PENYAPU SIAL |
- KENA SUNAT DAN LEMBU PENDEK PHOBIAKAN MASYARAKAT CINA ....ADIK SULONG KAFIR LAKNAT UMNO PUNYA KERJA
- ADUN Lenggeng macam gerombolan dia jugak dulu ,kini dan selamanya tukang fitnah ....!!!...padan muka kena kitai RM 18000
- hey tua kutuk nak mampos....tolak satu ayat yang Allah SWT turunkan melalui kitab suci AL-Quran dah kira kafir...inikan kata nak makan sup kaki dan tangan sila pergi kelantan....!!!
- persetubuhan pribumi melayu celaka ( PERKASA)...macam biasa...tak ada kerja lain....kerjanya asik buat repot polis aje...nak gertak siapa nie....atau nak cari publisiti murahan....!!!!
- PARTI KOMUNIS PUN TAK BUAT MACAM NIE...BEBAL BERPOLITIK... UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU
- Rais Cuba Padam Perjuangan Ulamak Tuntut Kemerdekaan...apa semudah nak memadam sejarah dia merogol amah ke...???
- Cubaan penulis penjilat jubor UMNO pecahbelah PR
- muakakakaka....Adik Ipar Bekas PM Britain Urus Kempen Anti-sepupu mubarak
- Kes Rais vs Sharpshooter....petanda buruk bila para pemimpin PR buat tak peduli....
- Edar akhbar palsu Selangor Terkini...UMNO dah berak dan kencing di laman rumah orang mana nak ngaku....
- langgar slogan 1 malaysia dan federalisma ....menteri cuma jaga kerajaan negeri BN aje...baik negeri negeri di bawah PR istiharkan keluar dari persekutuan malaysia....!!!!
| KENA SUNAT DAN LEMBU PENDEK PHOBIAKAN MASYARAKAT CINA ....ADIK SULONG KAFIR LAKNAT UMNO PUNYA KERJA Posted: 24 Feb 2011 06:10 AM PST ![]() Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS. Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong 'anu' dan tidak boleh lagi makan 'kerbau pendek'. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama. "Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek. "Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat," katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir. Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi. Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion. Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak. "Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu. "Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20. "Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57," katanya. Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan. - suaratimur |
| Posted: 24 Feb 2011 04:03 AM PST Mahkamah arah Adun Lenggeng bayar RM18,000 ![]() ![]() Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah. Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut. Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007. Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang. Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis: "Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)... "Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan." Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut. Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin (gambar) manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi. Harakahdaily |
| Posted: 24 Feb 2011 03:53 AM PST Teguran Nik Aziz persoal Islam saya tuduhan serius, kata Mahathir ![]() Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah "kafir." Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga "satu tuduhan amat serius." "Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS," kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini. Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini. "Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, 'apa nama kerja ini'." "Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir," katanya lagi. Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau "fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya." "Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan," kata beliau lagi. "Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong PAS ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – 'Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'," kata beliau yang juga bekas presiden Umno. Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir. "Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir," kata Dr Mahathir yang terlibat dalam 'perang' kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini. Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi. "Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik," katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat. Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan "lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius." "Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya. Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP. "Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja. "Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya lagi. Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat. Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.(MInsider) |
| Posted: 24 Feb 2011 03:38 AM PST Risalah rasis: PERKASA buat laporan polis ![]() Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka, hari ini membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah yang didakwa memfitnah pertubuhan itu dan berbaur hasutan. Laporan itu dibuat yang dipertua PERKASA Melaka, Abdul Rahim Osman di balai polis Merlimau kira-kira jam 1.30 petang tadi Menurutnya, risalah tersebut bermotifkan politik dan bertujuan menghasut serta membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu, khususnya Cina. "Kami mendapati risalah yang diedarkan ini berbaur hasutan dan membangkitkan provokasi dengan menggunakan nama PERKASA. "Ia dikesan diedarkan di taman-taman perumahan sekitar Merlimau pada malam semalam," katanya ketika ditemui di Perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Abdul Rahim berkata, PERKASA menafikan sekeras-kerasnya terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran atau penyebaran risalah berkenaan kepada umum, khasnya pengundi di dalam DUN Merlimau. "Kami PERKASA tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik dan menyifatkan tindakan itu sebagai tindak balas yang tidak bertanggungjawab selepas ceramah yang diadakan pertubuhan ini tiga hari lalu di kampung Pengkalan Samak. "Kami adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak pernah menafikan sumbangan kaum Tiong Hwa dalam pembangunan negara," katanya. Beliau berkata, PERKASA tidak pernah mengajar ahli untuk bersifat perkauman, malah mengajak orang Melayu bersama-sama mempertahankan perlembagaan negara dan hak-hak mereka. "PERKASA sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik kepada semua pihak dan menyeru ke arah keharmonian kaum-kaum yang terdapat di negara ini. "Antara lokasi yang kami kesan dipercayai berlakunya pengedaran risalah terbabit termasuk di sekitar Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri dan Taman Pasir," katanya. Tiga hari lalu, PERKASA menganjurkan Program Perdana PERKASA bertajuk 'Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu' di perkarangan rumah seorang penduduk berhampiran Makam Tun Teja, Kampung Pengkalan Samak. Berucap di ceramah tersebut ialah beberapa penceramah termasuk, Presiden PERKASA Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kasim dan Ketua Wira PERKASA Malaysia, Arman Abu Hanafiah. penyapu sial alahai gerombolan katak pondan...mu dok pelir tak ada tu...apa buat kecoh kecoh...ingat kami bodoh macam kawan kawan kamu dan penyokong keris kuntut ka...bukan ini caranya nak memajukan melayu kalau sekadar nak menimbulkan isu yang remeh temeh...dan..dah tentu kerja puaka puaka lesbian dan gay puak kamu... |
| PARTI KOMUNIS PUN TAK BUAT MACAM NIE...BEBAL BERPOLITIK... UMNO GUNA HARTA AWAM DI MERLIMAU Posted: 23 Feb 2011 07:45 PM PST ![]() Dengan kehangatan pilihanraya kecil Merlimau yang semakin memuncak, PAS Jasin dilaporkan hari ini telah membuat satu laporan polis berhubung salah guna oleh kerajaan BN dan Umno yang didakwa mereka menggunakan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakan parti pemerintah itu. Bilik gerakan tersebut ditubuhkan bagi menjalankan pelbagai program sempena dengan kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang sudah pun bermula walaupun belum lagi hari penamaan calon menjelma. Laporan tersebut telah dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua PAS Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau. Beliau memaklumkan bahawa PAS dengan tegasnya menolak tindakan salah guna harta milik rakyat dan tindakan Umno itu dianggap sebagai tidak bertamadun. Bukan itu sahaja, apabila Umno menggunakan harta awam untuk kegunaan mereka, ia adalah tidak adil kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakan mana-mana premis awam di kawasan tersebut. Jasme turut mendesak supaya pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa ke atas Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim yang dilaporkan telah membenarkan program Umno dan BN diadakan di situ. Beliau mendakwa bahawa ramai pelajar yang melaporkan telah terganggu dari segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu. Antara yang mengiringinya untuk membuat laporan polis ialah ADUN Banda Hilir, Khoo Poay Tiong, Ketua Dewan Pemuda PAS Jasin, Aminuddin Jalil, Ketua Dewan Muslimat PAS Jasin, Shapiah Ahmad dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) PAS Jasin (gambar). Jasme yang juga disebut-sebut bakal menjadi calon PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau turut memberitahu antara program yang dijalankan Umno dan BN yang terbaru adalah pelancaran jentera pilihan raya BN pada 24 Januari lalu oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau. Selain itu, majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama dengan Presiden Umno sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Razak turut diadakan pada 19 Februari lepas di tempat yang sama. Tambah Jasme lagi, disebabkan premis Politeknik itu akan digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, ini jelas nampak satu ketidakadilan membenarkan Umno menggunakannya kelak bagi memanipulasi serta mensabotaj PAS. sumber....-KLToday.com |
| Posted: 23 Feb 2011 07:21 PM PST ![]() Para alim ulama juga memikul beban amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk meninggikan Islam di atas semua kepercayaan dalam menggalas perjuangan menentang penjajah samada Barat atau Timur. Gambar: Abdullah Fahim (kiri) & Haji Sulong Al-Fathani (kanan) Penjajahan Barat yang penuh dengan palitan noda hitam tidak dibiarkan percuma oleh para alim ulama di setiap inci bumi umat Islam, mereka telah bangkit dengan gagah meniupkan api perjuangan kepada ummat yang sedang lena diulit mimpi. Ulama ini dengan anugerah ilmu telah mencetuskan kesedaran untuk membebaskan diri daripada penjajah jauh lebih awal daripada kelompok nasionalis sekular yang telah menculik buah kemenangan, malah hari ini mandabik dada dengan seluruh kepungan media bahawa merekalah pembebas tanahair daripada belenggu penjajah. Sebahagian ulama ini telah menjadi korban penjajah samada syahid ditali gantung seperti Umar Mukhtar atau dipaksa mendekam dipenjara tanpa pembicaraan seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, juga dibuang negeri seperti Imam Diponegoro, Uthman Den Fodio, Haji Abdul Rahman Limbong. Selain itu, ulama lainnya pula yang turut berjuang menentang penjajah dan yang ada kaitannya dengan kemerdekaan negara ialah Tokku Paloh, Sheikh Abdullah Fahim, Haji Sulong al-Fatani, Imam Bonjol dan lainnya lagi. Hari ini paparan sejarah di skrin televisyen telah memadamkan kebaktian mereka dan generasi muda dipaksa menerima versi sejarah baru bahawa kemerdekaan telah diperjuangkan oleh golongan elit sekular yang sememangnya menjadi anak suruhan penjajah. Diharapkan supaya generasi muda menekuni kembali sejarah getir perjuangan kemerdekaan yang telah banyak diselewengkan, bahkan juga kita tidak mampu memadamkan pahatan sejarah kelompok aliran kiri yang turut berjuang menentang imperialisme di seluruh dunia. -tamanulama Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri. "Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai. "Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat. "Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin. Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan. -BH |
| Cubaan penulis penjilat jubor UMNO pecahbelah PR Posted: 23 Feb 2011 03:43 PM PST ![]() Sekali lagi penulis upahan Umno yang dibayar gajinya melalui Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas) Kementerian Penerangan Malaysia, Zainal Epi cuba memecahkan PAS dan PKR. Kali ini dengan menulis berita kononnya PAS tidak akan bertanding di Kerdau, Pahang dan akan memberikan laluan kepada PKR. Kononnya ada pemikiran PAS untuk memboikot pilihan raya kecil itu. Baca "PAS may give way to PKR in Kerdau" (PAS mungkin bagi jalan kepada PKR di Kerdau) dalam Free Malaysian Today. Pada 19 Februari, beliau juga menulis dengan nada yang sama iaitu melagakan PAS dan PKR melalui tulisannya bertajuk "On the horns of a dilemma". Dalam tulisan ini, wartawan berpengalaman tetapi diketepikan selepas akhbarnya, The Malay Mail diambil alih oleh satu pihak lain, mengatakan PAS akan memberikan tumpuan kepada Kerdau berbanding dengan Merlimau kerana peluangnya lebih besar. Namun, tulis Zainal, PAS terpaksa berebut dengan PKR kerana parti itu juga mahu bertanding dalam pilihan raya kecil ini selepas terlepas Merlimau. Sebelum ini, pada 15 Februari, beliau juga membuat berita yang senada iaitu 'PAS may stay out of Kerdau fray" (PAS mungkin akan tidak menyertai pertandingan di Kerdau). Penulis ini membayangkan, PAS mungkin tidak menyertai pilihanraya ini jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya serentak dengan Merlimau. Pada 12 Februari, Zainal juga menulis dengan nada yang sama Dalam tulisan ini, beliau menggambarkan PKR pada awalnya mahu bertanding kerusi ini tetapi setelah membuat kajian lapangan, mereka mendapati akan kalah lalu membiarkan PAS bertanding di situ. Semua tulisan ini membayangkan agenda sebenar penulis ini. Mungkin beliau berpengalaman sebagai wartawan tetapi nada tulisan beliau kini jauh benar dengan tulisan ketika beliau berada di zaman kegemilangannya dahulu. Ketika bersama The Star, Zainal antara penulis yang disegani. Begitu juga ketika beliau bersama memulakan akhbar Harian Watan bersama bekas pengarang Harakah, Zin Mahmud. Ketika itu, tulisan Zainal disegani oleh rakan dan musuh politik BN. Ini kerana, tulisan itu penuh dengan isi dan laporannya menepati apa yang berlaku di lapangan. Namun, sejak kebelakangan ini, tulisan beliau umpama 'armchair reporter' sahaja. Duduk depan komputer, ketuk dan terhasillah tulisan 'maha hebat' itu. Lihat sahaja ulasan beliau tentang Kerdau. Tidak berbangkit langsung PAS mahu melepaskan kerusi Kerdau itu kerana ia adalah kubu PAS. Mungkin PAS Pahang sekarang tidak kuat tetapi kerusi ini adalah antara yang terbaik di Pahang. Mungkin ada faktor Suhaimi Said di kerusi ini yang menyebabkan ada yang terfikir PAS perlu memberikan peluang kepada PKR untuk bertanding. Namun, dari segi realitinya tidak begitu. PAS Pahang atau PAS Pusat sesekali tidak akan terfikir untuk menyerahkan kerusi itu kepada pihak lain. Jadi dari mana sebenarnya maklumat kononnya PAS akan melepaskan kerusi itu. Mungkin dari Umno kerana bimbang untuk bertembung dengan PAS di situ tambah-tambah lagi apabila PAS Pahang kebelakangan ini sangat meningkat semangat juang mereka.- Cicit Mat Kilau |
| muakakakaka....Adik Ipar Bekas PM Britain Urus Kempen Anti-sepupu mubarak Posted: 23 Feb 2011 03:32 PM PST ![]() Siaran Radio Free Sarawak, stesen radio yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London, demikian menurut laporan London Evening Standard. Akhbar tabloid itu mendedahkan, Claire Rewcastle Brown juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari. Menurut akhbar itu, Rewcastle Brown dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini. Rewcastle Brown, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas." Rewcastle Brown lahir di Sarawak sebelum negeri bekas jajahan British itu diserahkan kepada Malaysia. Dia tinggal di Sarawak sehingga berusia lapan tahun, kata akhbar itu. Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km. Tujuan siaran itu ialah mendedahkan dakwaan rasuah dalam kepimpinan Taib, yang memimpin Sarawak sejak tiga dekad lalu. The London Evening Standard mengunjungi studio Radio Free Sarawak ketika Jaban sedang menemu bual seorang ketua kampung yang telah dipaksa keluar dari tanahnya. Ketua kampung itu bercakap dengan Jaban menggunakn telefon bimbit dari hutan Borneo. Rewcastle Brown memberikan penerangan kepada Jaban: "Pastikan anda tanya dia soalan sama ada dia tahu bahawa Ketua Menteri Taib yang telah mencuri tanah mereka? Dan, tanya juga siapa yang dia akan mengundi nanti!" Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia — didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun. "Bahasa Inggeris masih merupakan bahasa penyatuan di Sarawak dan saya menggunakan blog dan siaran ini untuk mendedahkan pembersihan hutan secara sewenang-wenangnya, di mana 95 peratus hutan di Sarawak sudah ditebang dan digantikan dengan ladang kelapa sawit, yang telah menjadikan Taib dan keluarganya kaya," kata Rewcastle Brown. "Apa lagi, siasatan saya menunjukkan wang keluarga Taib (juga) ada di sini, di London dan ini termasuklah hartanah mewah di tengah ibu negara (Britain)," katanya. Dia menambah, pemimpin parti pembangkang, Baru Bian, seorang peguam hak asasi manusia yang karismatik, mendorong kepada perubahan yang sebenar dalam pilihan raya umum akan datang. "Tetapi, sungguh memeranjatkan hanya satu pertiga (rakyatnya) yang mendaftar sebagai pengundi dan kerajaan Malaysia yang berasuah tutup mata mereka kerana Taib sentiasa menghasilkan (kemenangan) Sarawak, negeri mereka paling kaya, kepada mereka," katanya lagi. Katanya, dia dan Jaban memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka selepas ugutan diposkan ke Sarawak Report dan kematian misteri ketua pendedah maklumat mereka di Amerika Syarikat. "Sebelum Krismas, seorang pembantu Taib di Amerika Syarikat yang tidak puas hati dengannya, Ross Boyert, ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles dengan beg plastik ditemui di bahagian lehernya. "Inkues ini masih dijalankan tetapi diduga bahawa saya dan Peter juga kemungkinan berada dalam keadaan bahaya. Daripada berselindung, kami memutuskan untuk tampil (dan mendedahkan identiti)," katanya kepada London Evening Standard. "Ironisnya, Taib dan orang-orangnya menganggap kami ini menjalankan operasi besar-besaran tetapi kami cuma lima orang dengan beberapa komputer bimbit dan sebuah set pengadun (nada). Kemajuan teknologi MP3 bermakna radio dengan gelombang pendek mudah untuk dikendalikan," katanya. Pada Disember lalu, pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kontroversial juga dilaporkan menyertai Radio Free Sarawak sebagai penyumbang tetapnya. Stesen itu mula beroperasi sejak pertengahan November lalu sebagai saluran siaran bukan kerajaan. Menurut maklumat sebelum ini, Radio Free Sarawak merupan stesen radio bukan kerajaan yang menyediakan siaran setiap hari antara pukul 6.30 hingga 7.30 petang pada gelombang 7590kHz dan dari 6 hingga 7 petang pada 15420 kHz. "Kami begitu efektif sehingga orang Taib sangka kami dibiayai oleh George Soros, yang yayasannya membiayai Radio Free Burma," kata beliau merujuk kepada jutawan dari Amerika Syarikat itu. Katanya, dia memulakan kerja-kerja itu dengan kos kurang daripada £10,000 (RM49,000) sebulan pada Oktober lalu. Kemudian dia menjelaskan, mereka menerima bantuan kewangan daripada rakan-rakan yang tidak mahu diri mereka dikenali. Bagaimanapun Rewcastle Brown sama sekali menafikan pembabitan Gordon. "Bukan Gordon," katanya. "Sokongan dia hanya dari segi moral," kata Rewcastle Brown lagi. -TMI penyapu sial PM-PM Malaysia tidak mahu gantikan Ketua Menteri Sarawak tetapi terus kelalkan Abdul Taib Mahmud ini sehingga sudah menjangkau usia pemerintahan Mubarak... dah tentu mereka kaw-tim...dalam rampok duit rakyat....perompak semenanjung tak kan nak bior aje penyamun pulau borneo makan seorang.... masing masing punya motto....ko cover aku...aku cover ko....ko bagi makan aku...aku simpan rahsia busuk ko....!!!! |
| Kes Rais vs Sharpshooter....petanda buruk bila para pemimpin PR buat tak peduli.... Posted: 23 Feb 2011 01:35 PM PST Blogger Mohon Lanjutan Masa Untuk Fail Pernyataan Pembelaan Saman Rais ![]() Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya. Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat apabila pihak-pihak berkenaan menemui hakim itu pada 17 Februari. Berikutan permohonan itu, Hakim Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte. Sebelum ini, hakim menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan itu. Pada 2 Februari, Rais mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya. Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte. Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas. Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan. Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia. Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral. Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian. Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog. Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. -BERNAMA Lebih banyak yang bakal terdedah jika sharpshooter dan para blogger menghubungi Migrant Care dan pihak keluar Robengah di Indonesia. Yang kedua, amat dikesalkan pemimpin PR tidak berbuat apa-apa untuk membantu blogger berkenaan. Tatkala mana-mana pemimpin PR dituduh dan didakwa dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan, lazimnya para blogger PR sentiasa berdiri teguh membantu mereka, tetapi apabila blogger yang kena, para pemimpin PR tidak pula melakukan apa-apa. Itu petanda buruk buat Pakatan Rakyat. sumber... gb |
| Posted: 23 Feb 2011 01:22 PM PST Umno nafi terbitkan Selangor Terkini ![]() Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya. Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang. Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya. Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya. Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya. Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran. Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri. Tambahan pula, penerbitan itu bertujuan untuk mencemarkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan rekabentuknya mirip kepada akhbar Selangor Kini milik kerajaan negeri. Faekah dilaporkan berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar Selangor Terkini Perasaan curiga mereka itu, tambah Faekah, diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan dalam satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Abdul Shukor. Penerbitan itu diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. -mk penyapu sial Tak terbitkan, tetapi mengaku mengedarkan. Menteri KDN diamkan. Kenapa Hishamuddin tak bising seperti selalunya? Mengapa polis tidak rampas penerbitan haram itu? Sebab ada kepentingan UMNO di sebalik peneribitan taboloid tersebut...dan kesemuanya memang bersubahat...atas dasar sifat kafir lahanat dan munafik UMNO selamanya... |
| Posted: 23 Feb 2011 12:59 PM PST Kerajaan Negeri BN Diminta Tanggung Tiket Kapal Terbang Pelajar Kembali Ke Mesir ![]() KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta menanggung kos tiket kapal terbang anak negeri yang mahu kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri Selasa. Pada mesyuarat itu Muhyiddin juga memutuskan agar Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) memberi bantuan RM500 dan tiket penerbangan bagi lebih 400 pelajar tajaannya kembali ke Mesir, kata Jamil Khir kepada pemberita, di sini hari ini. Dalam pada itu, Jamil Khir berkata pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan. Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan. Mengenai bila pelajar terbabit akan dibenarkan kembali ke Mesir, beliau berkata keputusan itu akan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi. Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP ditemui di Majlis Silaturrahim Menteri Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan di Universiti Mesir di sini. Sementara itu, pelajar yang ditemui pada majlis tersebut menyambut baik sumbangan MAIWP dan berharap kerajaan dapat mempercepatkan penghantaran mereka ke Mesir bagi menyambung pelajaran. Azrin Jamil, 24, pelajar tahun akhir jurusan usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta berkata beliau perlu mengambil peperiksaan pertengahan semester yang dijadualkan pertengahan bulan depan. Beliau berkata kira-kiara 250 daripada 700 pelajar Malaysia di universiti itu mengambil jurusan Pengajian Islam. Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Wilayah di Mesir, Mohd Adlly Mohd Bokhori berkata mereka berharap dapat kembali ke Mesir selewat-lewatnya pertengahan bulan depan memandangkan kebanyakan mereka kini di tahun akhir dan perlu menjalani latihan praktikal. "Pihak universiti juga tidak memberikan hitam putih mengenai peperiksaan kami," kata pelajar tahun akhir pengajian Al-Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar itu. --BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan