Addin |
| PRK Merlimau : Buku Jingga..Berpotensi Me'Muzium'Kan UMNO Be End Posted: 22 Feb 2011 07:56 AM PST
"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," jelasnya. "Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan." ujar Ustaz Idris. Beliau juga menyeru semua pengundi di DUN Merlimau agar memberikan kepercayaan dengan mengundi bakal calon PAS sebagai simbolik tentangan kepada pemerintahan yang sekular dan mengkhianati bangsa Melayu. Kehadiran yang amat memberangsangkan malam tadi di UPU Kg.Ayer Merbau memberikan petanda jelas sambutan terhadap ceramah-ceramah yang dianjurkan PAS di Merlimau mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaupun markas UMNO Be End terletak bersebelahan dengan tapak ceramah PAS, jelas ia tidak mencalarkan sedikit pun semangat pejuang para petugas dan orang ramai yang hadir untuk mendengar amanat dan penjelasan isu-isu semasa oleh semua penceramah pada malam tadi. Kawan yakin sekiranya, Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya dan dalam 100 hari berjaya menunaikan segala janji dalam Buku Jingga... nescaya UMNO Be End tak mampu bangkit lagi. Pada masa itu kita talkinkan UMNO Be End ramai-ramai dan semadikan mereka di Muzium UMNO di Banda Hilir...wakaka!!! | ||
| Selama ini UMNO Yang Kurung Islam.. Posted: 22 Feb 2011 06:06 AM PST Islam 'dikurung' di pejabat agama: Hadi ALOR SETAR - Pas mendakwa Islam di negara ini 'dikurung' di pejabat agama, malah skopnya juga disempitkan demi mempertahankan sistem sekular warisan penjajah. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat, berbeza dengan pendekatan kepimpinan yang diamalkan Rasulullah SAW. Menurutnya, selain menghakis Bahasa Melayu sebagai 'jiwa' bangsa, UMNO dan BN juga gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku penyelarasan harga barangan yang bebankan rakyat. "Kekayaan negara hanya berpusing dalam kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan. "Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada UMNO. Bila habis pilihan raya, harga barang diselaraskan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat di perkarangan Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam kelmarin. Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda Pas itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani. Abdul Hadi turut mengingatkan UMNO agar mengambil iktibar dari kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah. "Rakyat ni umpama 'spring', sekiranya orang yang tekan spring sudah tidak mampu menahannya, spring itu akan naik ke muka orang yang menekan dan mencederakannya. "Sebelum UMNO dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu beri padang sama rata kepada parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah," katanya. Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya Pas menggantikan UMNO untuk memerintah negara ini. Beliau mendakwa, parti itu terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka. "Lebih memburukkan keadaan, sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam dan sebagai buktinya umat Islam di Malaysia masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sejak negara beroleh kemerdekaan. "Kelemahan itu disebabkan kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tidak boleh tolong orang Islam, tidak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam," katanya. Justeru, Abdul Hadi mahu jentera Pas bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) menggantikan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Pertahankan Kedah. Kalau Kedah dan Kelantan tidak diperkuatkan, hendak pergi Putrajaya macam mana? "Jangan cakap sahaja hendak Putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama daftar pemilih tidak wujud," katanya./SH |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan