Isnin, 28 Februari 2011

Addin

Addin


PRK Merlimau : Ceramah Ustaz Nasha Di Ayer Merbau Tak Dapat Permit

Posted: 28 Feb 2011 08:59 AM PST

Ceramah kelompok di Tmn Ayer Merbau
Terkini...sebentar tadi kawan dengan seorang sahabat pergi ke Ayer Merbau, Jasin kononnya nak dengar ceramah Ustaz Nasha dan pimpinan Pakatan Rakyat. Sambil-sambil mencari input untuk di muatkan dalam  blog ini. Setibanya di sana jam 10.00 malam di kawasan Ayer Merbau keadaan sunyi sepi seperti takde apa-apa..hanya di hiasi bendera PAS dan Be End..mula-mula kawan ingat salah dapat info dari web Prk Merlimau...padan muka ler..

Untuk confirmkan betul ke ceramah di Ayer Merbau, kawan cubalah calling sahabat di markas induk..dia cakap memang confirm ceramah ada tetapi di kawasan perumahan Taman Ayer Merbau..belah dalam skit..dia cakap..Jadi kawan dengan seorang sahabat ni pun pergi ke perumahan tersebut..setibanya disana petugas di sana mengatakan ceramah Ustaz Nasha di batalkan kerana tak dapat permit dari anjing UMNO Be End..

Yang ada hanya ceramah kelompok..penceramahnya entahlah mamat Sabah dari mana ntah..kawan pun tak kenal..Inilah skrip biasa UMNO Be End bila tibanya pilihanraya..tak pernah berubah..permit tak lulus lah..permohonan untuk permit lambatlah...permit tak boleh bagilah kawasan tak sesuai..bila tiba UMNO Be End..permit pun tak payah..kepala bapak punya polis...

PRK Merlimau : Ali Ketam Hipokrit..

Posted: 28 Feb 2011 05:48 AM PST

Kerajaan Barisan Nasional di Melaka dianggap sebagai hipokrit apabila meletakkan syarat kepada rakyat supaya mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Merlimau, jika mahu bantuan disalurkan kepada mereka. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada penyokong BN dalam memberikan apa jua bentuk bantuan.

"Melihatkan bahawa beliau (Ali Rustam) tidak memahami makna kerajaan dan dalam masa yang sama ini kenyataan yang bersifat hipokrit atau hipokrasi kerana di dalam masa yang sama masih lagi menggunakan slogan rakyat didahulukan tetapi meletakkan pula syarat dalam PRK Merlimau ini, sekiranya BN menang barulah mereka akan membantu rakyat,"katanya.

Menurut beliau, strategi yang digunapakai oleh Ali itu pernah dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu meraih undi pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu. Namun ujarnya, kenyataan itu akan digunakan sebagai pendekatan kepada PAS untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau. 

"Kenyataan yang penuh kebebalan ini menunjukkan bahawa mereka sudah terdesak dan menggunakan pendekatan seperti di Sibu di mana Perdana Menteri telah menyatakan "I'm help you, you help me" dan Ali Rustam pula menggunakan pendekatan seperti itu, saya kira akan memberi kelebihan kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Merlimau," tambah beliau.

Katanya lagi, diskriminasi yang ditunjukkan kerajaan Umno-BN ini jelas menujukkan slogan yang dibawa tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat, di mana kebajikan rakyat hanya diberi perhatian menjelang pilihanraya atau pun apabila BN menang di kawasan terbabit. 

"Kalau dahulu mereka popularkan slogan Rakyat Didahulukan tetapi dengan kenyataan Ali Rustam ini menunjukkan bahawa sebenarnya slogan itu hanyalah retorik politik yang bertujuan untuk memancing undi tapi tidak diamalkan malah dinyatakan dengan jelas secara terperinci bahawa rakyat hanya akan didahulukan sekiranya BN memenangi pilihanraya,"ujar beliau.

Malam semalam, Ali dalam ceramahnya berkata, beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini. Tambah Ali lagi, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan jika rakyat terus memberi sokongan kepada BN.Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau./Tvs News

PRK Merlimau : UMNO Merlimau Bergolak Teruk Kerana Pilih Roslan Ahmad

Posted: 27 Feb 2011 09:48 PM PST

JASIN, 28 Feb - Umno Dun Merlimau walaupun kelihatan tenang, tetapi mengalami pergolakan dalaman yang amat dahsyat, ekoran pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau. Beberapa orang penduduk Merlimau dan sekitarnya ketika ditemui tidak menafikan perkara itu walaupun ia cuba disembunyikan dengan pelbagai cara oleh para pemimpin Umno.

Seorang penduduk Merlimau, Ahmad Hashim, 43, memberitahu, Roslan sebenarnya bukanlah pilihan kebanyakan ahli-ahli Umno di kawasan itu, tetapi pemilihan yang dibuat ke atasnya dengan mengetepikan 6 calon lain. "Pemilihan ke atas Roslan dibuat oleh pihak atasan, tetapi ia telah menyebabkan Umno di Merlimau kini bergolak teruk sehngga ada dari kalangan yang tidak terpilih itu berjauh hati," katanya.

Calon-calon yang diketepikan adalah daripada kalangan pegawai kerajaan dan pemimpin politik tempatan. Salah seorang daripadanya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor. Selian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat, Penghulu Dun Bemban yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Jasin, Jezlee Pit.

Tidak ketinggalan juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, 63, yang berasal dari Kampung Pulai, Merlimau, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Nama beliau sebelum ini pernah dikaitkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008.

Zaini, 50, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah yang pertama. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mohamed Nasser, 46, adalah bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin dan anak jati Dun Merlimau. Beliau yang juga AJK Umno Bahagian Jasin adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat.

Nama-nama lain yang turut dipilih ahli-ahli Umno kawasan itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof;  Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Abdul Nasir Bazid.Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin, Zaleha Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dun Bemban, Zaidi yang juga seorang ahli perniagaan adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri, manakala Abdul Nasir adalah kakitangan sebuah sekolah di Merlimau.

Di kalangan ahli-ahli Umno Merlimau, Mohamad Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Datuk Zaini Md Nor lebih disukai, berbanding Roslan yang langsung tiada dalam pilihan mereka. Seorang penduduk Air Tawar, Rusnan Wahab, 52, (gambar atas) memberitahu, pergolakan yang berlaku dalam Umno Dun Merlimau itu kini bukan sahaja diketahui penuduk kawasan itu, tetapi juga penduduk sekitarnya termasuk di kawasannya. "Memang parah sehingga ada yang dah sampaikan tak 'buka lampu' lagi di rumahnya kerana kecewa," katanya.

Disebabkan keadaan itu, beliau yakin jika tidak menang sekalipun, PAS mempunyai peluang besar untuk mengurangkan majoriti undi Umno pada PRK 6 Mac ini. Rakannya, Rosli Jaamat, 46, (gambar) turut mengakui perkara itu dan untuk tidak memburukkan keadaan, kepimpinan tertinggi Umno mungkin berusaha memujuk mereka dengan habuan tertentu termasuk yang berbentuk projek dan bentuk-bentuk lain."Itu pula akan menjadikan salah guna kuasa dan penafian hak rakyat di kalangan pemimpin Umno semakin menjadi-jadi dan ia amat perlu disedari oleh orang ramai," jelasnya./Harakahdaily   

Tiada ulasan: