Khamis, 24 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Warna sebenar Gaddafi

Posted: 24 Feb 2011 04:18 AM PST

Gambaran yang biasanya dilihat di Palestin tapi hari ini adalah perkara biasa di Libya...

Laporan AFP mendakwa keganasan yang tercetus di Libya sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka sahaja terkorban sekitar di ibu negara, Tripoli. Maklumat ini dipetik dari Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein. - AFP

JAIS popularkan orang yang dah popular... kahkahkah...

Posted: 23 Feb 2011 09:36 PM PST

Aku dok tengok apa saja tindakan dari JAIS pasti mendapat liputan yang meluas dari akhbar dan kaki sebar negara. Jadi meriah apa saja isu yang dibangkitkan oleh JAIS nih.

Itu kelebihan yang ada pada JAIS yang tak dak kat sapa sapa pun, populariti dan glamour. Siapa yang kena dengan JAIS akan diistihar sebagai glamour. Sapa yang nak glamour dan populariti, cari pasal ngan JAIS. Yang tak popular akan glamour, yang dah glamour akan lagi popular... kahkahkah...

Terbaru kabarnya, sorang pelakon terkenal bersama dua rakan serumahnya ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah didapati bersekedudukan dengan dua wanita di tingkat 13 sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini semalam. Pelakon berusia 30-an bersama dua lelaki dan dua wanita itu ditahan selepas didapati dalam keadaan mencurigakan serta tidak mempunyai sebarang ikatan muhrim.

Maka JAIS sekali lagi menabur jasa dengan mempopularkan sorang lagi pelakon yang sudah pun popular... kahkahkah.... masaalahnya, pelakon ni bukan ahli Pakatan Rakyat, kalau tidak.... mesti dah ada mukanya dimuka depan... kahkahkah... sori la, aku pun tak tau sapa dia pelakon tuh... kahkahkah...

Eewaaahh... Guan Eng ni tunjuk baik pulakkk... kahkahkah...

Posted: 23 Feb 2011 06:56 PM PST

Tak habis habis Pakatan Rakyat Pulau Pinang buat gempaq. Semua atas dasar kepentingan politik sekaligus bagi kepala Umno kacau dan semak... kahkahkah...

Terbaru, setiausaha Agung DAP selaku KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan perlantikan Zairil Khir Johari sebagai setiausaha politiknya. Perlantikan ini yang dikuatkuasakan serta merta tu dilihat sebagai usaha terbaru dan berterusan Guan Eng mendekati dan melunakkan hati orang Melayu Pulau Pinang... kahkahkah...

Jadi si Guan Eng jadi pening macam tu ja la kalau dok dengaq cakap cakap kedai kopi Umno nih, buat apa pun semua jadi tak kena.... kahkahkah...

Yang aku tau bukan Umno yang kena... kahkahkah...
Tapi Melayu Pulau Pinang yang lama dah terkena... kahkahkah...
Oii, Guan Eng ni baru lagi... senang nak turunkan kalau dia tak kena... kahkahkah...
Tapi Umno ni dah lama, once jatuh... jaga jangan bagi naik dah... kahkahkah...

Macam iklan pewangi ketiak daa... hahaha...

Posted: 23 Feb 2011 05:28 PM PST

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau, Roslan Ahmad (tengah), selepas majlis pengumuman calon pilihanraya kecil DUN berkenaan, petang ini. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - Foto Izhari Ariffin

Tiada ulasan: