Sabtu, 19 Februari 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Dilarang "Ingat" dan Jangan "Percaya" Dulu,kini dan Selamanya

Posted: 19 Feb 2011 06:56 PM PST

"ini filem khurafat dan jenis khurafat yg sudah lama dipraktikan oleh syaitan dan iblis utk menyesatkan bani adam"

usinkata;...Apabila seseorang menyakini atau membuat perjanjian dengan Syaitan dan IBLIS jelas sekali beliau sudah jatuh "syirik"...Namun begitu hati-hatilah dgn jenis-jenis "KHURAFAT" berbentuk terkini dan canggih dimana ianya diwar-warkan utk diyakini seluruh manusia khususnya umat Melayu-Islam di negara ini..

Maka dengan itu marilah kita renungi kata-kata yg terlah terkata oleh Lan H yg dipetik dari artikel beliau didalam akhbar politik "SIASAH" 11-17 Feb 2011 - Mengapa disuburkan khurafat bentuk baru..?

"Bangsa Melayu yg bebas daripada keterikatan amalan khurafat tidak kiralah daripada jenis lama atau bentuk baru, insya-Allah hatinya sentiasa yakin dan bergantung semata-mata kepada Allah swt lantas pastilah dia akan menolak pihak yang berjuang untuk berkuasa dulu,kini dan selamanya..


Dia juga pasti akan menolak jika ada pihak yg mengatakan HANYA pihaknya saja yg mampu memerintah atau membawa keamanan kepada negara.Ini kerana yg mempunyai kuasa mutlak hanya Allah swt semata-mata, manusia atau parti tidak mempunyai kuasa apa-apa..


"Manusia dan parti bersifat fana yg bakal binasa pd bila-bila masa .Tetapi jika menyakini parti tertentu boleh berkuasa dulu,kini dan selamanya atau hanya dia oleh memerintah itu adalah KHURAFAT yg bole menyebabkan seseorang jatuh syirik..Nauzubilah.."


usintambah;..mcm penah ku dengar ayat dulu,kini dan selamanya tapi dimana yaaa..huhuhuhu..



Tiada ulasan: