Isnin, 21 Februari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


tak perlu tentukan bagaimana Teoh Beng Hock mati...yang pasti beliau mati dalam tahanan SPRM....jadi suspek utamanya adalah SPRM

Posted: 21 Feb 2011 07:00 AM PST

Tiada bukti Beng Hock melompat keluar



Penyiasat forensik polis, Mazli Jusoh Che Kob berkata, tiada bukti yang ditemui menunjukkan Teoh Beng Hock melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, tiada sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Mazli berkata demikian ketika memberikan keterangan di depan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.

Ekoran itu, satu inkues diadakan namun hasilnya tidak dapat ditentukan bagaimana cara beliau mati. Ekoran itu, satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasatnya.

Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.

Prosiding hari ini diberitahu oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh bahawa beliau tidak menemui apa-apa bukti yang dapat menunjukkan Teoh ada memegang bingkai tingkap ataupun duduk pada ruang tingkap plaza berkenaan sebelum ditemui mati di tingkat sembilan.

"Anda tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah bertindak keluar dari tingkap?" soal peguam Majlis Peguam Christopher Leong pada inkuiri hari ini.

"Tidak, tidak ada apa-apa (kesan)," jawab Mazli.

KONTRAK PEROMPAK KEPADA PENYAMUN RM2.45 BILION DI PERCAYAI UNTUK TABUNG PILIHANRAYA UMNO-APCO PUKIMAK...!!!!

Posted: 21 Feb 2011 06:36 AM PST



Pendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN),tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

harta harta sepupu mubarak di seluruh dunia....!!!!

Posted: 21 Feb 2011 04:17 AM PST




NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh negara yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di laman sesawang anti rasuah barunya dan dikemas-kini dari semasa ke semasa.




BMF juga melancarkan petisyen di sesawangnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh laman sesawang Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh

malaysiakini

samseng tanjung karang meroyan lagi di Selangor...!!!!

Posted: 21 Feb 2011 04:09 AM PST



NOH OMAR telah dicabar untuk membuktikan kejantanannya agar membuat laporan kepada SPRM berkaitan dakwaannya tentang penyalahgunaan dana awam Kerajaan Negeri Selangor sewaktu Kongres PKR November laku. Cabaran ini dibuat oleh Naib Pengerusi II PKR Selangor, Us Dr Badrul Amin Bahron.

Noh Omar tidak perlu menyalak di depan Utusan Meloya dan TV 3 kerana stail sedemikian sudah lapok dan rakyat Selangor sudah muak hampir termuntah mendengarnya. Sebelum ini, Umno Selangor menyalak tentang lembu korban, tentang ladang ternakan babi, isu kereta Lexus, isu pemimpin DAP masuk masjid dan berbagai isu lagi tetapi kesemuanya dibuat `pengesat pungung' oleh rakyat Selangor yang sudah bijak menilai.

Menggunakan media untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor untuk menipu saki baki rakyat Selangor jika ada yang masih berfikiran `ulu' itu adalah satu cara yang dayus. Selaku seorang Menteri sudah tentu mengetahui selok belok untuk melaporkan sesuatu perkara yang dirasakan menyalahi undang-undang. Tidakkah sebelum ini SPRM sendiri mahu agar sebarang kes hendaklah dilaporkan terlebih dahulu kepada pihaknya dan tidak menghebahkan maklumat kepada media? Maka, kita tahu sebab sebenar mengapa Noh Omar menceritakan kisah karutnya itu kepada media.

Us Dr Badrul Amin menjelaskan, "Tan Sri cukup jaga bab duit, saya kerja sudah separuh bulan dengan Tan Sri. Kalau bab duit, beliau cukup berkira dan sangat jaga fasal kewangan. "Saya tetap pertahankan Menteri Besar, beliau sangat telus dan beliau tidak akan buat benda salah dengan duit, even satu sen pun," katanya.

Kelmarin Noh Omar mendakwa Kerajaan PR menyalahgunakan dana awam Kerajaan Negeri sebanyak RM80,000 untuk menampung perbelanjaan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) November lalu. Noh mendakwa, Kerajaan PR menggunakan Menteri Besar Incorporated (MBI) tersebut untuk menempah 100 bilik hotel dan perbelanjaan logistik lain.

Noh Omar jangan bertangguh lagi, sila lapor kepada SPRM kerana MB Selangor sendiri mungkin teramat rindu dengan kehadiran SPRM di pejabatnya. MB Selangor pernah mencadangkan agar SPRM membuka pejabat badan tersebut di bangunan pejabatnya



wfauzdin

akhbar ahli neraka weil (Utusan Meloya) putaq alam lagi....

Posted: 21 Feb 2011 03:58 AM PST



Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau "akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan".

Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am PAS itu, "demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu".

Akhbar tersebut sekali lagi menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan. Mingguan Malaysia - edisi mingguan Utusan - melaporkan Nik Aziz terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini. Akhbar itu juga melaporkan bahawa perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan PAS terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Laporan tersebut merujuk kepada ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam. Sebenarnya, Mursyidul am PAS itu merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.

Petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: "Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

"Permainan akhbar Mingguan Malaysia boleh dilihat apabila hanya melaporkan kata-kata beliau seperti berikut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu," ...

Oleh yang demikian,  tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi.

Menteri besar Kelantan itu sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang Melayu, namun tidak menjadikan isu itu sebagai alat untuk menarik sokongan orang Melayu seperti Umno yang menurutnya mempergunakannya untuk kepentingan politik.

Jadi kita berharap akhbar tersebut tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sebarang laporan selepas ini dan berharap kerjasama dan hubungan baik akhbar tersebut dengan pejabat menteri besar Kelantan boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Tiada ulasan: