Selasa, 8 Februari 2011

SOKONG PAKATAN RAKYAT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran

Posted: 08 Feb 2011 01:13 AM PST

Sumber: Malaysiakini

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

"Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda," kata Zainal Aznam.

Nota: Ini bukan kenyataan politik oleh PR tetapi  analisa profesional. Oh Isa letaklah jawatan tu...

OH INTERLOK

Posted: 07 Feb 2011 09:24 PM PST

Bergaduh sakan hal novel Interlok.  Lanjutan dari  terbitan  sebuah buku novel Interlok,  sepatutnya akan lahir berpuloh buku sorotan   dan kritikan ke atas buku  Interlok. Kita bebas membuat sorotan dan kritikan. Tulislah dan terbitkanlah. Suka atau tak suka ke atas buku sastera  bergantung kepada  siapa orang itu. Jika buku itu tidak betul, nyatakan mana yang tak betul.  Sebelum ini pun banyak buku sastera yang kita pun tak suka. Maka banyaklah buku kritikan yang lahir.

Barulah dunia sastera makmor. Satu buku akan melahirkan bayak buku lain.

Hakikatnya masing-masing  nak tunjuk hero!!!

Tiada ulasan: