Addin |
| PRK Merlimau : Haji Yuhaizad, Timbalan YDP PAS Jasin Di Isytihar Calon PAS Posted: 24 Feb 2011 09:28 AM PST PAS malam ini memilih Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan PR di Dataran Markas PAS DUN Merlimau. Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang disegani di mana datuk sebelah ibunya adalah seorang Imam dan datuk sebelah ayahnya adalah Tok Sidang di kampungnya.Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi ketika mengumumkan calon BN itu, berkata pemilihan Yuhaizad dibuat selepas melalui beberapa saringan di peringkat badan perhubungan PAS negeri, Jawatankuasa Pusat sebelum diputuskan pucuk pimpinan. "Kita yakin calon kita mampu memberikan tentangan sengit dan jika terpilih beliau akan bertindak sebagai pembangkang yang berkesan," kata Abdul Hadi.Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang, dengan majoriti 2,154 undi. Sumber : PRK Merlimau |
| PRK Kerdau : Panas!! Calon BN Bukan Lulusan Al-Azhar? Posted: 23 Feb 2011 09:04 PM PST Panas!! Ini berita yang baru di terima..Pagi tadi, semasa pekena mee hoon sup dengan seorang sahabat saya .Sambil-sambil makan, kami bersembang pasal isu semasa dan pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau. Sembang punya sembang, maka terceritalah perihal calon BN di Kerdau iaitu Syed Ibrahim. Dikhabarkan, Syed Ibrahim 44 tahun adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Yang panasnya.. sahabat saya bagitau, Syed Ibrahim ni bukan lulusan Al- Azhar sebenarnya, pengajian dia ni tak abih kat Al-Azhar. Maknanya Syed Ibrahim bukan lulusan Al-Azhar. Maklumat ni dapat dari kawannya yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kalau betullah cerita ni, akan menjadi tamparan hebat buat BN. Umum mengetahui, calon BN di pilihanraya kecil dari Rohaizat (Penanti) sehinggalah Azhar Ibrahim (Tenang) mempunyai masalah. Sahabat saya ini berjanji akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada kawannya berkenaan isu panas ini. Sekiranya benar maklumat panas ini, saya akan paparkan dalam blog ini...tunggu!!! |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan