Isnin, 21 Februari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Oral Seks Lebih Bahaya Dari Merokok

Posted: 21 Feb 2011 12:50 PM PST

Gambar Hiasan

Selama ini rokok dianggap paling banyak menyebabkan kanser tenggorok. Tetapi penemuan terbaru menunjukkan bahawa virus yang tersebar melalui oral seks ini menjadi penyebab utama kanser tenggorok.

Ilmuwan yang melakukan kajian menunjukkan bahawa Human Papilloma Virus (HPV) yang tersebar ketika melakukan hubungan seks tanpa kondom dapat menyebabkan kanser mulut yang berpotensi menyebabkan kematian dalam beberapa dekad terakhir ini.

Oleh itu, ramai doktor kini telah menggalakkan agar remaja lelaki juga mengambil vaksin HPV sama seperti remaja wanita, untuk menghentikan penyebaran virus HPV tersebut.

"HPV yang merebak melalui hubungan seksual merupakan penyebab yang lebih besar kepada kanser mulut berbanding kerana tembakau," jelas Prof Maura Gillison dari Ohio State University di Columbus, seperti dilaporkan Dailymail, Isnin (21/2/2011).

Menurut Prof Gillison, meski[un belum ada bukti ilmiah sepenuhnya untuk mengetahui apakah vaksin yang dapat melindungi orang dari infeksi HPV yang menyebabkan kanser, tapi sejauh ini vaksin tersebut terbukti sangat efektif. 90 peratus vaksin HPV efektif mencegah infeksi virus yang juga menyebabkan kanser serviks pada wanita.

Doktor semakin khuatir virus yang tersebar melalui aktiviti seksual ini berada di sebalik meningkatnya penyakit kanser.

Di Enggland kes kanser tenggorok meningkat begitu tinggi, sementara di AS timbulnya kanser mulut kerana HPV meningkat dua kali ganda dalam 20 tahun terakhir ini.

Menurut Prof Gillison, di Sweden pada 1970-an, sekitar seperempat dari kanser amandel kerana HPV, tetapi pada pertengahan 2000 angka tersebut menjadi 90 peratus.

"Itu data yang paling menarik, dalam suatu populasi dengan peningkatan kanser tonsular atau kanser orofaring yang kita lihat di sejumlah tempat di seluruh dunia, mungkin disebabkan oleh HPV," katanya.

Prof Gillison mengatakan, seseorang yang dijangkiti HPV 16, iaitu strain virus HPV yang menyebabkan kanser mulut, meningkatkan risiko menjadi 14 kali mengalami kanser orofaringeal (kanser pangkal lidah, belakang tenggorok atau tonsil).

"Yang paling kuat penyebab infeksi HPV oral adalah bilangan pasangan seks yang melakukan aktiviti seks oral. Semakin banyak teman seks yang Anda miliki, semakin tinggi kemungkinan Anda dijangkiti HPV oral," jelas Prof Gillison.

Tahun lalu sebuah kajian di Johns Hopkins University menemui bahawa HPV menimbulkan risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding rokok atau alkohol.

Studi di Amerika kepada 300 sukarela menunjukkan bahawa orang yang mempunyai lebih dari enam pasangan seks, hampir sembilan kali lebih berisiko mendapat penyakit ini. Sementara orang yang sudah mengalami jangkitan HPV oral sebelum itu, 32 kali lebih besar untuk mengembangkan kanaer.

Ghadafi Sudah Cabut Ke Venezuela?

Posted: 21 Feb 2011 12:29 PM PST


BRUSSELS - Spekulasi tentang kedudukan pemimpin Libya Muammar Ghadafi semakin meluas. Pejabat kementerian luar negeri England, William Hague mengatakan, ada kemungkinan Ghadafi sedang dalam perjalanan menuju ke Venezuela.

"Anda yang bertanyakan kepada saya apakah Ghadafi berada di Venezuela," kata Hague kepada wartawan selepas pertemuan dengan menteri luar negeri Uni Eropah (UE) yang membahaskan revolusi di Libya dan negara Arab.

"Saya tidak mepunyai informasi yang mengesahkan perkara itu. Tetapi saya ada menerima informasi yang menyatakan dia dalam perjalanan," sambungnya seperti dilaporkan AFP, Isnin (21/2/2011). Ghadafi memang selama ini dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan Presiden Venezuela Hugo Chavez.

Seorang diplomat yang enggan dikenali kemudiannya menambah keterangan Hague. Informasi tersebut diperolehi daripada laporan agen yang dihubungi di sana.

Meskipun begitu, diplomat tersebut tidak juga dapat mengesahkan apakah benar Ghadafi sudah meninggalkan Libya.

Ketika dihubungi untuk kepastian, pejabat Venezuela membantah khabar angin ini. Sumber AFP di Venezuela mengatakan, Ghadafi tidak ada menghubungi pemerintah Venezuela kebelakangan ini.

Inilah Kad Jemputan Perkahwinan Putera William & Kate

Posted: 21 Feb 2011 09:46 AM PST

Sangat simple kan. Tak perlu gambar pasangan pengantin dan grafik 'kerawang' yang pelbagai. Kad ini simple dan nampak elite. Lepas ni mungkin ada bakal pengantin di Malaysia boleh tiru idea ini.

Konsep dia mudah, simple, kemas tapi nampak elite.

1.jpg (550×397)

2.jpg (550×354)


Gambar Kecederaan Kaki Azizulhasni Tercucuk Kayu

Posted: 21 Feb 2011 05:16 AM PST


MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.

Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.

Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya. Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya.

Sumber - Agensi

1.jpg (636×511)

2.jpg (638×321)

3.jpg (638×374)

Nama Bayi Ini Ialah 'Facebook'

Posted: 20 Feb 2011 11:51 PM PST

KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.


1.jpg (600×300)

Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.

Pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan 'Terima Kasih Facebook'.

Super Hero Pun Kena Saman

Posted: 20 Feb 2011 09:42 PM PST

Undang-undang adalah undang-undang, walaupun ketika 'Pameran Permainan' (Toy Fair) berlangsung di New York sebuah trak Transformers 'Optimus Prime' telah disaman.

Kenderaan raksasa itu mendapat tiket saman kerana telah parkir secara salah berhampiran tempat pameran itu berlangsung, Jacob K Javits Convention Center, di tengah bandaraya Manhattan.

American International Toy Fair adalah salah satu pameran terbesar di dunia dengan pelbagai produk baru dan permainan yang memukau.


1.jpg (468×299)
Anda tidak boleh parkir di sini: The Optimus Prime dengan sekeping kertas yang kelihatannya seperti tiket saman parkir.


2.jpg (468×299)
Alamak: Pandangan dari dekat tiket saman berwarna oren pada truk besar yang diletakkan di tengah-tengah bandaraya Manhattan.



Tahun ini ialah acara merayakan ulang tahun ke-108, dengan lebih daripada 1,100 syarikat menyertai pameran dan lebih dari 10,000 pembeli berkunjung di sini dari 85 negara yang hadir.

3.jpg (233×284)
Superhero: Watak utama Transformer 'Optimus Prime'.


Transformers selalu menjadi tarikan yang popular sejak mereka meletup sejak di awal 80an.
Dari siri-siri kartun mereka dan kerjesama francais telah diperluas merangkumi buku komik, permainan video dan filem. Berlangsung dari 13 Februari hingga 16 Februari lalu, pameran ini menjadi satu pesta empat hari yang menyeronokkan.

Tiada ulasan: