Sabtu, 26 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Pengotor sungguh laa... kahkahkah...

Posted: 26 Feb 2011 08:52 AM PST

Menteri Mana Terlibat Dengan Gay?

Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA tidak percaya dengan berita ini tetapi itulah yang saya dengar. Seorang menteri kabinet terlibat dengan kegiatan gay. Berita menggemparkan ini akan disiarkan dalam sebuah tabloid minggu depan.

Kita harap selepas akhbar berkenaan mendedahkan isu ini ia akan mendapat perhatian Najib Razak. Laporan ini kena siasat tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kabinet Najib tampaknya begitu mengambil besar mengenai kebersihan batang tubuh para menterinya. Baguslah...

Seperti mana yang diberita tahu oleh pengarang akhbar berkenaan isu ini sebenarnya sudah lama. Ia sudah banyak ditulis oleh bloger Umno sendiri. Tetapi terus terang saya katakan saya tidak pernah menemuinya secara konkrit. Munkin pengarang akhbar berkenaan bekas orang Umno mengetahui hal itu. Maklumlah Umno dalam parti itu semua jenis manusia ada.

Cuma tidak lama dulu memang ada terdengar mengenai seorang menteri kabinet yang terlibat dengan gay. Katanya dia membeli sebuah kereta sport berharga lebih RM100 ribu untuk pasangannya seorang lelaki. Kalau tidak silap juga ada pihak yang cuba menafikan dakwaan berkenaan.

Dengan terdedahnya kisah menteri gay ini nanti pihak tertentu akan membuat siasatan, terutama Najib sendiri. Kalau Najib begitu conscions dengan kes liwat Anwar kenapa beliau tidak mengambil sikap sama terhadap jemaah menterinya itu. Bukan saja liwat pelru dibelasah gay juga perlu dihentam sama.

Kita tidak mahu kalau ada elemen-elemen gay dalam kabinet Najib. Hendaknya jangan berulang kisah yang sama. Sebelum ini pernah kecur kisah seorang menteri di zaman Abdullah dikatakan terlibat dengan kegiatan lesbian. Untuk maklumat penjenguk blog Merah Tinta kedua-dua menteri dan bekas menteri yang dikatan terperosok dalam kegiatan menjijikklan itu asalnya dari Selatan tanah air.

http://msomelayu.blogspot.com/

Najib cari pasal ni... haha...

Posted: 26 Feb 2011 04:25 AM PST

Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas Dan Mencurigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Laporan National Review ada memetik ucapan Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin. Perdana Menteri dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda Perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib Razak juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi. Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar Najib Razak melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

RM50 kena sehari, kalau RM540 juta... kahkahkah...

Posted: 26 Feb 2011 01:05 AM PST

Aku pun tau, rasuah ni kalau RM50 pun rasuah... RM540 juta pun rasuah... dua dua tu salah. Tapi yang aneh kat Malaysia ni, RM50 kena tangkap dan denda, RM540 juta buat tak tau macam tak dak apa.

Lelaki yang sogok polis RM50 dipenjara satu hari dan denda RM10,000 tapi yang RM540 juta boleh pulak bebas berbelanja. Perabih harta negara dan wang rakyat ikut suka mak bapak depa...

Inilah salah satu contoh, ikan bilis saja yang tersangkut jaring, ikan besar besar bebas berenang. Mohd Yasin Fauzi, 38, telah mengaku bersalah dan mahkamah telah jatuhkan hukuman. Dia terpaksa meringkuk enam bulan sekiranya gagal menjelaskan wang denda tersebut. Alahaii... pasai lampu belakang kereta sebelah kiri saja yang tak berfungsi, sampai begini pulak si mamat ni kena...

Apa ni oiii main tikam peribadi calon... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 11:39 PM PST

Oii che kak, nak main kucing balik rumah laa... kahkahkah...

Kesian kat dia, calon BN bagi pilihan raya kecil Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad terus bergelut dengan isu berhubung sijil akademiknya.

Selepas selesai proses penamaan calon tadi, soalan mengenainya masih dilontarkan oleh pihak media kepadanya.

Pi Al-Azhar bertahun tahun tapi didakwa tidak lulus semasa belajar dan dituduh pulak membeli ijazah dari universiti berkenaan.

Takkan kerja PAS camni kot, apa pulak main tikam peribadi calon ni... kahkahkah...
Biaq pi la kat calon depa nak berkurap ka, berpanau ka... kahkahkah....
Jaga diri kita tu bagi elok... kahkahkah...
Bro TT, sori la... gua pinjam lu punya gelak... kahkahkah....
Sebab PAS pun dah ikut gaya Umno berkempen... kahkahkah...

Pas, BN... Pas, BN... KITA tak dak ka? Kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 10:12 PM PST

CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil N28 DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Hasanuddin Salim (kiri) sambil melambai tangan selepas menyerahkan kertas pencalonan mereka di pusat penamaan calon di Dewan Tun Razak Majlis Perbandaran Temerloh, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah


CALON Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau, Roslan Ahmad bersalaman dengan calon PAS, Yuhaizat Abdullah (kiri), selepas menyerahkan borang penamaan calon masing-masing di Pusat Penamaan Calon di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

Sekali gua kata, gua kan kota beb... syabas bro...

Posted: 25 Feb 2011 07:45 PM PST

Pelawak dan bekas juri rancangan realiti Raja Lawak, Bob Lokman turut mengambil kesempatan menyertai perarakan ribuan penyokong parti PAS pada proses penamaan calon di Politeknik Merlimau, pagi tadi. - Foto Muhammad Hatim

Gambar mStar, PAS tak dak langsung di Kerdau... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 07:30 PM PST

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di Pahang, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh SAMUEL ONG

Bang, bang... kempen baru hari ni mula bang... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 06:06 PM PST

2 hari sebelum penamaan, 24 Feb, BN dah pacak ekoq berkempen kat Merlimau Melaka... tujuan Utusan tarok gambar ni dimuka depan akhbarnya untuk apa kalau bukan berkempen untuk meraih simpati pengundi sebelum waktunya...

Tengok saja calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil DUN Merlimua ni, Roslan Ahmad sedang meluangkan masa menziarahi pusara bapanya Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin yang juga bekas ADUN Sungai Rambai, di Tanah Perkuburan Islam Merlimau, di Melaka, 24 Feb. - Utusan/GAIE UCHEL

Melawat kubur pun nak cerita kat satu Malaysia ka...

Popular ka, aku tak kenai pun... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 05:20 PM PST

'Ini semua salah faham'

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham," kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

PAS ni buang karan saja... kahkahkah...

Posted: 25 Feb 2011 04:57 PM PST

Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan

TEMERLOH, 25 Feb: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu.

Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Tambahnya, risalah yang bertajuk 'Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan' diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Ini yang rakyat dapat dari sorang diktator...

Posted: 25 Feb 2011 03:30 PM PST

Jenazah pejuang. Penunjuk perasaan mengusung jenazah rakan mereka yang maut dalam pertempuran di Benghazi, Libya, semalam. - Foto Reuters

Ikut kata sorang menteri kanan Libya yang berpaling tadah dan menyertai penentang Gaddafi meramalkan pemimpin negara itu tak mungkin menyerah kalah. Ini kemungkinan sekali membuatkan beliau sama ada 'akan dibunuh atau membunuh diri'.

Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel-Fattah Younis al-Obeidi, sudah meletakkan jawatan dan menyertai 'revolusi popular' yang bermula di negara itu minggu lalu. Beliau meramalkan kemenangan rakyat tetapi menegaskan, Gaddafi merancang serangan besar-besaran ke atas orang awam. Menteri itu berpaling tadah selepas mengetahui hampir 300 orang awam yang tidak bersenjata dibunuh di Benghazi sejak beberapa hari lalu.

Tiada ulasan: