Rabu, 23 Februari 2011

Addin

Addin


UMNO Tunjuk Hero, Walhal Pengkhianat

Posted: 23 Feb 2011 07:28 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Feb -  PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu. "Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.

Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu. PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.

"Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand? "Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?" soalnya. Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. "Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?" soalnya lagi.

Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu. Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai. Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.

PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini. Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. "Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa," ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa. Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. "Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti penjenayah.  Sedangkan PASmemperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat./ Harakahdaily

PRK Merlimau : Pembangunan Hancing Be End..Wakaka!!

Posted: 22 Feb 2011 09:19 PM PST

Projek pembangunan hancing Be End, lepas pilihanraya terbengkalai
Kencing pembangunan lagi..wakaka!! Orang UMNOngok bolehlah awok kencing sehancing-hancingnya Be End woi..nak pulak otak-otak yang berkarat merah biru!! Semua orang tau..setiap kerajaan yang dipilih keneler buat pembangunan woi...orang UMNOngok je yang tak tau..!!

Yang dia orang tau..hanya menghirup kencing hancing  pemimpin UMNOngok diaorang..wakaka!! Pembangunan hancing yang di buat tu sekejap je..selepas pilihanraya nanti pemimpin UMNOngok akan naikkkan barang-barang...pada masa tu padan muka kita semua..Kene kencing lagi... wakaka!!


Golongan Tua Merlimau Kecapi Nikmat Pembangunan - Bernama

MERLIMAU, 23 Feb - Bagi golongan lama di Merlimau, mereka sudah menikmati pelbagai pembangunan yang dilakukan kerajaan. Beberapa orang yang ditanya tentang apa lagi yang mereka mahukan daripada kerajaan, mereka sukar meminta apa-apa lagi kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini sudah mencukupi bagi mereka.

"Saya bersyukur sangat dengan apa yang dah ada pada hari ini. Nak kata apa lagi, semua dah disediakan kerajaan," kata Abu Bakar Aid, 77, dari Kampung Kilang Berapi. Beliau sentiasa memerhatikan setiap perubahan yang dilakukan kerajaan. "Ada banyak sangat perubahan yang berlaku di sini. Saya tahu banyak perubahan yang dilakukan BN (Barisan Nasional) kerana saya memerhatikan setiap perubahan setiap hari di depan mata saya.

"Macamana saya boleh kata kerajaan BN tak bagus. Daripada longkang, jalan dan tiang lampu semuanya dah dibaiki (ditambah baik). Bangunan pula ada yang dah dicat semula. Ini baguslah! "Apabila sakit, saya mudah mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Merlimau. Tak perlulah pakcik nak minta-minta lagikan, sebab semua kemudahan yang disediakan dah cukup bagus bagi pakcik.

"Ada klinik, balai polis, bomba, sekolah. Ini dah cukuplah. Pakcik dah cukup gembira," katanya. Bagi Kintan Ithnin, 86, beliau turut menyaksikan pelbagai perubahan yang dilakukan kerajaan. Antara perkara terbaru yang disaksikannya ialah menaik taraf masjid di kampungnya dan juga melebarkan jalan dan longkang. "Sekarang pun, kalau tengok jalan ini, lampu jalan dah banyak, longkang pun. Kalau hujan lebat, air naik tapi sejak lebarkan longkang ini, tak adalah air nak naik sampai ke rumah," katanya.

Michael Anthony, 56, pula berkata beliau tidak merasa terbiar oleh kerajaan kerana beliau menerima bantuan RM230 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak setahun lalu akibat buta sebelah mata. "Memang orang akan kata, setakat dapat setahun pun nak puji BN. Tapi pada saya, BN parti yang menjaga masyarakat India di sini. Mana ada parti lain yang jaga kami.

"BN juga yang bantu bagi tempat saya berniaga," tambahnya. "Saya pun tak tau nak cakap macamana lagi, semuanya dah ada. Saya terima kasihlah pada Barisan Nasional sebab anak saya boleh pergi sekolah, klinik juga ada, polis pun buat kerja dengan baik," kata Peter Jau Ming Chun, 41.

Pesta Kaut Beras Di PLUS

Posted: 22 Feb 2011 06:27 PM PST

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera. Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing./Kosmo

Tiada ulasan: