Isnin, 28 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Pengkhianat, pengkhianat, pengkhianat... haha...

Posted: 28 Feb 2011 05:05 AM PST

Suruh dia tunjuk gambar bapa dia kita nak tengok, betoi ka Melayu... kahkahkah...

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu


Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

1) Pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

2) Membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

3) Mngubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN.

Iye ke ni... sah pilihanraya dah dekat... hihi...

Posted: 28 Feb 2011 04:44 AM PST

Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Najib dah langkah kiri daa... haha...

Posted: 27 Feb 2011 06:36 PM PST

Langkah kiri Najib dalam kemelut terbaru memang memalukan. Bagaimana seorang Piem yang mengepalai sebuah negara yang kononnya Islam boleh melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai menyokong keganasan. Amat menjengkelkan, seorang yang perasan bagus dalam agama menilai pendirian ilmu yang ada pada ulama yang lain.

Lebih memalukan semua ini berlaku sewaktu pemergiannya ke Turki bagaikan semata mata untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Piem yang kononnya bagus ini pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.

Barangkali itulah ajaran Islam baru ala Umno, iaitu ajaran Islam sederhana... Islam yang boleh menghalalkan apa yang kita rasa nak buat. Islam yang haram disesetengah tempat dan halal ditempat yang lain...

Tak sabar sangat nak tengok Zul Kulim nak kata apa... hahaa...

Tiada ulasan: