shalehudin |
- Ya... haha... ya... aak aa... ya... haha...
- Hosni Mubarak larikan diri ke UPM... kahkahkah...
- Apa kata Perkasa, tak nampak ka.... kahkahkah...
- Tanya Mahathir macamana rupa bapa dia... kahkahkah...
- Tahniah, inilah contoh diktator terbaik dunia...
- Kena kencing dari dulu, kini dan selamanya... kahkahkah...
| Ya... haha... ya... aak aa... ya... haha... Posted: 23 Feb 2011 07:53 AM PST |
| Hosni Mubarak larikan diri ke UPM... kahkahkah... Posted: 23 Feb 2011 04:47 AM PST Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu. Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit. Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman. Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman. Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu. Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan. Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.- Malaysiakini |
| Apa kata Perkasa, tak nampak ka.... kahkahkah... Posted: 22 Feb 2011 10:58 PM PST Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta Muhayat Jasmin GEORGETOWN, 22 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri. Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu. Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini. "Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini. "Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim. Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri. Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah. Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan. Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini. Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa. |
| Tanya Mahathir macamana rupa bapa dia... kahkahkah... Posted: 22 Feb 2011 09:02 PM PST Senarai Panjang, 22 Tahun Dr Mahathir Memerintah Oleh Tun Telanai Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah. Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam 'Operasi Lalang 1987' dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah. Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri : 1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
"NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA" |
| Tahniah, inilah contoh diktator terbaik dunia... Posted: 22 Feb 2011 06:30 PM PST Gaddafi perintah hancurkan pemberontak, sedia mati syahid TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir. Dalam ucapannya di kaca televisyen awal hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan tanah airnya. Sambil mendakwa perjuangannya itu disokong oleh rakyat, beliau memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang kian meningkat yang kini mengorbankan ratusan nyawa sejak lapan hari lalu. Beliau memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut. Beberapa jam kemudian, kerajaannnya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh Libya iaitu 300 orang, termasuk 58 askar. - AFP |
| Kena kencing dari dulu, kini dan selamanya... kahkahkah... Posted: 22 Feb 2011 04:00 PM PST Mee segera hingga bila-bila Oleh Subky Latif PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka. Hadiah rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu. Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya. Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu. Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah. Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen. Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan. Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan. Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya. Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga. Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi. Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ. Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri, tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu. Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya. Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera. Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan. Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan. Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera. Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri. Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba. Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN. |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan