Pulakdah! |
- Sekitar Pengkebumian Pengarah SPR Pahang
- Gambar Lanskap Dengan Tubuh Model Tanpa Pakaian
- Wajah Rakyat Yang Menggembirakan Najib
- PRK Merlimau : Kondom Terbesar Di Merlimau
Sekitar Pengkebumian Pengarah SPR Pahang Posted: 28 Feb 2011 11:36 AM PST Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dun Kerdau mengusung jenazah ketua mereka Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Yusof di Hospital Sultan Ahmad Shah. SEDIH... Mohd Zulkifli, anak kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Yusof, tidak dapat menahan kesedihan selepas bapanya disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah. SEDIH...Jenazah Pengarah Suruhanya Pilihanraya (SPR) Pahang Datuk Ismail Yusof diiringi isterinya Datin Halipah Mat Rashid, 54, ketika untuk dikebumikan. SEDIH...Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dun Kerdau menitiskan air mata dengan kehilangan ketua mereka Pengarah SPR Pahang Datuk Ismail Yusof di Hospital Sultan Ahmad Shah. Datin Halipah Mad Rashid membaca surah Yasin disisi jenazah suaminya, Datuk Ismail Mohd Yusoff di Masjid AL Hidayah di Felda Panching Timur di sini, malam tadi. Datin Halipah Mad Rashid memeluk anak bongsunya, Rabiatuladawiah Ismail,14, yang sedih melihat jenazah suaminya Datuk Ismail Mohd Yusoff di Masjid AL-Hidayah di Felda Panching Timur. Jenazah Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff disembahyangkan di Masjid AL Hidayah di Felda Panching Timur, malam tadi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam felda itu malam tadi juga. |
Gambar Lanskap Dengan Tubuh Model Tanpa Pakaian Posted: 28 Feb 2011 09:52 AM PST Sekali pandang ia kelihatan seperti satu foto landskap yang biasa. Tetapi jika dilihat dari dekat akan kelihatan jelas liang roma dan bekas lipatan pada kulit maka nyatalah gambar ini diambil dari atas tekstur badan model yang berbogel!. Artis Allan Teger, 68, menggunakan tubuh model tanpa pakaian dan hanya bersama puluhan patung miniatur untuk mencipta satu ilusi menarik. Ilusi: Artis Allan Teger menggunakan tubuh model untuk mencipta lanskap pejalan kaki yang berjalan merentasi puncak bukit. Tangkapan baik: Mr Teger menggunakan kereta mainan dan figura yang sedang memegang pancing untuk membuatkan ilusi seorang lelaki memancing pada pusat seseorang yang diisi dengan air. Projek 'bodyscapes' ini bertujuan mencabar persepsi orang ramai tentang realiti dan menunjukkan bahawa lebih dari satu realiti boleh wujud pada masa yang sama. Satu gambar menunjukkan sekumpulan orang berenang di dalam pusat yang penuh air, sementara gambar yang lain menunjukkan seorang pengail dengan pancingnya. Ada gambar menunjukkan aksi akrobat di atas punggung, dan ada juga aksi pemain ski yang turun dari bukit yang sebenarnya adalah payudara model. Salah satu ilusi menunjukkan pemain golf melakukan chipping dari tepi model ke pusatnya yang mengandungi bendera di dalamnya. Hole-in-one: Artis ini mendapat idea untuk gambar-gambar ini semasa mengajar sebagai pensyarah psikologi di Universiti Pennsylvaniaa. Dapat tangkapan?: Seorang lelaki kelihatan sedang memancing di sebuah telaga yang dalam, tapi jika dilihat lebih dekat kita boleh melihat kesan lipatan kulit pada tubuh model. Terdapat juga satu gambar menyerupai seorang koboi yang sendirian melalui anggota badan seorang model seakan-akan gua, menyerupai salah satu adegan filem barat. Ada perenang yang hendak melakukan terjunan dan seorang perenang lain hanya memerhatikan. "Ini adalah tentang persepsi dan realiti," katanya. "Secara khusus, saya ingin menunjukkan bahawa dua atau lebih realiti boleh wujud pada masa yang sama. Itu tujuan saya untuk mengambil gambar yang akan dilihat sebagai lanskap, dan hanya selepas melihat kali kedua barulah mereka akan perasan ianya adalah badan." Dua figura yang sedang menunggang kuda di belakang model dan terdapat beberapa figura pokok di seluruh tubuh model yang menjadi latar belakang gambar ini. Lembah licin: Tiga figura yang sedang berkanu di atas tubuh model yang dibasahi air. "Saya perlukan waktu berbulan-bulan berfikir tentang pelbagai (idea) realiti, sebelum saya mendapat semua idea ini. "Saya mula memikirkannya pada tahun 1976, dan banyak perkara sudah berubah, seiring waktu. Budaya telah menjadi lebih menerima kepada konsep 'telanjang'. Dulu ramai orang akan menarik tangan anak-anak mereka pergi, jadi mereka tidak akan menerima konsep 'telanjang'." "Sekarang, gambar ini telah dipamerkan di seluruh dunia dan telah dimasukkan ke dalam beberapa buku. Orang menghargainya walaupun ada 'telanjang', hasil kerja saya sangat diterima baik. Nota Muzik: Dua ahli muzik memainkan trompet dan saksofon di bahagian punggung model. "Dalam era di mana setiap gambar biasanya terhasil dari manipulasi komputer, saya berharap orang ramai akan menghargai hakikat bahawa hasil kerja saya adalah berbeza." |
Wajah Rakyat Yang Menggembirakan Najib Posted: 28 Feb 2011 12:22 AM PST KUALA TERENGGANU -- Beberapa orang pesalah trafik duduk dalam barisan sewaktu beratur panjang bagi menjelaskan bayaran saman di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. Orang ramai menyerbu kaunter pembayaran saman di negeri ini bagi menjelaskan saman mereka pada saat-saat akhir berikutan tawaran diskaun yang diberikan kerajaan akan berakhir hari ini. Kaunter bayaran saman Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sesak dengan orang ramai yang mahu menjelaskan saman mereka di sini hari ini. Seorang wanita melepas penat apabila terpaksa duduk sambil beratur ketika menunggu giliran untuk menjelaskan saman di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. Orang ramai beratur panjang di kaunter pembayaran saman Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi menjelaskan saman di sini hari ini. Sumber : Bernama Sumber sumber |
PRK Merlimau : Kondom Terbesar Di Merlimau Posted: 27 Feb 2011 04:15 PM PST Di Merlimau ada macam-macam alat bantuan promosi yang menarik daripada kedua-dua parti bertanding seperti banting, poster termasuklah paling menarik perhatian menara berkembar 'kondom angin'. Untuk tatapan bersama, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika melihat kehangatan bahang PRK Merlimau petang semalam. Seperti biasa, ada gambar-gambar calon. Ada billboard minta kesian...BN punya. Ada banner goda-goda....ini makcik UMNO punya. Ada banner 'free service'....haa..ini PAS punya. Ada van 'full tinted' dan polis buat dek saja....ini Makkal Sakti+BN punya. Ada banner 'BANGANG'...macam budak tak sekolah...sapa punya? Ada Banner Parti Gerakkan = Tak Gerak Tak Makan...Ida punya (Tokey kedai) Ada tugu 'Kondom Berkembar'... ZOOM IN sikit....kan..kan..betul tak? Terbaik dari Merlimau. Bagaimanapun saya masih menyimpan beberapa gambar 'tergempar' yang dipercayai pusat penempatan pengundi yang sudah meninggal dunia atau dengan lain perkataan "Pengundi Hantu". Nantikan pendedahan tersebut pada hari esok. Tunggu.... |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan