Ahad, 27 Februari 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Prk Merlimau : Umno Merlimau nampak tenang tapi bergolak

Posted: 27 Feb 2011 09:30 PM PST

JASIN, 28 Feb: Umno Dun Merlimau walaupun kelihatan tenang, tetapi mengalami pergolakan dalaman yang amat dahsyat, ekoran pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.
Beberapa orang penduduk Merlimau dan sekitarnya ketika ditemui tidak menafikan perkara itu walaupun ia cuba disembunyikan dengan pelbagai cara oleh para pemimpin Umno.
Seorang penduduk Merlimau, Ahmad Hashim, 43, memberitahu, Roslan sebenarnya bukanlah pilihan kebanyakan ahli-ahli Umno di kawasan itu, tetapi pemilihan yang dibuat ke atasnya dengan mengetepikan 6 calon lain.
"Pemilihan ke atas Roslan dibuat oleh pihak atasan, tetapi ia telah menyebabkan Umno di Merlimau kini bergolak teruk sehngga ada dari kalangan yang tidak terpilih itu berjauh hati," katanya.
Calon-calon yang diketepikan adalah daripada kalangan pegawai kerajaan dan pemimpin politik tempatan. Salah seorang daripadanya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.
Selian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat, Penghulu Dun Bemban yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Jasin, Jezlee Pit.
Tidak ketinggalan juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, 63, yang berasal dari Kampung Pulai, Merlimau, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Nama beliau sebelum ini pernah dikaitkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008.
Zaini, 50, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah yang pertama. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mohamed Nasser, 46, adalah bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin dan anak jati Dun Merlimau. Beliau yang juga AJK Umno Bahagian Jasin adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Nama-nama lain yang turut dipilih ahli-ahli Umno kawasan itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof;  Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Abdul Nasir Bazid.
Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin, Zaleha Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dun Bemban, Zaidi yang juga seorang ahli perniagaan adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri, manakala Abdul Nasir adalah kakitangan sebuah sekolah di Merlimau.
Di kalangan ahli-ahli Umno Merlimau, Mohamad Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Datuk Zaini Md Nor lebih disukai, berbanding Roslan yang langsung tiada dalam pilihan mereka.
Seorang penduduk Air Tawar, Rusnan Wahab, 52, (kanan) memberitahu, pergolakan yang berlaku dalam Umno Dun Merlimau itu kini bukan sahaja diketahui penuduk kawasan itu, tetapi juga penduduk sekitarnya termasuk di kawasannya.
"Memang parah sehingga ada yang dah sampaikan tak 'buka lampu' lagi di rumahnya kerana kecewa," katanya.
Disebabkan keadaan itu, beliau yakin jika tidak menang sekalipun, PAS mempunyai peluang besar untuk mengurangkan majoriti undi Umno pada PRK 6 Mac ini.
Rakannya, Rosli Jaamat, 46, (kiri) turut mengakui perkara itu dan untuk tidak memburukkan keadaan, kepimpinan tertinggi Umno mungkin berusaha memujuk mereka dengan habuan tertentu termasuk yang berbentuk projek dan bentuk-bentuk lain.
"Itu pula akan menjadikan salah guna kuasa dan penafian hak rakyat di kalangan pemimpin Umno semakin menjadi-jadi dan ia amat perlu disedari oleh orang ramai," jelasnya.   

Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata Nik Aziz

Posted: 27 Feb 2011 09:28 PM PST


Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 28 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu "mengubah daripada kepercayaan" bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat. Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.
Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.
Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, "saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi "untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat."
"Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air," kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.
Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan  negeri di Kelantan.
"Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor," kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.
Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis, PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah,  masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.
"Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.
"Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama," katanya lagi.
Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.
"Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni," katanya lagi.
Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.
"Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar  emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam," katanya lagi.
Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.
Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.
"Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS," katanya lagi.
"Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam," katanya.
Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.
"Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya," kata Nik Aziz lagi.
Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah  dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.
Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat.

Prk Kerdau : Keperluan Kerdau bukan calon agama

Posted: 27 Feb 2011 09:27 PM PST

Bagi menangai masalah pembangunan dan "kepincangan" setempat, DUN Kerdau memerlukan calon profesional dan bukannya calon agama, kata naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Sekarang dia (BN) mainkan isu, dianggap bahawa nak lawan ustaz dengan ustazlah, golongan agama dengan golongan agama. Tetapi kita tengok keperluan di Kerdau ini bukan (calon) agama.

NONE"Keperluan dalam (konteks) penduduk Kerdau adalah calon profesional," katanya merujuk kepada calon mereka Hassanuddin Salim yang merupakan bekas kontraktor untuk projek berskala besar.

Bercakap dalam sidang media harian PAS hari ini, Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS di Kerdau berkata, kalau hendak pilih calon agama, pastikan masjid yang terdapat di DUN Kerdau dimakmurkan terlebih dahulu.

"Jadi, siapa calon yang penting bagi DUN ini kita pilih calon itu, calon yang lebih baik dalam konteks ini. Soal masa depan saya itu tiada masalah," katanya ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa PAS mahu menyelamatkannya yang dispekulasi menjadi calon sebelum ini.

Prk Merlimau : Skuad Kamera pantau kempen Umno BN ugut pengundi

Posted: 27 Feb 2011 09:27 PM PST

JASIN, 28 Feb: Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau menubuhkan Skuad Kamera bagi memantau setiap kempen Umno BN yang didakwa berunsur ugutan kepada pengundi.
Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini.
Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka.
"Kita jangkakan dalam hujung minggu ni sampai dekat hari mengundi Umno BN akan melakukan pelbagai perkara.
"Sebab itu kita sedia skuad kamera di setiap peti undi. Ke mana sahaja Umno masuk kita ambil gambar.
"Kalau rasuah pun kita ambil gambar. Siang malam, 24 jam," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS, dekat sini hari ini.
Tambah beliau lagi, Umno BN ternyata masih menggunakan taktik kotor untuk meraih undi dengan mengugut pengundi-pengundi.
"Ada pihak tertentu dalam Umno mulai sekarang ini mengugut penduduk-penduduk jangan mengundi PAS. Sekiranya mereka mengundi Pakatan semua peruntukan di Merlimau ini akan ditarik balik.
"Ini cara jahat untuk mengugut pengundi supaya terus mengundi Umno.
"Segala peruntukan bukan dari Umno tapi duit rakyat. Kenapa mesti nak tarik?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Kata beliau lagi, pengundi-pengundi di Merlimau perlu berfikir dengan bijak sebelum memilih calon Pakatan Rakyat atau BN.
Ini kerana ujarnya, BN hanya akan mencurahkan pelbagai projek untuk memenangi hati rakyat apabila sesuatu kawasan itu dimenangi Pakatan Rakyat.
"Kalau penduduk di sini nak pembangunan dan ekonomi yang pesat dia kena mengundi Pakatan Rakyat kerana bila mengundi Pakatan Rakyat, calon kita menang, Umno akan usaha mencurahkan segala projek untuk menang balik dalam pilihan raya akan datang.
"Tapi kalau penduduk terus mengundi Umno, tak akan berlaku apa-apa.
"Kalau Umno kalah mesti dia curahkan segala projek untuk kembali memenangi hati rakyat," katanya.

Prk Merlimau : Umno ugut pengundi

Posted: 27 Feb 2011 09:24 PM PST

JASIN, 28 Feb — PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau dengan "mengugut" pengundi di kawasan itu agar tidak mengundi parti Islam itu Ahad ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan "mengugut" sejak semalam.
Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.
"Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.
"Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini.
Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.
Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan "mengugut" kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.
"BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.
"BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh," katanya.
Tambah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PAS akan melancarkan skuad kamera untuk mengawasi pergerakan kempen BN.
"Kita akan gerakkan skuad kamera yang mana mereka akan ikut kempen BN agar kita dapat bukti," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Umno turut menggunakan pendekatan "mengugut" pengundi Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu.
"Umno buat sebab nak serang PAS dan PKR, tujuan sebab nak ambil sokongan orang Melayu.
"Ini adalah perkara yang mereka hendak jadikan alat supaya Umno-BN terus dapat sokongan orang Melayu," katanya.
Beliau berkata selama ini Umno yang menyebabkan orang Melayu terpinggir jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
"Umno guna Melayu untuk ratah Melayu tapi kita Pakatan Rakyat tak nafikan orang Melayu adalah kaum pribumi dan semua pihak juga akui ini.
"Tapi Umno telah gunakan itu untuk letakkan orang Melayu berada dalam keadaan bahaya dan mereka tuduh Pakatan Rakyat dengan menggambarkan orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.
Tambah Idris, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan membela dan mempertahankan nasib orang Melayu selain menjaga hak kaum lain di negara ini.
"Patut Umno rasa malu kerana sebabkan orang Melayu tertinggal, siapa yang jadikan orang Melayu merempat?
"PAS-Pakatan Rakyat lebih bijak menjaga orang Melayu daripada Umno, kerana kita berpegang kepada Islam dan menjaga semua kaum lain," katanya.

Prk Merlimau : Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar

Posted: 27 Feb 2011 09:22 PM PST

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.

Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang mengghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.

Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Sim Tong Him merlimau lewd photosBercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.

Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".

Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".'Barang bagus baru barang naik'

Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".

Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.

Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.

Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.

"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.

"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.

DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.

Koperal Jenain diarah bela diri kes tembak mati Aminulrasyid

Posted: 27 Feb 2011 08:09 PM PST


SHAH ALAM, 28 Feb — Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.
Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.
Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.

Seburuk-buruk DAP, sebaik-baik Umno...yang terbaik Pakatan Rakyat.,!!

Posted: 27 Feb 2011 08:03 PM PST

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
 
MEMANG tidak sukar diakui jika dikatakan PAS dan DAP tidak mungkin bersatu. Mana mungkin parti yang mempertegaskan cita-cita menubuhkan Negara Islam mampu seiringan dengan parti berideologi sosialis demokratik?

Kedua-dua parti itu ibarat berada di dua penjuru yang saling bertentangan. Rekod-rekod lampau yang menyaksikan hubungan tegang, termasuk aksi berbalas serangan antara para pemimpin dua parti pembangkang itu mengukuhkan tanggapan sebegitu.

BN pula agak berjaya memanipulasi perbezaan ini. Hakikat bahawa PAS dan DAP saling bergantung harap kepada sokongan dua kelompok pengundi berbeza kaum dan agama memudahkan kerjakerja jahat BN.
Apabila berdepan orang Cina sebagai pangkalan kekuatan DAP, mereka diberikan gambaran buruk tentang PAS. Kaum itu ditakutkan dengan agenda Islam diperjuangkan parti itu.
Kononnya jika PAS mentadbir negara, dasar Islam dijunjungnya akan menyebabkan orang Cina teraniaya dan sengsara. Juara menyuburkan persepsi negatif sebegini di kalangan masyarakat Cina adalah MCA.
Tatkala berdepan orang Melayu selaku teras sokongan PAS, BN melontarkan pula cerita menakutkan mengenai DAP. Parti itu dilabelkan anti-Islam, ekstremis Cina dan anti- Melayu. Kerja-kerja memfitnah dan menyemarakkan kebencian terhadap DAP di kalangan orang Melayu ini dijuarai Umno.
Sebagai konklusi, isu hubungan akrab PAS-DAP diputarbelitkan sebagai bukti kedua-dua parti itu telah menggadai prinsip perjuangan demi mencari kuasa politik. Mengapa PAS mesti ditolak? Umno memperbodohkan orang Melayu kononnya PAS alat DAP.
Mengapa DAP tidak boleh dipercayai? MCA mengelirukan orang Cina kononnya DAP sudah mengikut telunjuk PAS.
Antara yang sering dipetik dan diulangsebut BN ialah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang mencabar PAS melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam.
Namun, apakah adil menjadikan kenyataan itu sandaran memburukkan imej DAP selama-lamanya?
Pertama, para pemimpin DAP adalah manusia biasa yang mampu berubah pemikiran dan pendirian. Karpal sendiri sudah menunjukkan perubahan sikap amat ketara.
Hujah "langkah mayat saya dulu" itu sudah tidak relevan dan termansuh dengan sendirinya apabila baru-baru ini beliau mengisytiharkan pendirian merasionalkan agenda PAS menegakkan Negara Islam.
Harus diakui sebelum ini komen DAP mengenai Islam ekoran kejahilan mereka tentang Islam. Ia tidak berpeluang mengenali PAS secara lebih dekat dan mendalami Islam dengan minda terbuka.
Sebaliknya, baru tidak sampai sepenggal menjalin hubungan akrab dengan PAS, nada cakap pemimpin DAP mengenai Islam sudah banyak berubah. Contoh ekstrem, apabila memerintah Pulau Pinang, ketua kerajaannya secara terbuka menyatakan hasrat mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Biarpun ada pihak mempertikai sejauh mana realistik hasrat itu, sekurang-kurang pemimpin Cina bukan Islam itu sudah tertarik dengan model pemerintahan Islam.
Sedangkan Umno yang mengaku Islam dan telah berpeluang memerintah negara lebih separuh membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
Ketiga, jangan lupa rekod buruk Umno sendiri terhadap Islam. Umno bertegas tidak mahu hudud dilaksanakan. Ia menggunakan kuasanya di kerajaan Pusat menghalang usaha itu. Bahkan bekas perdana menteri pernah memberi amaran kepada Kelantan dipimpin PAS agar tidak menerukan hasrat itu. Ertinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut "daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakan untuk buat jalan raya?"abad masih gagal berbuat demikian.
Kedua, parti yang lebih lantang sejak dulu dan bertambah lantang mutakhir ini menentang pelaksanaan Islam bukannya DAP, tetapi MCA selaku rakan akrab Umno.
Justeru, sayogia ditanya Umno yang kononnya pembela dan penegak Islam di negara ini, apakah ia melakukan sesuatu untuk mengubah persepsi amat negatif di kalangan rakan bukan Islam BN terhadap Islam? Maaf cakap, keceloparan para pemimpin MCA yang kebelakangan ini semakin lantang menghina dan membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
Ketiga, jangan lupa rekod buruk Umno sendiri terhadap Islam. Umno bertegas tidak mahu hudud dilaksanakan. Ia menggunakan kuasanya di kerajaan Pusat menghalang usaha itu. Bahkan bekas perdana menteri pernah memberi amaran kepada Kelantan dipimpin PAS agar tidak menerukan hasrat itu.
Ertinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut "daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakanErtinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut "daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakan untuk buat jalan raya?"
Pemimpin sama juga membidas kecaman umat Islam terhadap tabiatnya yang suka meminum arak. Antara reaksinya, "apa salahnya jika hanya seteguk (bir)?."
Pemimpin Umno selepas itu turut menyerang hukum Allah. Antara katanya yang masyhur, "jika dilaksanakan hukum potong tangan (hudud), nescaya akan busuklah Sungai Kelantan."
Jangan lupa juga, seburukburuk DAP, bukan parti itu yang meruntuhkan masjid di Terengganu dan menyondol beberapa surau di serata negara.
Bukan juga pemimpin parti itu yang bertanggungjawab menyuburkan budaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama dalam masyarakat negara ini.
Bukan DAP yang menolak mentah-mentah garis panduan hiburan dikeluarkan Jakim, meluluskan lesen arak dan judi, mencadangkan hab hibu- ran demi mempertingkat eko- nomi, menyuburkan budaya rasuah dalam pemerintahan dan masyarakat, membazirkan wang rakyat dan berbagai lagi. Sebaik-baik Umno, itulah kerja "baik"nya terhadap Islam dan negara!

Prk Kerdau : Banyak isu pembangunan tidak selesai di Kerdau - Tuan Ibrahim

Posted: 27 Feb 2011 07:55 PM PST

KUALA KRAU: PAS dan Pakatan Rakyat Pahang menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kononnya tidak ada isu yang perlu dibangkitkan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Dun Kerdau sedangkan terlalu banyak masalah yang berlaku kata Pengarah Pilihanraya Pakatan Rakyat Dun Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bercakap kepada media dalam sidang media hariannya di Markaz Induk PAS di Kerdau, pagi tadi Tuan Ibrahim mendedahkan terdapat banyak isu yang menyebabkan bandar Kerdau ketinggalan sejak puluhan tahun terutama dari aspek pembangunan.
Malah, lebih buruk lagi beliau mengkritik bagaimana berlakunya kelemahan perancangan dan pengurusan kerajaan menyebabkan adanya bangunan kuarters Polis yang terbengkalai dan kelihatan usang.
"Kita hairan bagaimana bangunan kediaman itu dibina cukup besar sedangkan jumlah keanggotaan Polis, saya difahamkan hanya berjumlah 16 orang. Ini menunjukkan kelemahan perancangan sehingga boleh membazirkan wang kerajaan," katanya.
Tambah Tuan Ibrahim keadaan fizikal bandar Kerdau yang tidak ada pembangunan yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa telah membayangkan kepada kita akan kegagalan kerajaan bertindak sewajarnya.
"Saudara lihatlah bandar Kerdau yang tidak membangun sejak puluhan tahun, keadaan klinik kesihatan yang kecil dan tidak selesa ini membuktikan bagaimana kerajaan mengabaikan tanggung-jawab mereka," kata Tuan Ibrahim.
Selesai sidang media, para wartawan dibawa melawat pekan Kerdau bersama calon PAS, Hassanuddin Salim bagi membuktikan kenyataan yang dibuatnya.

Putrajaya yang melalaikan

Posted: 27 Feb 2011 07:48 PM PST

Syabas, dan pujian patut diberikan kepada Perbadanan Putrajaya di atas kesungguhan menganjurkan pelbagai program untuk mempromosikan Putrajaya kepada pelancong asing dan domestik.  Sewajarnya Perbadanan Putrajaya berbuat begitu bagi memperkenalkan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang perlu dikunjungi oleh para pelancong pada setiap masa.
Namun begitu, penganjuran Karnival Wow Putrajaya agak tersasar dari matlamat sebenar untuk mempromosikan Putrajaya ke mata dunia.  Antara kejanggalan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Lokasi
Lokasi yang dipilih tidak sesuai kerana menggunakan tapak pasar tani iaitu sebuah kawasan lapang yang sepatutnya menjadi tapak komersial.  Sepatutnya penganjuran perlu dibuat di mana-mana lokasi yang lebih sesuai di Putrajaya seperti di taman-taman kerana dalam masa yang sama sesebuah taman itu dapat diperkenalkan kepada pengunjung.
Selepas acara berlangsung kawasan tersebut akan kembali kosong dan lapang dan diisikan pula dengan aktiviti pasar malam yang juga sudah lari dari konsep asal penubuhan Putrajaya iaitu sebagai sebuah Bandar raya yang terancang.  Yang sepatutnya para peniaga berniaga di tempat yang telah dikhaskan dan bukannya di kawasan lapang secara terbuka.  Apabila wujudnya pasar malam dua kali seminggu di Putrajaya apakah bezanya Putrajaya dengan bandar-bandar lain di Malaysia?  Bukankah sepatutnya Putrajaya menjadi Bandaraya Bestari, Bandaraya Dalam Taman yang memaparkan keindahan dan susur atur bandaraya yang kemas teratur?
2. Kandungan Acara
Acara yang dianjurkan lebih mirip kepada aktiviti komuniti sahaja bukannya bertujuan untuk menarik pelancong.  Ini kerana acara-acara tersebut boleh saja dikunjungi oleh orang ramai di tempat-tempat lain hanya sekadar untuk meramaikan kehadiran dan dikunjungi oleh muda-mudi sahaja seperti jom heboh dan sebagainya.
Acara konsert terlalu menyimpang dalam usaha untuk mendidik orang ramai amnya dan penduduk Putrajaya khasnya tentang kewujudan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang bertaraf dunia.  Penduduk Putrajaya sering dihina mempunyai mentaliti kelas ketiga kerana seolah-olah tidak sesuai untuk tinggal di sebuah bandar raya yang menyediakan fasiliti kelas satu.  Adakah dengan penganjuran konsert tersebut boleh mendidik masyarakat untuk memiliki minda kelas satu?  Padahal konsert itu hanya bersifat hiburan yang melalaikan dan memuja artis.
Apabila dianjurkan konsert sedemikian tentu sahaja para remaja dan muda-mudi akan datang beramai-ramai maka berlakulah percampuran antara lelaki dan perempuan.  Patutkah remaja disalahkan apabila kes keruntuhan moral dan kes buang bayi meningkat?  Sedangkan pihak kerajaan khasnya Perbadanan Putrajaya sendiri menganjurkan aktiviti bertaraf kelas tiga.
Adakah selepas penganjuran Karnival wow Putrajaya maka kedatangan pelancong ke Putrajaya meningkat dengan mendadak?  Padahal yang datang ke acara tersebut hanyalah muda-mudi yang mahu berhibur semata-mata dan tidak mendatangkan pun pulangan ekonomi yang besar kepada para peniaga pada malam itu.   
Konsep penganjuran acara untuk menarik pelancong
Penganjuran acara untuk menarik pelancong ke sesuatu destinasi pelancongan sepatutnya berasaskan kepada daya tarikannya yang tersendiri bukannya dengan menganjurkan acara yang artificial iaitu sengaja diada-adakan untuk menarik orang ramai datang.
Tarikan utama yang ada di Putrajaya ialah taman dan tasik.  Sepatutnya semua taman ini dipromosi melalui pelbagai acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.  Sebagai contoh, acara Floria yang akan dianjurkan tidak lama lagi.  Mengapa perlu dilaksanakan di tapak kosong pada setiap tahun sedangkan Putrajaya sudah ada taman yang cantik dan menarik.
Selepas acara Floria selesai semua bunga, semua binaan, arca dan struktur akan dicabut dan dibuang begitu sahaja.  Tapak akan kembali kosong seperti biasa.  Maka hanguslah jutaan ringgit yang digunakan untuk menganjurkan acara tersebut sedangkan matlamatnya untuk menarik asing tidak tercapai.
Lebih baik acara Floria ini dilaksanakan di taman-taman secara bergilir-gilir supaya semua bunga, binaan, arca dan struktur akan dikekal di situ sepanjang tahun sehingga penganjuran acara pada tahun berikutnya.  Ini bermakna pelancong dan pelawat boleh melihat bahan-bahan tersebut sepanjang masa dan tidak terhad hanya seminggu atau 2 minggu penganjurannya.  Perbadanan Putrajaya pula boleh mengenakan sedikit bayaran masuk sebagai ongkos untuk maintain bahan-bahan tersebut.  Maknanya adalah benda yang boleh ditengok oleh para pengunjung ke taman-taman yang terdapat di Putrajaya.
Jutaan peruntukan yang digunakan tidaklah dibazirkan begitu sahaja sebaliknya sedikit demi sedikit infrastruktur di taman-taman dapat ditambah dari semasa ke semasa dan tidak perlu lagi menunggu bajet "selonggok" daripada kerajaan untuk membangunkan taman-taman di Putrajaya khasnya Taman Botani yang hanya baru ¼ bahagian yang dibangunkan.  Ini boleh dikatakan "serampang dua mata" iaitu peruntukan digunakan untuk penganjuran acara dan pada masa yang sama fasiliti di taman-taman dapat ditambah sedikit demi sedikit.
Setakat ini tidak banyak perkara menarik yang terdapat di taman-taman di Putrajaya sebab itulah pelancong kurang berminat untuk datang ke Putrajaya.  Bukan itu sahaja agensi kerajaan dan badan berkanun pun apatah lagi swasta tidak berminat untuk menganjurkan pelbagai acara di taman-taman di Putrajaya.  Acara seperti team building, kemah kerja, perkhemahan, hari keluarga dan sebagainya, penduduk dan agensi kerajaan lebih berminat mengadakannya di luar Putrajaya kerana lebih menarik dan banyak fasiliti.  Sebaliknya taman-taman di Putrajaya hanya dipenuhi dengan pokok dan landskap sahaja namun tiada kemudahan seperti chalet, pusat riadhah, bangsal perhimpunan dan sebagainya.  Padahal jika kemudahan seperti itu ada sudah pasti Putrajaya akan menjadi destinasi kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk mengadakan pelbagai acara dan program di taman-taman di Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya sepatutnya mengkaji semula acara anjurannya supaya tidak membazir dan melalaikan setaraf Putrajaya sebagai bandaraya bestari dalam taman yang bertaraf dunia.  Fokus penganjuran acara sepatutnya kepada pelancong asing supaya Putrajaya akan lebih dikenali di seluruh dunia.

Nik Aziz : Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau

Posted: 27 Feb 2011 07:42 PM PST

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat

Salam Sejahtera.

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (Maksud Al-Quran, al-An'am 6:162)
Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.
Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H. Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup. Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:
"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim."  (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)
Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.
Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi "untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."
Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan  negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.
Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang: 
"Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)."
Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar  emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam.
Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.
Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini. Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai ."
(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),
Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.
Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz 'Bismillah...nama Tuhan yang Esa' undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.
Selamat mengundi. Semoga dengan 'sepangkah undi,' tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat"
*PAS UNTUK SEMUA *

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
merangkap Mursyidul Am PAS.

Kesan Buku Jingga : Muhyiddin sumbang ganjaran kaum pendidik RM18 juta

Posted: 27 Feb 2011 07:39 PM PST


JASIN, 28 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan "ganjaran" baru bernilai RM18.4 juta kepda pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA), perkembangan yang dilihat sebagai usaha menarik sokongan golongan pendidik ke arah Barisan Nasional (BN).
Timbalan presiden Umno ini berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau di sini dan menggunakan kesempatan ini untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pendidikan.
Seramai 586 pengetua menerima RM7,500 seorang. Lima peratus guru, dari sekolah yang sama, akan menerima RM1,800 seorang atas prestasi mereka manakala staf perkhidmatan pendidikan yang lain pula diberi RM900 seorang.
"Ganjaran bagi pengetua bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan prestasi guru," kata timbalan perdana menteri pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin di Merlimau hari ini.
Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bahaya : APA DOSA KAMI, ANAK KAMI JADI MANGSA?

Posted: 27 Feb 2011 07:33 PM PST


BAHAYA... Bateri plumbum yang diletakkan di dalam bilik darjah ini amat berbahaya kepada kanak-kanak sekolah ini.
 
Oleh: MUTALIB M.D

"APA dosa kami sehingga anak kami dijadikan mangsa oleh Kementerian Pelajaran?," ujar Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Maliyu, Pulau Banggi, Kudat iaitu Hussin Majarin Bin Jangkunsi selepas menonton videoklip Skandal Tergempar Sabah.

Sebagai Pengerusi JKKK yang hanya kais pagi belum tentu makan petang, Hussin yang terpaksa memburu hidup di penjuru nasib; tidak pernah terfikir bahawa anak-anaknya dan kanak-kanak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Banggi telah terdedah kepada bahaya Plumbum sejak lebih sepuluh tahun lalu.
"Kita sangka bateri yang dibekalkan di sekolah kampung ini selamat untuk digunakan, begitu juga dengan bateri solar yang dibekalkan di rumah kami sejak 1987 yang kini tidak berfungsi lagi. Kami bawa tidur kerana diletakkan dengan tempat tidur kami," ujar Hussin yang agak terkilan kerana Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pelajaran mengabaikan tanggung jawab sosial mereka untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung.
Sehubungan itu, atas prinsip kemanusiaan, Hussin menggesa agar Kementerian Kesihatan dan Pusat Racun Negara menghantar 'Team Pemantauan' untuk menjalankan ujian darah dan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengadakan tindakan susulan untuk mencegah keracunan plumbum daripada membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa.
"Mungkin dosa kami kerana jahil dengan bahaya plumbum tetapi kami tidak rela anak-anak kami yang menjadi mangsa kejahilan kami sebagaimana yang berlaku di Afrika," ujar Hussin yang menyifatkan kematian 400 kanak-kanak di Nigeria sebagai tragedi yang menakutkan dan trauma sepanjang hayat.
BIMBANG... Bateri plumbum turut dicaj dan diletakkan di bilik guru sehingga menyebabkan guru-guru mula bimbang keselamatan mereka.
Kata Hussin, sudahlah selama ini beliau dan anak-anak tidur berdekatan bateri solar yang tidak lagi berfungsi sejak sepuluh tahun lalu, kini anak-anaknya pula terpaksa menghidu gas beracun yang dihasilkan daripada bateri plumbum yang dicaj setiap hari kerana bateri berbahaya yang mengeluarkan asid sulfurik tersebut diletakkan di dalam bilik darjah.
Menurut Hussin, pihaknya bukan menentang pembangunan, namun tidak akan bertolak ansur kepada penjenayah alam sekitar yang telah memangsakan penduduk kampung dan membunuh kanak-kanak secara perlahan melalui keracunan plumbum sehingga tahap kesihatan kebanyakan kanak-kanak sekolah begitu membimbangkan.
BOM.... Bateri plumbum yang menjadi teman tidur Pengerusi JKKK dan anaknya menjadi bom jangka yang telah terpasang dalam tubuh anak-anaknya.
"Kita minta agar keluarkan segera bateri plumbum daripada kampung kami dan gantikan dengan teknologi baru yang lebih mesra alam. Nyawa kami tidak semurah yang mereka sangkakan," ujar Hussin yang akan membuat laporan rasmi kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah berhubung lambakan plumbum di kampung Maliyu sejak 1987 lagi.
LARANGAN.... Panel solar yang diklasifikasi sebagai kawasan larangan ini terletak di laluan utama SK Padang Banggi yang menjadi tempat kanak-kanak berteduh.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Maliyu, Nasibil Ambiu merayu ehsan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran agar menggunakan kuasa eksekutif beliau memastikan semua bateri plumbum yang dibekalkan di SK Padang Banggi dilupuskan segera sebelum kejadian menjadi lebih buruk.
"Ini bukan perkara yang boleh dijadikan jenaka. Nyawa anak-anak kami dan penduduk kampung dalam bahaya. Kesan-kesan akibat keracunan plumbum sudah lama kelihatan termasuk kelembapan fikiran kanak-kanak dan beberapa kesan sampingan lain kini muncul," ujar KK Nasibil yang mengharapkan penyelesaian terbaik dicari bagi mengatasi krisis tenaga elektrik yang semakin meruncing di kampung tersebut.
Kata KK Nasibil, pihaknya dapat bersabar kerana tidak lagi mendapat bekalan elektrik sejak sistem elektrik solar yang dipasang pada 1987 telah rosak sejak lebih 10 tahun lalu dan terpaksa menggunakan janakuasa sendiri, namun tidak akan bertolak ansur dengan pemasangan bateri plumbum di dalam bilik darjah tanpa pengetahuan mereka selama ini.
"Bagaimanapun, kita akan mengadakan mesyuarat segera agar pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dan segera berpindah ke bangunan baru yang lebih selamat dan tidak membahayakan mereka," ujar KK Nasibil yang menggesa agar Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Sabah turun padang melawat sekolah berkenaan sebelum ada mangsa yang terkorban.
Sementara itu, pemeriksaan rambang yang dilakukan Sabahkini.net bersama Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Maliyu mendapati bateri plumbum dicaj di bilik darjah yang penuh sesak dengan murid-murid dan begitu juga dengan bilik guru kerana sekolah berkenaan tidak mempunyai bangunan khas untuk menempatkan bateri dan panel solar.
Sekalipun panel solar ditakrifkan sebagai bahaya dan kawasan larangan, namun dipasang di pintu masuk ke sekolah tersebut sehingga semua kanak-kanak dan guru terpaksa melalui panel berkenaan setiap hari.

AHLI UMNO@BN SEDAR DRAMA ‘TIPAH TERTIPU’

Posted: 27 Feb 2011 07:31 PM PST


Oleh: MEDIA PKR SABAH

ISU Tanah Adat di daerah Tenom menjadi topik hangat di kalangan rakyat pedalaman. Isu ini menjadikan UMNO/BN 'mati kutu' dikerjakan oleh Ketua Cabang Halik Zaman. Beliau memberi tahu ahli-ahli baru yang menyertai PKR Cabang Tenom apakah hak SFI (Sabah Forest Industry) diberi hak tanah beratus ribu ekar sedang anak jati di Tenom diabaikan?
Kata Halik lagi, "Memanglah Om Najib Razak berani cakap hari ini tidak naik lagi minyak petrol tapi beliau tidak berani beri jaminan bahawa harga minyak petrol tidak akan naik selepas PRU13."
Kita sama sekali 'tidak dan tidak' memusuhi ahli UMNO/BN, kerana mereka adalah keluarga kita semua. mereka berhak mendapat petunjuk dari para pemimpin PKR/PR bahawa kepimpinan UMNO/BN itu adalah salah dan pilih kasih.
"Walaupun BN simpan calon mereka di PRU13 orang yang 'baik' tetapi mereka tinggal di rumah sekumpulan para pemimpin UMNO/BN yang 'salah' dan rakyat terpaksa tolak mereka," terang Halik kepada ahli-ahli UMNO/BN.
Tegas Halik, para pemimpin UMNO/BN mesti faham harga sara hidup di pedalaman begitu melambung tinggi sekali dan tiada sebarang usaha dari para pemimpin UMNO/BN mahu menurunkannya.
"Para pemimpin BN dan para wakil rakyat BN tidak rasa apa yang rakyat rasakan. Maka tidak hairanlah kenapa rakyat Tenom pilih PKR/PR kerana komponen Pakatan Rakyat mempunyai formula rahsia bagaimana mahu mengatasi kemiskinan rakyat," jelas Halik yang menyimpul mati rahsia berkenaan di kotak fikirnya

Stop the GE guessing, the uncertainty will kill the economy

Posted: 27 Feb 2011 07:27 PM PST

Stop the GE guessing, the uncertainty will kill the economy MP for Selayang William Leong has urged Prime Minister Najib Razak to clear the air about the timing of the next General Elections, saying it was not only unethical to keep the opposition in the dark but also extremely harmful for the national economy as it kept investors sidelined and unwilling to take on deals until the uncertainty was over.
"He is behaving with a third-world mentality. BN just wants to make the already unlevel playing field more crooked for the opposition. But whether they realize it or not, it is also hurting the economy," William told Malaysia Chronicle in an interview.
"In all other matured democracies for example in the US and UK, the exact date of the polls is given and announced in advance.  As BN is the sitting government who decides on the date of the polls, there is no reason why Najib cannot do so."
Third-world mentality
Indeed, the main topic in the nation is not the Kerdau or Merlimau by-elections despite blistering campaigns put up by both BN and Pakatan Rakyat, but the date of the coming 13th General Election.
Najib himself has chosen not to announce the date, claiming that it will be a "surprise" when asked by the media on this matter. He was slammed for his perceived lack of "forthrightness".
"It is an unfair move designed to give BN an unfair advantage as they already have so many institutions under their control, i.e. the media, the Election Commission, together with the unethical use of government machinery at their beck and call," said William, who is also the PKR treasurer-general.

"Pakatan is fighting in the dark, we are like a boxer being thrown into the boxing ring blindfolded and with wrists tied together.  Furthermore, being the opposition, we are not rich like BN. We cannot start our preparations early as this saps our resources.  If we start too early we will incur unnecessary expenses and when the battle begins we will have to source for funds again. So it is a tough balancing act."
William also rubbished Najib's constant call for Malaysia to  be a high-value matured society and high-income nation. He said the way BN intentionally chose to keep secret until the last moment when the 13th General Election would took place was the best example of the PM's hypocrisy.
What ilham, just be professional like Indonesia
Pakatan leaders have suggested that if Najib is unable to give an exact date, then he "should at least announce a rough time frame, for example in March 2011". In Indonesia, for example, the polling date is announced roughly 3 months ahead of time by the sitting government, they pointed out.
Speculation is also rife that the Sarawak state elections will be held within the next month or two as Chief Minister Taib Mahmud has claimed he has already got the 'ilham' or inspiration. The latest Taib can delay the polls is July 2011.
There is also a poser on whether GE13 will be held togther with the Sarawak polls or whether the two will be held separately.

"Why must wait for 'ilham'?  Why not be professional and give the dates for both the Sarawak polls and the general election so that everyone can get down to work.  This guessing game is turning out to be a great past-time for punters.  If (Berjaya's) Vincent Tan is  a bookmaker and taking odds, it will be a thriving business," said William.
Economic recovery being held back
For himself, William reckons the GE will be held simultaneously with the Sarawak polls before July. He warned Najib that to keep the country in suspense would boomerang and delay the economy from making any solid recovery.
"The GST  has been deferred, the ETP and the NEM have been put into the background whileTERAJU is being promoted. The KL MRT is also being rushed through like instant noodles. So, I would hazard a guess that the General Election would be before July this year together with the Sarawak polls," said William.

"As it is, investors are holding back.  The uncertainty is very bad for the economy, no doubt about it. But like the opposition, investors also have to wait. Perhaps we can ask Rosmah, maybe she knows the date."
He was referring to Rosmah Mansor, Najib's influential wife.

Prk Merlimau : Muhyiddin gives RM18m in ‘new deal’ to teachers

Posted: 27 Feb 2011 07:24 PM PST

Muhyiddin: The new deal for principals is meant to help increase the quality of students by increasing the performance of the teachers.
JASIN, Feb 28 — Tan Sri Muhyiddin Yassin has awarded a "new deal" worth RM18.4 million to school principals and teachers who have exceeded their performance beyond the targets set under the National Key Result Areas (NKRA), a move seen to get educationists on the Barisan Nasional (BN) side.
The Umno deputy president has been campaigning in the Merlimau by-election and took the opportunity today to announce the deal in his capacity as education minister.
A total of 586 school principals received RM7,500 each. Five per cent of teachers, from the same schools as these principals, will receive RM1,800 each for their performances while the rest of the teaching staff will get RM900 each.
"The new deal for principals is meant to help increase the quality of students by increasing the performance of the teachers," the deputy prime minister said during a ceremony at Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin in Merlimau today.
The new deal is part of RM2.492 billion allocated for schools and education departments throughout the country, in what is seen as a move to woo over civil servants and parents nationwide ahead of a general election expected to be called this year.
The RM2.492 billion in financial aid will be given to 16 state education departments (JPN) and seven education ministry divisions (KPM), which include the Islamic department as well as the Malaysian Teacher's Education Institute.
The Sarawak state education department received the highest allocation of schooling funds this year amounting to RM394 million while the education department in Putrajaya received the lowest amount- RM2.6 million.
Besides that, the division in charge of boarding schools and school with "excellent" status received the highest amount of funds than any other division within the education ministry, totalling RM117 million.
It is understood that the purpose of the financial aid was to highlight the government's sincere efforts in narrowing the gap between students in urban areas and rural areas, those who were poor and those who were well-off.
Pakatan Rakyat (PR) as well as Barisan Nasional (BN) have been on intensive campaigns to woo various sections of society — especially young voters and civil servants — to vote, as speculation is rife that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will call for general election by the fourth quarter of this year. Sarawak state elections must be also held by the middle of the year.
PR has promised monetary incentives for teachers under its 100-days reform plan, stating that if it took over Putrajaya, it would stop wastages of federal funds and use the money to reward civil servants.

Anti-Chinese, anti-Nik Aziz leaflets in Merlimau but no police action - UMNO BOLEH..!!!

Posted: 27 Feb 2011 07:23 PM PST

Anti-Chinese, anti-Nik Aziz leaflets in Merlimau but no police actionAnti-Chinese leaflets accusing the Chinese of being traitors to the nation were found by villagers in Merlimau two days before the Nomination Day on Saturday 26th February 2011 for the Merlimau state seat by-election in Melaka.
Villagers had found the leaflets with the logo of Malay rights group Perkasa printed on the them. Similar leaflets attacking PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat with "vulgar language" are also making the rounds.
But so far, no action has been taken by the police.
DAP MP for Kota Melaka Sim Tong Hin lambasted the culprits behind the "racist propaganda".
"It is definitely not the work of Pakatan Rakyat. We are not stupid, we don't do such dirty tricks and we don't need such dirty tricks," Sim told Malaysia Chronicle.
"Our approach has always been clean and transparent. It is only people with malicious thoughts and malicious intentions who have outsourced their dirty job to others and then blame us. This is their dirty tactic to woo voters."
Anti-Chinese platform not new
In the Galas by-election held on 4th November 2010, posters proclaiming 'DAP Kafir Harbi' appeared on the scenes before polling day. BN recaptured the seat from PAS with a majority of 1,190 votes with the majority of the votes coming from the 1,000 plus Felda settlers.
Therefore, anti-Chinese propaganda is not new in by-elections.
Contacted by Malaysia Chronicle, Ustaz Idris Ahmad the PAS Information Chief remarked that this matter is akin to those who stole and after that shout 'thief, thief' at other people.
"This is a blatant and baseless accusation from UMNO. PAS doesn't resort to such low-down tactics as we have always been promoting harmony among all races in the spirit of muhibbah. We are not so stupid to spoil everything for short-term gains," Idris said.
He was referring to Melaka Chief Minister Ali Rustam, who had rushed to blame the Pakatan on news that the leaflets had been discovered.
"We are not sure who did it but I believe it may be the work of the Opposition, as Perkasa had lodged a police report denying it is responsible for the leaflets," li Rustam had told reporters.
Nik Aziz also targeted
But apart from the anti-Chinese campaign, PAS leaders also warned of a concerted BN attack against Nik Aziz, who is also Kelantan Mentri Besar.
"Not only anti-Chinese leaflets are being circulated but there are vulgar-language leaflets attacking Tok Guru Nik Aziz too," said Idris.
Asked if Pakatan had reported the incidents to the police, Idris minced no words in accusing them of siding with Umno.
"The Malaysian police is hebat (great), are they not?" asked Idris.
The Merlimau by-election is held due to the death of BN's Mohamad Hidhir Abu Hassan, who died of a heart attack last month. It is the 15th by-election to be called after the political tsunami of March 2008.
There are 10,679 registered voters in semi-rural state seat, of which 65 per cent are Malay, 21 per cent Chinese, 14 per cent Indian and other races forming the balance. BN won with a majority of 2,252 votes in 1999. In 2004 the majority was 5,087 votes and 2008 it was 2,154 votes.

Necmettin Erbakan mentor pemimpin gerakan Islam

Posted: 27 Feb 2011 07:11 PM PST


KUALA LUMPUR, 28 Feb: PAS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah semalam.
"Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh-Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
(GAMBAR FAIL: Erbakan (kanan sekali) dalam satu majlis makan bersama para tetamu satu perhimpunan. Turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, no 3 dari kanan).
Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432H / 27 Februari 2011M

Prk Merlimau : Ali Rostam Dah Pening Lalat

Posted: 27 Feb 2011 06:43 PM PST



Kesian kat Datuk Seri Ali Rostam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir.

Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rostam. Pas mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang.

Mahathir Adalah Pengkhianat Nombor Satu

Posted: 27 Feb 2011 06:42 PM PST

Dari Alhussseyn
 Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.
Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja
Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.
Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu.
Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.

3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR]
Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.
Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.

4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam
Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu.
DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.

Ah! Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia

GEROMBOLAN KUDA SIAPA?

Posted: 27 Feb 2011 06:37 PM PST

INI KUDA CUKONG


nota:
gerombolan ialah kuda cukong
tak caya?

kalau tak caya kenapa bagi
lebai vincent buat lumba
kuda untuk judi tikam ekor
kah kah kah



PAS KUDA TUNGGANGAN PKR- berita hairan

PAS kini dilihat sudah semakin terdesak dan dijadikan kuda tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila melancarkan Buku Jingga peringkat kebangsaan di Markas Induk PAS Kerdau di sini, malam kelmarin.

Ahmad Zahid Hamidi, berkata manifesto dan janji yang diketengahkan dalam Buku Jingga itu adalah hasil perancangan PKR, dan ia kini digunakan PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan pilihan raya umum akan datang.

"Buku Jingga itu adalah program ekonomi dalam tempoh 100 hari pembangkang memerintah yang menjanjikan pelbagai perkara tidak realistik dan boleh menyebabkan negara bankrap dalam tempoh kurang tiga bulan jika dilaksanakan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..BIAR BETUL CAKAP INI... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY KUTTY CAKAP PAS KUDA DAP... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL SOKONG KUTTY KATA PAS DI KUDAKAN OLEH DAP.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA YANG BETUL INI?.... kah kah kah..

kah kah kah... INI PAS JADI KUDA PKR PULAK.... kah kah kah...'

kah kah kah...ADA BERAPA EKOR KUDA PAS ?... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU BANYAK INI MESTi KUDA LEBAI VINCENT UNTUK LUMBA KUDA..kah kah kah

nota:
gerombolan kalau tak kuda cukong
mesti jadi kuda bk mama
pasti berat hingga runtuh
kah kah kah

TT.

Prk Merlimau : UMNO ANGIN DAN SAKIT JIWA KERANA HJ YUHAIZAD ANAK BEKAS KETUA KAMPUNG UMNO..!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:31 PM PST




Hakikat Yang Tidak Mampu UMNO dan Ali Ketam Terima....!!!
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia...

Prk Merlimau : Kak Leha terlalu emosi ....kena main oleh UMNO sendiri....!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:24 PM PST

SEREMBAN – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berharap rajuk dan kekecewaan Ketua Wanita UMNO bahagian Jasin, Zaleha Bujang tidak berpanjangan.

Ini berikutan pemimpin wanita itu kecewa selepas tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Menurutnya, Zaleha tidak perlu mengikut emosi, sebaliknya perlu bersama-sama jentera parti dengan berusaha keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kali ini.

"Saya melihat kenyataan Zaleha sebelum ini agak emosi dan tidak wajar dikeluarkan daripada seorang pemimpin yang berpengaruh. Saya faham apa yang dimaksudkan tetapi dia perlu akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.

"Nasihat saya, ketepikan perasaan emosi itu sebaliknya kita bergerak dan berganding bahu bersama-sama jentera parti yang lain bagi memastikan DUN Merlimau ini terus dipimpin BN," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Norhayati berkata, perasaan penuh harapan agar diri dicalonkan mungkin menjadi faktor utama Zaleha melahirkan rasa kekecewaan.

"Kita harus berfikir secara rasional dan kolektif demi kepentingan parti kerana keputusan pucuk pimpinan adalah mengambil kira kepentingan parti dan semua pihak.

UMNO jadi punca anak Khir Johari pilih DAP

Posted: 27 Feb 2011 06:16 PM PST


SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

"Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum," katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

"DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang' kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

"Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya," katanya.

Najib nak lepas tengkuk, kata dunia yang anggap Ikhwanul Muslimin pengganas..!!!

Posted: 27 Feb 2011 06:14 PM PST

Sebelum ini laporan National Review tentang ucapan Najib benar-benar mengejutkan kita apabila Najib secara terang-terangan mengelarkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, dan Yusuf Qaradhawi sebagai membawa kesesatan [National review].

Namun begitu hari ini apabila ditanya oleh pemberita, Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mendakwa Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Sebaliknya Najib berkata, dunia yang memandang Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas [M'sia Insider].



Kata Najib,
"Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,"
Kalau Najib tiada rasa curiga kepada Ikhwanul Muslimin, untuk apa menasihati mereka agar jangan menerima keganasan dan fahaman ekstrimis? Wajarkah seorang ayah tiba-tiba menasihatkan cikgu Matematik agar jangan merogol murid-muridnya?

Tiada ulasan: