Selasa, 1 Februari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


muakakaka....UMNO rupanya jadi balaci menanggung biawak hidup MCA....!!!!

Posted: 01 Feb 2011 11:42 AM PST



Umno terpaksa menanggung beban ( biawak hidup) rakan sebantalnya yang hampir lumpuh akibat penolakan kaum Cina terhadap parti itu dalam PRK Dun Tenang baru-baru ini.

Walaupun BN menang dalam pilihanraya berkenaan, namun MCA yang dianggap menjadi beban terhadap Umno dilihat terus kempunan apabila terang-terangan ditolak kaum Cina dalam pembuangan undi Dun Tenang.

Tidak mustahil, dalam PRU-13 akan datang, MCA akan dikuburkan terus dari arena politik tanahair akibat politik kunonya yang hanya bergantung harap kepada provokasi murahan terhadap musuh dan bukannya kekuatan kendiri.

Umno terpaksa berlari sendirian sekeliling padang. Dialah penjaga gol, dialah pemain pertahanan, dialah pemain tengah dan dialah penyerang.

MCA hanya jadi tukang bising suruh Umno buat itu ini dan tukang tengok di dalam padang sedangkan tukang tengok atau penonton sepatutnya berada di luar padang. Perkara tersebut dirungutkan oleh orang-orang Umno sendiri,...

Malah bukan setakat itu sahaja, MCA juga seolah-olah menjadi tukang sabotaj kempen Umno dengan perbuatan menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan anak kandung Umno, Perkasa.

Tidak cukup dengan itu, MCA juga seolah-olah mendorong pemimpin Umno menghina hukum Allah.

Kerana terpengaruh dan begitu seronok dengan permainan MCA menghina hukum Allah, (Menteri Besar Johor, Datuk) Abdul Ghani Othman dengan begitu ghairah menghina hukum potong tangan sedangkan perkara itu merupakan ketetapan Allah dalam al-Quran.

Ketika DAP sedang belajar berhenti mengecam hukum Islam walaupun tidak mahu dan tidak menyokongnya, Umno tetap meneruskan watak sebagai penghina hukum Islam.

Kalaupun tak mahu buat atau tak sokong, Umno tak sepatutnya menjadi pak turut MCA menghina hukum Islam..

Pilihan raya kecil Tenang juga memperlihatkan kelemahan dan ketiadaan pengalaman jentera Umno Johor untuk "berperang" dengan pembangkang.

Kalau tidak dibantu oleh jentera Umno dari luar, Umno Johor yang sudah biasa menang mudah dan mengejek-ejek penyertaan PAS dalam pilihan raya negeri itu tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu...

Walaupun dibantu oleh jentera Umno luar yang lebih pengalaman "berperang" dengan pembangkang.. Umno tetap terpaksa berhempas pulas untuk menghadapi aura calon PAS, Normala Sudirman.

Pelbagai fitnah yang mereka sasarkan terhadap Normala dan keluarganya membuktikan Umno merasa tergugat dengan keperibadian calon PAS itu..

Dengan apa yang dihadapi oleh Umno dalam pilihan raya kecil Tenang itu, zaman Umno menang mudah dan boleh bersenang lenang menghadapi pilihan raya di Johor akan semakin berakhir.

Kes Stadium Runtuh: kepala babi babi perasuah UMNO-YAHUDI yang terlepas....yang kecik kecik jadi kambing hitam....!!!

Posted: 01 Feb 2011 11:29 AM PST




Tanggal JUN 2009 Terengganu digembarkan berita bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh menyembah bumi.

Ditubuhkan badan penyiasat yang diketuai oleh Jabatan Kerja Raya. Hasil siasatan semuanya bersalah atau terlibat sama runtuh dan meruntuh.

Namun yang dituduh bersalah dimahkamah seorang jurutere perunding Haji Wan Manan Wan Ali. Pertuduhan keatas Wan Manan cukup berat " di tuduh menipu dan mempadayakan Pengarah JKR Rosli Zainal dan bekas SUK Mokhtar Nong.

Wan Manan tidak mengaku berslah diminta dibicaradan diwakili oleh peguam bela Wan Zainuddin yang terkenal di Terengganu . Jurutera perunding Wan Manan dijadikan saolah-olah dikambing hitamkan atau " ONLY SCAPEGOAT" UNTUK MENUTUP KES BUMBUNG RUNTUH DAN MENYELAMATKAN IKAN BESAR ATAU JERUNG OLEH PEHAK YANG BERKUASA ATAU SURUHANJAYA PENGJEGAH RASUAH MALAYSIA.

Bagaimana pula tindakan terhadap kontraktor utama? Perunding perunding kejuruteraan yang lain seperti ( CONSULTING ENGINEER)LETRIK. MEKANIKAL, STRUKTUR BINAAN, UKUR BAHAN ) Adakah pehak tersebut diatas tidak bersalah?.

Macam cerita katun dalam tindakan yang diambil oleh pehak berkuasa seperti SPRM. Orang awam boleh lihat dengan jelas pembinaan Stadium Sultan Mizan dicemari rasuah.

Akhirnya JURUTERA PERUNDING WAN MANAN WAN ALI DITUDUH MENIPU DAN MEMPERDAYAKAN SEBAGAI CHECKER. NAMPAK JELAS WAN MANAN DIJADIKAN KAMBING HITAM @ SCAPEGOAT."


m.noor awang

babi sial dan pukimak punya UMNO YAHUDI....kerana rakyat rakyat yang bodoh dari lembu....rakyat juga di kenakan dulu tanpa pilih bulu...!!!

Posted: 01 Feb 2011 11:14 AM PST



Apakah perlu kita berkejar pergi isi minyak penuh-penuh setiap kali pengumuman (atau khabar) bahawa harganya akan naik? [RON97 – Naik Lagi Untuk 4 Bulan Berturut] Itulah yang kita lihat setiap kali ianya berlaku. Apabila tersebar khabaran kenaikan harga minyak maka kita akan lihat deretan kereta beratur untuk isi minyak di stesen-stesen minyak.

Untuk pergi dan balik ke stesen minyak yang terdekat katalah , jaraknya ialah hampir 3 km.kita  terpaksa melalui 3 persimpangan lampu isyarat sehala dan beberapa persimpangan yang perlu  memberhenti dan/atau memperlahankan kenderaan.

Di stesen minyak mungkin sudah ada satu dua kenderaan yang menunggu di depan. Dengan engin yang masih hidup kita  terpaksa menunggu giliran yang mungkin juga memakan masa 5 – 10 minit.

Tangki kenderaan kita katalah  boleh muat 75 liter. Jika ianya kosong, maka dengan perbezaan harga baru, kita  akan jimat RM7.50. Jika sudah ada minyak maka tidaklah dapat penjimatan begitu.

Untuk ke stesen minyak, jaraknya 1.5km = 3km untuk pergi dan balik. Dengan terpaksa berhenti di beberapa lampu isyarat serta memperlahankan kenderaan untuk beberapa persimpangan dan menunggu giliran di stesen minyak mungkin akan membakar sekitar 2-4 liter minyak.

Kalau harga minyak RM2.40/liter, 2 liter = RM4.80 atau 4 liter = RM9.60. Penjimatan kita hanyalah RM7.50. Apakah ianya berbaloi?



Itu apabila tangki minyak kita yang besar, 75 liter. Bagi kebanyakan kenderaan kita, isipadu tangkinya adalah sekitar 40 – 55 liter sahaja (e.g. Saga 40 liter, Waja/Gen2/Persona 50 liter, Exora 55 liter). Maka penjimatan dengan harga lama ialah sekitar RM4.00 – RM5.50 sahaja. Kirakan pula dengan pembakaran minyak yang perlu untuk pergi, beratur dan balik.

Jika rumah kita hanya sebelah stesen minyak, maka mungkin ianya berbaloi, jika kita dapat lihat stesen itu tidak sibuk dan tidak perlu beratur.

ATAU, sememangnya kita hendak ke sesuatu tempat atau balik dari mana-mana, maka wajarlah untuk kita  untuk berhenti memanfaatkan harga yang masih rendah itu.

Kalau betul-betul kita seorang yang peka dengan penjimatan wang, maka banyak lagi caranya untuk kita bertindak dan waspada.

Bagi mereka yang merokok – tidak perlulah saya sebutkan di sini berapa banyak wang yang dihanguskan – tertakluk kepada berapa batang/kotak satu hari.

Selamat menjadi pengguna yang berhemah.

bayangkan banyak mana pembakaran yang membazir dan mencemarkan alam sekitar semata-mata kerana mahu dijimatkan seringgit dua …




sebenarnya....

RON97 – Naik Lagi Untuk 4 Bulan Berturut



Naik lagi.

Setiap bulan untuk 4 bulan yang berturut semenjak November 2010.

2 Nov 2010 – naik 15 sen

1 Dis 2010 – naik 15 sen

4 Jan 2011 – naik 10 sen

1 Feb 2011 – naik 10 sen

Fakta menarik:

Naik setiap kali BN menang pilihanraya kecil.

Selepas menang di Batu Sapi dan Galas – NAIK.

Selepas menang di Tenang – NAIK LAGI.

Kalau dikira peratus kenaikan = 25% dalam masa 4 bulan! WOW! [dari RM2.00 - RM2.50]

Kita tunggu Merlimau pulak. Kalau naik lagi SAH bahawa BN=Barang Naik …

Jangan Rasa Diri Itu Besar, Boleh Berambus...

Posted: 31 Jan 2011 04:31 PM PST



SIAPA beliau ini, aku tidak kenal tetapi mungkin ramai yang kenal. Bila beliau dikatakan mengambil keputusan untuk keluar dari PKR, aku sekadar boleh ucapkan "selamat berambus' satu ucapan yang pernah aku ucapkan kepada `katak hitam' Gobala.

Siva Sankhar adalah antara ahli PKR yang secara senyap melepaskan jawatan beliau dan juga turut keluar dari PKR. Beliau juga tidak mempercayai PKR yang tidak tahu berterima kasih terhadap ahli-ahli. Beliau tidak menegaskan secara terperinci dalam FB beliau tetapi ini adalah apa yang sebenarnya berlaku pada PKR yang semakin lama semakin suram. Ahli-ahli sedar akan kepincangan dan yang paling jelas ialah campur tangan Ketua UMUM dalam pemilihan dan menentukan siapa yang menang. Ini bagi sesetengah ahli melanggar tuntutan demokrasi dan keadilan yang menjadi slogan laungan PKR. (umno-reform2)

Alasannya sebijik macam Gobala dan mereka yang satu kepala otak dengannya. Kununnya, PKR tidak tahu membalas jasa, tidak kenang budi, tidak adil dan bla...bla..bla...lidah biawak ini terus berkata untuk menghalalkan cara. Besar sangatkah jasanya kepada PKR? Nama pun aku tak kenal dan aku tanya kawan-kawan aku yang lain pun mereka tidak kenal. Mungkin pernah berjasa pada PKR, tetapi besar mana? Ada lebih besar dari Ezam? Besar dari Gobala? Dua ekor ini pun tak tahan daulat, nak jadi pejuang tahi kucing?


Aku respek sesiapa sahaja di dalam PKR yang terus mengkritik parti dan pimpinan atas apa jua ketidakadilan. Pemimpin tak betul, tolong betulkan dan kritiklah asalkan ada asas. PKR bukan parti Anwar, Azizah mahupun Azmin. PKR parti untuk semua ahlinya, dan mereka bebas untuk mengkritik. Mana-mana pemimpin yang tidak mahu memimpin dengan betul, tukar saja orang lain.

Tetapi kalau cara nak luahkan marah dan tidak puas hati kepada pemimpin dengan cara keluar parti, itu tanda orang pengecut. Apatah lagi keluar parti kerana tidak dapat jawatan atau tidak dapat habuan. Aku setakat ini respek dengan Chegu Bard yang terus kritik dan desak parti di dalam hal yang beliau rasakan tidak betul dengan parti. Kalau Chegu Bard keluar parti dan meletakkan dirinya setaraf dengan Gobala, mungkin anggapan aku pada beliau berubah.

Nampaknya ramai yang nak ambil kesempatan dari masalah yang ada dalam parti. Masalah yang ada bukan untuk diatasi, tetapi mahu lari dari masalah dengan keluar parti. Boleh berambus kalau macam itu. Pemimpin di dalam parti pula, jangan biarkan masalah yang ada berterusan sehingga menjadi kudis buta. Mentang-mentang mereka yang mengkritik parti tetap setia dengan parti, pemimpin pula buat tidak kisah dengan masalah di depan mata.

wfauzdin

"Pengsan" Melihat Rumah Mereka Bertukar Wajah...di tipu dek UMNO-APCO pukimak...!!!

Posted: 31 Jan 2011 03:36 PM PST



Sepasang suami isteri pengsan di hadapan rumah mereka di Merlimau sejurus pulang dari menangkap ikan dilaut

Selepas sedar dari pengsan,apabila ditanya oleh orang ramai, lalu mereka berkata bahawa mereka terkejut melihat rumah mereka yang usang dan hampir roboh (gambar kanan) tiba-tiba menjadi cantik seperti sebuah banglo adanya ( cth : Gambar atas)

Lalu orang kampung menjawab,"Inilah kerja dan jasa Umno dalam membantu orang susah macam pakcik ni,dan esok PM akan datang untuk melawat dan merasmikan rumah pakcik." Lalu sekali lagi pasangan tersebut pengsan dan termuntah-muntah apabila mendengar PM nak datang melawat mereka di Merlimau.

Apasal wak buat cerita macam kat atas tu..sebabnya baca artikel penting Sinar Harian di bawah ni..!!

MERLIMAU – Sepasang suami isteri di Kampung Permatang Serai, di sini, terpaksa menjalani kehidupan di rumah usang yang boleh disifatkan seperti pondok buruk. Sekiranya hujan, Abdul Hamid Mat, 51, dan Sabariah Abdul Rahman, 50, terpaksa tidur dalam keadaan basah di ruang dapur rumah sejak tiga tahun lalu akibat bumbung yang sudah uzur.

Walaupun sudah memohon bantuan atas keprihatinan pergerakan Puteri UMNO kawasan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil, malah pernah menjadi mangsa marah segelintir pihak yang sepatutnya membantu menyelesaikan masalah.

Abdul Hamid berkata, dia tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai nelayan dan kehidupannya ibarat 'kais pagi makan pagi' sememangnya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumahnya berikutan memerlukan kos tinggi.

Menurutnya, hanya wang saraan bantuan nelayan RM200 setiap bulan menjadi taruhan untuk meneruskan hidup dan sedikit wang gaji daripada isteri yang bekerja kilang di pekan Merlimau.-sinarharian...

Dah tenggelampun pun masih tergamak jadi LEMBU UMNO-APCO....apa punya bahalol orang melayu felda...!!!!

Posted: 31 Jan 2011 03:13 PM PST



Biarpun ketika proses mengundi sedang berlangsung ada kawasan yang ditenggelami air sehingga keparas pinggang namun ketidak cekapan kerajaan negeri Johor itu masih dihargai oleh pengundi di Tenang..

Aku betul-betul tak faham dengan Melayu Felda di Johor ni..

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.

bangsa lain dah maju dalam berpolitik...orang melayu masih sanggup jadi lembu yahudi melayu UMNO pukimak....!!!

Posted: 31 Jan 2011 02:45 PM PST



Baru malam tadi dikatakan harga minyak Ron 97 dinaikkan. Sebelum ini Ron 97 dan Ron 95 sudah naik beberapa kali. Menang sahaja PRK Dun Tenang, puak tersebut menunjukkan ego mereka kerana rakyat telah berjaya diperbodohkan. Tidak lama lagi, ada lah Menteri yang akan kata itu bukan kenaikan harga minyak, itu cuma pelarasan sahaja. Kita pun menjadi lembu mendengarnya.

Masih tak kita ingat, sewaktu Ron 97 dinaikkan sebelum ini, Muhyiddin kata tidak mengapa Ron 97 naik harga kerana majoriti rakyat menggunakan Ron 95. Belum kering bibir Muhyiddin bercakap, diumumkan di tengah malam buta bahawa minyak petrol Ron 95 dinaikkan. Kita pun menjadi lembu lagi.

Semasa kempen PRK Duin Tenang, Chua Soi Lek menghina hukum Islam, kenyataan Chua Soi Lek sedikit pun tidak masuk ke dalam hati dan jiwa kita. Kita lebih suka menyalak pasal pemimpin DAP masuk masjid untuk memberikan sumbangan kepada surau dan masjid. Memang kita mempunyai otak lembu. Terbaru pula, Tuan Guru Nik Aziz membawa masuk berbelas kaum India ke dalam masjid. Majis Fatwa tidak mahu bersidang ke? Geng-geng songkok hitam tinggi macam menara KLCC tidak mahu berdemontrasi ke?

Selepas ini, akan ada lagi PRK Dun Merlimau. Kita tidak tahu berapa ekor lembu pula yang ada di sana. Apa yang pasti, jika puak sekutu Apco itu menang, kita pasti akan mendapat `bonus' lagi seperti yang baru kita dapat malam tadi.

Tiada ulasan: