Berita bersumberkan Kompas ini memerihalkan kegemparan masyarakat di Tanjung Api-api, Banyuasin, Sumatera Selatan apabila pencari cacing menemukan cacing nipah sepanjang 2.5 meter.
Tambah menghairankan penduduk di sana, cacing tersebut mempunyai dua taring besar di kepalanya.
Berikutan itu, masyarakat di situ menggelarkan haiwan tersebut sebagai "cacing naga". Badan "cacing naga" itu seakan-akan lipan yang mempunyai banyak kaki di sepanjang tubuhnya. Cacing itu mirip dengan haiwan dalam kategori mollusca.
Cacing itu ditemukan pencari cacing bernama Timan. Anak lelaki Timan, War, 26, memberitahu cacing itu ditangkap bapanya menggunakan besi berbentuk garfu.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
P/s: Yang peliknya, Kerajaan Najib masih lagi berkira-kira dan merancang untuk membawa rakyat Malaysia pulang. Andaikanlah anak atau saudara mara dia di sana, sudah tentu anda tahu tindakan yang akan diambilnya.
Berita terdahulu tentang kes ini boleh dibaca di sini.
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU – Seorang bapa durjana yang sanggup melampiaskan nafsu ke atas anak tirinya dalam kejadian di Dungun tahun lalu akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Zukiman Lah, 36, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan ke atas mangsa, yang berusia 15 tahun.
Kejadian sumbang mahram pertama didakwa berlaku pada awal Januari 2010 lebih kurang 4.30 petang di sebuah rumah di Jalan Merpati, Kampung Padang Jambu, Dungun.
Tertuduh yang sepatutnya melindungi mangsa bagaimanapun tidak serik melakukan perbuatan tidak bermoral itu buat kali kedua pada 19 Jun 2010 jam 5.30 petang di pusat sumber di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Dungun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun serta tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
[HM] KLANG: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita dengan menusuk kemaluan mangsa dengan sebatang kayu, dalam semak dekat Bandar Putera di sini, pada Februari tahun lalu.
Tertuduh, Melvin Isaac Jude Thaddeus, 21, Y K Gahenjindran, 24, P Thubasshan, 22, dan P Aravinteram, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Mengikut pertuduhan, mereka melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 35 tahun di dalam semak di Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera, di sini antara jam 6.45 pagi dan 8.30 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
* Gambar sekadar hiasan.
P/s: Kata "lelaki" pada tajuk kiriman ini automatik bertukar "Celaka Lahanat" apabila terbukti mereka bersalah!
[HD] Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew.
Mahathir, tiba-tiba ingin muncul sebagai hero membela Islam dalam menghentam Kuan Yew, yang baru menerbitkan buku terbarunya bertajuk 'Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going' menyeru umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut, selain mengkritik cara Mahathir melayani pengganti-penggantinya selepas bersara menjadi Perdana Menteri.
Nik Aziz, bagaimanapun enggan terlibat dalam pertengkaran dua pemimpin tersebut, dengan mengatakan bahawa ada orang Melayu-Islam yang turut menolak Islam.
"Kuan Yew hanya cakap jangan pegang Islam kuat sangat berbanding dengan orang Melayu di negara kita yang buang semua (Islam) dan ambil kebangsaan," Nik Aziz dipetik sebagai berkata.
Ekoran kenyataan Nik Aziz, Mahathir terus menuduh beliau sebagai tidak menyokong Islam kerana lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Kuan Yew.
Namun begitu, serangan Mahathir terhadap Nik Aziz penuh dengan hipokrisi dan kemunafikan Umno, terutama ketika dilihat berlatarkan insiden-insiden terbaru cukup untuk menunjukkan Umno selektif dalam "membela Islam" dan untuk keuntungan politik semata-mata.
Contoh terbaru sifat hipokrisi ini terserlah ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang baru berakhir, di mana Umno gagal untuk memberikan sebarang teguran terhadap pemimpin-pemimpin MCA yang menyerang amalan Islam semata-mata untuk menakutkan pengundi Cina terhadap PAS – satu misi, yang akhirnya gagal dengan teruknya berdasarkan keputusan pilihanraya di mana undi Cina kekal di tangan PAS.
Tiada seorang pun pemimpin Umno, termasuklah Mahathir yang tampil ke depan untuk mengkritik Presiden MCA, Chua Soi Lek atas penghinaan terang-terangan beliau terhadap Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim.
Disokong dengan kesenyapan Umno dan bermati-mati untuk tidak memohon maaf, Chua yang pernah ditangkap bertelanjang bulat dalam skandal video seksnya, telah secara angkuh mempertahankan kenyataannya. Dan ketika dikritik atas sifat jahilnya terhadap budaya lain, Chua membalas bahawa 'there was nothing great' (Apa yang hebat sangat) untuk mengenali amalan agama Islam.
"So what is so great about that? That is your religious values which I don't know. How am I to know when I'm not practising that religion?"
"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," Chua dipetik sebagai berkata.
(Apa yang hebat sangat tentang itu? Itu amalan agama kamu yang saya tak tahu. Macammana saya nak tahu jika saya tak pratikkan agama itu?
(Saya mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ini adalah sikap sopan-santun yang asas untuk bersalam dengan orang lain. Itu nilai saya. Faham? Kamu mesti juga menghormati nilai saya, iaitu sikap sopan-santun yang baik, termasuk bersalam)
Dalam isu perpecahan umat Islam di negara ini, Mahathir sekali lagi lupa memandang cermin apabila menyalahkan PAS dan Nik Aziz sebagai pemecahbelah orang Islam kepada tiga kumpulan yang menjadi penghalang terbesar kepada 'perpaduan Melayu', apabila sejarah jelas menunjukkan bahawa siapa yang memecahkan politik orang Melayu pada tahun 1988 dan 1998.
Pada tahun 1988, pertarungan hebat Mahathir dengan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden Umno telah memecahkan Melayu Umno kepada dua, dengan terbentuknya parti Semangat 46 yang menjadi kepada pemangkin kepada gabungan parti pembangkang yang pertama, Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS dan Semangat 46 (serta Hamim dan Berjasa).
Satu dekad kemudian, orang Melayu, dan orang Malaysia pada keseluruhannya dilanda kemelut apabila Mahathir mengambil keputusan untuk membuang Anwar Ibrahim daripada kabinetnya, dengan tuduhan-tuduhan yang paling dahsyat yang tidak pernah dilihat dalam sejarah politik orang Melayu.
Ini membuka kepada lanskap politik yang baru dengan pembentukan Parti Keadilan Rakyat, yang kini menjadi salah satu daripada tiga komponen parti terpenting dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PAS.
Dalam meneruskan hujahnya, Mahathir juga menyoal, teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam apabila mereka memastikan negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam dan juga menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.
Mahathir, sudah tentunya tidak mengiktiraf masalah yang paling jelas pada saat ini yang mengganggu pemimpin "nasionalis Melayu" iaitu rasuah dan salahguna kuasa yang kian berleluasa.
"Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.
"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?" kata Dr Mahathir, sekali lagi menunjukkan kejahilannya dalam politik Islam.
Mahathir akan menjadi orang terakhir untuk menerangkan samada korupsi berleluasa, kebocoran dan ketirisan besar-besaran, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi terhadap bangsa lain melalui slogan bauran Ketuanan Melayu juga sebahagian daripada "amalan Islam" yang disebutnya.
Sebaliknya, Nik Aziz nampak lebih konsisten dengan mesejnya bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah-masalah negara, dan untuk beliau, tiada alasan untuk pemimpin Melayu-Islam untuk menolak Islam dalam pentadbiran mereka.
Untuk membuktikan keIslaman, mereka hanya perlu menghentikan rasuah, salahguna kuasa, kebocoran kewangan, ketidakadilan dan diskriminasi terhadap kaum lain.
Walaupun ramai yang nampak bahawa ini adalah satu percubaan (daripada buku politik Mahathir) untuk mengalihkan padangan orang Melayu kepada satu "common enemy" (musuh bersama) daripada kepincangan dan masalah yang sedang dialami negara kita, serangan Dr Mahathir mungkin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu untuk membantu Umno untuk menyingkirkan musuh yang paling digeruni mereka, iaitu Nik Aziz.
Apa tidaknya, Nik Aziz telah menjadi batu sandungan (penghalang) terbesar kepada idea perpaduan Mahathir dan ipar-iparnya di Perkasa, dan mematikan Nik Aziz juga akan melumpuhkan segala usaha menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai pengganti Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.
P/s: Sebenarnya banyak fakta dan hujah yang boleh ditambah pada artikel ini, namun saya tidak mahu menambah kepanjangan artikel sedia ada.
Saya petik kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad:
Daripada 371,612 anggota PKR, Melayu adalah 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus.
Kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk sesi 2010-2013 pula terdiri daripada Melayu seramai 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula empat peratus.
UM melaporkan seorang jurutera perunding menjadi tertuduh pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, dua tahun lalu.
Tertuduh Wan Manan Wan Ali, 51, dari Kuala Ibai di sini walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu berkaitan tugasannya dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan.
Hakim M. Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes. Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Zainudin Wan Musa.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang telah menipu dengan berpura-pura sebagai 'checker' (pemeriksa) yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009. Ia mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya (the main roof truss system and its associated works) untuk cadangan membina dan menyiapkan stadium utama di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, dekat sini yang bertarikh 15 Januari 2009.
Dia didakwa menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu ketika itu, Rosli Zainal, yang mana tertuduh telah memberi pandangan dan menandatangani dokumen tersebut sebagai pemeriksa dan telah memperdaya Rosli dan Mohtar Nong (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu).
Tindakan tertuduh itu untuk mempercayai bahawa pandangan yang diberi dalam dokumen bertarikh 15 Januari 2009 sebagai pemeriksa yang diiktiraf sedangkan dia mengetahui yang dia tidak diiktiraf sebagai pemeriksa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari 2009 dan 29 Mac 2009 di Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu di Tingkat 12, Wisma Negeri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Wan Manan didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menipu dengan cara menyamar. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Pada 2 Jun 2009, bumbung stadium berkenaan yang terletak di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh, menyebabkan kira-kira separuh daripada strukturnya musnah.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi melibatkan bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.
Foto: Bernama
P/s: Takkan dakwa ikan bilis bersaiz besar sahaja?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup merogol anak saudaranya yang menumpang sementara di rumahnya di Taman Datuk Senu, di sini, pagi semalam selepas membawa gadis itu dari kampung untuk satu sesi temu duga.
Difahamkan, bapa mangsa yang juga abang kepada suspek meminta pertolongannya untuk menumpangkan anak perempuannya itu yang berusia 19 tahun sepanjang menjalani temu duga kerja itu.
Sebaik tiba di rumah suspek, mangsa yang keletihan tidur dalam satu bilik.
Menurut sumber, ketika tidur mangsa dikejutkan dengan kehadiran suspek yang berusia lingkungan 30-an itu.
"Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai kunci pendua bilik berkenaan yang membolehkan masuk itu walaupun dikunci dari dalam.
"Suspek cuba menanggalkan pakaian mangsa," katanya.
Sumber berkata, tersentak dengan tindakan itu, mangsa cuba mempertahankan kehormatannya sebelum berlaku pergelutan antara mereka lebih 10 minit "Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu, namun rayuannya tidak diendahkan suspek sebaliknya lelaki itu menjadi lebih agresif.
"Mangsa yang dipukul kemudian dirogol. Selepas 10 minit kemudian, suspek sekali lagi mahu merogol mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa mendakwa mengalami pendarahan pada bahagian kemaluannya menyebabkan suspek membatalkan niatnya itu," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang berjaya meloloskan diri dari rumah suspek meminta bantuan seorang jiran untuk menghubungi ahli keluarganya di kampung.
"Seorang lagi bapa saudaranya berusia lewat 30-an yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas mengambil mangsa di rumah suspek sebelum membawanya ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya.
Difahamkan, mangsa masih trauma dengan insiden itu dilaporkan sedang berlindung di rumah ibu saudaranya dan dikatakan akan pulang ke kampung selepas siasatan selesai dilakukan pihak berkuasa.
Suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 1 tengah hari, hari yang sama selepas polis menerima laporan kejadian itu.
Semalam HM ada menyiarkan berita tentang ibu yang hilang pertimbangan lalu menembak mati dua orang anaknya di Tampa, Florida. Sebelum itu, berita tersebut telah disiarkan dalam pelbagai media antarabangsa.
Menurut laporan media, Julie Powers Schenecker menembak mati anak lelakinya yang dalam perjalanan ke sesi latihan bola sepak sebelum memandu pulang dan melepaskan tembakan pada kepala anak perempuannya yang sedang belajar.
Julie Powers Schenecker yang juga isteri tentera, mendakwa, dia mengambil keputusan itu kerana bosan apabila kedua-dua anaknya bersikap 'kurang ajar'.
Jurucakap polis, Laura McElroy, berkata Julie mengaku membunuh anak-anaknya selepas pihak berkuasa menemuinya berlumuran darah di belakang rumah.
"Ibu Julie menghubungi polis kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila dia gagal dikesan selepas mengadu tertekan serta bosan dengan kerenah anaknya," katanya.
Suami Julie, Parker Schenecker, kini bertugas di Qatar dan dimaklumkan mengenai kejadian itu semalam.
Ketika disoal siasat Julie, 50, mendakwa dia mengambil tindakan itu kerana kedua-dua anaknya selalu mengumpatnya. Setakat ini polis tidak mengesyaki Julie ada motif lain.
Mayat Calyx Powers Schenecker, 16, ditemui di bilik tidur tingkat atas rumahnya, manakala adiknya, Powers Beau Schenecker, 13, dalam kenderaan pelbagai guna suspek.
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan