PERAKITE |
| Pemandu tertidor kat trafik lite Posted: 13 Feb 2011 01:44 AM PST BERUSAHA... anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap selepas lelaki terbabit tidak sedar apabila dikejutkan. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 20-an bukan saja tertidur di dalam kereta sehingga mengganggu lalu lintas, malah terpaksa menanggung kerugian apabila cermin tingkap keretanya dipecahkan bagi membangunkannya. Dalam kejadian jam 7.50 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Tuah berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, orang ramai yang menempuh kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan mulanya menyangka sesuatu yang buruk menimpa lelaki terbabit apabila dilihat seperti tidak sedar diri di dalam kereta Perodua Myvi. Bagaimanapun, anggota polis dan bomba mendapati lelaki itu sebenarnya tertidur. Apabila usaha mengejutkan lelaki itu selama 20 minit gagal, cermin tingkap keretanya terpaksa dipecahkan bagi membawanya keluar. Lelaki terbabit akhirnya terjaga dan pemeriksaan dilakukan mendapati dia mabuk. |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan