Pulakdah! |
- "Saya Akan Keluar Buku Jingga Ke-2...,"MB Pahang
- PRK Merlimau : "Kenapa Saya Perlu Takut Islam?"
- Kondom Nikotin Untuk Berhenti Merokok
"Saya Akan Keluar Buku Jingga Ke-2...,"MB Pahang Posted: 27 Feb 2011 08:29 AM PST Kalau sebelum ini kenalan UMNO dari Pahang pernah cakap bahawa MB Pahang ini jenis kuat tidur malah pernah tidur dalam masyuarat Parlimen aku macam sedikit tak percaya. Al-maklum la, siapa tak kenal MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub yang garang terutama dengan pembangkang sehingga sanggup mencarut-marut. Tapi rupa-rupanya bila baca Sinar Harian baru-baru ini aku percaya bahawa kenalan aku itu bercakap benar. Memang sah MB Pahang ni tidur... Dan bila dah tidur, macam orang tengah tidur, lepas tu kita kejut dan terus tanya soalan. Mesti jawapan yang diberikan tu jawapan mamai juga. Jadi la jawapan kepada soalan yang ditanya itu jawapan yang lawak. Dah tak garang dah aku tengok MB Pahang ni bila baca jawapan dia kepada wartawan yang bertanyakan mengenai Buku Jingga. Memang sah 'Lawak 1Malaysia'. "Saya amat mengalu-alukan pengeluaran buku jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan saya. "Malah kepada rakyat, Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tohmahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan, kewangan dan sebagainya," katanya. kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh..... Bila masa pulak Buku Jingga itu sentuh kelemahan kerajaan Negeri Pahang?!..kah...kah...kah.. LAWAK YG PALING LAWAK MENGALAHKAN RAJA LAWAK MALAYSIA................ ******************************************************************* BN tidak gentar siapa calon pembangkang KERDAU – Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi sebarang masalah dan sedia berhadapan dengan mana-mana calon yang bakal dicalon mewakili parti pembangkang untuk menentang calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad pada PRK DUN Kerdau 6 Mac ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub berkata, pihak pembangkang bebas meletakkan siapa pun calon mereka namun ini semua berbalik kepada pengundi untuk menilai mana kaca dan mana permata. Menurutnya, pengundi kini semakin bijak untuk memilih pemimpin malah usaha pembangkang untuk menerbitkan Buku Jingga seperti yang dikhabarkan amat dialu-alukan. "Saya amat mengalu-alukan pengeluaran buku jingga yang kononnya membongkar segala kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan saya. "Malah kepada rakyat, Buku Jingga kedua akan saya keluarkan untuk menjawab segala tohmahan tersebut termasuklah kelemahan pengurusan, kewangan dan sebagainya," katanya. Beliau berkata, ini berbalik kepada rakyat untuk menimbang perkara ini. Pembangkang kini telah bankrap idea untuk timbulkan isu. Beliau berkata demikian selepas penyampaian biasiswa Yayasan Pahang (YP) kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan derma khairat kepada warga emas,OKU dan pesakit kronik bagi kawasan DUN Kerdau dan kawasan sekitarnya di Jengka 23, semalam. Turut hadir di majlis Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Saariah Saad; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan. |
PRK Merlimau : "Kenapa Saya Perlu Takut Islam?" Posted: 26 Feb 2011 11:58 PM PST MERLIMAU: Ia berlaku selepas solat Maghrib semalam apabila umat Islam bermula berkumpul di sebuah kawasan kecil tidak jauh dari bandar. Kebanyakan kaum lelaki yang lebih tua memakai ketayap putih sementara wanita dengan berbaju kurung. Anak-anak bersama mereka ada yang membawa permainan. Dengan beralaskan surat khabar dan duduk dengan tenang. Dua pembesar suara mula dihidupkan dan PAS telah memulakan "ceramah malam pertama". Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada pemimpin tempatan dan nasional. Dua daripada penceramah khas pada malam itu seperti yang dipromosikan di dalam risalah-risalah kecil yang diedarkan - bekas menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dan bekas artis Bob Lokman. Bob pernah menjadi penulis lirik terkenal, telah menulis beberapa lagu super hit seperti "Isabella" oleh kumpulan rock Search. Untuk satu jam pertama, hadirin yang datang dianggarkan mencapai 100 orang. Tapi sewaktu, Bob naik ke pentas ceramah, ia menjadi semakin ramai hingga lebih dari 300 orang. Bob berkata telah memberikan sokongan kepada PAS ketika UMNO melarangnya dan kumpulannya daripada memasuki sebuah masjid. Sambil mengenakan jubah, Bob mengatakan ia telah melakukan suatu kesalahan kerana menyokong Barisan Nasional pada masa lalu, dan sekarang berada di jalan yang benar. "Saya berharap apabila saya datang lagi ke Merlimau selepas ini, ia akan menjadi kebanggaan Islam kerana diperintah oleh Islam sejati," katanya sambil menerima tepukan dari para hadirin. Di suatu sudut disebalik hadirin yang hadir ada seorang lelaki Cina di atas motor Yamaha merah. Badannya condong kehadapan tekun dan kusyuk mendengar ceramah Bob. Disebelahnya ada tiga lelaki Cina duduk di atas kerusi plastik. Masyarakat Cina Merlimau membentuk 28% daripada pengundi di sini dan BN telah berkali-kali memberi amaran kepada bukan Melayu bahawa jika memilih PAS, bermakna akan wujudnya negara Islam. 'UMNO Islam memang jahat' "Saya suka ucapan dia," kata lelaki yang duduk di atas ketika ditanya mengapa dia hadir. "Tapi bahasa Melayu saya tidak begitu baik, kadang-kadang tidak faham sikit apa dia cakap."Bagaimanapun baginya harapan Bob untuk Merlimau tidak sedikit pun merisaukannya. "Mengapa saya perlu takut?" katanya. "Ia sudah berlaku di Kelantan dan ada tak ada apa masalah yang berlaku. Jadi tidak ada masalah jika PAS ingin bawa Islam di sini. " Tiga lelaki cina disebelahnya pada mulanya tidak mahu didekati tetapi setuju jika mereka bercakap tanpa dikenali. Dan mereka berkata "Sudah tentu kita tidak takut Islam," kata lelaki yang pertama. "Islam sepatutnya jalan lurus. Tetapi Islam UMNO dan BN adalah jalan bengkok. Jadi tidak perlu bagi kita untuk takut PAS." "Barisan Nasional (BN) bercakap tentang anti-rasuah dan keperluan untuk kawal perbelanjaan berlebihan tetapi mereka yang buat kedua-duanya! Jadi Islam yang PAS bawa akan menjimatkan Melaka." Lelaki kedua berkata bahawa BN dan MCA yang bertanggung jawab menanamkan rasa takut kepada PAS dalam masyarakat Cina sedangkan hakikatnya tiada apa yang perlu ditakutkan. "Ini taktik menakut-nakutkan," katanya. "Tidak lebih dari itu. Saya tidak boleh bercakap bagi semua orang Cina di Merlimau tetapi kumpulan teman-teman saya berkongsi pendapat dengan saya. " Sementara itu lelaki ketiga berkata ia datang ke sini untuk mendengar apa yang kerajaan negeri lakukan terhadap Melaka dan rupa-rupanya sangat menjijikannya. "Adakah anda tahu bahawa (Ketua Menteri Melaka) Ali Rustam membeli Proton Perdana dengan harga RM117, 000 tetapi menghabiskan RM300, 000 untuk upgrade?" soalnya. "Saya percaya apa yang pembangkang katakan kerana saya melihat bukti di Melaka." "Semua ini tidak ada dalam surat khabar sehingga semua orang fikir bahawa kerajaan negari memerintah dengan baik. Saya percaya PAS boleh melakukan kerja yang lebih baik dalam menguruskan negeri dan jika Islam termasuk sebahagian daripada pakej itu, kami sedia menerimanya." Terjemahan : FMT |
Kondom Nikotin Untuk Berhenti Merokok Posted: 26 Feb 2011 10:43 PM PST Revolusi ini menggunakan bahan pelincir yang mengandung bahan nikotin dalam kadar tertentu sehingga memberikan sensasi yang sama dengan merokok. Nikotin tetap beracun, tapi setidak-tidaknya ia tiada asap sehingga tidak merugikan orang sekeliling. Bagi perempuan pula, fungsi kondom ini sama seperti pil nikotin dan rokok elektrik. Bahan pelincir yang terhisap ketika oral seks dapat memenuhi ketagihan nikotin, tanpa perlu menyedut asap tembakau. Gambar Hiasan Dipetik dari Creativeloafing, cairan nikotin dalam pelincir kondom akan terserap ke dalam pembuluh darah zakar. Kesan nikotin akan melajukan degupan jantung, ia juga cukup dan di dakwa mampu meningkatkan ghairah seks. Bagaimanapun dakwaan ini mungkin berlebihan, namun ia juga tidak terlalu merugikan kerana penggunaan kondom tetap memberikan manfaat. Walaupun nikotin tidak terserap, kondom tetap memberikan perlindungan terhadap risiko jangkitan penyakit seksual termasuk HIV/AIDS. Kondom unik ini dikeluarkan oleh Pharmacia Latex Aktiebolaget, perusahaan dari Sweden yang sering bereksperimen dengan kondom buatannya. Beberapa tahun lalu, perusahaan ini membuat kondom dengan pelincir yang mengandungi benzocaine dan kafein. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan