Jumaat, 18 Februari 2011

shalehudin

shalehudin


Kerdau serentak dengan Merlimau

Posted: 18 Feb 2011 07:15 AM PST

P'raya Kerdau serentak dengan Merlimau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan pada 6 Mac dan penamaan calon pada 26 Februari, yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof malam ini dalam sidang media di Kuching.

Pilihan raya Kerdau diadakan ekoran penyandangnya Zaharuddin Abu Kassim daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ia merupakan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Dalam pilihan raya umum lalu Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.- Malaysiakini

Ni mesti Rosmah yang suruh kata lagu nih... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2011 06:54 AM PST

Aku tau, ni mesti Rosmah yang suruh Najib buat kenyataan camni. Apa pulak aku tak tau, kerana inilah kenyataan yang paling bernas dari mulut merah Piem Umno... kahkahkah...

Memang bernas kerana hujah hujahnya begitu solid dan kukuh yang telah dihimpunkan dari akal akal bijaksana kesemua First Lady Of the World.... kahkahkah...

Orang Umno mesti percaya bulat bulat fatwa ekonomi dari Najib nih... apatah lagi setelah mereka sedar kini betapa hebatnya FLOM yang kuat dibelakang Piem Umno nih...


*********************************

Kenaikan harga barangan fenomena global: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kenaikan harga barangan dan petrol adalah satu fenomena global yang mana tiada satu negara pun terlepas daripada kesannya.

Malah, kata Perdana Menteri, di negara seperti Iran harga minyak naik mencecah 200 peratus manakala di China harga gandum meningkat tinggi, dan kebanyakan kenaikan berlaku pada Oktober tahun lalu dan berlanjutan sehingga sekarang.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri India Anand Sharma hari ini, menteri berkenaan memberitahu bahawa negara itu turut menghadapi tekanan harga makanan yang sudah melambung.

"(Jadi) saya nak beritahu ini (kenaikan) bukan kerana (kerajaan) BN...ini adalah fenomena global...jadi tak boleh kita persalahkan (kerajaan)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai harga barangan dan petrol yang semakin meningkat.

1Mahkamah... 1Suara... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2011 04:07 AM PST

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah gembira sambil menunjukkan isyarat '1Malaysia' selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tiada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Woii, jangan la dok mengusik orang tua tua... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2011 03:05 AM PST

Sampai hati betoi la Suaram ni, ada ka patut di ajaknya Dr Mahathir secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan... kahkahkah....

Bekas Piem Umno ni satu, dah memang pun terkenal ngan cakap putar alamnya, kejap ada... kejap tarak ada... kejap boleh, kejap kejap tarak boleh... aparraa...

Yang bestnya, Suaram dah mula langkah nak kenakan bekas Piem Umno yang paling lama ni, jika benar Dr Mahathir melihat ISA sebagai satu pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

Jom kita bongkar sapa Tan Sri nih... kahkahkah...

Posted: 18 Feb 2011 12:44 AM PST

Tan Sri, artis antara 500 guna sindiket nikah palsu
Oleh Norfatimah Ahmad


PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam. SPRM tahan 3, seorang kakitangan JAKIM disyaki dalang

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hang kawad salah padang ni KJ oii... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 10:00 PM PST

Kesian aku tengok hang ni KJ oii... sekali ngan pak mentua hang pun dah terbuang, berlarak dan kawad salah padang.

Sabaq ja laa KJ oii, politik wataniah ni rasanya tak la ganaih sangat kot...

Pengamal rasuah negara mesti ketar lutut baca ni... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 07:57 PM PST

Tiga bekas menteri Mesir ditahan

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir menahan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly, dan dua lagi bekas menteri yang disiasat kerana rasuah.

Pihak berkuasa juga menahan saudagar keluli, Ahmed Ezz, seorang daripada anggota penting Parti Demokratik bekas pemimpin Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak.

El-Adly dipersalahkan kerana tindakan ganas polis pencegah rusuhan ke atas penunjuk perasaan dalam demonstrasi yang bermula pada Januari 25 dan memaksa Mubarak berundur pada Februari 11.
El-Adly memegang jawatan itu selama 2 tahun.

Laporan penahanan el-Adly menyusul selepas penangkapan bekas Menteri Perumahan, Ahmed Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Zuheir Garana dan Ezz.

Mereka menghadapi pelbagai tuduhan daripada pengubahan wang haram hingga salah guna kuasa dan mencuri kekayaan negara.- AP

Yang negatif semua Pro M.... tak habih habih nak menipu...

Posted: 17 Feb 2011 07:29 PM PST

LUAR KAWAL... Pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) bertukar kecoh apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. - Foto THE STAR/YAP CHEE HONG

Macam berbalas pantun la depa nih.... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 05:40 PM PST

Mahathir jual, dia ni jawab...

Mahathir jual, dia ni jawab...

kahkahkahkah....

Bekas KPN Sahkan Dr M Mahu Hapuskan ISA

Oleh TEH ENG HOCK
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak melakukannya atas nasihat pihak polis.

"Ketika saya masih lagi perdana menteri, saya telah mencadangkan agar ISA dimansuhkan tetapi pihak polis tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana pada pandangan mereka masih terdapat ancaman kepada keselamatan negara.

"Saya juga telah mencadangkan agar tempoh tahanan dikurangkan hanya kepada setahun tetapi cadangan itu juga ditolak," ujarnya lagi.

Dr Mahathir berkata, pihak polis adalah merupakan penasihatnya dalam hal ehwal keselamatan negara dan "jika mereka kata tangkap... saya pun tanda tanganlah.."

Beliau turut menegaskan bahawa ISA itu sendiri adalah satu akta yang baik tetapi penyalahgunaan kuasa yang ada pada akta itu yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Mereka yang mengkritik ISA mengkritik akta itu kerana mereka tidak dapat menjadi perdana menteri... itu saja.

"Jika dia jadi perdana menteri... sedaplah," ujarnya lagi.

Sementara itu, Tun Hanif Omar, yang berkhidmat sebagai ketua polis negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir tidak menafikan kata-kata bekas perdana menteri itu dan menegaskan bahawa beliau telah menggesa kerajaan agar tidak memansuhkan ISA.

"Anwar Ibrahim (yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri) berkata kerajaan patut memansuhkan ISA dan Dr Mahathir bersetuju," katanya lagi.

Bagaimanapun tegas Hanif beliau telah menasihati kerajaan agar berfikir dua kali dan tidak lama selepas itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengumumkan yang kerajaan sedang mengkaji semula ISA.

Malah Hanif turut mengesahkan bahawa Dr Mahathir sendiri beberapa kali menyuarakan pandangan tidak setujunya dengan kewujudan ISA.

"Apabila beliau menjadi perdana menteri, Tun Musa Hitam (yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri) telah menasihati saya supaya tidak merujuk kepada akta itu kerana perdana menteri tidak suka mendengarnya.

"Tetapi saya memberitahu Tun Musa bukan saya yang merangka dan meluluskan akta itu tetapi parlimen. Saya hanya menggunakan akta itu untuk melindungi negara ini dari sebarang ancaman.

"Jika tidak setuju Parlimen boleh memansuhkan ISA jadi saya tidak boleh lagi menggunakan akta tersebut sebagai satu senjata untuk bertindak," katanya lagi.

Hanif juga berkata yang beliau pernah menemui Dr Mahathir pada tahun 1987 bersama Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Rahim Noor akan keperluan untuk melakukan tangkapan besar-besaran dalam usaha untuk menghalang satu lagi peristiwa rusuhan seperti 13 Mei berulang.

"Senarainya sangat panjang dan kami bersetuju untuk memendekkannya... tetapi Dr Mahathir masih tidak gembira dengan senarai itu jadi kami potong dan pendekkan lagi dan akhirnya yang tinggal hanya 104 nama sahaja," jelas Hanif.

Dr Mahathir dan Hanif, bersama-sama pejuang hak asasi kemanusiaan dan tokoh akademik, Prof Dr Chandra Muzaffar, adalah di antara panelis dalam satu program mengenai cabaran dalam sistem demokrasi masa kini yang berlangsung di bangunan Parlimen Khamis.

Lebih 200 tetamu termasuk ahli kedua-dua Dewan Rakyat dan Negara menghadiri program tersebut.

Sapa pulak dah 'Y' nih... takkan threesome kot... kahkahkah...

Posted: 17 Feb 2011 05:21 PM PST

Kes liwat: Air mani 'lelaki Y' ditemui pada seluar dalam Saiful


KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa air mani milik "lelaki Y" telah ditemui pada seluar dalam Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahli kimia dari ibu pejabat Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Dr Seah Lay Hong turut mengesahkan kehadiran air mani "lelaki Y" itu pada empat kapas kesat, yang pertama dari kawasan sekitar dubur, dua daripada bahagian atas rektum dan satu lagi dari rektum bawah Mohd Saiful.

Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia sejak 1991, bagaimanapun tidak menamakan atau memberikan identiti "lelaki Y" dalam laporannya.

Katanya, kesan air mani "lelaki Y" turut ditemui pada karpet pelbagai warna dan sehelai selimut yang diambil daripada sebuah bilik dari unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin, Dr Seah yang merupakan saksi kelima pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menjalankan ujian terhadap dua kemeja lengan panjang dan sehelai seluar dalam biru gelap atas arahan pegawai penyiasat kes itu, DSP Judy Blaucious Pereira.

Bagaimanapun, beliau berkata ujian mendapati air mani "lelaki Y" tidak ada pada kesemua eksibit berkenaan, manakala dua lagi kesan yang ditemui pada seluar hitam Mohd Saiful disahkan sebagai milik mangsa sendiri.

Laporan kimia hari ini juga mendedahkan contoh B5 yang diambil dari kawasan sekitar dubur terdiri daripada DNA lelaki milik Mohd Saiful, "lelaki Y" dan satu lagi penyumbang yang tidak dikenali.

Ketika ditanya mengenai kaedah saintifik yang digunakan dalam menyediakan laporannya, Dr Seah menjelaskan secara terperinci mengenai ujian DNA menggunakan teknik "multiplex polymerase chain".

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ditanya lanjut oleh Noorin berhubung berapa lama kesan air mani, khususnya spermatazoa, mampu kekal bagi menjalani ujian DNA, Dr Seah berkata kelembapan memainkan peranan penting.

"Jika terdedah kepada cuaca kering dan sejuk, tidak mustahil ia boleh kekal untuk satu jangka masa yang agak lama," katanya.

Beliau turut ditanya mengenai tempoh air mani mampu kekal dalam tubuh seseorang dalam kes liwat.

Bagaimanapun, Dr Seah berkata itu bukan bidang kepakarannya kerana tugas beliau adalah lebih kepada melakukan ujian makmal.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia itu menerima 12 sampul eksibit yang ditanda sebagai B sehingga B11 pada 30 Jun 2008 daripada DSP Judy, dan enam lagi sampul serta dua bungkusan pada 1 Julai tahun sama.

Turut hadir di mahkamah ialah pakar DNA Australia Dr Brian Mcdonald bagi membantu pasukan pembelaan.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. — Bernama

Kakitangan stesen TV mati ditekup bantal

Posted: 17 Feb 2011 04:44 PM PST


Mayat mangsa ditemui terikat di dalam bilik tidur

KUALA LUMPUR: Pegawai promosi sebuah stesen televisyen swasta ditemui mati dipercayai lemas akibat ditekup dengan bantal di rumah sewanya di sebuah flet di Jalan Api, Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, lewat malam kelmarin.

Mayat mangsa ditemui jam 12 tengah malam dalam keadaan hanya memakai seluar dalam dan tertiarap di bilik tidurnya, manakala tangan, kaki dan lehernya diikat dengan wayar telefon.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid, berkata rakan mangsa yang pulang selepas kerja jam 12 tengah malam terkejut apabila pintu jeriji rumah dan televisyen terbuka, namun tiada sesiapa yang menontonnya.

Wan Abdul Bari bagaimanapun mengesahkan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh oleh orang dikenalinya berdasarkan keadaan rumah itu.

Katanya, pasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas dimaklumkan oleh rakan serumah mangsa mendapati mangsa mati akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

"Kita juga percaya terdapat lebih daripada seorang suspek yang melakukan pembunuhan itu berdasarkan pada keadaan mangsa yang ditemui diikat, agak sukar untuk seorang melakukannya," katanya.
Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan.

Selain itu, polis juga sedang meneliti satu laporan polis yang pernah dibuat mangsa bulan lalu kerana diugut supaya mengahwini seorang wanita.

Wan Abdul Bari berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Saksi yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta menghubungi Rakan Cops Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.- BH

Tiada ulasan: