Khamis, 17 Februari 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


The Umno Special Affairs Think-Tank Department

Posted: 17 Feb 2011 01:07 AM PST

The Umno Special Affairs Think-Tank Department One could be forgiven for thinking that Lokman Nor Adam was on a comedy circuit rather than Umno's roadshow dubbed 'Ayat-ayat cinta Pakatan Rakyat' (Pakatan's sweet talk).
If the turncoat Lokman had superior traits and was successfully selected for Umno's Special Affairs Think-Tank Department, then what are the unsuccessful applicants like?
His comical performance to expose Pakatan's "sweet nothings" was supposed to spearhead BN's attempts at recapturing Penang from the opposition.
He may have thought he performed brilliantly in the 90-minute smear during which he "spilled the beans" on the PKR president Wan Azizah Wan Ismail and her allegedly "expensive lifestyle".
What Lokman believes to be a political rally, is what normal people would describe as a vituperative, schoolboy rant.
More importantly, we are left fascinated with Lokman's morbid and unhealthy interest in woman's apparel. Is he trying to tell us something about himself?
He knows the cost of women's clothes and claimed that Wan Azizah's suits cost an average RM8,000 each, and she had 20 pieces made annually.
Only a voyeur or a stalker would know how many times a lady visits her dressmaker.
And in any case, few women if at all, would blab and divulge their dress secrets to any man. So has Lokman been snooping around in bins looking for receipts or other incriminating evidence?
But why should we believe Lokman – a man who is interested in women's garb?
Lokman was detained in Kamunting under the ISA from 2001 to 2003. He blamed Wan Azizah's excessive expenditure on clothing and her failure to help the families of the detained men.
This is the peculiar bit. At the time of Lokman's incarceration, Wan Azizah had long ceased to be the Deputy Prime minister's wife. So she can't have been kitting herself out in 20 suits, even if his story is to be believed in the first place.
He could at least get his dates right if he wants to implicate others.
Anwar has not been intimidated by BN and in their desperation Umno has resorted to personal attacks on his wife.
Who does Lokman think he is that Wan Azizah has to drop everything and think only of him?
Had he forgotten that Wan Azizah had a nation to save and was running around the country trying to galvanise the various opposition parties? She is to be commended for laying the foundations of the Opposition coalition of today.
Perhaps Lokman forgot that Anwar, was also jailed during the time of his (Lokman's) incarceration? Lokman cannot expect Wan Azizah to act as a charity organisation for all the men holed up in Kamunting.
But the measure of his stupidity is how he turned against Wan Azizah and blamed her for what happened to him and for his family's suffering.
Shouldn't he be telling his boss, Prime minister Najib Abdul Razak to overturn these draconian ISA laws?
This ceramah exposed how self-centred and spoilt Lokman is.
Lokman also said that Najib had no choice and was forced to hire the controversial foreign public relations company APCO because of Anwar.
This is classic. Lokman is saying that Najib is unable to lead the country and needs APCO to do it for him.
But only someone of Lokman's intellect and low moral fibre would denigrade the memory of Teoh Beng Hock who died suspiciously at the hands of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Lokman claimed that Umno was eager to find out why Teoh died.
He said "If I were a murderer, I would have sliced him into 18 pieces and buried him under a cement where no one could find him, or I would have thrown him deep into a river... I wouldn't throw him in front of the MACC building... please use your bloody brains".
Lokman seems to think that Teoh was murdered.
Is he privy to some crucial information then? Should his name be included in the list of witnesses for the Royal Commission of Inquiry?
Fortunately for the rakyat, Lokman is a typical Umno poodle who is all gas and little else.
His performance will compel the rakyat to embrace Penang Chief Minister Lim Guan Eng for several more terms in office.
Predictably, Umno will never learn. Instead of making an intelligent comparison of the policies of the two coalitions, Lokman has opted to use character assassination and making crass statements about the Opposition leader and his wife.
If the 80 people who turned up is a measure of Lokman's popularity, then Umno's road show dubbed "Pakatan's sweet talk" is actually Umno's sweet "foul-up".
It is probable that most Malays had gone off on their Valentine's day celebration and were prepared to risk the 'moral police', than listen to Lokman spewing bile.

Guna Facebook tuntut keadilan remaja ditembak

Posted: 17 Feb 2011 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,340 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini untuk menarik sokongan masyarakat berhubung insiden tersebut.
Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.
Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit yang mendakwa Allahyarham adalah penyeludup beras.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

10 Individu Terkaya Di Dunia.

Posted: 17 Feb 2011 12:56 AM PST

No. 1--- Carlos Slim Helu & Keluarga

Nilai Kekayaan                  : USD 53.5 bilion ( RM 169.06 bilion )
Sumber kekayaan              : Telekomunikasi
Umur                                 : 70 Tahun
Warganegara                     : Mexico

No. 2 --- William Gates III

Kekayaan                         : USD 53 bilion ( RM 167.48 bilion )
Sumber pendapatan          : Microsoft
Umur                                : 54 tahun
Warganegara                    : Amerika Syarikat

No 3 --- Warren Buffett

Jumlah kekayaan            : USD 47 bilion ( RM 148.52 bilion )
Sumber kekayaan          : Berkshire Hathaway (Pelaburan)
Umur                             : 79 tahun
Warganegara                 : Amerika Syarikat

No. 4 --- Mukesh Ambani

Jumlah kekayaan                : USD 29 bilion ( RM 91.64 bilion )
Sumber kekayaan              : Petrokimia, minyak & gas
Umur                                 : 52 tahun
Warganegara                     : India

No. 5 --- Lakshmi Mittal

Jumlah kekayaan                : USD 28.7 bilion ( RM 90.692 )
Sumber kekayaan              : Baja
Umur                                 : 59
Warganegara                     : India

No. 6 --- Lawrence Ellison

Jumlah kekayaan                : USD 28 bilion ( RM 88.48 bilion )
Sumber kekayaan              : Oracle
Umur                                 : 65 tahun
Warganegara                     : Amerika Syarikat

No. 7 --- Bernard Arnault

Jumlah kekayaan           : USD 27.5 bilion ( RM 86.9 bilion )
Sumber kekayaan          : LVMH (Louis Vutton)
Umur                             : 61 tahun
Warganegara                 : Perancis

No. 8 --- Eike Batista

Jumlah kekayaan               : USD 27 bilion ( RM 85.32 bilion )
Sumber kekayaan             : Perlombongan, Minyak
Umur                                : 53
Warganegara                    : Brazil

No. 9 --- Amancio Ortega

Jumlah kekayaan                : USD 25 bilion ( RM 79 bilion )
Sumber kekayaan              : Zara ( Fashion, Pelaburan )
Umur                                 : 74
warganegara                      : Sepanyol

No. 10 --- Karl Albrecht

Jumlah kekayaan                : USD 23.5 bilion (RM 51.7 Bilion)
Sumber kekayaan              : Aldi (peruncitan)
Umur                                : 90 tahun
Warganegara                    : Jerman

Sabah tidak iktiraf kesultanan Sulu

Posted: 17 Feb 2011 12:56 AM PST

Kerajaan negeri serah isu Datu Mohd Akjan Ali Muhammad kepada pihak berkuasa - Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Musa Haji Aman menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf kesultanan Sulu di Sabah.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan negeri menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa terbabit untuk melakukan siasatan dan tindakan ke atas seorang peniaga tempatan, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad, yang menggelar dirinya sebagai Sultan Sulu baru-baru ini.
"Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kesultanan Sulu, jadi kita berharap pihak berkuasa terbabit akan melakukan tindakan yang sewajarnya " kata Musa pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Sultan Sulu yang telah mendapat liputan meluas oleh laman-laman web termasuk sabahkini.net.
Pada 2 Februari lalu, Datu Mohd Akjan, yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah dilaporkan telah ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas dekat sini.
Dilaporkan pertabalan Akjan yang turut mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful-Hashim II, disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.
Berikutan itu, beberapa pihak termasuk tiga pertubuhan politik Pemuda Barisan Nasional, PKR dan Parti Progresif Sabah masing-masing telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meminta tindakan undang-undang diambil terhadap Datu Akjan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang wartawan dan pengarang kanan sebuah akhbar tempatan telah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kes Datu Mohd. Akjan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kenyataan daripada kedua-dua wartawan tersebut adalah bertujuan mengesahkan majlis pentabalan Akjan sebagai Sultan Sulu.
"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh dari pelbagai aspek dan kedua-dua wartawan tersebut hanya dipanggil untuk mengesahkan majlis pertabalan Akjan terbabit," katanya.
Jelasnya, pihak polis kini telah mempunyai bukti cukup untuk mendakwa Akjan dan kes tersebut kemungkinan akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Jangan bebankan rakyat

Posted: 17 Feb 2011 12:52 AM PST

Mutakhir ini, bandaraya Miri sering dikunjungi dengan lawatan rasmi menteri-menteri Kabinet dan baru-baru ini Perdana Menteri hadir ke Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang merangkap Menteri Pelajaran hari ini (17 Februari) akan ke pedalaman daerah Limbang menghadiri majlis pengiktirafan salah sebuah sekolah cemerlang, SK Ulu Lubai (syabas dan tahniah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort II).
Dasar Pendidikan Negara Bantu Ringankan Beban Ibubapa Memang diakui sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak-anak memperoleh yang terbaik terutama dalam pendidikan. Ibubapa terutama yang mempunyai ramai anak perlu bijak berbelanja agar mereka tidak dibebani kos perbelanjaan persekolahan anak. Ada juga pihak yang berpendapat bahawa beban dipikul ibubapa oleh kos persekolahan anak-anak disebabkan ibubapa tidak bijak membuat perancangan.
Tetapi dasar kerajaan terhadap pendidikan negara juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan lahirnya modal insan berilmu tinggi yang bakal menerajui kepimpinan negara. Dasar inilah yang sepatutnya membantu ibubapa di negara ini dalam menanggung beban pendidikan anak-anak mereka.
Saban tahun rakyat disajikan dengan bajet dan peruntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK) khususnya sumbangan tenaga pengajar iaitu guru dengan imbuhan demi imbuhan baik yang bertugas di kawasan bandar atau pedalaman. Ianya tidak dinafikan dan guru berhak mendapatkannya. Namun berjuta dan berbilion juga peruntukkan serta perbelanjaan oleh kerajaan samaada dalam soal bantuan makanan dan sokongan lain seperti pakaian dan buku teks, tetapi setiap kali sesi persekolahan bermula, ibubapa masih juga dibebankan dengan bayaran tambahan dari pihak sekolah.
Mansuh bayaran tambahan
Setiap kali sesi persekolahan bermula, kedengaran rintihan ibubapa mengenai bayaran tambahan yang dikenakan pihak sekolah samada ianya telah ditetapkan dalam mesyuarat PIBG sesebuah sekolah atau adakah mengikut garis panduan perkeliling Kementerian Pelajaran atau tidak, ternyata kos bayaran tambahan ini membebankan ibubapa.
Ketika masyarakat kini sedang berhadapan dengan siri kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan asas, ditambah lagi dengan yuran tambahan yang tinggi dikenakan pada awal sesi persekolahan anak-anak ada kemungkinan ibubapa yang berpendapatan rendah khususnya di pedalaman Sarawak mempunyai masalah kewangan dan tidak mustahil ada yang menanggung hutang.
Secara puratanya, ibubapa akan menyediakan perbelanjaan untuk seorang anak berjumlah RM200 ke RM300 bagi menyediakan pakaian sekolah, daftar yuran, buku-buku dan peralatan lain. Setelah masuk beberapa minggu persekolahan, ibubapa menerima lagi surat menuntut pembayaran tambahan yang umum faham sesebuah sekolah perlu sedikit sumbangan ibubapa untuk menambahbaik lagi pembelajaran di sekolah. Apa yang dikhuatiri ialah bayaran-bayaran tambahan tersebut tidak diselaraskan dan bergantung kepada sesebuah sekolah untuk mengenakan jumlah bayaran.
Bagi mereka yang berkemampuan, ia bukan satu masalah tetapi bagaimana pula dengan ibubapa keluarga (anak) yang ramai, berpendapatan rendah, tiada pekerjaan tetap, perbelanjaan isi rumah yang tinggi?
Rakyat menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin MANSUH SEMUA BAYARAN TAMBAHAN SEKOLAH

Merlimau pemangkin kemenangan PR Melaka

Posted: 17 Feb 2011 12:50 AM PST

Kelihatan pekerja sedang menurap jalan lama Merlimau-Melaka yang tidak diperdulikan selepad PRU 2008.

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah dan Adun Serkam, Ghazale Mohamad berbincang dengan Mudir Tahfiz As-Solihin, Us Fadullah Ab Ghani tentang bantuan kerajaan negeri.


Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac nanti bakal menjadi pemangkin kepada kemenangan Pakatan Rakyat Melaka dalam merealisasikan matlamatnya menawan Melaka.

Merlimau sebuah pekan kecil yang sedang membangun di dalam daerah Jasin dan terletak di tengah- tengah antara bandar Melaka serta Muar. Di sini juga wujudnya sebuah politeknik di depan Masjid Asy-Syuja'ah, balai bomba, hospital, balai polis, dua buah sekolah menengah, sebuah kawasan perindustrian yang menempatkan beberapa buah kilang dan sebuah projek bandar baru Merlimau yang semakin rancak pembinaannya.

Dun Merlimau (N27) diwujudkan pada tahun 1994 di mana sebelum itu merupakan sebahagian daripada Dun Sungai Rambai. Dun ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian pantai meliputi pekan Merlimau yang mempunyai empat daerah mengundi Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Manakala, di bahagian darat mempunyai tiga daerah mengundi iaitu Chinchin, Ayer Merbau serta Jasin Lalang dan secara umumnya Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Kaum Melayu tinggal di kampung, Cina di pekan dan India di Ladang, hasil peninggalan polisi penjajah British iaitu pecah dan perintah.

Pilihan Raya Umum (PRU) pertamanya ialah pada tahun 1995 di antara calon Semangat 46 dan Umno. Pada PRU 1999, Mejar (B) Jasme Tompang (PAS) memperolehi 2,012 undi tewas dengan majoriti 2,252 kepada Dato' Nadzri Azim (BN) yang mendapat 4,264.

Pada 2004 menyaksikan calon BN, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan menang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 5,087 undi apabila memperolehi 6,332 undi menggalahkan calon KeADILan, S.Jayathas yang mendapat 1,245 undi.

BN mengalami kejutan apabila majoriti mereka merosot kepada 2,154 pada tahun 2008 di mana Dato' Mohamad Hidhir cuma mendapat 4,981 undi manakala calon PAS yang kembali bertanding Mejar Jasme mendapat 2,827 undi.

Dalam PRU 2008, seramai 10,471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau dan daripada jumlah itu, Melayu sebanyak 64.69%, 21.11% Cina, 14.16% India serta 0.04% pengundi lain-lain kaum.

PAS Melaka meletakkan harapan besar untuk memenangi Dun Merlimau pada PRK ini kerana ianya antara Dun sasaran yang berpotensi ditawan dalam PRU ke 13 berdasarkan kelebihan beberapa aspek yang di ambil kira termasuklah faktor peratusan pengundi bukan Melayu yang agak tinggi.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman bahawa beliau mengharapkan pengundi di Merlimau berani melakukan perubahan memilih calon PAS sebagai mewakili satu-satunya suara pembangkang daripada Adun Melayu-Islam di persidangan Dun Melaka bagi mengimbangi majoriti lebih 2/3 BN Melaka.

"Sekiranya kita mempunyai wakil di dalam Dun Melaka baharulah Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mempermainkan hak orang Melayu-Islam contohnya menjualkan tanah wakaf dan salahguna wang zakat di dalam pembinaan Kompleks MAIM di Bukit Baru seperti pendedahan Jabatan Audit Negara 2009.

"Maka dengan itu akan wujudnya sedikit keseimbangan kuasa dan Umno akan berfikir banyak kali jika hendak melaksanakan sesuatu tindakan yang berkaitan dengan hak orang Islam bukannya seperti sekarang mereka boleh buat sesuka hati sahaja," jelas Ustaz Ghani.

DAP sendiri menyuarakan rasa terkilannya dengan ketiadaan wakil pembangkang daripada Melayu-Islam di dalam persidangan Dun kerana Adun mereka yang kesemuanya berbangsa Cina tidak mampu menjawab persoalan yang berbangkit berkaitan bangsa Melayu dan Islam.

Malah ketika DAP membawa usul membantah dan mempertahankan surau serta bangunan Pasti Bukit Katil agar tidak dirobohkan bagi pembinaan jalan raya, ianya diperlekehkan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan momokkan bahawa DAP tidak layak bercakap tentang soal Melayu dan Islam.

Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San turut mengakuinya bahkan secara berseloroh mengatakan bahawa apabila wakil Umno bercakap mengenai Islam, beliau tidak mampu untuk turut berhujah dan dia juga tidak mengetahui samada Umno tipu atau tidak di dalam sidang Dun.

DAP sejak awal-awal lagi telah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan padu kepada calon PAS pada PRK ini serta telah mengerakkan jenteranya bersama dengan petugas PAS tempatan bagi memenangi sokongan khususnya pengundi Cina.

Sekiranya sokongan bukan Islam dapat ditingkatkan sehingga melebihi 80% dan juga sokongan orang Melayu juga bertambah beberapa peratus lagi maka tidak mustahil PAS akan mampu menang pada PRK ini.

PAS Melaka begitu optimis mengenainya dan fokus sasaran sepatutnya bertumpu kepada pengundi atas pagar yang juga merupakan kelompok penentu di mana mereka sedang memerhati setiap perkembangan yang berlaku dan menzahirkan kecenderungan atau pilihan mereka di saat akhir.

Umno-BN yang mengakui situasi tersebut mula mengatur srategi bagi mengabui pemikiran pengundi dengan menaburkan pelbagai projek segera seperti menurap jalan, RM5.6 juta naiktaraf jeti kuala Sungai Merlimau, bantuan segera RM500 ribu bagi membaiki rumah, projek parit serta longkang, Taman Monyet dan Taman Kucing.

Walaubagaimanapun pengundi di sini yang terdedah dengan pelbagai maklumat dijangkakan tidak akan termakan dengan janji-janji pilihan raya ini dan diharapkan mereka menggunakan PRK ini sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan harga barang mutakhir ini.

Kantoi Operasi Prk : Operasi NGO misteri, 1Malaysia dikesan di KL....wang rakyat disalahguna untuk politik..!!!

Posted: 17 Feb 2011 12:48 AM PST

Pejabat atau gudang NGO misteri yang beroperasi atas nama 1Malaysia dan hanya muncul semasa pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan telah dikesan di Kuala Lumpur.

NONEBerikutan maklumat, Malaysiakini baru-baru ini terjumpa tempat operasinya di Plaza Mont Kiara yang dipercayai menjadi markas atau gudang NGO berkenaan.

Pejabat tersebut dikatakan telah diduduki sejak pertengahan tahun lalu dan menjadi tempat pembungkusan barangan keperluan seperti teh, susu, Milo dan juga set alat tulis yang diisi dalam sebuah beg oren sebelum diedarkan.

Pemeriksaan juga mendapati pejabat berkenaan didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat bernama Solar Shine Sdn Bhd tanpa kelihatan sebarang papan tanda nama yang lain.

Hanya terpampang di pintu pejabat ini adalah surat keizinan melakukan kerja-kerja pengubah-suaian yang tertera nama syarikat itu.

NONESementara itu, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak menunjukkan sebarang perkara yang luar biasa mengenai syarikat berkenaan. Nama yang tidak dikenali seperti Muhammad Zaki Ilias, Ramli Ag Karim dan Chin Sin Yuet disenaraikan sebagai pengarah.

Syarikat itu hanya memiliki modal RM2 (jumlah minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad).

Aktiviti 1Malaysia yang dikendalikan oleh Solar Shine dikesan hanya aktif beberapa minggu sebelum kempen pilihan raya kecil.

Malah, Isnin lalu, kelihatan beberapa pekerjanya yang kebanyakan mereka berbangsa Cina sibuk membungkus barangan di pejabat itu sebelum membawanya ke sebuah lori yang menunggu di luar pejabat.

NONENGO 1Malaysia ini pertama kali muncul pada kempen pilihan raya kecil di Galas, pada akhir tahun lalu dengan sejumlah sukarelawannya mengagihkan beg barangan itu kepada pengundi, khususnya di kawasan yang ramai pengundi berbangsa Cina.

Dengan memakai kemeja T dengan logo 1Malaysia tertera dengan jelas di belakang, mereka membanjiri sesuatu kawasan - seolah-olah satu kempen penjenamaan sesuatu projek ataupun barangan.

Keadaan yang sama juga disaksikan pada pilihan raya kecil Tenang pada bulan lalu.

Beberapa ahli politik pembangkang mendakwa usaha sedemikian sebagai pembelian undi dan berkata ia berkesan memancing undi di kalangan penduduk luar bandar bagi menyokong BN.

Di mana layaknya mereka??

Posted: 17 Feb 2011 12:44 AM PST


Ater kalau udah 'idup' dengan undi pos tentera
Tak sajakler jadi Piem atau Menteri

Letakkan demer pada tempatnya yang sesuai,
baruler adil namanya

Patutnya...
Jadikan jer demer pemimpin tentera.
Tak gitu...??

Ekonomi psikopat

Posted: 17 Feb 2011 12:43 AM PST

Ismail Hashim Yahaya

17 FEB — Beberapa tahun kebelakangan ini kita menghidu aroma kegilaan dan abnormaliti di ruang lingkup ekonomi.
Kita dapat melihat isu kenaikan harga barangan keperluan seperti minyak, kelapa, tepung dan gula. Malah terdapat barangan keperluan seharian yang disorok sehingga menyusahkan pembeli mendapatkannya di pasar raya.
Di samping itu, isu pemerdagangan dan pembuangan bayi serta kegiatan pelacuran terus berjalan dan kes-kes rasuah tidak pernah berhenti diberitakan.
Di luar negara, masalah ekonomi yang melibatkan kenaikan harga barangan utama dan pengangguran telah membawa kepada protes dan revolusi rakyat sehingga menjatuhkan dua kerajaan iaitu Tunisia dan Mesir.
Jika diteliti ruang lingkup ekonomi bukan lagi sekadar medan pengeluaran, pengedaran, permintaan dan penawaran serta penjualan dan pembelian atau medan mencari keuntungan tetapi menjadi medan aneka kegilaan, penyimpangan dan abnormaliti yang kian tumbuh subur dan semakin berkembang.
Pengejaran keuntungan telah mematikan akal sehat, meracuni norma sosial dan menghancurkan segala etika dan moral. Ketamakan telah mengenepikan kedukaan, derita, ketakutan dan keganasan ke atas manusia. Nafsu mengejar keuntungan telah mengenepikan keutamaan, kebaikan dan kemuliaan kemanusiaan. Akhirnya mesin pengeluaran dan pengedaranmenjelma sebagai sebuah mesin kegilaan.
Jika tidak bagaimanakah Murabak boleh menyimpan kekayaan berjumlah AS$70 bilion (RM210 bilion). Ini masih tidak mengira berapa pulak jumlah kekayaan yang dikaut, dikumpul dan disimpan elit politik kita?
Sehubungan itu, kita juga berhadapan dengan berita bahan makanan yang dicampuri bahan-bahan seperti asik borik, melamin, raksa dan racun makluk perosak yang telah menimbulkan aneka penyakit: barah, ketumbuhan, atau hepatitis. Permerdagangan dan penjualan bayi, manusia dan organ tubuh manusia telah menimbulkan kehilangan, kepedihan dan lautan air mata. Ini masih tidak mengira amalan rasuah dan kekuasaan telah menghancurkan asas integreti dan etika politik.
Ini diperburukkan lagi dengan kes-kes bunuh diri dan pembunuhan kejam yang disiarkan media.
Ranah ekonomi menjadi ladang keganasan baru tempat pemasar dan pemodal menebarkan kecemasan, kebimbangan dan ketakutan di pasar, rumah, dapur, restoran, dan ruang awam lainnya. Peliknya, semua ini dilakukan demi mencari keuntungan dan kepuasan.
Oleh itu mereka yang melakukan perkara-perkara tidak siuman di pasaran gila ini berhadapan dengan psikososial. Mereka adalah apa yang dikenali sebagai psikopat pasaran: gagal menyerapkan nilaidan etika di pasaran demi ketamakan dan kepuasan diri mengaut keuntungan di atas penderitaan pihak lain.
JF Lyotard dalam bukunya Libidinal Economy (1993) melukiskan sebuah ranah ekonomi yang di dalamnya pelepasan pintu hasrat dan tenaga libidomerupakan raison detre (suatu perwujudan) kepada mereka yang terlibat dalam pasaran.
Segala bentuk kesenangan dan kepuasan merupakan tujuan akhir ekonomi sehingga segala bentuk potensi dan keupayaan hasrat harus dimaksimakan; segala modal kesenangan harus dilaburkan. Komoditi pelepas nafsu harus senantiasa diperbarui demi memperbaharuinya kepuasan hasrat.
Namun, ada bentuk pelepasan hasrat dan nafsu dalam ekonomi yang hanya diperolehi dan dicapai melalui penderitaan, ketakutan, bahkan kematian orang lain.
Di sini internalisasi kepuasan hasrat dalam ekonomi hanya dapat diperolehi melalui eksternalisasi aneka hasrat yang merosak. Ranah ekonomi yang tercabut dari asas etika dan moral menggiring orang merayakan pengumpulan modal dengan melemparkan dimensi etika dan moral tentang kebaikan, kebersihan hati nurani dan kerohanian.
Dimensi kegilaan yang merasuki ranah ekonomi, baik pada sistem pengeluaran, pengedaran, mahupun pertukaran. Ranah ekonomi, meminjam istilah Felix Guattari dalam Molecular Revolution: Psychiatry and Politics (1984) menumbuhkan kegilaan yang sangat khusus. Kegilaan tidak hanya dilihat sebagai kegagalan fungsi otak — yang memicu fikiran kacau — tetapi juga hilang akal budi dan fikiran sehat, mabuk dan skizofrenia melekat dalam ke rangka ekonomi.
Inilah apa yang dikenali Yasraf Amir Piliang, pengkaji kajian budaya Indonesia sebagai ekonomi psikopat yang merupakan suatu bentuk kegilaan.
Seperti ahli psikopat, para psikopat pasar adalah aktor yang beroperas di bawah tanah, tempat gelap lagi tersembunyi, rumah kosong, ruang sulit internet dan Facebook dan Twitter, tempat ia merealisasikan impian menyimpang yang diiringi kekerasan sehingga melibatkan kematian orang lain. Ia gagal menyerap norma dan nilai sosial dan bertindak sesuai dengan nafsu dan fantasinya, jika perlu sehingga memakan nyawa.
Menurut Yasraf lagi ekonomi psikopat adalah kegiatan ekonomi yang beroperasi di dalam gelap dan ketidaksedaran. Pelbagai kekerasan, penculikan dan pembunuhan tumbuh dari kegilaan dan kejahilan orang, ketidakpedulian, kelalaian, dan ketidakcekapan pemerintah. Banyak wanita jadi korban perdagangan pelacuran kerana mudah tergoda dengan mekanisme seduksi dan bujuk rayu dalam Facebook atau Twitter. Banyak orang jadi korban makanan mengandung zat kimia karena pemerintah lalai memantau dan mengawasinya.
Ekonomi psikopat adalah suatu kontradiksi diri: ia merajut kepuasan dalam kekerasan. Menurut Jean Baudrillard dalam Symbolic Exchange and Death (1995), tujuan ekonomi menciptakan kesejahteraan melalui pengumpulan modal (boleh merupa wang, tanah, manusia, kecerdikan) dan keuntungan. Namun, pada ketika pengumpulan modal itulah juga saatberlakunya penderitaan, ketakutan dan kematian.
Proses pengumpulan modal dan keuntunganmeliputi juga proses kekerasan, kerosakan,dan menghilangkan kemanusiaa. Contohnya dapat dilihat kepada kes Sosilawati.
Ekonomi psikopat adalah ranah keganasan bisu karena kesannya tidak terlihat dan tidak disedari. Berbeza dengan kesan keganasan fizikal, yang dapat diperhatikan seperti dalam jaringan sel, susunan saraf, anggota tubuh, atau struktur psikik, kesan keganasan ekonomi tidak dapat dicerna dengan mata kasar. Kekerasan ekonomi psikopat lebih cenderung kepada kekerasan simbolik: makanan beracun yang merosak tubuh sehingga membawa kematian, ekonomi rasuah yang membawa kepada penderitaan rakyat, penipuan dalam dunia pendidikan, rasuah kuasa yang merosak landasan etika politik.
Ekonomi psikopat adalah sebuah horonomik iaitu medan pengumpulan modal melalui mekanisme kekerasan. Bentuk kekerasan ini seperti dijelaskan Slavoj Zizek dalam Violence (2008) merupakan
kekerasan fisik, psikik dan struktur. Kekerasan fisik menyebabkan kecacatan, kerosakan tubuh bahkan kematian. Kekerasan ke atas masyarakat membawa pelbagai bentuk ketakutan, kecemasan dan paranoia. Kekerasan sistem menyebabkan kerosakan pada keutuhan pelbagai sistem (pendidikan, hukum, politik) akibat abnormaliti di ranah ekonomi.
Krisis di Mesir merupakan contoh unggul yang dapat diutarakan. Sejauh manakah kekerasan ekonomi dapat dilihat di negara kita.
Ekonomi psikopat tumbuh sebagai sub-budaya ekonomi: suatu budaya di dalam budaya ekonomi. Sebagai sub-budaya, ia menyusup ke dalam ranah ekonomi dari dalam dengan membangun jaringan di dalam jaringan. Ia memanipulasi setiap jaringan normal ekonomi: jaringan pasar, jaringan pengedaran dan jaringan internet melalui pelbagai penyamaran, penipuan, sihir, pemalsuan dan simulasi, seakan-akan mereka adalah aktor ekonomi yang normal.
Ketika kuasa ekonomi membiarkan kegilaan dan segala abnormaliti tumbuh di dalam mekanisme pasar, ekonomi psikopat menjadi ancaman serius bagi masa depan manusia dan kemanusiaan.
Rakyat terancam oleh makanan beracun, kegiatan penculikan, penipuan, pemerdagangan manusia dan pembunuh gila.
Apabila pemerintahan negara berjaya menangkap pengganas, meskipun belum berhasil menumpas jaringan keganasan, mereka kelihatan belum berjaya menumpaskan keganasan ekonomi sehingga jaringannya terus tumbuh.
Ketika ruang lingkup ekonomi tidak lagi dibangun di atas landasan etika, segala kebaikan, penyatuan, keadilan dan tanggungjawab tidak lagi menjadi bahasa ekonomi bermoral.
Ketika negara tidak berupaya melaksanakan penguatkuasaan maka di sinilah para psikopat pasaran bermaharajalela melaksanakan tindakan meruntuhkan akhlak. Tanpa upaya sinergi dan usaha berterusan mengatasinya, jaringan ekonomi psikopat akan kian melebar dengan memakan korban yang banyak.
Inilah apa yang berlaku kepada krisis sub-prima di Amerika Syarikat yang membawa kepada kesan ke seluruh seperti yang berlaku ke atas Iceland dan Greece dan syarikat-syarikat besar AS.

* Penulis adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam.

Selangor pula tarik diri prosiding Suruhajaya Diraja

Posted: 17 Feb 2011 12:39 AM PST

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock terus menerima tamparan apabila giliran kerajaan kerajaan negeri Selangor mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam prosiding.

Peguam pemerhati Selangor, Malik Imtiaz Sarwar memaklumkan hasrat untuk menarik diri sebaik sahaja prosiding suruhanjaya bermula pada jam 2.30 petang ini.

Beliau yang juga tidak berpuas hati dengan penglibatan Jabatan Peguam Negara serta kegagalan suruhanjaya menangguhkan prosiding dilihat terus meninggalkan mahkamah.

Semalam, ahli keluarga Teoh memulaukan prosiding suruhanjaya itu dengan alasan permohonan mereka untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan Pejabat Peguam Negara ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar dahulu.

NGO: Jatuhkan BN agenda bersama

Posted: 17 Feb 2011 12:38 AM PST

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan  Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan.

Nik Aziz: Tidak percaya kebaikan Islam, Umno sesatkan bangsa sendiri...

Posted: 17 Feb 2011 12:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata  kegelishan atau dilema di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini termasuk orang Melayu sendiri berpunca daripada "Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa."
Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS, akhirnya Umno yang menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. 
Katanya, apa yang penting diamalkan ialah semua menjadi hamba abdi kepada Allah dan sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan "Allahu Akbar", maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. 
"Sementara  dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. 
"Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan dalam kehidupan manusia," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.
"Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat," katanya.
Pada hari yang sama semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil mengakui pengetahuan agama Nik Aziz  lebih "dalam", tetapi menggesa agar Menteri Besar Kelantan itu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.
"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata Dr Mahathir dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.
Justeru kata bekas presiden Umno ini, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."
Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.
Dalam tulisan kali ini, Nik Aziz menambah, amatlah malang jika rakyat negara ini terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa sedangkan ia bukan ajaran Nabi. 
Kata beliau, seharusnya rakyat tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah (ayat 5-7).
"Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular. 
"Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit hinggalah sanggup duduk di atas prinsip agama lain (suku), politik lain (suku)," katanya lagi.
Lalu kata Nik Aziz, timbul ajaran yang asing dari Islam, antaranya mengajar umat Islam supaya "tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat." 
"Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya perkara politik itu disebut di luar masjid," katanya lagi.
"Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan atau musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. 
"Maknanya dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik," katanya.
Nik Aziz seterusnya menulis, maka terimalah perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan sekular, sekali gus "sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita."
Tulisan Nik Aziz kali ini bermula dengan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menurutnya, kegagalan polisi itu pada 1990 adalah tercatat dalam sejarah. 
Kata beliau, hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tidak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. 
"Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?" katanya lagi.
Justeru kata Nik Aziz, sementara umat Islam menyambut Maulidur Rasul maka  sepatutnya mengambil ajaran Nabi iaitu mengajar agar menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. 
"Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita," katanya.
Kata Nik Aziz, apabila disebutkan kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam.
"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam kerana inginkan kepentingan yang sama. 
"Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat," katanya lagi.

Kantoi Lagi : 'Mani lelaki misteri pada seluar dalam Saiful'....ayam betul kau ni sepol...!!!!

Posted: 17 Feb 2011 12:22 AM PST

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.
NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.
Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.
Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."
NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG
3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu "Lelaki Y".

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur," katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.
3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: "Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6," kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai "lelaki Y".
2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.
1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.
12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi,AP Mohan.
12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.
11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.
11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.
11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.
NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.
Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.

NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

Tidak mustahil BN boleh jatuh, kata Mahathir

Posted: 17 Feb 2011 12:21 AM PST


KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak melupakan tanggungjawab kepada rakyat sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
"Jangan lupa tanggungjawab kepada rakyat, kalau lupa mereka akan jatuhkan kerajaan, sebab itu saya cakap kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada keharmonian dan kepentingan rakyat.
"Kalau kerajaan lupa kepada rakyat, mereka akan jatuhkan kita," kata beliau pengerusi BN ini.
Merujuk kepada amalan demokrasi negara, bekas perdana menteri itu berkata, ia bukan satu jaminan BN akan terus kekal menjadi parti pemerintah walaupun sudah menguasai tampuk pemerintahan negara selama 53 tahun.
"Adakah ini kata kita bukan demokrasi walaupun hanya satu parti sahaja yang berkuasa? Kalau tiada demokrasi kita tak akan lihat parti lawan duduk di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen . . . kadang-kadang ramai, kadang-kadang kurang, pada 2004, 90 peratus ia dikuasai satu parti tapi pada 2008 kita kalah lima negeri dan tak dapat dua pertiga dalam Parlimen.
"Ini menunjukkan rakyat boleh pilih, demokrasi kita memang tepat . . . kuasa diberi kepada rakyat untuk tentukan siapa jadi pemerintah," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.
Jelas Dr Mahathir, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan mana-mana pemerintah yang tidak disukai termasuk BN.
"Di negara kita ada demokrasi, walaupun 53 tahun ia dikuasai hanya sebuah parti sahaja dan parti lain tak dapat kalahkan parti ini selama 53 tahun.
"Kalau rakyat tak suka dengan pemerintah, ia boleh jatuhkan pemerintah. Di Malaysia ia bukan mustahil tapi di negara lain ia mustahil," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya merampas empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan PAS.
Bagaimanapun Perak jatuh ke tangan BN ekoran tindakan melompat keluar tiga Adun Pakatan Rakyat.
Mengakui sistem demokrasi negara tidak sempurna, Dr Mahathir berkata, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu menerima hakikat dan jangan bertindak lebih dari yang sepatutnya.
"Demokrasi bukan sistem yang sempurna, kita beri kuasa kepada rakyat cuma kadang-kadang mereka tak cekap, yang majoriti selalu pilih tak kena.
"Sebab itu kita harus terima hakikat dan usaha setakat yang mampu, lebih daripada itu tak boleh," katanya.
Tambah Dr Mahathir, amalan demokrasi negara tidak seperti sesetengah negara lain yang hanya satu parti berkuasa.
"Ada negara yang saya tak nak sebut nama tapi boleh teka, yang sejak merdeka pada 1965 hanya diperintah oleh satu kerajaan. 
"Kalau ada pemimpin pembangkang yang boleh mencabar mereka akan dihadapkan ke mahkamah kerana hasutan, kalau dapat masuk dalam Parlimen pun tak dibenarkan bercakap," katanya.

Jejantas: Surat terbuka Nurul Izzah kepada Datuk Bandar KL

Posted: 17 Feb 2011 12:19 AM PST

Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Bin Ismail
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Tingkat 27, Menara DBKL 1
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Assalamualaikum w.b.t Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad ,
PENJELASAN BERKENAAN DENGAN PROJEK JEJANTAS YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT KONVENSYEN KL DAN HOTEL IMPIANA KLCC
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Buat pengetahuan pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya telah melawat projek Jejantas yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC, yang telah membawa saya kepada persoalan-persoalan berikut:
1. Merujuk kepada laporan Bernama (terbitan The Star bertarikh 8hb September 2010), yang menyatakan, "Petronas telah menyumbangkan RM100 juta kepada pembangunan kemudahan dua-fasa ini yang menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsang pertumbuhan industri pelancongan. KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCC), sebuah subsidiari milikan-penuh Petronas telah ditugas mengurus peruntukan tersebut bersama DBKL sebagai penyelaras projek utama untuk laluan pejalan kaki di KL.";
Adakah DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk projek tersebut? Dan jikalau ya, megapakah Sunway Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk meneruskan projek jejantas (fasa kedua) dan adakah tender terbuka dilaksanakan sebelum mereka dipilih?


2. Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 9 Februari, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan ketua pegawai eksekutif KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah "menandatangani surat perjanjian untuk penyerahan jejantas ini dari KLCCH ke DBKL."; 

Berapakah kos penyelenggaraan kemudahan ini (dan juga jejantas fasa kedua) pada tahun-tahun akan datang, dan siapa yang akan menanggung beban penyelenggaraan tersebut?
Saya amat berharap agar Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad dapat memberikan respon segera di atas persoalan dan permasalahan yang saya bangkitkan di dalam projek jejantas ini.
Segala kerjasama daripada pihak Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad, saya dahului dengan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan segala kerja kita diberkati Allah S.W.T..
"Bersama Menegakkan Keadilan"
Sekian. Wassalam.
Yang Berkhidmat,
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
s.k.
Yang Berhormat Senator Datuk Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Pejabat Menteri
Aras 4, Blok 2, Menara PjH
Presint 2 62100 Putrajaya

6 calon pro-M UPM turut ditolak

Posted: 17 Feb 2011 12:17 AM PST

Pencalonan enam calon kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) ditolak hari ini atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap.

Mereka adalah antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan. Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini, iaitu tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.

Enam pelajar terbabit mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di dua kerusi umum dan empat kerusi fakulti.

Sehubungan itu, pengerusi pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan secara lisan kepada ketua jawatankuasa pemilihan, Muhazam Mansor.

Sehingga jam 3 petang ini, mereka masih menunggu keputusan bantahan mereka itu.

Menurutnya, pencalonan mereka ditolak kerana didakwa tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap seperti butiran alamat dan juga tidak ada cop pengesahan daripada dekan fakulti.

Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?

Posted: 17 Feb 2011 12:15 AM PST

Kebangkitan rakyat di Mesir untuk menggulingkan Presiden Hosni Mubarak menjadi tumpuan dunia terkini.  Sesungguhnya, tidak kurang pemerhati politik yang membandingkan pergolakan di dunia Timur Tengah dengan konteks politik di Malaysia - dari cara hidup keluarga Presiden hinggalah jurang ekonomi dalam masyarakat yang menjadi faktor tercetusnya kebangkitan rakyat.
MerdekaReview bersama Free Public Forum dan Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan forum berjudul "Kebangkitan Rakyat: Harapan untuk Demokrasi di Timur Tengah?" pada jam 8 malam, 22 Februari (Selasa), di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.  Forum ini bakal membariskan panelis Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM), Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera), Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru") dan Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas), dengan Fahmi Fadzil sebagai moderatornya.
Kemasukan adalah percuma.  Sila datang beramai-ramai.
Sinopsis Forum
Gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang sedang berlaku amat menggemparkan seluruh dunia.  Rejim kediktatoran Hosni Mubarak berakhir dengan pengunduran beliau dari kerusi Presiden Mesir dan telah menjadi simbol kemenangan kuasa rakyat dalam usaha menjatuhkan kezaliman rejim yang menindas rakyat sepanjang 30 tahun pemerintahan beliau.
Sumber: Reuters
Antara perkara yang perlu diteliti, kebangkitan rakyat marhaen di Tunisia, Yaman dan Jordan menjadi antara faktor besar berlakunya kebangkitan rakyat Mesir.  Bahkan di saat ini, kebangkitan rakyat ini telahpun berjangkit sehingga terkini di Iran dan Bahrain dan mendapat perhatian seluruh dunia.
Namun, apakah kesudahan bagi kebangkitan gerakan ini?  Apakah pengunduran Mubarak sekadar akan berakhir dengan penggantian satu lagi rejim kediktatoran yang baru?
Apakah keadaan yang berlaku ini akan menjanjikan lembaran baru kepada demokrasi yang lebih sihat serta memberi ruang kepada seluruh warga tanah air di Mesir dan Timur Tengah umumnya dalam menyuarakan pandangan serta melibatkan diri terhadap proses pembuatan polisi yang akan lebih bersifat menguntungkan rakyat?
Adakah kuasa-kuasa dari blok barat khususnya AS sebagai kuasa besar politik dunia akan sekadar berdiam diri tanpa sebarang campur tangan lebih-lebih lagi bagi memastikan kepentinngan mereka terpelihara?
Di mana dan bagaimanakah pula kedudukan kumpulan-kumpulan Islam yang amat signifikan terhadap persoalan pertembungan antara blok-blok ideologi termasuklah berkaitan pembebasan tanah air dari cengkaman pemerintahan diktator-sekular negara-negara Timur Tengah?
Diskusi bersama:
1. Nora Murad (Amnesty International Malaysia-AIM)
2. Liew Chin Tong (Ahli parlimen Bukit Bendera, Research for Social Advancement-REFSA)
3. Mujahid Yusuf Rawa (Ahli parlimen Parit Buntar, Penulis buku "Menuju PAS Baru")
4. Hishamuddin Rais (Aktivis/pengkritik sosial, penulis bebas)

Anjuran bersama: MerdekaReview, Free Public Forum Malaysia (FPF), Pemuda Dewan Perhimpunan KL-Selangor.

Prk Merlimau : Kelemahan Ali senjata PAS di kawasan 'pembangunan'

Posted: 17 Feb 2011 12:12 AM PST

Pakatan Rakyat dilihat tidak banyak memainkan isu tempatan dalam menghadapi pilihan raya kecil di DUN Merlimau yang berbaki hanya dua minggu sahaja lagi.

Sehingga kini belum ada isu besar berkaitan masalah tempatan dimainkan Pakatan sebagai senjata ampuh untuk menawan kawasan kubu kuat BN itu.

Cuma yang disentuh soal kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia sehingga menimbulkan kekacauan.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1Itulah isu wajib yang sering disuarakan penceramahnya setiap kali mengalunkan kempen mereka di Merlimau.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat, suasana di Mesir dan Tunisia amat berbeza dengan Merlimau. Di kedua-dua negara berkenaan rakyat bangkit berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap perhatian serta kebajikan mereka.

Tetapi, di sini, belum pun penamaan calon pada 26 Februari ini, rakyat di DUN Merlimau yang disandang pemimpin BN awal-awal sudah mencurahkan apa yang dianggap rezeki bagi mereka.

Biarpun boleh dianggap sebagai umpan untuk menarik perhatian pengundi, apa yang penting, bagi lebih 10,000 rakyat di DUN Merlimau, ia adalah pembangunan fizikal dan kemudahan infrastruktur yang serba lengkap.

Sejak berlangsungnya dua pilihan raya umum juga, masyarakat Merlimau dianugerahkan dua pusat pengajian tunggi iaitu Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun ke Merlimau baru-baru ini juga yakin tiada isu tempatan yang boleh diutarakan berikutan Merlimau dilabel sebagai kawasan pembangunan.

Tiada kelompok miskin


Merlimau juga menurut Muhyiddin, tiada lagi kelompok rakyat miskin. Malah, katanya, kerajaan negeri sentiasa memikirkan usaha bagaimana untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

Terbaru, sebanyak RM500,000 diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di seluruh DUN Merlimau sudah cukup mengembirakan rakyat Merlimau.

NONEMasyarakat nelayan juga merasakan mereka tidak terpinggir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini.

Malah mereka juga bakal meraih pendapatan tambahan dengan terlaksananya perancangan kerajaan negeri untuk pembinaan jeti berbumbung, sekali gus bakal menukar persepsi penduduk daripada jeti termundur di Melaka kepada jeti tercanggih di Melaka.

Pakatan setakat ini hanya menegur tindakan BN yang didakwa terus menggunakan kemudahan awam untuk program kepentingan politik mereka.

PAS dilaporkan kesal apabila Dewan Politeknik Merlimau digunakan untuk program suai kenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Merlimau, yang turut melibatkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Selain itu, politeknik berkenaan turut pernah digunakan untuk perasmian jentera pilihan raya BN dan perjumpaan dengan jawatankuasa Umno cawangan dan kawasan DUN itu.

Bagi PAS, perkara itu tidak wajar kerana ianya jelas mengheret institusi pendidikan ke kancah politik. Rasa tidak puas hati PAS juga tidak berakhir dengan masalah tersebut.

Rencah kempen
Terbaru, akhbar web parti Islam itu Harakahdaily memetik sebuah blog yang mendakwa BN menggunakan nama Jabatan Pendidikan Daerah Jasin bagi menganjurkan majlis perasmian Bangunan Tambahan SKJ (C) Merlimau.

Laporan itu juga memetik, guru yang hadir dianggap 'kuda tunggangan' setelah majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu langsung tiada agenda perasmian bangunan tambahan seperti dalam surat jemputan.

NONESebaliknya kain rentang majlis pada malam itu terpampang 'Majlis Makan Malam Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri' sehingga ramai guru yang hadir pada malam itu kesal dan berasa tertipu kerana terang-terang ia adalah majlis kempen supaya guru-guru menyokong BN.

Bagaimanapun PAS dijangka akan terus menggunakan topik apa yang didakwa mereka sebagai 'kelemahan' pentadbiran Mohd Ali.

Ia termasuklah isu 'pembaziran' dengan pembinaan jam bunga di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang didakwa menelan belanja RM500,000; lapangan terbang yang didakwa bernilai ratusan juta ringgit tetapi tiada pesawat beroperasi dan projek 'Eye On Malaysia' yang terpaksa ditutup.

Di samping itu juga, ada banyak lagi isu kelemahan kerajaan yang ditadbir Mohd Ali Rustam dijangka bakal menjadi rencah Pakatan untuk menyedapkan kempen di Merlimau nanti.

Bagaimanapun, bagi menjawab segala persoalan, ketua menteri Melaka itu dikatakan bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja pemimpin Pakatan bagi menjawab segala persoalan berkenaan.

Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Arts-ED: Kami tidak bertujuan untuk mengubah sejarah

Posted: 17 Feb 2011 12:11 AM PST

Risalah kami "Balik Pulau ku" (myBalikPulau) merupakan risalah berita untuk masyarakat yang diterbitkan dengan hanya satu tujuan: untuk melibatkan warga tua dan muda serta masyarakat tempatan untuk berkongsi ingatan, pengalaman dan kisah-kisah lalu dan legenda.
Arts-ED ingin menjelaskan bahawa risalah myBalikPulau TIDAK bertujuan untuk mengubah sejarah.  Kami TIDAK PERNAH dan TIDAK BERNIAT untuk menjadikan risalah ini setaraf dengan buku sejarah.
Risalah ini hanya bertujuan untuk membentangkan sejarah lisan turun-temurun seperti yang diceritakan oleh penduduk tempatan di Balik Pulau.  Risalah ini juga membentangkan sumber-sumber tulisan dalam terbitan buku yang dijumpai semasa kerja penyelidikan dijalankan.  Informasi yang tidak dapat diperolehi pada masa tersebut jelasnya tidak dapat dibentangkan.
Sejarah lisan merupai pandangan dari individu-individu yang berminat serta sudi berkongsi cerita-cerita mereka.  Dalam proses penerbitan risalah ini, langkah-langkah telah diambil untuk melibatkan ahli masyarakat dari pelbagai kaum.  Dalam proses ini, ada di antara mereka yang amat berbesar-hati untuk berkongsi pengalaman, manakala ada pihak yang enggan berkongsi.  Justeru, risalah ini hanya mengandungi pengalaman daripada mereka yang berkongsi.
Sejarah lisan merupakan refleksi ingatan, pengalaman serta cerita yang diturunkan dari generasi ke generasi.  Ia merupakan artikulasi pandangan si pencerita tersebut.  Arts-Ed berpegang kepada penglibatan sosial dan percaya setiap individu berhak untuk menceritakan sejarah serta pengalaman mereka dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Sumber sejarah Balik Pulau yang digunakan dalam risalah myBalikPulau:
1. Asal-Usul Penghuni
Semasa penerbitan risalah myBalikPulau, penolong penyelidik ARTS-ED hanya menjumpai sejarah lisan yang diterbitkan oleh Pentadbiran Pejabat Daerah dan Barat Daya dan Tanah, Daerah Barat Daya.
Dalam terbitan tersebut didapati sebuah artikal bertajuk "Sejarah Penghijrahan Penduduk-Penduduk Awal Balik Pulau" oleh Ruhana Ahmad. Daripada cerita-cerita lisan yang dikutip daripada penduduk di Balik Pulau, beliau membuat rumusan yang berikutan:
"Hampir keseluruhan penduduk-penduduk asal yang ditemui di sekitar Balik Pulau mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka ialah dari Pattani, Satul, Yala, Kedah dan Perlis". (pp. 14)
2. Penghijrahan/Pelarian Beramai-ramai
Informasi tentang penghijrahan beramai-ramai pada zaman 1820-an dalam risalah myBalikPulau didapati daripada sejarah yang diterbitkan di buku-buku tersebut:
i)  Haji Buyong Adil. (1980). Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia (pp. 53-71)
ii) Andaya, B. W. and L.Y. Andaya (1982). A History of Malaysia. London: Macmillan Press. (pp. 116-118)
3. Informasi berkenaan dengan kejadian sejarah, biografi tokoh dan bangunan dikumpul khasnya dari penduduk tempatan Balik Pulau, dan dari penerbitan yang dikeluarkan oleh institusi tertentu. 
Baru-baru ini dalam Februari 2011, selepas penerbitan dan pengelilingan risalah myBalikPulau, Arts-ED telah diberitahu tentang sumber sejarah lisan yang baru. Arts-ED sangat berdedikasi untuk mengumpul sejarah lisan dan mengalu-alukan informasi baru dan percayai bahawa ianya patut disebar kepada orang ramai dan ditambah kepada sumber koleksi sejarah lisan.
Penerbitan tersebut ialah Vaughan, J.D. "Notes on the Malays of Pinang and Province Wellesley". Journal of the Indian Archipelago & Eastern Asia, new series, 2, 1858: 115-175. (http://books.google.com.my)
Artikel Vaughan diterjemah dalam satu laporan kajian USM 2006 bertajuk "Sejarah Awal Pulau Pinang",  diperolehi online (http://eprints.usm.my/4843/1/Sejarah_Awal_Pulau_Pinang.pdf)
"Dengan dasar sedemikian, permintaan untuk membuka tanah terus diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Orang Melayu yang datang bersama-sama Francis Light dari Kedah diberikan tanah percuma di kawasan Datok Keramat, mungkin kerana pengaruh Datok Setia dari Kuala Muda yang memiliki tanah di kawasan tersebut sejak awal lagi. Kapten Scott diberikan kawasan di Gelugor dan membuka tanah untuk penanaman lada hitam di kawasan tersebut. Seorang saudagar Inggeris bernama Bacon membuka Ayer Itam. Beberapa orang Melayu juga disebut membuka beberapa kampong di bahagian barat daya. Pah Kechil dari Batu Bara (Indonesia) bersama-sama Jamaluddin dan nakhoda Che Salleh dari Lingga membuka Permatang Damar Laut, Nakhoda Seedin dari Deli dan Panglima Long dari Setul membuka Teluk Kumbar, dan Lebai Tampak dari Deli membuka Balik Pulau (pp.38-39)"
Artikel asal oleh Vaughan, J.D: 
Vaughan membuat sesuatu transkripsi sejarah lisan yang diceritakan oleh anak kepada penghuni Melayu awal yang bernama Haji Mahomed Salleh atau Haji Brunie. Di dalam transkripsi awal sejarah lisan tersebut hanya terdapat satu ayat sahaja yang merujuk kepada Balik Pulau, yang menyatakan bahawa DUA orang terlibat dalam pembukaan tanah di Balik Pulau:
"The Malays that came over with Light got free grants of land and they cleared the jungle where Datu Cramat now stands. Seven years after the English came, a person name Danbie Chand cleared the land about Batu Lanchang. Two years after a Captain Scott cleared the land at Glughore; he was assisted by a man named Mahomed Prie of Sungora. Nacodah Intan cleared Batu Uban. A year after an European named Raboo(?) assisted by a Malay named Hakim Tudoh cleared Sunghie Nibong. A Malay named Loh Munu cleared Sunghie Kluang. Haji Mahomad Salleh three years after this, or about twelve after coming to Pinang, settled at Bayan Lepas with a man named Long Syed…(cont.) Nacodah Seedin, a native of Delhi, and Panglima Long of Sittool first settled at Tellok Commber.  Tukong Ko of Purlis and Lebbi Tampak of Delhie, cleared Bali Pulo. (pp.174 -175)"
*Kenyataan media oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang (ARTS-ED).

Lepas Kugan, Teoh Beng Hock kini Pak Sa'aid : Husam Musa

Posted: 17 Feb 2011 12:10 AM PST


Selepas Komander UPP menafikan kejadian tragedi kematian pakcik Sa'aid sebagai punca salah faham seperti dilaporkan akhbar arus perdana. YB Husam Musa mendedahkan cerita sebenar keluarga pakcik Sa'aid di dalam ceramahnya.

"Bolehkah kita dapat satu siasatan yang adil, telus dan tidak bias terhadap kes kematian warga emas berusia 56 tahun yang dikatakan mati akibat dipukul oleh 4 anggota UPP selepas kejadian kejar-mengejar mangsa yang disyaki menyeludup beras?

Saksi mengatakan bahawa mangsa selepas kejadian kejar-mengejar telah menyerah diri dengan memberhentikan kancil yang dipandunya tetapi anggota UPP terbabit telah bertindak diluar batas kemanusiaan apabila bersama-sama memukul mangsa sehingga mangsa lemah tidak berdaya.

Benar, menyeludup beras ialah 1 kesalahan & melanggar undang-undang negara Malaysia tetapi apakah rasionalnya menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan tanpa melalui perbicaraan?

Perlu juga kita fikirkan beberapa perkara, mangsa ialah seorang warga emas berusia 56 tahun dan beliau menanggung keluarganya, beliau mempunyai 9 orang anak yang perlu ditanggung dan mungkin akibat kesempitan hidup hasil dari kenaikan harga barangan, beliau terpaksa melakukan kerja begini.

berapa sahaja untung yang beliau perolehi hasil dari menyeludup beras yang kita semua tahu hampir separuh dari kita juga makan beras yang diseludup kerana beras di negara kita lebih mahal manakala beras dari Thailand lebih murah & bermutu.

Mendiang Kugen, Teoh beng Hock, Adik Aminurrasyid, semuanya menjadi mangsa keganasan pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tetapi mereka jugalah yang bertindak melangkau undang-undang.

Kalau pada mereka kita tidak boleh berharap untuk perlindungan, pada siapa lagi mahu kita harapkan"

Lihat dan amati sendiri pengkisahan keluarga allahyarham pakcik Sa'aid di sini.

Gambar dibawah adalah lokasi menunjukkan lokasi dimana adik Ahmad Nizamudin ditembak seorang anggota UPP.

Pihak polis forensik di lokasi kejadian.


Kenderaan UPP yang dikatakan membawa pakcik Sa'aid ke hospital untuk mendepatkan rawatan selepas dipukul.


Beberapa kesan yang ditandakan di tempat kejadian.


Keadaan kenderaan UPP yang pancit selepas tembak-menembak.


Komander UPP Kelantan ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang kejadian ini.

Haniff: Mahathir, Anwar pernah minta mansuh ISA tapi polis halang

Posted: 17 Feb 2011 12:10 AM PST


KUALA LUMPUR, 17 Feb — Bekas ketua polis negara Tun Mohd Haniff Omar hari ini mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Haniff yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.
"Anwar kata kita harus mansuhkan ISA, Dr Mahathir kata OK.
"Tapi saya minta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu dengan berkata ia hanya membabitkan soal keselamatan negara," katanya pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini.
Jelas Haniff, Dr Mahathir konsisten dalam usaha untuk memansuhkan ISA yang telah menahan ramai individu tanpa dihadapkan di mahkamah.
"Bila beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, (Tun) Musa Hitam beritahu saya agar tidak menggunakan ISA kerana Dr Mahathir tidak menyukainya," katanya.
Dalam program yang sama, Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan ISA ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.
Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, usaha itu gagal kerana pihak polis menolak cadangan tersebut.
Sebelum ini, Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sementara itu, Dr Chandra Muzaffar yang juga merupakan bekas tahanan ISA mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.
Menurut Chandra, operasi tersebut adalah tindakan dilakukan polis dan bukannya arahan Dr Mahathir.
"Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Haniff, semasa saya berjumpa Tun Haniff beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten.
"Penangkapan selama 60 hari itu adalah operasi polis," tegas beliau yang juga meminta supaya ISA dimansuhkan.
Chandra, seorang ahli akademik dan Presiden Just, pernah berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Anwar merupakan ketua umumnya sekarang.

Guna wang rakyat untuk biayai program BN, boleh pula?

Posted: 17 Feb 2011 12:08 AM PST

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan.


Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.
Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan 'membazirkan wang rakyat' dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.
Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.
Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu 'prihatin' dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.
Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama "Pemimpin Bersama Rakyat". Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.
Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.
Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk 'sumbangan politik' BN menghadapi pilihanraya.
Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi 'kerja-kerja sosial' yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.
Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.
Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.
Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?
Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.
Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.

Apakah Rasional Anugerah Kepada Wee Soo Yen

Posted: 17 Feb 2011 12:06 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
BERSEMPENA hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. semalam umat Islam negera ini mengadakan berbagai upacara sebagai mnyatakan kesyukuran di atas kelahiran Nabi yang membawa pelita menerangi dunia itu. Sambutan itu sebagai simbolik kesyukuran dengan kelahiran baginda.

Kerajaan juga tidak ketinggalan ikut sama merayakan tarikh kelahiran Nabi itu. Kerajaan Pusat mengadakan perarakan dan perhimpunan dengan tujuan menyemarakkan kecintaaan dan kasih kepada Nabi s.a.w.


Spritual di sebalik majlis seumpama itu juga bagi mendakwah mana-mana insan yang masih belum terbuka pintu hati untuk menerima ajaran Muhammad s.a.w.

Tidak ketinggalan kerajaan-kerajaan negeri juga turut sama meraikan tarikh berkenaan mengikut keupayaan dan tema masing-masaing. Pendeknya semua entiti Islam di mana saja berada tidak akan melupai untuk menyambut kedatangan tarikh itu, baik yang kaya maupun yang miskin. Sambutan itu menandakan kecintaan dan kasihnya kepada Nabi.

Di kampung-kampung sebaik saja tiba bulan Rabiul'awal, mereka sudah berkenduri kendara maulid, bersalawat atau mengadakan majlis kesyukuran, mengahwini anak, cukur jambul cucu atau anak dan sebagainya. Gema marhaban dan berzanji serta selawat ke atas Nabi akan memenuhi setiap pelusuk di mana ada umatnya.

Manakala bagi kerajaan Persekutuan pula seperti biasanya sempena majlis itu akan
memberi anugerah kepada sesiapa yang dikira berjasa kepada negara dalam apa juga bidang. Wajar.. kalau mereka itu dirai dan diberikan anugerah setidak-tidaknya sebagai menghargai jasa mereka. Dalam masa sama pemberian itu boleh merangsang mereka yang lain untuk turut berbakti kepada agama dan bangsa.

Seramai tujuh orang telah dianugerahkan sempena maulidul Rasul tahun ini. Mereka dipilih dari berbagai bidang dan profeyen. Mereka ialah Dr Abdul Hayer Abdul Shukur, bekas Professor Madya Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Egah, bekas Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja, Tan Sri Hasamah Abdullah, bekas ketua pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tan Sri Dr Rabaayah Zambahari, ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Prof Dr Ismawi Zain Preofessor Kuliyyah Seni Bina UIA, Datuk Dangiram Mustafa, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Wee Soo Yen pelajar sekolah menengah kebangsaan Bachok, Kelantan.

Kesemua tujuh penerima itu dewasa dan beragama Islam kecuali Wee Soo Yen, 16 seorang pelajar berbangsa Cina tidak beragama Islam.

Tentu panel pemilih tokoh untuk menerima anugerah itu ada alasan dan sebab-sebab tertentu kenapa mereka dipilih. Mungkin ia dilihat kepada sumbangan mereka dalam bidang masing-masing dan memberi kesuburan kepada Islam. Walaupun setengahnya masih berkhidmat tidak menjadi kesalahan, kerana Islam sendiri menggalakan seseorang termasuk majikan memberi anugerah. Degan anugerah itu ia akan medorongkan lagi mereka untuk meningkatkan atau menambahkan jasa dan bakti kepada negara.

Penerima yang lain rasanya tidak menjadi kemusykilan saya. Tetapi penganugerahan kepada pelajar Wee Soo Yen menjadi sedikit tanda tanya dan menimbulkan persoalan. Anugerahkan itu membolehkan Soo Yen menerima RM20,000. Sebenarnya bukan soal jumlah wang itu tetapi saya mencari rasional lain disebalik pemilihan Wee Soo Yen sebagai penerima.

Menurut jawatankuasa panel anugerah itu Soo Yen dipilih kerana pencapaian cemerlangnya dalam mata pelajaran bahasa Arab dalam PMR lalu. Soo Yen mendapat A dalam mata pelajaran itu. Itu saja. Lain-lain jasa dan baktinya kepada negara dan Islam atau keistimewaan tidak ada.

Tanpa prejudis kepada sesiapa khasnya Soo Yen, di sini saya tidak dengki atau menyalahkan Soo Yen. Dia hanya dipilih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia sendiri tidak pernah termimpi pun akan menerima anugerah berprestaj itu. Jadi di sini bukan salah dia.

Tidak salah kalau pun anugerah itu diberikan kepada bukan Islam. Tetapi apa yang hendak dicari sini apakah rasional pelajar itu dipilih. Kalau hanya atas dasar beliau pelajar tunggal mendapat A dalam bahasa Arab apakah tidak ada lain-lain pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran itu? Rasanya kalau itu saja ukurannya masih ramai lagi pelajar lain cemerlang dalam pelajaran dan memberi sumbangan kepada negara dan agama.

Saya ingin tanya apakah istimewanya bahasa Arab dalam konteks ianya sebagai subjek (mata pelajaran)? Ia sama juga dengan subjek-subjek lain seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Geografi, agama Islam dan lain-lain. Ia hanya sekadar mata pelajaran saja yang diisyaratkan untuk lulus dalam peperiksaan.

Dalam konteks dakwah saya rasa kecemerlangan dalam mata pelajaran Islam lebih penting berbanding dengan bahasa Arab, apa lagi ianya sekadar bahasa untuk berkomunikasi. Apa difahamkan bahasa Arab dipelajari Soo Yen itu hanya sekadar untuk berkomunikasi bukannya bahasa Arab bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bunyi Firman Allah atau Hadith Nabi.

Dalam erti kata lain mata pelajar itu tidak mengandungi ilmu Islam seperti soal tauhid, soal ketuhanan, kenabiaan, sejarah Islam maupun mengenai hukum hakam Islam. Makanya kalau bahasa Arab yang dicemerlangi itu sekadar untuk berkomunikasi, ianya sama saja dengan bahasa Cina, Tamil atau Orang Alis. Apakah kalau ada pelajar tunggal yang mendapat kecemerlangan di dalam subjek-subjek berkenaan mereka juga akan dipilih untuk menerima sebarang anugerah? Katanya ada pelajar Melayu yang lulus dalam bahasa pelajaran bahasa Cina, apakah mereka akan dipilih menerima anugerah kemudian diberikan wang?

Justeru saya merasakan pemilihan itu ada unsur politik di mana motifnya bagi menunjukkan akan keterbukaan kerajaan dalam soal ini. Bahawa kerajaan Malaysia tidak memilih bulu dan sedia memberi pengikhtiraf kepada sesiapa saja hatta Cina walaupun dia tidak memeluk Islam. Pemilihan Wee Soo Yen itu bukan di atas keperluan dan hakikatnya tetapi lebih memenuhi slogan yang menjadi tema maulid hari ini 1 Malaysia 1 Ummah saja.

Kalau ia benar dan tepat bermaksud berkenaan maka majlis maulid itu tidak lain tujuannya bermotif politik.

Di sini sekali lagi ulangi, saya bukan menentang penganugerahan kepada mana-mana orang atau pelajar cemerlang seperti Soo Yen itu. Tetapi kalau boleh badan atau tapak yang memberi anugerah itu biarlah bertempatan.

Misalnya badan-badan berkaitan pelajaran atau kementerian pelajaran boleh mengadakan anugerah dan memilih Wee Soo Yen tetapi bukannya menerusi majlis maulid Rasul yang mana semangat majlis itu lebih kepada untuk pengembangan Islam.

Sepatutnya penerima anugerah itu biarlah mereka yang mirip kepada Islam. Pada saya kecemerlangan Wee Soo Yen itu tidak sedikit pun membantu penyuburan Islam di negara ini seperti mana alasan yang diberikan tadi. Kalau ada pihak yang sketikal terhadap tindakan ahli politik bukan Islam memasuki ke masjid maka saya juga merasakan perasaan yang sama di atas pemilihan Wee Soo Yen ini

Takda Duit... Ugut Rakyat.. !!!!

Posted: 17 Feb 2011 12:06 AM PST


 Perghhhh.... Rakyat Malaysia masih nak sokong barisan nasional...???? Melayu tolol bahalol masih nak sokong umnoapco...????

Cina, India dan Melayu Tolol masih nak sokong Najib Razak dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan"... hahahahaaaa... lu orang memang tolol dan bangang kalau masih menyokong barisan nasional....
Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha, berkata Kabinet bersetuju untuk menstruktur semula sistem pembayaran trafik berdasarkan prinsip "makin lewat anda bayar, makin tinggi kompaun anda bayar".


sumber dari mStar.

Dalam kekangan masalah kos sara hidup dan kenaikkan harga barangan, mulai 1 Mac ini... koreklah sana sini... berhutanglah dengan ceti haram atau Along mana yang patut untuk bayar saman, sebab lagi lewat lu orang bayar lagi tinggi kompaun yang akan di kenakan.


Wallaweiiii... inilah caranya Keraaaajaan nak cari duit beb..., kantong negara dah kering beb... nak minta derma dari rakyat tak boleh... maka gunakan cara paksaan kepada rakyat... naikkan harga minyak... naikkan harga barangan... ugut dan paksa rakyat untuk bayar saman...

Sepanjang krisis ekonomi sejak 1997 lagi.. tak pernah pula gua terbaca adanya usul supaya gaji serta elaun Perdana Menteri dan Pak2 Mak2 Menteri di kurangkan... apa yang diorang tau.. pusing sana.. rakyat terkena... pusing sini... rakyat jugak jadi mangsa... sedangkan bangsat2 menteri semua tu... ada yang tambah bini... buat harta sana sini... hidup bermewahan... perut bertambah boroi... kroni bertambah selesa... apa cerita ni beb...????
 
Keraaaajaan barisan nasional nih... memang keraaaajaan pundek haramjadah wa cakap luuuu... hidup di atas kesengsaraan rakyat....  
 
TT.

Membaca Isyarat Daripada PRK

Posted: 17 Feb 2011 12:04 AM PST

OLEH: ZAMSHA
NAIB Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat Pilihanraya Kecil (PRK) tidak lagi relevan dalam konteks politik Malaysia. Menurut beliau, PRK mengakibatkan banyak wang rakyat terpaksa dibelanjakan demi untuk menjayakan sesebuah PRK itu . Serentak dengan itu beliau mencadangkan apabila berlakunya kekosongan sesebuah kerusi baik di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), wakil dari parti penyandang hendaklah dilantik bagi mengisi kekosongan tersebut.


Pandangan Tuan Ibrahim itu sememangnya mempunyai asas bagi sesebuah kawasan yang wakil rakyatnya meninggal dunia. Namun, kemungkinan terdapat percanggahan pandangan dalam kes wakil rakyat yang sengaja menarik diri atau melompat parti. Barangkali untuk kes seperti ini, PRK boleh diadakan.
Rakyat tidak pernah mempertikaikan perbelanjaan yang sewajarnya digunakan oleh pihak yang berwajib demi untuk menjayakan dan melaksanakan sesebuah PRK, berdasarkan peruntukan yang terkandung undang-undang. Namun, kemarahan rakyat tentunya dapat difahami apabila ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan wang, harta dan segala kemudahan kerajaan untuk membantu parti- parti tertentu dalam sesebuah pilhanraya, baik Pilihanraya Umum (PRU) ataupun PRK. Pihak-pihak tersebut secara sewenang-wenangnya mencampuradukkan kepentingan kerajaan dengan kepentingan parti tanpa sedikitpun rasa bersalah.
Kekerapan PRK di negara ini yang dikaitakan pula dengan curahan projek menimbulkan lelucon dalam kalangan rakyat yang mengharapkan wakil rakyat di kawasan mereka meninggal dunia, demi untuk merasai "nikmat dan rezeki" yang bagaikan hujan gugur dari langit. Malahan sudah kedengaran juga cadangan yang dihalakan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar setiap bakal calon yang ingin bertanding pada sesebuah pilihanraya diwajibkan menjalani pemeriksaan dan ujian kesihatan bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit kronik.
Sudah tidak asing lagi dalam setiap kali PRK, rakyat dapat menyaksikan pelbagai peruntukan mengejut dicurahkan demi untuk memastikan undi rakyat berpihak kepada mereka yang punya kuasa. Mereka tanpa malu dan segan menawarkan pelbagai janji bagi mengumpan rakyat yang tidak mahu berfikir. Segala jentera kerajaan dikerah untuk kelangsungan hayat politik mereka. Pelbagai penyalahgunaan dilakukan secara terang-terangan.
Pada masa ini jugalah, musim untuk rakyat melihat wajah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain kelibat yang selama ini hanya dapat dilihat di lembar akhbar dan skrin televisyen. Demi undi mereka sanggup menurunkan darjat bersimpuh memakai kain pelikat dan baju cap pagoda sambil menjamah ubi kayu pada musim banjir. Mereka juga kelihatan begitu seronok menyingsing seluar meredah banjir bersama rakyat. Media akan menonjolkan mereka daripada pelbagai sisi yang menunjukkan merekalah sebenarnya pemimpin yang berjiwa rakyat. Manakala pihak pembangkang pula diconteng wajah dengan berita-berita yang negatif.
Semenjak 26 Ogos 2008 di Parlimen Permatang Pauh hinggalah tarikh 30 Januari 2011, iaitu PRK terakhir di DUN Tenang, negara telah menyaksikan 14 kali PRK. Satu lagi PRK bakal berlangsung di DUN Merlimau, Melaka yang dijangka berlangsung dalam bulan Februari sekaligus melengkapkan bilangan PRK menjadi 15 kesemuanya. Lima PRK peringkat Parlimen dan 9 PRK peringkat DUN telah dan bakal dilangsungkan. Yang menariknya, kesemua negeri terlibat dalam PRK kecuali Pahang dan Perlis.
Daripada 14 kali PRK yang telah diadakan, 8 kali dimenangi oleh Pakatan Rakyat ( PAS 4 kali, PKR 3 kali dan DAP sekali) sementara 6 kali dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). Kecuali 3 kali PRK yang menyaksikan perbezaan keputusan antara PRU 2008 dengan PRK , 11 kali PRK menyaksikan status quo; iaitu parti-parti yang menang PRU 2008; juga menang pada PRK. BN berjaya merampas dua kerusi PR iaitu di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Galas sementara PR yang diwakili PAS berjaya menakluk kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu.
Kemenangan terbaharu BN di Tenang iaitu di negeri Johor yang dianggap sebagai negeri "deposit tetap" BN selain Sabah dan Sarawak, dipercayai menambahkan keyakinan Pengerusi BN, Dato'Seri Najib Abdul Razak untuk mengadakan PRU ke-13 dalam tempoh yang tedekat pada tahun ini juga. Gerak-geri politik Najib semenjak kebelakangan ini membayangkan keghairahan beliau untuk mengadakan PRU serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang mesti dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.
Keyakinan ini dikuatkan lagi dengan peningkatan majoriti yang diperoleh BN, biarpun Timbalan Perdana Menteri tidak semena-mena menyalahkan banjir sebagai penghalang cita-cita besarnya, untuk majoriti BN melepasi angka 5000. Kemenangan BN dengan majoriti 3,707 (meningkat 1215 berbanding PRU ke-12) sebenarnya bukanlah kemenangan yang boleh dibanggakan sangat berbanding modal yang telah mereka curahkan di kawasan tersebut hingga menyebabkan Tenang bukan sahaja banjir air malahan banjir janji. PRK juga adalah sebuah padang permainan yang sentiasa senget sebelah.
Walau apapun, selera dan kepercayaan pengundi Cina kepada PR di Tenang, nyata memberikan isyarat kecemasan buat BN terutama sekali di kawasan-kawasan bandar dan kawasan campuran. Jelas sekali orang Cina tidak mudah termakan momokan daripada UMNO dan sekutunya kepada PAS. Seperti kata Lim Kit Siang, BN khususnya MCA hanya dikhayalkan dengan kemenangan tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, tetapi hakikatnya mereka lupa, mereka hanya berupaya meraih kira-kira 35 peratus sahaja undi kaum Cina. Hal ini sebenarnya meresahkan BN yang sebenarnya masih kalah dalam kemenangan dan membuatkan senyum mereka tidak sempurna. Manakala PR pula sewajarnya lebih gigih mendekati pengundi Melayu terutama di kampung tradisional dan kawasan Felda.

Tiada ulasan: