SharpShooter |
- Perhimpunan meraikan kejayaan rakyat Mesir
- Sambutan Open House YB Ong luar biasa.
- Akhirnya Mubarak pergi jua...
- Demo anti Hosni Mubarak merebak ke P.Pinang
| Perhimpunan meraikan kejayaan rakyat Mesir Posted: 11 Feb 2011 10:43 PM PST ![]() Dari Facebook LeeSlimShady SAMM Jangan Lupa! Jumaaat: 18.02.2011 Tempat: sekitar masjid KLCC bila: jam 2.00 tengahari(Lepas Solat Jumaat) Semua dijemput beramai-ramai untuk MERAIKAN REVOLUSI ! Mesir dalam kegemilangan Kebangkitan Revolusi Sejak Kelahiran Nabi Yusuf a.s, hingga pengembaraan Iskandar Zulkarnain dan membawa kepada kelahiran Nabi Musa a.s yang sendiri menyaksikan kezaliman firaun, bangsa mesir terus melarikan diri dan tidak mengambil keputusan untuk melawan. Tetapi hari ini Mesir ke arah satu kegemilangan intifada semenjak Ikwanul Muslimin, sebuah gerakan Islam yang telah melahirkan Fatah dan Hamas ditindas dan diharamkan kini membawa ke arah sebuah kebangkitan. Kebangkitan yang dilihat sebagai rentetan sejarah kebangkitan umat manusia menentang ketidakadilan. Revolusi rakyat China, Bolsheviks, Revolusi Islam Iran dan Revolusi Jasmin Tunisia menjadi inspirasi kepada kebangkitan melawan. Bumi yang menjadi kelahiran para anbiya' kini menjadi medan menuntut erti keadilan menyahkan barua - barua Israel dari muka bumi Mesir. Demonstrasi berturut - turut menjadi satu pengajaran pada para diktator. Hari ini umat manusia meraikan pesta demokrasi, kemahuan dan hak mesti dituntut bukan di turut. Berita selanjutnya di sini. AKHIRNYA setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua.... Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa... OLEH ITU MARI KITA MERAIKAN KEJAYAAN KEBANGKITAN REVOLUSI RAKYAT JUMAAT INI!!!!!!! * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Sambutan Open House YB Ong luar biasa. Posted: 11 Feb 2011 08:24 PM PST ![]() YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah bersama Pengerusi JKKK Perkampongan Juru sedang menyambut tamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2011 di Dewan orang ramai Perkampogan Juru.![]() ![]() ![]() ![]() Pak Abu orang kuat JKKK Sg Semilang bersama Sharpshooter yang diburu oleh Pak Menteri anak yatim :-)![]() Pengerusi Pertubuhan Wanita Mithali P.Pinang (Watami) Puan Hamizah bersama ajk Watami Cik Zaheera Hassan terpukau dengan persembahan Orkestra. YB Ong Chin Wen dalam ucapannya terharu dengan kehadiran pengundi di Dun Bukit Tengah yang begitu ramai. Beliau berharap Tahun Baru Cina tahun arnab ini dapat menambah rezeki, kehidupan lebih harmoni, ekonomi dapat dipulihkan dan yang paling penting Pakatan Rakyat terus diberi mandat untuk memerintah di P.Pinang sepenggal lagi. Acara "Lao Yee Shang" dimulakan, menurut kepercayaan Kaum Tionghua ia adalah sebagai doa untuk menambah rezeki. TKM 1, TKM 2, YB Law Choo Kiang turut memeriahkannya.![]() Walaupun Guan Eng tiba sekitar jam 10 malam kerana jadual yang padat, pengundi Dun Bukit Tengah masih sanggup menunggu ketibaannya. Majlis diakhiri dengan penyampaian hamper cabutan bertuah oleh YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah.YB Ong terharu dengan sambutan pengundi di Dun Bukit Tengah, beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang hadir dan kepada pihak penganjur JKKK Perkampongan Juru dan JKKK Taman Bukit Minyak yang bertungkus lumus menjayakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Kadun Bukit Tengah. Gambar sumbangan dari Tan Peng Tong Setiausaha JKKK Perkampongan Juru. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 11 Feb 2011 06:15 PM PST KAHERAH - Jutaan rakyat Mesir larut dalam kegembiraan merayakan kemenangan mereka atas Presiden Hosni Mubarak yang pada hari kelapan-belas akhirnya menyatakan perletakan jawatannya setelah berkuasa selama 30 tahun. Rakyat anti Mubarak yang berkumpul di jalan-jalan Tahrir di pusat kota Kaherah saling berpelukan, berteriak-teriak, melambai-lambaikan bendera Mesir dan melaunglaungkan kemenangan sebaik saja Wakil Presiden Omar Suleiman mengumumkan tentang perletakan jawatan Mubarak tersebut. ![]() "Kita telah menggulingkan rejim, kita telah menggulingkan rejim. Allahu Akbar... Allahu Akbar," demikian laungan-laungan yang diteriakkan demonstran di jalan-jalan Tahrir seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (11/2/2011) waktu tempatan. Para penunjuk perasaan, sebahagian besarnya mendirikan solat syukur di atas pemergian Mubarak. Suasana bertambah meriah dan bising ketika ribuan orang yang lain membunyikan hon kendaraan sementara para pejalan kaki berteriak histeria meluapkan kegembiraan. ![]() "Saya adalah salah seorang yang menolong menggulingkan dia. Saya sudah di sini selama 17 hari. Masa depan Mesir sekarang berada di tangan rakyat," kata penyanyi Hani Sobhy, dalam perayaan di Tahrir. Demonstran lainnya, Mohammed Abu Bakar mengaku tak percaya dengan yang didengarnya. "Ini adalah kesudahannya dari ketidakadilan," ujarnya. Di luar stesyen TV nasional Mesir, demonstran berjabat tangan dengan para tentara yang ditugaskan menjaga stesyen tersebut. Beberapa dari mereka bahkan melompat ke atas tank. "Saya tak percaya, saya akan melihat presiden yang lain dalam masa hidup saya," kata Sherif el-Husseiny, seorang pengacara. "Tak ada lagi yang bisa menghentikan rakyat Mesir. Ini adalah era baru bagi Mesir," tambahnya. ![]() ![]()
![]() ![]() Sharpshooter - Setelah 18 hari berhimpun, berdemo, mendesak hingga ratusan rakyat marhaen yang terkorban, akhirnya Hosni Mubarak pergi jua.... Inilah yang dikatakan "kuasa rakyat kuasa keramat".... Ambillah iktibar buat semua pemimpin, jangan sombong dan angkuh serta menindas rakyat bila berkuasa... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Demo anti Hosni Mubarak merebak ke P.Pinang Posted: 11 Feb 2011 09:10 AM PST
Perhimpunan aman ini adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir dan mendesak Hosni Mubarak supaya beliau meletak jawatan setelah 30 tahun berkuasa. Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat. Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. Hosni adalah presiden paling lama di Mesir sejak sistem beraja digulingkan pada tahun 1950-an. Dia juga satu-satunya pemimpin Arab yang terus mengekalkan kedamaian dengan Israel dan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dilihat pernah bertindak menahan dan memenjara pengkritik, menghapuskan parti pembangkang serta mengatur pilihan raya. Di sebalik ketidakhirauan orang awam, kemarahan terhadap pemimpin ini terus berkembang selari dengan keadaan ekonomi yang semakin lumpuh. Semoga rakyat Mesir dapat mendesak beliau hingga akhirnya meletak jawatan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















































































Tiada ulasan:
Catat Ulasan