Selasa, 8 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Majlis Perkahwinan Di Tahrir Square

Posted: 07 Feb 2011 05:27 PM PST


Ia mungkin bukan perkahwinan impiannya, tetapi Ola Abdel Hamid tetap memilih untuk berkahwin dengan Ahmed Zaafan di Tahrir Square, Kaherah sambil diraikan bersama kumpulan demonstrasi menentang Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Seperti dilaporkan Reuters, pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan mereka di tengah-tengah kumpulan peserta demonstrasi dengan dikelilingi kereta kebal sambil menyatakan tekad mereka untuk terus di dataran itu sehingga semua tuntutan rakyat Mesir dipenuhi. "Sama ada kami keluar dari Tahrir dan melangsungkan perkahwinan kami di dewan terpencil atau mengadakan upacara itu di sini bersama-sama rakyat yang melakukan protes di dataran ini. Kami memilih keputusan yang kedua," kata Ola Abdel Hamid, 22 tahun seorang graduan dalam bidang sains komputer.


Tambah suaminya Zaafan, 29 tahun " Saya risau, kerana orang tua saya tidak dapat datang untuk menghadiri pesta perkahwinan ini, tapi sayajuga gembira kerana semua rakyat Mesir dan warga Arab telah menyaksikan perkahwinan kami. Kami menerima doa dan ucapan tahniah dari seluruh dunia". Bunga-bunga dan serbat telah diagihkan selepas pasangan itu melafazkan akad perkahwinan mereka.

Tiada ulasan: