Sabtu, 26 Februari 2011

PERAKITE

PERAKITE


PAS vs UBN di Merlimau dan Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 08:25 PM PST

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau adalah antara calon BN, Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, manakala di PRK Kerdau pula, calon PAS, Hassanuddin Salim, 43, akan menghadapi calon UBN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44.

Penamaan calon PRK Dun Merlimau dan Kerdau

Posted: 25 Feb 2011 04:25 PM PST

Pusat penamaan calon bagi prk Dun Merlimau telahpun dibuka begitu juga bagi Prk Dun Kerdau.

Namun bagi Merlimau, polis mulai kelihatan mengadakan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.

Pilihanraya DUN Merlimau dijangka diadakan pada 6hb Mac 2011, berikutan penyandang jawatan DUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang meninggal dunia pada 20 Januari lepas.


Pada Pilihanraya Umum 2008, seramai 10 471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau. Daripada jumlah tersebut, 64.69 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India dan bakinya kaum lain.

Secara geografinya, Merlimau adalah sebuah pekan kecil dalam Daerah Jasin, bersempadan daerah Muar, Johor. Dun N27 Merlimau mempunyai tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Ladang Merlimau, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu,yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Orang Cina kebanyakannya tinggal di pekan, Melayu di kampung dan India di Ladang. Merlimau kini semakin membangun sebagai antara pusat pendidikan tinggi di Melaka dengan kewujudan Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.

Prk Dun Merlimau ini penting dan menarik kerana Melaka adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai wakil pembangkang Melayu.

Tiada ulasan: