media kurang di fokuskan oleh kumpulan ini (atau tak reti?) Tindakan kumpulan ini kurang disenangi oleh kumpulan liberal. Kekadang BN boleh selamat kerana adanya dua aliran yang berbeza ini kerana kedua-dua kumpulan ini curiga antara satu sama lain dan menyebabkan undi protes terhadap BN tidak solid. Tak hairanlah jika kumpula liberal ini belum bersedia sepenuhnya menerima Pas sebagai pengganti Umno. Bagi mereka Pas dan Umno sedang berebut "siapakah yang lebih Islam" di dunia ini. Woooo. |
| You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan