Khamis, 10 Februari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Dua Web Kerajaan Melaka Kena Godam

Posted: 09 Feb 2011 08:26 PM PST

Melaka Hari Ini

Perbadanan Muzium Melaka

Dua web rasmi yang selalu dgunakan oleh kerajaan negeri Melaka telah digodam dengan Malware. Web pertama berkaitan dengan berita dalam Melaka iaitu Melaka Hari Ini dan yang kedua ialah PERZIM atau dengan nama lain Perbananan Muzium Melaka.

Keadaan tersebut menyukarkan pengunjung untuk melayari web tersebut untuk mendapatkan maklumat dan perjalanan program berkaitan Ketua Menteri dalam negeri Melaka. Kedua-dua web itu sangat penting sebagai sumber rujukan pengunjung.

Kedua-dua tapak web tersebut masing-masing ialah beralamat www.perzim.gov.my dan juga www.melakahariini.com.my 

Wanita Maut Terjatuh, Lelaki Ajal Ditembak

Posted: 09 Feb 2011 04:12 PM PST

Seorang pelayan pub ditemui mati dalam keadaan terbaring selepas dia dipercayai terjatuh dari kawasan meletak kenderaan di tingkat tujuh Apartmen Duta Impian, Jalan Abdullah Tahir di sini semalam.
Mayat Ng Xiao Shean, 24, ditemui oleh penduduk apartmen tersebut pada pukul 7.13 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah ekoran bedah siasat mendapati kecederaan mangsa selari dengan kes jatuh dari tempat tinggi.
"Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dengan mengambil keterangan daripada ahli keluarga," katanya kepada pemberita di sini semalam.
PERKEMBANGAN LAIN

ANGGOTA bomba membawa Abdul Rahim yang cedera selepas ditetak di kepala dengan parang.


Tindakan seorang pesakit mental menetak seorang anggota polis selepas berang dengan arahan penguat kuasa itu yang memintanya bertenang memakan diri apabila dia mati ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chempaka di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.15 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian selepas tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang daripada empat anggota polis yang berkawal ke rumah mangsa mengenai pipinya.
Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah dipujuk supaya bertenang oleh empat anggota polis berkenaan selepas mengamuk lebih tiga jam.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian itu, seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan polis cedera selepas kepalanya ditetak berkali-kali dengan parang oleh lelaki tersebut.
Katanya, polis sebelum itu menerima panggilan daripada ibu lelaki berkenaan pada pukul 2 petang memaklumkan anaknya sedang mengamuk.

Tiada ulasan: