Sabtu, 26 Februari 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas Dan Mencurigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Posted: 26 Feb 2011 06:56 AM PST

Laporan National Review ada memetik ucapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama' terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Najib dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ekstrim kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?


Kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama' dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

Sekiranya Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka mengapa beliau dianugerahkan dengan pengiktirafan selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Dan sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka saya menuntut beliau agar segera memohon maaf dari ulama' tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Harga Getah Diramal Turun Minggu Depan

Posted: 25 Feb 2011 10:48 PM PST

KUALA LUMPUR 26 FEB : Harga-harga getah Malaysia dijangka turun kerana pembetulan teknikal minggu depan, kata para peniaga. Seorang peniaga berkata walaupun pasaran mungkin diniaga rendah, ia masih lagi memberangsangkan.

"Walaupun pengeluaran getah pada masa ini agak ketat, para peniaga akan mengambil pendirian tunggu dan lihat kerana menjangkakan harga akan jatuh," kata beliau.

Beliau berkata niaga hadapan getah Tokyo yang diunjur melantun semula selepas harga ditutup melepasi paras psikologi utama 470 yen sekg ekoran bekalan ketat bermusim, dijangka mampu memberi sokongan.


Berdasarkan perbandingan mingguan, harga jualan fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 merosot 102 sen kepada 1,632 sen sekg daripada 1,734 sen sekg sebelumnya.

Susu getah pukal menokok 12.5 sen kepada 1092 sen sekg daripada 1,079.5 sen sekg Jumaat lepas.

Harga penutup jualan tidak rasmi untuk gred tayar SMR 20 turun 99.5 sen kepada 1,628 sen sekg daripada 1,727.5 sen sekg minggu lepas sementara susu getah pukal meningkat 5.5 sen kepada 1,091.5 sen sekg daripada 1,086 sen sekg sebelumnya. - Bernama

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: