Selasa, 22 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Faekah Sahkan Umno Dalang Penerbitan Selangor Terkini

Posted: 22 Feb 2011 02:59 AM PST

seltipuSetiausaha Politik kepada Menteri Besar , Faekah Husin mendedahkan Umno merupakan dalang disebalik penerbitan dan penyebaran akhbar Selangor Terkini yang menyerupai akhbar terbitan kerajaan negeri "Selangor Kini" dalam satu sidang media yang berlangsung di bangunan SUK hari ini.

Faekah mendakwa pemimpin Umno Selangor terlibat dalam penerbitan juga penyebaran akhbar terbabit yang mana ia menyalahi undang-undang ekoran menggunakan logo rasmi Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.

Menurut Faekah , selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor , akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam sidang media tersebut , Faekah turut menunjukkan bukti terbaru mengesahkan pembabitan pemimpin Barisan Nasional apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kuang Abdul Syukor Idris diedarkan bersama-sama akhbar itu pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul.

Katanya , semua maklumat dan bahan bukti "terkini" itu akan diserahkan kepada polis hari ini.

"Kerajaan Negeri akan menggesa pihak Kerajaan Dalam Negeri KDN , kerajaan , polis untuk menyiasat dengan lebih terperinci dakwaan bahawa Umno Selangor terlibat secara langsung dalam menghasilkan akhbar itu.

"Jesteru itu kami berharap agar pihak polis juga pihak KDN menyiasat kes ini dengan segera dan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana jelas menerbitkan akhbar tanpa mempunyai permit adalah salah di sisi undang -undang begitu juga dengan penggunaan logo rasmi kerajaan negeri yang kita anggap ia merupakan satu kesalahan serius yang tidak menghormati undang-undang dan Sultan Selangor.Inilah penderhakaan sebenar,"ujar Faekah.

Ketika ditanya dalang utama disebalik akhbar tersebut, beliau berkata Datuk Noh Omar sebahagian daripada Umno Selangor"

Jelas Faekah lagi , pihaknya sedia memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dalam menyelesaikan kes itu malah turut menawarkan bantuan kepada polis dengan mendapatkan khidmat penyiasat persendirian .

17 Januari lalu Kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Shah Alam terhadap akbar berkenaan.

Bagaimanapun , menurut Faekah setakat ini Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang maklumat terbaru hasil siasatan berhubung laporan yang dibuat itu.

Wartawan Siasah difahamkan penerbitan akhbar Selangor Terkini telah diedarkan di lembah Klang sejak beberapa bulan lalu yang mana ia diterbitkan dua kali sebulan malah reka bentuk muka depan akhbar itu sama seperti akbar Selangor Kini menggunakan logo rasmi kerajaan Negeri Selangor . Yang hanya membezakannya ialah logo 1Malaysia berada di belakang akhbar "Selangor Terkini" .

Fatwa tembak mati Muammar Gaddafi

Posted: 22 Feb 2011 02:46 AM PST

Ulama yang berpengaruh, Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mana-mana askar Libya yang boleh menembak mati pemimpin Muammar Gaddafi harus melakukannya "untuk menyingkirkan Libya daripada dia.

""Sesiapa dalam tentera Libya mampu menembak peluru pada Gaddafi harus melakukannya," kata Qaradhawi, seorang ulama kelahiran Mesir yang biasanya berpusat di Qatar, lapor telivisyen Al-Jazeera.

Dia juga mengarahkan tentera Libya "untuk tidak mematuhi perintah menyerang orang-orang sendiri," dan mendesak duta besar Libya di seluruh dunia untuk memisahkan diri dari rejim Gaddafi.

Kedutaan Libya di KL kecam tindakan Gaddafi ‘lawan’ demonstrasi

Posted: 22 Feb 2011 02:36 AM PST

Hampir 300 warga Libya di Malaysia mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan di luar pekarangan Kedutaan Libya di Kuala Lumpur hari ini. — Foto Bernama



Kedutaan Libya di Malaysia hari ini membidas secara terbuka cara kerajaannya, pimpinan Kol Muammar Gaddafi, mengatasi penunjuk perasaan termasuk tindakan mengebom semalam.

"Kami mengecam keras tindakan tidak bertamadun dan jenayah, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kerja-kerja menghapuskan orang awam yang tidak bersalah," kata kedutaan dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan di sini hari ini.

Lebih 400 orang terbunuh sejak kebangkitan rakyat minggu lalu.


Penunjuk perasaan menghempas portret Muammar (gambar) dan menurunkan bendera negara itu untuk digantikan dengan bendera era prapemimpin itu.


Bagaimanapun tiada pertempuran dan tiada sesiapa yang ditahan dengan penunjuk perasaan meninggalkan kawasan kedutaan dengan aman.


"Kami sudah tidak boleh melahirkan kemarahan kami. Rakyat Libya sudah pun mengatakan 'tidak' dan mereka balas dengan pertumpahan darah," kata Marwa Mastor, salah seorang petunjuk perasaan di Kuala Lumpur.


Osama Ahmed, konsul memberitahu Reuters bahawa duta akan kekal berada di sini untuk membantu sekitar 5,000 rakyat negara itu di Malaysia.

Revolusi Libya:Muammar Gaddafi guna pesawat pejuang "bom" demonstran

Posted: 22 Feb 2011 02:11 AM PST


Anggota tentera yang setia kepada Preseiden Kolonel Mummar Gadaffi terus membunuh demonstran pro demokrasi.Dalam Laporan terbaru,tembakan di lepaskan di setiap sudut ibukota berkenaan dan bandar - bandar lain.

Dalam laporan lain juga mengatakan bahawa regim gaddafi juga menggunakan pesawat pejuang untuk mengebom penunjuk perasaan.Hampir 300 orang di laporkan telah terkorban dalam revolusi afrika utara ini yang masuk ke minggu ke - 2.

Pesuruhjaya Tinggi PBB di Tripoli Navi Pillay telah memberi amaran bahawa penggunaan senjata yang mengakibatkan kematian terhadap orang awam akan meningkatkn lagi jumlah korban terhadap jenayah hak asasi manusi.

Dalam pada itu Navi pillay menyeru agar badan penyiasat antarabangsa melakukan siasatan dan mendakwa gaddafi atas kesalahan pelanggaran hak asasi manusia.Salah seorang saksi juga melihat pesawat pejuang mengugurkan bom di kawasan orang awam.

Dalam pada itu ada saksi yang mendakwa melihat beberapa tentera upahan regim gaddafi telah melepaskan tembakan terhadap orang awam dan menyebabkan 61 orang awam mati.

‘Sultan Sulu’ henti jadi ahli UMNO

Posted: 22 Feb 2011 02:03 AM PST

KOTA KINABALU, 22 Feb — Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, yang menjadi tumpuan kontroversi selepas dinamakan sebagai 'Sultan Sulu' baru-baru ini, hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan serta-merta.

Katanya, surat peletakan jawatan sudah dimaklumkan kepada ibu pejabat Umno dengan satu salinan dihantar ke pejabat parti peringkat Sabah.

Mohd Akjan berkata, keputusan itu akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keanggotaannya dalam Umno sejak lebih dua dekad lepas.

Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.

"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini," katanya.

Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat — satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.

Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.

Mohd Akjan berkata beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.

Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis 'pertabalan sebenar' diadakan. — Bernama

SMS kepada Teoh: ‘Ada orang kata awak mati terjun bangunan’

Posted: 22 Feb 2011 01:54 AM PST





KUALA LUMPUR, 22 Feb — Suruhanjaya siasatan untuk kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan beberapa isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit milik setiausaha politik Exco Selangor itu.

Jurubahasa Mandarin menterjemah beberapa SMS tersebut dan antara yang menarik perhatian adalah SMS yang diterima pada hari kematian Teoh (16 Julai 2009) daripada seseorang yang bimbang dengan keadaannya.

Ia tertulis "Beng Hock awak sudah popular, awak macam mana, kami bimbangkan awak, sudah keluar nanti jangan lupa hubungi kami yang awak selamat" dan "Beng Hock apa khabar, tadi ada orang mengatakan awak mati terjun bangunan, saya sangat takut buat saya terkejut. Selepas itu ada orang kata awak tak apa-apa, baru senang hati, harap awak tidak apa-apa, kak Lan".

Kedua-dua SMS tersebut dibuka dari ''inbox'' telefon bimbit mendiang oleh seseorang yang masih tidak diketahui dan terdapat juga SMS yang menyatakan kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mereka memeriksa komputer.

Pada inkues lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, pihak yang terlibat tidak pernah menyoal mengenai maklumat di dalam telefon ini.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Seksyen Jenayah Komputer Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan memberitahu bahawa Teoh menerima panggilan terakhir pada 15 Julai 2009 pada pukul 6.18 petang dan panggilan terakhir yang dibuat Teoh adalah pada pukul 6.15 petang hari yang sama iaitu pada ketuanya, Yong.

Panggilan terakhir yang tidak dijawab pula direkodkan pukul 5.19 petang pada 15 Julai 2009 oleh Anggota Majlis Perbandaran Kajang Lim Kee Hiong.

Mengenai siapa yang membuka beberapa SMS tersebut selepas Teoh meninggal dunia, Mohd Zaidi berkata bukan beliau yang membacanya kerana beliau hanya perlu mengeluar serta mencetak maklumat yang telah dibuka.

Selain Mohd Zaidi, ahli kimia dari makmal forensik Jabatan Kimia Petaling Jaya, Zaraiha Awang turut memberi keterangan hari ini dan menyatakan beliau memeriksa dua sample darah, iaitu spesimen air kencing serta isi perut milik Teoh.

Hasil pemeriksaannya didapati tiada sebarang kesan dadah, racun serta alkohol dikesan daripada badan Teoh.

Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ''keputusan terbuka'' berhubung kes itu.

Di awal prosiding, Hakim Foong memaklumkan bahawa suruhanjaya akan mendedahkan siapa yang dilantik sebagai penyiasat persendirian tidak lama lagi dan akan memanggil wakil syarikat telekomunikasi DIGI memberi keterangan berhubung transaksi panggilan.

Beliau turut menyatakan pihak suruhanjaya telah menghubungi dua pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Dr Peter Vanezis tetapi masih belum mendapat sebarang jawapan.

Seorang pakar tulisan tangan dari United Kingdom juga akan dipanggil member keterangan, katanya

Terkini dari Pro-M UPSI

Posted: 22 Feb 2011 01:39 AM PST

MPPUPSI dijangka wujud kabinet campuran, Pimpinan Bitara hilang dominasi

Tanjong Malim, 22 Feb- Berhubung keputusan Pilihan Raya Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah diumumkan pada petang semalam, wujud jangkaan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar UPSI bakal diisi oleh kabinet campuran serta menyaksikan dominasi Pimpinan Bitara (Pro-A) selama kira-kira 12 tahun telah 'berkubur' dikampus Upsi .

Dalam keputusan yang diumumkan, gabungan Mahasiswa Pendidik dan LMP memenangi 11 kerusi iaitu 3 kerusi umum dan 8 fakulti termasuk meraih undi popular (majoriti) yang diperolehi oleh Amirul Afzan Norakim 3947, diikuti Aman Yasser Pramlee 3800 dan Mohd Zahar Mohamed Nor 3411.

Ketiga-tiga calon MP mengisi tempat teratas majoriti kerusi umum. Manakala dua kerusi umum lagi dimenangi oleh calon Kumpulan Mahasiswa 'Smile' , Muhammad Afiq Fikri 2921 dan calon 'Parti Cap Tapir' iaitu Mohd Faizal Amir 2305.

Dalam pada itu, kerusi fakulti pula menyaksikan Mahasiswa Pendidik dan LMP memenangi 8 kerusi dan menyapu bersih kerusi FPE, FSK . Manakala mereka menang masing-masing 1 kerusi di Fakulti Sains Matematik (FSM) Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) dan Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK)

Selain itu, Pimpinan Bitara dikatakan hanya memenangi 7 kerusi daripada daripada 23 kerusi yang dipertandingkan semalam. Majoriti kemenangan Pimpinan Bitara dilaporkan diperolehi daripada Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) dan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM).

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, daripada 29 kerusi MPPUPSI yang diperuntukkan, sebanyak 4 kerusi diperuntukkan kepada masing-masing etnik Sabah, Sarawak, Cina dan India, serta 2 kerusi IPS yang menang tanpa bertanding.

Manakala daripada 23 kerusi yang dipertandingkan semalam, gabungan MP dan LMP (Pro-Mahasiswa) menang 11 kerusi (3 umum, 8 fakulti), calon Kumpulan 'Smile' dikatakan menang 4 kerusi ( 1 umum, 3 fakulti), calon 'Parti Cap Tapir' 1 kerusi (umum) dan Pimpinan Bitara (Pro-Aspirasi) hanya mampu meraih 7 kerusi (fakulti) yang dipertandingkan.

Dalam hal berkaitan, kabinet Upsi masih dalam penentuan, semua kumpulan yang menang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kerusi kabinet yang bakal dibentuk

Laporan keputusan PRK UPSI

CALON UMUM

1.Amirul Afzan b. Norakim (3947)
2.Aman Yasser b.Pramlee (3800 )
3.Mohd Zahar Mohamed Nor (3411 )
4.Muhammad Afiq Fikri b. Mislan (2921)
5.Mohd Faizal b. Amir (2305 )

CALON FAKULTI

Fakulti Sains dan Kemanusiaan (FSK)

1.Ahmad Rusydan b. Sidek (933)
2.Lasmi b. Lukito (1111)


Fakulti Sains dan Matematik (FSM)

1.Nurfasihah bt. Zakaria (540)
2.Noor Hazimah Husan bt. Mohd Johar (515)


Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)

1. Muhammad Azli bin Md Ali (517)
2.Nurfatin Nadia bt. Zulkipeli (427)

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE)

1.Nursuhaila bt. Alias (359)
2.Mohd Fauzi b. Mandon (326)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)

1.Ahmad Muhaimin bin Mohd Taib.
2.Nurain Balqis bt. Ismail


Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP)

1.Shahrael bin Abdul Kassim (84)
2.Siti Nur Salwa binti Kosnan (80)

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM)

1.Mohd Shahril bin Khasin
2.Norhidayah binti Harun

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK)

1.Mohd Hafiz Amirul bin Amat
2.Zulfadzli Iman bin Naim

Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif (FSKIK)

1.Mohd Saufi b. Harun
2.Wan Mohd Razuha bin Wan Md Zuhaidi

Syabas ! Pro-Mahasiswa Lakar Kemenangan di 8 Universiti

Posted: 22 Feb 2011 01:17 AM PST


KEPUTUSAN PRK UNIVERSITI. (PRO M)

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

Tiada ulasan: