Khamis, 17 Februari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Syarikat FOREX Gulung Tikar, Pelabur Gigit Jari

Posted: 17 Feb 2011 12:30 AM PST

Pelabur luahkan kegusaran di alam siber

MASALAH para pelabur Malaysia yang menggigit jari dalam dagangan mata wang asing (forex) kelolaan sebuah firma milik rakyat negara itu di sini, kini menjadi perbualan hangat di ruang siber.

Maki hamun, tohmahan, sumpah seranah dan kutuk mengutuk menjadi bahan utama dalam sekitar 20 blog yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Sasaran utama mereka ialah pemilik syarikat GECS Limited, Encik Fauzi Abdullah, 38 tahun tidak dapat dikesan keberadaannya selepas masalah yang melanda skim kelolaannya disiarkan menerusi satu siri laporan bermula April tahun lalu.

Sebelum gulung tikar dan menutup pejabatnya di tingkat 16 High Street Centre, nama firmanya dikenali sebagai Metz Global Pte Ltd yang didaftarkan di sini.

Dagangan forex kelolaannya, yang menawarkan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan, sebelum ini adalah atas nama firma GECS Limited yang didaftarkan di kepulauan British Virgin Island.

Dagangan forex itu menarik sekitar 1,000 pelabur yang dipercayai melabur sekitar RM22 juta ($10 juta) bagi 'cepat kaya' kerana terpikat dengan dividen 10 hingga 15 peratus sebulan tang ditawarkan.

Para pelabur terdiri daripada pelbagai lapisan - orang biasa, penjaja, pegawai kerajaan, orang kenamaan daripada pangkat Dato' hingga Tan Seri.

Pemeriksaan Berita Harian mendapati banyak blog itu memuat turun bulat-bulat laporan berjudul Pengarah firma 'lesap', pejabat gelap-gelita yang disiarkan Berita Harian pada 7 Mei tahun lalu.

Dalam blog CariGold.com, seorang pengunjung, Zayed, bertanya: 'Mana lawyer niiii...... pi la upah lawyer kat Singapore... saman GECS.... upah Karpal Singh pun okkkk....

'Undeng-undeng Singapore sangat hebat!!!!!!!! apa lagi...'

Seorang lagi pengunjung, Hafizuka berkata: 'Tak bangga ke ada anak Melayu cam Encik Fauzi yang mampu buka GECS dan Metz Global dan bagi pulangan 10 hingga 15 peratus setiap bulan!'

Azam Gamat dalam forum CariGold pula berkata: 'Punah duit aku RM10,000 nak kumpul bertahun-tahun, tapi nak hilang sekelip mata. Aduh!! nasib-nasib!!'

Rata-rata mereka menyifatkan dagangan kelolaan firma tersebut sebagai satu skim cepat kaya - bukan skim pelaburan tulen.

Namun, tiada seorang pun warga Singapura yang menyertai dagangan forex tersebut - kesemuanya rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengunjung forum CariGold yang hanya dikenali sebagai Bijakasb berkata: 'Orang Singapura tu pandai... dia orang dah tahu mana ada jalan short cut nak kaya. -BHS

Bekas ADO Melaka Tengah Didakwa Rasuah

Posted: 16 Feb 2011 11:30 PM PST

Bekas Penolong Pegawai Daerah Melaka Tengah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menerima rasuah lebih RM178,000 tiga tahun lalu.

Zahiruddin Abdullah, 43, yang mengangguk faham pertuduhan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berasal dari Air Merbau itu didapati menerima sekeping cek Ambank bernombor 001359 bernilai RM178,567.47 untuk menjelaskan sepenuhnya pinjaman Bank Pertanian Malaysia sebagai balasan daripada Pang Sen Hwa, 32 di Bank Pertanian Berhad, Jalan Hang Tuah.

Suapan diterima 3 November 2008 itu membabitkan tanah lot 2299 dan lot 2300 yang dijadikan cagaran pinjaman tersebut, yang mana tertuduh mengetahui hubungan dengan kerja rasmi Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka.

Dia didakwa mengikut kesalahan di bawah Sesyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah sesyen sama dan jika kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -SH

5 Pasangan Dicekup Di Malam Maulidir-Rasul

Posted: 16 Feb 2011 10:53 PM PST

Batu Pahat – Lima pasangan dicekup Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam satu Operasi Bersepadu Penutupan Pusat Hiburan dan Pencegahan Maksiat sempena malam Maulidur Rasul.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, turut ditangkap seorang warga Bangladesh bersama pasangannya warga Myanmar dan seorang penjawat awam.

Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar kawasan yang disyaki menjadi sarang maksiat seperti di hotel dan rumah tumpangan di sekitar daerah Batu Pahat serta Yong Peng.

"Semua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 dan akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

"Manakala dua daripada pasangan berkenaan turut dituduh di bawah Seksyen 23 (1) (2), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, kerana melakukan persetubuhan luar nikah.

"Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua pasangan terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau tiga tahun penjara atau lima kali sebatan atau ke semuanya," katanya kepada Sinar Harian.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota dari pelbagai unit Pejabat Kadi Batu Pahat turut disertai Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Pejabat Daerah Batu Pahat dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan diteruskan khususnya pada cuti umum dan hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat berleluasa terutamanya di kalangan remaja.

"Jika dahulu, suspek yang dicekup hanya didakwa kerana berkhalwat, tetapi kini ada antara mereka yang dicekup telah mengandung anak luar nikah," katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-434 1141.

Puisi Buat Sultan Kelantan Oleh Dr Asri

Posted: 16 Feb 2011 09:47 PM PST

Bicara Buat Seorang Sultan
(buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian
pada penampilan dalam keramaian
perasaan tertawan kepada sang sultan

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat…

raja dimulia bukan kerna singgahsana
raja disayang bukan kerna paluan gendang
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat'
raja dicinta bukan kerna kuasa
raja dihormat bukan kerna pangkat

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah
kepada raja kasih tertumpah

Dr MAZA,
160211

Penulis adalah bekas mufti Perlis

Pemimpin PAS Kesal Dengan Kenyataan Azmin

Posted: 16 Feb 2011 08:31 PM PST

Shah Alam - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diingatkan jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) selepas memenangi jawatannya pada pemilihan pusat PKR hujung tahun lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen PR dalam mesyuarat tertinggi parti dan bukannya secara terbuka melalui media.

Menurutnya, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa Pas mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi Pas sebelum ini.

"Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini.

"Sepatutnya perkara ini disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi PR, bukannya secara terbuka di media," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Isnin lalu, Azmin dipetik dari sebuah portal berita berkata, PKR sekarang menghadapi rundingan sukar apabila Pas mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pas secara lazimnya sebelum ini bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi laporan kebelakangan ini menunjukkan undian kaum Melayu mula beralih semula pada UMNO selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Sebagai contoh pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, Pas tewas apabila 83 peratus undi kaum Melayu memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) daripada UMNO. -SH



Respon Salahuddin terhadap kenyataan Azmin

PETALING JAYA: Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.

"Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.

"Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa "tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan Majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. "

"Sekarang, PAS juga mahu kawasan bercampur," kata Azmin seperti dilapurkan.

Keadaan ini boleh menyukarkan rundingan komponen Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, PAS dan DAP menentukan pembahagian kerusi dalam pilihanraya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata jika PAS berminat bertanding di kawasan bercampur ia merupakan fenomena semasa berikutan sokongan pengundi bukan Melayu, terutama pengundi Cina, kepada parti itu.

Tambahnya, fenomena ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata bekas Ketua Pemuda PAS itu, parti Islam itu mempunyai penyokong setia di kalangan pengundi Melayu.

"Kalau pilihanraya umum 2008 dijadikan ukuran, pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada PAS," katanya.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan PAS belum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Katanya, keputusan tersebut akan dibuat dalam mesyuarat PAS.

Pilihanraya kecil Kerdau akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung Sabtu lalu. -FMT


Ulasan GB

Ringkas sahaja - Azmin seperti mahu PAS kalah di PRK merlimau dan Kerdau dengan membuat kenyataan terbuka sedemikian.

Bak kata Mustafa, baru menang Naib Presiden sudah mahu kawal semua pemimpin tertinggi PR.


Calon PAS Untuk PRK Kerdau Sudah Ada

Posted: 16 Feb 2011 07:09 PM PST

Pas Kawasan Kuala Krau menyenaraikan tujuh nama untuk dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Setiausaha Pas Pahang, Roslan Zainal bagaimanapun, enggan mendedahkan nama semua mereka yang diseranaikan itu.

"Sebahagian besar anak tempatan dan tiada calon wanita tersenarai. Mereka yang tersenarai terdiri daripada bekas pensyarah universiti, bekas pegawai kerajaan dan aktivis masyarakat," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Roslan berkata, nama-nama yang tersenarai akan dibawa ke peringkat negeri untuk diputuskan di peringkat Pusat yang akan bermesyuarat Jumaat ini.

Beliau hanya menyebut seorang yang disahkan tersenarai, iaitu Hassanuddin Salim, bekas calon Pas yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Kassim pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Sinar Harian juga difahamkan oleh sumber rapat Pas Kawasan, nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, juga antara nama yang disebut-sebut layak menjadi calon Pas.

Di samping itu, nama Naib Presiden Pas Pusat, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat oleh beberapa pemerhati politik tempatan, berkemungkinan terdapat dalam senarai calon itu.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Roslan berkata, dari segi persiapan PRK itu pihaknya akan menggerakkan sepenuhnya jentera bagi merampas DUN Kerdau.

"Pas akan bekerja keras menawan Kerdau yang dikenali sebagai DUN bersejarah kerana di sini lahirnya Pas Pahang bersama pengasasnya, Mohd Yassin Salleh," katanya.

Roslan berkata, Pakatan Rakyat Pahang juga telah menyatakan persetujuan dan memberikan sokongan penuh untuk Pas meletakkan calon pada PRK Kerdau.

Mengulas calon yang disenaraikan BN di Kerdau, Roslan secara peribadi berpendapat Pegawai Khas Menteri Besar Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah calon yang sesuai.

Menurutnya, Syed Ibrahim berperwatakan agama masih muda adalah calon yang dijangka akan diletakkan BN di Kerdau.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung Sabtu lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. -SH

Maklumat Mengenai Galakan Pasangan Muda Kahwin Di Kelantan

Posted: 16 Feb 2011 06:38 PM PST


Kerajaan PAS Kelantan melancarkan "Gerbang Az-Ziwaaj" dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata program bertemakan "Anda Bijak Kerana Berkahwin" itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau muat turun borang dari laman facebook "Gerbang Az-Ziwaaj" (Gerbang Perkahwinan). — Bernama

Maklumat dari facebook Gerbang Az-Zaiwaj



Apa itu 'Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

"Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah satu skim / saguhati khas kepada Pasangan Pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negri bagi menuju negeri berkebajikan

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja (RM1,000.00) dalam bentuk cek (atas nama calon) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Apakah syarat kelayakan bagi seseorang untuk memohon 'Skim Gerbang Az-Ziwaaj' ini?

Syarat kelayakan bagi memohon skim ini adalah seperti berikut :

i) Warganegara Malaysia sahaja.
ii) Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan (no. kad pengenalan bermula 03@ 29), atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
iii) Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak melebihi RM700.00 sebulan.
iv) Perkahwinan yang pertama sahaja (hanya layak untuk 1 kali tuntutan).
v) Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu (mengikut kriteria dan budi bicara kerajaan negeri).
vi) Layak dituntut oleh salah seorang sahaja, samada lelaki atau perempuan.
vii) Permohonan mestilah disertakan bersama sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil pra perkahwinan, borang pemeriksaan kesihatan dan 2 keping gambar berukuran passport.
viii) Kerajaan berhak menarik balik kelulusan jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar.
ix) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan, sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perkahwinan.

Bagaimana cara untuk memohon 'Skim Gerbang Az-Ziwaaj?

Cara untuk memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di :

a) Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
b) Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
c) Muat turun daripada website Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di
http://www.upibsn.kelantan.gov.my/v2
d) Muat turun daripada facebook "Gerbang Az-Ziwaaj"

Bagaimanaah Cara Penyerahan Saguhati disampaikan?

Cara penyerahan saguhati adalah dengan disampaikan oleh YB ADUN masing-masing pada majlis yang sesuai (misalnya kenduri perkahwinan).



Pencuri Sesat Dalam Rumah

Posted: 16 Feb 2011 05:20 PM PST

Sesat dalam rumah

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Gambar fail

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia 'terperangkap' dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

"Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

"Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis," katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. "Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

"Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang," katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah. -hm

UPP Lepaskan Tembakan Dalam Kawasan Hospital

Posted: 16 Feb 2011 04:31 PM PST

Seorang remaja berusia 19 tahun parah, manakala seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) cedera dalam pergelutan di perkarangan Hospital Tumpat (HT), di sini, semalam.

Gambar: REMAJA yang cedera ditembak selepas menyerang anggota UPP dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, remaja terbabit bersama beberapa lelaki yang menaiki lima kereta dikatakan menyerang empat anggota UPP berikutan salah faham.

Tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri, manakala seorang lagi yang diserang menggunakan cota terpaksa melepaskan dua das tempat mengenai dada dan perut remaja terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata anggota berusia 29 tahun itu terpaksa melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri.

"Sebelum kejadian anggota UPP berkenaan menemui seorang lelaki yang disyaki penyeludup dalam berkeadaan lemah dengan mulut berbuih dalam kereta Perodua Kancil, pada jam 7.45 pagi di Kampung Tin, di sini.

"Lelaki terbabit, Said Mat Hassan, 56, kemudian disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di HT selepas dihantar oleh empat anggota UPP berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan anggota UPP terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, kakak mangsa yang terkena tembakan meminta siasatan rapi dibuat pihak berkuasa berhubung dengan kejadian itu.

"Saya kecewa kejadian itu boleh berlaku dalam kawasan hospital, saya berharap ia disiasat sewajarnya," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II.


Tiada Tembakan Amaran

Rasanya KP Kelantan telah diberi maklumat yang salah oleh anggota yang membuat laporan. beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kelantan bercanggah dengan apa yang diceritakan oleh beberapa saksi kejadian yang ditemui oleh pihak kami.

Antaranya ialah berkenaan dengan laporan yang mengatakan bahawa anggota UPP terbabit diserang oleh mangsa yang ditembak.

Menurut saksi, mangsa yang ditembak tidak menyerang anggota UPP terbabit sebaliknya beliau berada agak jauh dari kumpulan orang kampung yang menyerang anggota UPP berkenaan tetapi tiba-tiba beliau ditembak tanpa disangka-sangka.

Anggota UPP terbabit juga dikatakan tidak langsung melepaskan tembakan amaran diudara sebaliknya terus sahaja menembak mangsa yang mana sebutir peluru mengenai sebelah kanan perut mangsa dan sebutir lagi peluru mengenai sebelah kanan dada mangsa.


Mangsa juga disyaki ditembak dengan sengaja kerana mangsa sebelumnya telah menyaksikan kejadian 4 orang anggota UPP terbabit membelasah Allahyarham Sa'aid sehingga lembik, malah mangsa juga dikatakan melihat bagaimana Allahyarham Sa'aid dipijak tubuh badannya oleh anggota UPP terbabit walaupun keadaan mangsa ketika itu sudah tidak bermaya.

Kenyataan KP Kelantan berkenaan tembakan yang dilepaskan juga bercanggah dengan apa yang berlaku. dilaporkan bahawa anggota UPP terbabit telah melepaskan 2 das tembakan dimana tembakan pertama berupa tembakana amaran di udara manakala tembakan ke 2 ialah untuk mempertahankan diri akibat serangan orang ramai.

Jika hanya 2 das tembakan dilepaskan termasuk tembakan amaran, bagaimana mangsa yang ditembak menerima 2 kesan tembakan iaitu 1 di bahagian kanan dadanya & 1 lagi di bahagian kanan perutnya?

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenapa ketika kejadian, mangsa yang juga saksi kejadian sebelumnya menjadi mangsa tembakan? adakah ianya secara kebetulan atau adakah kerana beliau ialah "SAKSI" utama kejadian sebelumnya?

Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa anggota UPP terbabit menemui Allahyarham Sa'aid di dalam keretanya di tepi jalan dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulut berbuih.

Disini juga timbul persoalan. sekiranya begitulah keadaan mangsa, ianya menyerupai simptom sawan. Allahyarham tidak mempunyai rekod penyakit sawan dan yang lebih menghairankan lagi, kenapa dalam keadaan begitu, kereta yang dipandu oleh Allahyarham tidak terbabas sebaliknya berada di tepi jalan?

Apakah dalam keadaan tersebut, mangsa sempat memberhentikan keretanya di tepi jalan seperti mangsa berada dalam keadaan yang sihat?

Apa yang diceritakan oleh saksi ialah, mangsa (Allahyarham Sa'aid) sebelumnya telah dikejar oleh anggota UPP terbabit kemudian mangsa kemudiannya telah berhenti dan menyerah diri. sebaik sahaja menyerah diri, 4 anggota UPP terbabit telah bertindak menyerang dan membelasah mangsa sehingga mangsa tidak lagi berupaya untuk berdiri. dalam keadaan yang lemah tidak mampu berdiri, mangsa dipijak-pijak oleh anggota UPP terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

Ini cerita sebenar yang dimaklumkan kepada pihak kami oleh saksi-saksi seramai lebih dari 10 orang yang ditemui.

Kita berharap agar kejadian ini disiasat dengan terperinci dan kita tidak mahu Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin menerima nasib yang sama sepertimana yang menimpa Mendiang Kugen, Teoh Beng Hock, Atlantuya, Adik Aminurrasyid dan lain-lain mangsa keganasan pihak berkuasa.

Negara ini Negara yang mempunyai undang-undang. jika pihak-pihak yang sepatutnya menegakkan undang-undang tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut, pada siapa lagi mahu kita harapkan?

Sumber - Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Nizamudin / Perisik Rakyat


Siapa Perempuan Yang Beraksi Terlampau Ini?

Posted: 16 Feb 2011 03:30 PM PST

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan [drinking wine elia] kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Elia (kanan) begitu yakin berpakaian semahunya, selain dipercayai meneguk arak secara terbuka

Sarawak Report .... meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.




Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.

Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik. -sarawakreport

[Bergambar] Adik-beradik Nekad Rempuh Peragut

Posted: 16 Feb 2011 06:30 AM PST

Kuching: Dua adik beradik bertindak nekad dengan merempuh dua orang peragut bersenjata yang cuba melarikan diri dari tempat jenayah selepas meragut dan mencederakan seorang warga tua.

Kejadian tersebut bermula apabila dua orang adik-beradik yang tinggal di Three Hill Park keluar dari rumah dan hendak menuju ke Petra Jaya. Abang yang tua berumur 28 tahun hendak pergi bekerja dan menyuruh adiknya memandu balik kereta tersebut. Adiknya berumur 24 tahun dan masih seorang pelajar.

Lebih kurang pukul 7 pagi, seorang jirannya, seorang warga tua berumur 61 tahun hendak pergi membeli sayur-sayuran.

Tiba-tiba dua orang penjenayah tiba. Pembonceng motosikal itu, menolak perempuan tersebut, menghulurkan parang di lehennya dan meragut rantai emas yang dipakainya.

Kedua adik-beradik yang kebetulan baru saja herndak memandu keluar menyangkakan ia satu pergaduhan. Apabila mereka ternampak perompak itu sedang bergelut dengan perempuan berkenaan, si abang yang memandu kereta memecut dan merempuh motosikal yang pada ketika itu telah cuba melarikan dari dari lokasi kejadian.

Kesan rempuhan berkenaan menyebabkan motosikal itu tercampak. Penunggangnya bumur 32 tahun mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kiri. Kereta tersebut rosak teruk. Walau bagaimanapun perompak yang bersenjatakan parang berjaya melarikan diri dengan rantai emas yang diragutnya.

Warga tua tersebut cedera di tangan, kaki dan badannya. Rantai emasnya dianggarkan bernilai RM1,500. Polis menjumpai senjata yang digunakan di tempat berkenaan.

Isteri kepada suspek yang cedera bergegas ke hospital setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Wanita yang hamil itu menyatakan suaminya itu berasal dari Sibu tetapi mereka baru saja berpindah ke Kampung Gita.

Suaminya memberitahu yang beliau hendak pergi memancing dan telah keluar rumah sejak jam 5 petang semalam.

Suspek dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan. -sarawakupdate







Langkah Tepat: Karpal & Gobind Boikot Prosiding Suruhanjaya Diraja

Posted: 16 Feb 2011 05:53 AM PST

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock menerima tamparan dengan krediblitinya dipersoal apabila keluarga mangsa menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Sebelum ini, suruhanjaya diraja itu menolak permohonan keluarga Teoh untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan oleh mereka ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar.

Setelah menimbang permohonan keluarga itu, suruhanjaya berkenaan yang diketuai oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata siasatan akan diteruskan.

Berikutan itu, peguam keluarga Teoh, - Karpal Singh dan Gobind Singh Deo mengumumkan mereka akan berundur diri daripada terbabit dengan perbicaraan.

"Kami tidak mahu ambil bahagian kerana tidak yakin dengannya," kata Karpal.

Beliau, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Teohkemudiannya dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak.

Selain ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, suruhanjaya itu juga ditugaskan bagi menilai sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur ketika menyoalsiasat Teoh sebagai saksi, berhubung kes dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan Selangor.

Teoh yang merupakan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat semalaman di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut.

Suruhanjaya ini dijangka menyelesaikan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Suruhanjaya yang dikatakan bebas itu sebenarnya tidak bebas.

Ia dilantik oleh kerajaan berdasarkan kepada "telunjuk" Peguam Negara.

Dan kita sudah tahu sikap Peguam Negara yang sebenar di dalam kes Teoh Beng Hock ini iaitu sentiasa cuba melindungi Polis dan SPRM.


Kontraktor Puja Pokok Minta Tender - Amalan Khurafat Di Melaka

Posted: 16 Feb 2011 04:50 AM PST

Puja pokok minta tender

MELAKA: Segelintir kontraktor yang mahu mendapatkan projek pembinaan besar dikesan sanggup menjadikan pokok di Pulau Besar sebagai tempat memohon hajat supaya berjaya membida tender kerja berkenaan.

Perkara khurafat itu didedahkan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang melakukan pemantauan di kawasan dikenali Batu Belah.

Hajat yang ditulis menerusi sehelai kain atau kertas itu diikat pada ranting pokok berkenaan kononnya bagi membolehkan hajat itu dimakbulkan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, bukan setakat projek saja dihajatkan oleh individu terbabit, malah turut memohon dipermudahkan jodoh dan pekerjaan.

Katanya, hajat berkenaan ditulis atas kertas atau kain sebelum dibungkus dengan plastik dipercayai bagi mengelaknya rosak jika terkena hujan.

"Perbuatan khurafat itu mendorong sehingga begitu banyak hajat diikat beberapa ranting pokok yang terletak berhampiran kawasan berkenaan.

"Perkara ini dikesan oleh Jaim bukan baru, malah sudah berlarutan sejak tahun 90-an dan antara usaha dilakukan adalah memantau kawasan berkenaan serta membersihkannya," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, malah bukan saja hajat ditemui apabila ada juga golongan tertentu dipercayai meletakkan perkara dipercayai berkaitan ilmu hitam atau sihir di ranting itu.

Katanya, beliau sendiri pernah menemui balutan kain dibungkus seperti kapan dan didalamnya penuh dengan jarum.

"Penemuan itu juga menggambarkan beberapa aktiviti khurafat dilakukan di situ dengan menjadikan pokok berkenaan sebagai tempat memohon hajat mereka," katanya.

Beliau berkata, kubur dan beberapa pokok berhampiran juga turut menjadi tumpuan golongan tertentu meletakkan bahan dipercayai untuk tujuan pemujaan seperti setanggi, colok dan kemenyan.

Pihaknya turut mengesan hajat berkenaan diletakkan di dalam tabung derma di dalam surau di pulau berkenaan.

"Bukan setakat pokok itu menjadi tumpuan, ada juga lokasi lain yang turut dijadikan pihak tertentu melakukan perkara bertentangan dengan akidah," katanya. -hm

PM "Playboy" Itali Dibicara Atas Dakwaan Seks

Posted: 16 Feb 2011 02:30 AM PST

Milan - Seorang hakim Itali semalam memerintahkan Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dibicarakan atas tuduhan membayar sejumlah wang kepada seorang gadis bawah umur dari Maghribi untuk mendapatkan khidmat seksnya dan cuba menutup perbuatan itu.

Hakim Cristina Di Censo membuat keputusan tersebut semalam dan menetapkan kes Berlusconi dibicarakan pada 6 April depan.

Kes beliau akan didengar oleh satu panel yang disertai oleh tiga juri wanita.

Berlusconi didakwa membayar gadis tersebut yang dikenali sebagai Ruby yang ketika itu berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Beliau juga didakwa menyalahgunakan pengaruhnya untuk membebaskan Ruby yang nama sebenarnya Karima El Mahroug daripada tahanan polis.

Ruby ditahan polis kerana disyaki mencuri wang berjumlah AS$4,103 (RM12,522) tetapi Berlusconi campur tangan bagi meminta polis membebaskannya.

Perdana Menteri itu dipercayai berusaha untuk membebaskan gadis tersebut kerana bimbang rahsianya akan bocor.

Undang-undang Itali membenarkan pelacur dilanggan tetapi mengharamkan hubungan seks dengan remaja berusia di bawah 18 tahun.

Bagi kesalahan pertama, beliau berdepan hukuman penjara antara enam bulan hingga tiga tahun manakala hukuman salah guna kuasa adalah lebih serius iaitu penjara maksimum 12 tahun.

Berlusconi, bagaiamanapun, menafikan semua tuduhan ke atas dirinya itu.

Perdana menteri berkenaan memberitahu, arahan pembebasan Ruby dilakukan bagi mengelak ketegangan diplomatik kerana beliau percaya gadis itu ialah cucu Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak.

Hosni telah meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Berlusconi turut mendakwa tindakan pihak pendakwa raya mengheretnya ke mahkamah adalah bermotifkan politik dengan tujuan untuk menggulingkannya.

Berlusconi, 74, pernah dibicarakan kerana beberapa kes berkaitan perniagaan tetapi ini adalah kali pertama beliau dihadapkan ke mahkamah kerana tingkah lakunya.

Berlusconi didakwa susulan pihak pendakwa raya memberitahu, mereka memiliki bukti kukuh untuk mensabitkannya dalam kes tersebut. - AP





Playboy PM Silvio Berlusconi to stand trial accused of bedding underage prostitute

by Melissa Thompson, Daily Mirror 16/02/2011



PLAYBOY Prime Minister Silvio Berlusconi was yesterday ordered to stand trial on charges he had sex with an underage prostitute.

A judge accepted the prosecutors' request for a fast-track hearing on claims the Italian leader paid to bed nightclub dancer Karima El Mahrough, who was 17 at the time, and then covered it up.

The 74-year-old billionaire will also face a charge of abuse of power for apparently pressuring police to drop theft claims against her.

Berlusconi denies the accusations, which follow countless reports about his alleged "bunga bunga" sex parties. The accelerated trial, which will begin on April 16, misses out the preliminary hearing stage as there is said to be overwhelming evidence.

Yesterday Berlusconi's lawyer Piero Longo shrugged off the move, saying: "We did not expect anything different." Several women claim that they had sex with the Italian PM at private events at his luxury villa near Milan.


Noemi Letizia

The bunga bunga bashes take their name from the sex parties held by Libyan leader Colonel Gaddafi.

Berlusconi and Moroccan El Mahrough, now 18, denied they ever had sex although she admits he gave her £5,900 on Valentine's Day last year. Later, when she was held on suspicion of theft, the PM is said to have called the police and requested her release.

Berlusconi is also said to have had a relationship with Noemi Letizia and gave a diamond necklace when she turned 18. It prompted his second wife Veronica Lario to divorce him in 2009.

Paying for sex is not illegal in Italy, but it is if the prostitute is under 18.


Karima Keyek

The speedy trial comes after protests in 200 cities last Sunday in which hundreds of thousands of Italians condemned Berlusconi. The PM said the claims are a left-wing conspiracy.

He is also facing another trial on fraud charges. -dailymirror



Tiada ulasan: