BRIGED MP SEGAMBUT |
- HEBAT: ORANG UMNO SEMUA MAKSUM
- LIM GUAN ENG SAH NAIK HAJI TAHUN INI?
- GIMMIK POLITIK ADALAH PENTING PAS USAH PERKECIL
- AWAS!!! GULA YANG SANGAT BAHAYA!!1
- PAKEJ GADIS MONTOK UNTUK BERCUTI...
- SAH MAHADHIR TIDAK BERSALAH YANG SALAH INI MUKA BRO TENGOK WAJAHNYA
| HEBAT: ORANG UMNO SEMUA MAKSUM Posted: 10 Feb 2011 08:15 AM PST Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin. Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali. Tidak bekerjaTerdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi. Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga. Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri. "Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan. Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009. Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. |
| LIM GUAN ENG SAH NAIK HAJI TAHUN INI? Posted: 10 Feb 2011 05:36 AM PST Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap. Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu. Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan. "Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya."Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu," katanya. Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya. "Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri," katanya. Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. |
| GIMMIK POLITIK ADALAH PENTING PAS USAH PERKECIL Posted: 10 Feb 2011 05:07 AM PST Gelombang Merah hanya gimik politik Umno, kata PAS Kelantan February 10, 2011 KUALA LUMPUR, 10 Feb — PAS Kelantan menyifatkan langkah Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah di negeri itu sebagai "gimik politik" menghadapi pilihan raya umum akan datang."Bagi kita ini satu gimik politik Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi dengan hasrat mahu menampakkan mereka mempunyai slogan baru untuk menghadapi PAS di Kelantan. "Rakyat di Kelantan tidak akan terpengaruh dengan gimik politik ini, malah kita percaya pengundi terutamanya pengundi muda tidak akan terpedaya dengan slogan terbaru Umno ini," kata Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider. Malah beliau percaya langkah terbaru Umno Kelantan itu tidak akan memberikan kesan terhadap sokongan pengundi kepada PAS dan kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Rakyat Kelantan boleh menilai serta buat penilaian dengan baik, mereka boleh buat keputusan tepat dengan memilih PAS dan kita lihat sehingga kini mereka masih memberikan kepercayaan kepada PAS untuk memerintah negeri ini. "Ia tidak akan memberi kesan untuk mempengaruhi pengundi di sini," kata Mohd Zaki. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran itu berkata, PAS tidak hipokrit seperti Umno yang hanya mendekati pengundi setiap kali pilihan raya akan diadakan. "Pengundi terutamanya pengundi muda akan tetap bersama kita, mereka akan tetap bersama kita daripada pergi kepada Umno. "Kita sudah mendekati mereka sudah lama, kita konsisten dan kita bukan hanya seperti Umno yang bergerak setiap empat tahun sekali," katanya. Awal minggu ini Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja. Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya. Menurut Mustapa, BN semakin mendapat tempat di hati rakyat Kelantan berdasarkan keputusan pada dua pilihan raya kecil iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada Julai 2009 dan DUN Galas pada November lepas. Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai 2009, BN berjaya mengurangkan majoriti 1,352 undi yang diraih PAS pada pilihan raya umum 2008 kepada hanya 65 undi dan pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November tahun lepas, BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 1,190 undi berbanding 646 undi pada 2008. Mustapa berkata keputusan pada dua pilihan raya kecil itu jelas menunjukkan golongan muda di Kelantan mahukan satu perubahan. Beliau percaya golongan muda kini sudah berpihak kepada BN kerana mereka yakin dengan kemampuan BN untuk membawa pelbagai perubahan yang diperlukan bagi merubah landskap Kelantan menjadi sebuah negeri berdaya saing daripada aspek ekonomi. Tambah Mohd Zaki, dua pilihan raya kecil di Kelantan itu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa pengundi muda telah kembali kepada Umno. "Bagi kita pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan petunjuk kerana bila ada pilihan raya kecil Umno-BN dengan semua jentera akan turun dengan menawarkan pelbagai janji kepada rakyat. "Dengan janji macam-macam kepada rakyat, ini adalah cara kempen Umno-BN kalau ada pilihan raya kecil yang kita akan tolak walapupun mereka menang," katanya. Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelanatan Abdul Fatah Harun pula berkata parti Islam itu tidak bimbang terhadap usaha terbaru Umno Kelantan untuk merampas negeri itu. "Kita tidak gentar untuk hadapi taktik terbaru Umno ini, bila Umno gunakan cara berdepan macam ini PAS tidak akan kalah. "PAS hanya akan kalah bila Umno guna gerakan senyap, strategi yang bercanggah dengan Islam dan amalan demokrasi," katanya. Beliau juga yakin pengundi di Kelantan tidak akan mudah terpengaruh dengan strategi Umno Kelantan itu. Bagaimanapun, Adun Bukit Tuku itu berkata, PAS Kelantan tidak akan berdiam diri sebaliknya akan bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan Kelantan. "Sudah pasti... kita akan tetap pertahankan Kelantan, kalau Umno guna strategi ini kita juga ada strategi kita sendiri. "Kalau Umno kuat, kita akan pastikan PAS Kelantan lebih kuat daripada Umno kerana kita tidak mahu menang disebabkan kelemahan orang lain," katanya |
| AWAS!!! GULA YANG SANGAT BAHAYA!!1 Posted: 10 Feb 2011 01:03 AM PST SPR: Pemilih baru didaftar dijangka dua kali ganda tahun ini February 10, 2011 KUALA LUMPUR, 10 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran pengundi-pengundi baru pada tahun ini akan "berganda" berbanding jumlah permohonan yang diterima tahun lalu.Spekulasi pilihan raya umum ke-13 dan demam pilihan raya negeri Sarawak dijangka akan mempengaruhi peningkatan jumlah permohonan untuk menjadi pengundi baru yang sah tahun ini. "Berdasarkan prestasi tahun lalu, tahun ini saya menjangkakan ia akan meningkat, akan berganda pada ahun ini," kata timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada The Malaysian Insider. "Saya yakin akan ada peningkatan, akan berganda... itu trend yang sentiasa berlaku," katanya. Suruhanjaya itu berpandangan sedemikian memandangkan bilangan permohonan baru diterima akan meningkat pada tahun-tahun akhir sebelum pilihan raya. "Macam ketika menghampiri pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, kita menerima purata 250,000 setiap suku pada tahun-tahun akhir menjelang pilihan raya... kita senang-senang boleh dapat 250,000 secara purata, tapi saya ia boleh meningkat kepada 300,000 setiap suku (pada tahun ini)," kata beliau lagi. Ramai meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini. Perangkaan dikeluarkan SPR kelmarin menunjukkan seramai 292,444 orang memohon mendaftar sebagai pengundi baru antara Oktober dan Disember lalu - suku terakhir 2010 — berbanding 246,962 orang antara Julai dan September. Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010. Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun. Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi," kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said. Arah aliran peningkatan jumlah permohonan baru itu sama dengan situasi pada 2007 di mana ia mengalami peningkatan ketara menjelang pilihan raya umum ke-12, yang berlangsung pada suku pertama tahun 2008. Sehingga 27 Disember lalu rekod SPR menunjukkan negara mempunyai 11,532,876 pengundi iaitu 5.956 juta pengundi kalangan orang Melayu, Cina (3.571 juta), India (839,700), Bumiputera Sabah (540,086), Bumiputera Sarawak (472,628), Orang Asli (57,453) dan lain-lain (94,555). Mengulas peningkatan itu, Wan Ahmad berkata, daripada hampir 300,000 yang memohon untuk menjadi pemilih baru, "majoriti berusia di bawah 30 tahun." Beliau juga yakin bilangan permohonan akan meningkat tahun ini memandangkan Sarawak bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan juga menjelang pilihan raya umum ke-13. "Saya yakin kita boleh dapat lebih sejuta pengundi baru tahun ini," katanya. Kini ada sekitar empat juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pengundi manakala sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun yang membolehkan mereka daftar sebagai pengundi yang sah. Mengenai sebab peningkatan ketara pendaftaran pengundi baru, Wan Ahmad berkata, ia disebabkan oleh kewujudan penolong pendaftar, yang secara tidak langsung "berluma-luma untuk mencari pengundi baru." Kata beliau, ia juga ada kaitan dengan persediaan dan persiapan parti-parti politik yang mahu menambah ahli baru mereka. Wan Ahmad juga tidak menolak kekerapan pilihan raya kecil sejak Mac 2008 juga menyumbang kepada peningkatan jumlah pendaftaran pemilih baru. Pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008 akan berlangsung 6 Mac ini. |
| PAKEJ GADIS MONTOK UNTUK BERCUTI... Posted: 09 Feb 2011 08:53 PM PST Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara. Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu. Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini. Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along. Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial. "Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya," katanya. Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu. Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini. "Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu," katanya. Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu. "Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini. |
| SAH MAHADHIR TIDAK BERSALAH YANG SALAH INI MUKA BRO TENGOK WAJAHNYA Posted: 09 Feb 2011 07:11 PM PST Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987. Sebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut."Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang. Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut. Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan. Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya."Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu... Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi menadatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir."Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate. "Terpulang kepada beliau memutuskan selepas itu," kata Hanif. Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri. Meskipun kebanyakan tahanan dalam Ops Lalang dibebaskan sama ada dengan bersyarat ataupun tanpa syarat, 40 daripada mereka dikenakan tahanan lanjut dua tahun, termasuk setiausaha agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang and timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh. Hanif juga menafikan tangkapan itu bermotifkan politik ataupun pihak polis bertindak kerana tekanan politik. "Pasukan polis tidak bertindak atas desakan politik," katanya. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
KUALA LUMPUR, 10 Feb — PAS Kelantan menyifatkan langkah Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah di negeri itu sebagai "gimik politik" menghadapi pilihan raya umum akan datang.
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran pengundi-pengundi baru pada tahun ini akan "berganda" berbanding jumlah permohonan yang diterima tahun lalu.
Sebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.
Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.
Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan