Ahad, 20 Februari 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Di manakah Hilangnya Gurkah - Gurkah Politik AMK?

Posted: 20 Feb 2011 12:56 AM PST

Di manakah menghilang gurkah - gurkah politik di port.Beberapa hari yang lalu kedengaran saudara Rozan Mat Rasip menggesa agar melakukan perubahan dalam AMK selepas reatreat.

Kadang - kadang kita terfikir secara logik,di manakah janji - janji reformasi yang di canangkan ketika pemilihan dulu?

Kadang - kadang Teringat kembali kemana kah menghilangnya si pembodek - pembodek AMK yang sangup ber"tranformasi menjadi pemaki hamun kepada Chegu Bard.

Setelah maki hamun dilemparkan,setelah tuduhan,kecaman dan dakwaan tak berasas di lempar se'enak kali ini punya la lembut meminta agar berdamai dan merapatkan saf.Ramai yang cuba menafikan akan konflik namun terpulanglah pada mereka.

Sedarkah mereka atas platform apa yang mereka harus berdiri dalam PKR ini.mereka lupa akan nama PKR yang sebenarnya.apa mereka fikir kita mahu bermusuhan sampai bila - bila.Bukan itu maksud kamiyang masih enggan merapatkan saf dalam AMK.

Kita atau mereka menyertai parti ini atas dasar dan konsep keadilan sesuai dengan namanya keadilan.LSS banyak juga menjawab soalan - soalan dari geng - geng 3.0 antara salah satu soalan yang agak melucukan ialah bagaimana mereka boleh bertanya bagaimana siasatan pemilihan PKR boleh menguatkan parti dan AMK.

Mereka ini lupa,atau terlupa,atau buat - buat lupa yang mana prinsip awal parti ini ialah memperjuangkan keadilan buat seluruh umat manusia.Malah ada yang lebih melucukan ada pula yang beri kan alasan untuk tidak perlu kepada siasatan.

Seperti contoh mereka mendakwa yang setiausaha agong parti iaitu Saifudin nasution tak cukup kakitangan untuk membuat siasatan.Di sini LSS baru beri hujah yang lebih jelas agar mereka - mereka yang dah terbiasa kenyang perutnya dengan tender kerajaan negeri selangor boleh "beliakkan mata" besar - besar.

Kamu semua menyertai PKR atas prinsip Keadilan bukan 3.0,jadi tolonglah sedar dan bangun dari lena yang perjuangan ini adalah untuk menuntut keadilan.Adalah cukup memalukan di hadapan sekutu dan seteru andai mereka tahu yang kita hanya menggunakan nama keadilan itu hanya sebagai topeng perjuangan.

Sudah pastinya kita (PKR) akan jadi beban yang berat buat,rakan - rakan kita dalam pakatan seperti DAP dan PAS.Jadi sudah siasatan Pemilihan ini akan menjadi bukti yang kita masih membela keadilan.

Helo kawan! ada berapa ramai dari geng 3.0 yang masih mahu bawa perangai UMO kedalam PKR? salah satu perangai buruk UMNO ialah "cakap tak serupa bikin"

UMNO kononya mahu jadi pembela melayu tapi topeng mereka terbongkar mereka sendiri mengusir orang melayu dari kampung berembang dan rimba jaya.

Tapi kali ini adakah AMK dan PKR pula akan mencontohi UMNO? hanya pandai bercakap soal keadilan tapi pada realiti apabila belaku penyelewengan dan ketidakadilan dalam pemilihan yang lalu, pemimpin yang begitu lantang mengkritik UMNO hanya tunduk berdiam diri.

Tapi setelah luka dalaman PKR kelihatan agak kritikal barulah ada mereka - mereka yang menyedarinya melonta persoalan - persoalan seperti "AMK PUSAT KEADILAN PKR di Melaka -berapakah peratus kebenaran kiranya dituding jari WANITA YG ENGGAN KERJASAMA DENGAN AMK (mungkin faktor - faktor silam) atau SEBALIKNYA??? nak salahkan pemimpin yang tak mahu tutup buku atau pengikut yang tak berani menegur"

dan tak kurang pula yang tercari - cari dan tergapai - gapai contohny ada di antara mereka yang mengutara masalah populariti AMK yang kini semakin Pudar sebagai Contoh ada yang berkata ada sebarang idea/tunjuk arah bagi panduan? mungkin formula atau perkara2 tertentu yg boleh diperbaiki/kita tegur utk pastikan AMK LEBIH BAGUS DARIPADA SAMM ? ATAU AMK takkan mungkin berubah jika beberapa perkara /isu masih belum diselesaikan/diatasi? apa perkara2 itu? nyatakan supaya semua tahu?

Maka apabila ini berlaku ahli - ahli parti bukan sahaja enggan merapatkan saf malah terus hilang keyakinan terhadap prinsip dan hala tuju PKR.Lihat lah berapa ramai yang sudah meninggalkan parti.

aka tak hairanlah bukan sahaja anak muda malah Mahasiswa juga nak muak dengan sikap mereka - mereka ini,dan sebagai impaknya mereka tidak lagi di benarkan menyertai program - program Politik mahasiswa malah di arahkan keluar dari amjli mahasiswa.

Mungkin mereka boleh beri alasan kerana mereka - mereka ini kalah dalam pemilihan tetapi apa halnya yang tak bertanding tetapi hilang keyakinan dan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti.

Beberapa hari lalu CMK sudah pun menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha agung,dan tak lama selepas itu pemikir dan cedikiawan PKR yang terulung iaitu Mat Saman Kati Pula mengambil keputusan untuk melambaikan tangan dan mengucapkan selamat jalan pada PKR.

Akhirnya Sebahagian besar dari pemimpin dan pejuang Anak Muda di dalam AMK yang hilang keyakinan pada parti tapi tidak keluar parti mengambil keputusan untuk menyertai SAMM iaitu satu lagi sayap perjuangan anak muda yang bersifat Radikal dan Konservatif.

Mereka tidak lagi menghiraukan AMK dan mula lah ada yang meminggirkan diri dalam semua program AMK yang di lihat sudah mula tersimpang dari memperjuangkan agenda anak muda.

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) kini mula menjadi destinasi dan pilihan anak muda yang mana di sini tempat yang betul untuk membawa Ispirasi dan aspirasi anak muda yang lebih radikal dan konservatif.

Bukan Melayu tergugat, tapi ketuanan Umno terhakis

Posted: 20 Feb 2011 12:33 AM PST


.KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kebimbangan Umno kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis di bawah kuasa Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali sebaliknya sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyokong pakatan itu.

Sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim berkata, golongan muda tidak harus terpengaruh dengan ketakutan yang ditimbulkan itu kerana perlembagaan bukanlah perkara yang boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.

"Secara realitinya, walaupun perlembagaan itu merupakan dokumen yang boleh dipinda tetapi kita semua tahu tidak cukup untuk dipinda kalau sekadar mendapat dua pertiga.

"Prosesnya cukup ketat, kena dapatkan kebenaran dari Majlis Raja-Raja sebagai contoh. Jadi apa yang nak dibimbangkan?

"Saya pernah sebut dalam PAS, kalau katakan DAP menang majoriti dalam Dewan Rakyat, mereka pun tak mampu buat kalau mereka kata nak pinda perlembagaan berkaitan perkara ini," kata beliau dalam forum Ketuanan Melayu: Umno Rasis atau PR Retorik di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, Ketuanan Melayu kembali dicanangkan Umno selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Umno BN.

Kenapa bising-bising (mengenai ketuanan Melayu) sekarang ini? Timbul hak Melayu makin terhakis, Raja Melayu semakin dipinggirkan?

"Sebabnya senang sahaja. Bukan sebab hak orang Melayu digugat tapi yang menjadi masalah besar ialah hilangnya ketuanan Umno," katanya.

Menurutnya, tanpa melaungkan Ketuanan Melayu, PAS konsisten menjaga perkara yang termaktub dalam perlembagaan ini malah menjadikan perkara tersebut sebagai agenda dalam Pakatan Rakyat.

"Sikap PAS sejak puluhan tahun dulu sehingga sekarang, kita konsisten mempertahankan keistimewaan orang Melayu yang wujud dalam perlembagaan.

"Sebab itu PAS sanggup bersama dalam Pakatan Rakyat, kita tidak kompromi soal tersebut dan perjanjian dibuat bersama Pakatan Rakyat sebelum konvensyen pertama Pakatan Rakyat pada 2009," katanya.

Sehubungan itu, golongan muda tegasnya tidak perlu terpengaruh dengan Ketuanan Melayu yang menjadi agenda politik sempit Umno.

"Momokan ini bagi orang muda yang semakin celik maklumat, kita akan faham bahawa segala kekalutan yang timbul ini semata-mata bersifat politik," katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Ketuanan Melayu hanya mementingkan kuasa politik dominan Melayu tanpa menyedari bahawa kekuatan Melayu yang sebenar ialah jati diri.

"Kuasa politik dominan orang Melayu dikatakan perlu untuk kononnya menjamin kedudukan orang Melayu.

"Kalau tak ada kuasa politik, hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas. Sebab itu Mac 2008 merupakan titik tolak yang sangat besar kerana dilihat berlaku hakisan dominan politik," katanya.

Tambahnya, Melayu terus dilemahkan dengan kononnya terus memerlukan 'tongkat' dari kerajaan untuk maju dalam ekonomi selain diajar untuk mengambil hak bangsa lain jika ingin maju dalam ekonomi.

"Teras yang terus dipasakkan dalam pemikiran Melayu ialah orang Melayu terus perlukan tongkat untuk maju dalam ekonomi kerana tanpa bantuan berterusan dari kerajaan Melayu akan tenggelam.

"Untuk orang Melayu mendapat kedudukan dalam bidang ekonomi, kita perlu ambil bahagian orang lain. Itu yang menjadi teras Ketuanan Melayu yang perlu diteliti kembali," katanya.

Ujarnya, perbincangan mengenai Melayu seringkali disensitifkan tanpa merujuk sejarah secara keseluruhan menyebabkan timbulnya sifat tidak senang Melayu terhadap kaum lain.

"Perbahasan tentang Melayu ini terlalu emosi dan diherotkan perbincangannya. Contohnya bila kita bercakap tentang ekonomi, kita tidak adil apabila menidakkan peranan kaum lain dalam membina ekonomi negara.

"Kalau baca sejarah negeri Johor, berapa ramai yang tahu bahawa dalam tahun 1850-an dan 1860-an lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di sana.

"Kita kena baca sejarah secara keseluruhan, jangan tinggalkan idea tokoh pimpinan dahulu yang banyak beri kesan kepada negara. mereka bukan Umno, bukan Perkasa tapi orang seperti Zaaba, mereka bawa kesedaran kepada rakyat bahawa orang Melayu tertekan dan dimangsakan golongan elit pemerintah dari dulu lagi," katanya.

Turut menjadi panel pada forum yang dihadiri majoriti golongan muda itu ialah Naib Presiden Perkasa, Dr. Asyraf Wajdi dan blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor.

MB Selangor sah akan rombak Kabinet negeri

Posted: 20 Feb 2011 12:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Feb Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.

Menteri Besar juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.

"Kami akan lakukan, kemudian kami akan membuat pengumuman," kata Khalid hari ini. Khalid (gambar) berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Keputusan belum dicapai. Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri," kata Khalid kepada pemberita hari ini.

Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.

The Federation Bloggers difahamkan mereka tidak gembira dengan cara beliau mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Liu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.

Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.

aikk....Dr.Yaakob pegang portfolio apa pulak lepas ni? halamak menangis gurkah - gurkah politik di port!

Kebangkitan Revolusi Mula Merebak Kini Menuju Ke Asia

Posted: 20 Feb 2011 12:13 AM PST


Kebangkitan masyarakat dunia menentang ketidakadilan dan kezaliman mengundang ke arah kebangkitan rakyat.

Baru hari ini kita sedar mengapa pemerintah mengharamkan sesuatu yang sudah pastinya mengubah dan membawa kearah jalan tranformasi.Jawapan nya cukup mudah iaitu mereka bimbang kehilangan kuasa dan kedudukan.

Apabila rakyat semakin marah maka apa sentimen yang perlu dibakar ialah Revolusi ke arah menumbangkan regim yang zalim.Buktinya sudah terlihat di hadapan mata,pilihanraya sudah tidak lagi memberi apa - apa makna.Mungkin rakan - rakan LSS seperti ADUKA TARUNA ,akan bertanya lagi berapa "percent" ia akan merintis ke arah kejayaan.

Tapi apa yang boleh kita buktikan adalah membawa kepada penceritaan sejarah,tetapi hari ini LSS yakin yang ADUKA TARUNA,takkan tanya lagi berapa "percent" kerana di hadapan matanya akan melunaskan berapa "percent" yang harus kita semua gembleng.

Di hadapan mata kita sendiri kita sudah saksikan,mungkin ada juga yang memberikan alasan bahawa kita sudah melalukan perubahan melalui pilihanraya.Tetapi dengan tegasnya saya kata "TIDAK SAMA SEKALI" ini kerana kita hanya menguasai tampuk kerajaan negeri sahaja bukan pusat.


Andai kata ada yang mendakwa perubahan sudah berjaya dengan menguasai 5 negeri ini adalah silap sama sekali kerana baru beberapa hari lepas kita saksikan bagaimana kerajaan gerombolan yang tak punya apa - apa Majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi masih punya kuasa mengawal negeri itu melalui proksi - proksi yang di ciptakan melalui pengubahsuaian perlembagaan negeri.

Jika kita lihat ini hanya lah perubahan yang tidak membawa apa - apa makna dengan erti yang lebih jelas segala institusi yang di kuasai oleh regim masih lagi di kongkong kebebasannya.Kita lihat hari ini apabila gerombolan United Malays National Organisation kini melakukan satu pencerobohan dalam mengekang kebebasan maklumat.

Jadi apa yang kita dapat katakan di sini adalah Pilihanraya tidak ada ertinya tak kira di tenang mahupun di merlimau.Lihat sahaja di Selangor,tampuk kerajaan Negeri sudah di miliki oleh Pakatan Rakyat tetapi kuasa perlantikan jawatan Khas seperti Setiausaha Kerajaan Negeri masih lagi di genggam oleh gerombolan.


Bermula di Tunisia gelombang Revolusi rakyat bermula apabila fenomena pengangguran dan kekurangan peluang kerja dan krisis kewangan bukan hanya dialami oleh Tunisia saja, namun juga menjadi fenomena luas di dunia, dimana negara maju juga terkena krisis kewangan tersebut. Namun, nampaknya himbauan Presiden tidak mendapat respons positif dari rakyat Tunisia.

Kebangkitan kuasa rakyat sedang melanda ke seluruh Jazirah Arab menentang regim-regim diktator, rasuah, zalim dan tidak demokratik yang menindas majoriti rakyat dengan polisi-polisi mengekang kebebasan bersuara, hak asasi dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Kebangkitan ini dengan demonstrasi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

Negara-negara umat Islam lain sedang memperketatkan kawalan keselamatan dengan menambahkan kehadiran pasukan keselamatan di lokasi-lokasi strategik bagi membendung kebangkitan. Negara-negara ini turut merasakan tempias bahang kebangkitan rakyat ini.

Regim-regim ini yang mengamalkan dasar keras dan kukubesi yang hampir sama berada dalam kebimbangan melihat kebangkitan di Tunisia dan di beberapa negara umat Islam.

Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat di Tunisia yang bermula sejak sebulan lalu kerana membantah polisi kerajaan yang tidak dapat mengadakan pekerjaan kepada golongan muda yang terpelajar di negara itu sehingga menyebabkan kadar pengangguran di Tunisia begitu tinggi sedangkan elit pemerintah memperkayakan diri dan keluarga mereka. Jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin terlalu jauh.

Polisi kerajaan terus memperkayakan yang kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kekayaan hanya berkisar di sekitar kalangan pemerintah dan konco-konconya.

Kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan keperluan asas yang tinggi tambah memarakkan suasana penentangan rakyat untuk keluar ke jalan-jalan raya berdemonstrasi.

Perbuatan rasuah, kezaliman dengan tindakan mengekang kebebasan bersuara dengan mengawal ketat dan menguasai media, memenjarakan ahli-ahli politik yang tidak sehaluan dengan kerajaan telah menimbulkan keresahan rakyat yang akhirnya keluar ke jalanraya berdemonstrasi menyebabkan regim diktator presiden Zine El-Abidine bin Ali atau lebih dikenali sebagai Ben Ali ditumbangkan. Ben Ali lari meninggalkan Tunis dan kini tinggal dalam buangan di Saudi Arabia.

Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.

Salah seorang tokoh pimpinan Pergerkan Islam Tunisia, Rachid Ghannuchi kini berada di London tinggal dalam buangan bagi mengelak dari ditangkap apabila Ben Ali mengharamkan beberapa buah parti politik pembangkang.

Apa yang mengambil tempat di Tunisia bagaikan satu ledakan bom jangka dan ia memungkinkan ledakan bom jangka akan berlaku di beberapa buah negara umat Islam lain di rantau Timur Tengah kerana setail pemerintahan regim-regim ini hampir sama dengan cara pemerintahan kuku besi di Tunisia.

Di Tunisia, segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.

Peniruan perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila saorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

Demonstrasi turut mengambil tempat di Jordan dan Kuwiat tetapi laporannya sengaja tidak diperbesar-besarkan. Apa yang berlaku di Tunisia membimbangkan negara-negara umat Islam lain termasuk Saudi Arabia, negara Ben Ali sedang mendapat perlindungan politik.

Perkembangan politik di Asia Barat berlangsung begitu cepat. Regim di Mesir dibawah Presiden Hosni Mubarak setakat ini dapat membendung situasi yang diilhami dari Tunisia walaupun sebelum kebangkitan rakyat di Tunisia, berlaku tunjuk perasaan kalangan aliran koptik kristian di Mesir yang memprotes kejadian pengeboman di gereja mereka menjelang perayaan hari Krismas. Demonstrasi di Algeria, Jordan dan Kuwiat juga setakat ini dapat dikawal.




Regim sementara telah dibentuk oleh Perdana Menteri (PM) Mohammad Ghannuchi yang memasukkan beberapa orang tokoh pemimpin pembangkang dalam kabinet tetapi meninggalkan tokoh pergerakan Islam terutama Rachid Ghannuchi.


Tanpa penyertaan pergerakan Islam dalam kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan perpaduan, tidak akan menyelesaikan konflik politik di Tunisia. Kebanyakan anggota kabinet kerajaan sementara ini masih lagi muka-muka lama yang ada kaitannya dengan Ben Ali. Mereka memegang portfolio penting Pertahanan, Dalam Negeri, kewangan dan Luar Negara.

Keanggotaan kabinet sementara ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat yang menumbangkan regim Ben Ali dan akibatnya kemungkinan demonstrasi jalanan akan diteruskan, walaupun keadaan dikatakan terkawal.

Perlembagaan Tunisia menghendaki pilihanraya diadakan dalam masa 60 hari selepas penubuhan kerajaan sementara. Pentadbiran Mohammad Ghannuchi yang merupakan rakan Ben Ali dijangka akan membuat beberapa pembaharuan politik yang akan membuka ruang parti-parti pembangkang mengambil bahagian dalam pilihanraya.

Di era pemerintahan Ben Ali ada parti politik pembangkang yang diharamkan dan ada pula yang dibenarkan. Tindakan Ben Ali ada kaitannya untuk membendung kebangkitan Islam di Tunisia dan Ben Ali merupakan sekutu AS dan barat yang akrab.

Kelangsungan kebangkitan rakyat di Tunisia telah menukar lanskap politik di Jazirah Arab. Ia memberi harapan kepada kebangkitan Islam di negara itu dan di negara umat Islam yang lain di rantau itu. Perkembangan di Tunisia sedang mendapat perhatian serius AS dan barat yang bimbang dengan kemunculan pergerakan Islam menjadi tenaga politik berkesan di negara itu.

Bersama dengan perkembangan di Tunisia dan negara-negara di rantau itu yang sedang menerima percikan bahang kebangkitan rakyat itu, berlaku dua perkembangan politik penting yang lain iaitu referendum pemisahan Selatan Sudan yang akan menjadikan Sudan terbahagi dua.

Utara Sudan bermojoriti penduduk Islam yang berpusat di Khartoum dan Selatan Sudan bermajoriti penganut kristian. Perkembangan terakhir di Sudan ialah penangkapan pemimpin pergerakan Islam Sudan, Hassan Turabi oleh regim Omar Al-Bashir di Khartoum.

Satu lagi perkembangan yang menegangkan suasana di Timur Tengah ialah tumbangnya kerajaan Saad Hariri di Lubnan, apabila kabinet kerajaan perpaduan (UG) yang disertai blok Hizbullah dan sekutunya seramai 11 orang meninggalkan kerajaan dan tidak akan menerima lagi Saad Hariri menjadi PM.

Tindakan Hizbullah berikutan penerimaan tribunal antarabangsa oleh Saad Hariri yang dianggap Hizbullah bertujuan untuk mengaitkan beberapa pemimpin mereka sebagai mereka yang terlibat dalam mendalangi pembunuhan PM Rafik Hariri pada 2005. Rafik Hariri ialah ayah kepada Saad.

Penerimaan tribunal adalah atas desakan dan tekanan AS dan barat yang ada kaitannya dengan tuntutan regim zionis untuk mengasingkan Hizbullah yang mempertahankan Lubnan dari serangan regim zionis dalam perang yang dilancarkan terhadap pergerakan Hizbullah dua tahun lalu.

Kini gelombang revolusi semakin merebak dan sedikit demi sedikit telahpun menghampiri Asia Timur.Semalam rakyat mesir yang selama ini dikongkong oleh pemerintah yang menjadi barua kepada Israel dan zionis kini bangkit dan bangun menentang.Berinspirasi dari kebangkitan rakyat Tunisia, rakyat di Mesir mula melakukan protes secara besar-besaran untuk menyingkirkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama 3 dekad




Siapa sangka, laman Facebook dan Twitter telah menjadi tempat perbincangan rakyat Mesir terutamanya golongan muda untuk berganding bahu mengadakan protes secara besar-besaran terhadap corruption, kenaikan harga barang yang melampau, kos taraf hidup meningkat dan banyak lagi.

Semangat yang kuat dalam diri, menyebabkan mereka seperti sudah "immune" dengan gas pemedih mata, sudah tidak takut dengan water canon, dan seperti sudah bersedia untuk berhadapan dengan kematian. Rakyat sanggup melakukan apa untuk memperjuangkan hak mereka.

Siapa tidak kenal dengan pemerintahan kuku besi presiden Hosni Mubarak . Gerakan Ikhwanul Muslimin disekat. Penyokong dan pendukung Ikhwanul Muslimin ditangkap tanpa sebab yang logik. Demokrasi tercemar. Siapa lagi yang menyekat pintu masuk ke Gaza kalau bukan kerajaan Hosni Mubarak, sehinggakan bantuan tidak dapat disalurkan kepada rakyat Palestin?
Rakyat mesir tekad untuk bangun,semangat dan kuasa 25 Januari di jadikan sebagai satu semangat untuk memobilisasi gerakan rakyat untuk turun ke jalan raya.Mereka tekad untuk tidak tunduk lagi kepada barua Zionis Israel seperti Hosni Mubarak.
Bermula pada saat mereka (Rakyat Mesir) mula rasa tercabar apabila kerajaan barua Zionis Israel di mesir telah mmberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mencontohi demonstrasi jalanan pro-demokrasi di tunisia.Kerajaan Boneka Zionis ini mula mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang akan turun ke jalan raya.
Dan tepat 25 januari iaitu semalam,adalah hari yang mereka nama kan sebagai "hari kemarahan" dalam facebook dan laman twitter mereka telah turun beramai - ramai ke jalan raya.
Ratusan orang para demonstran mulai turun ke jalan di Kaherah, melaungkan slogan-slogan menentang polis, menteri dalam negeri dan kerajaan. Mereka berkumpul di luar bangunan mahkamah ibukota Mesir terbesar pada hari Selasa dan berbaris di seluruh kawasan bangunan premis di bandar itu.
Demonstrasi yang bermula melalui perbincangan dan kesepakatan melalui laman sosial seperti twitter dan facebook yang mana mereka menamakan sebagai " selepas 25 januari ini,kami takkan berdiam diri lagi" yang mana anak - anak muda mesir sudah mula muak dan kecewa dengan tindak tanduk kerajaan mesir dan mula terfikir bahawa tindakan rakyat tunisia harus di contohi.
Polis anti - rusuhan atau istilah yang lebih tepat kalau di malaysia mereka akan di panggil sebagai FRU bersama kereta perisai dan meriam air telah di kerahkan untuk mengekang para demonstran .Para demonstran menjadikan kampus Universiti Kaherah,Pusat Tahrir dan juga bangunan mahkamah sebagai lokasi perhimpunan dan menunjuk perasaan.
Tepat pada sambutan hari kebangsaan dan juga hari polis yang di sambut sebagai meraikan kehebatan mereka melindungi mubarak selama 30 tahun ini di lihat sebagai satu ujian apakah aktivis web dinamik dapat menterjemahkan gerakan mereka ke dalam tindakan demonstrasi jalanan.
Penganjur Demonstrasi dengan lantang melaungkan slogan " hari revolusi melawan penyeksaan, kemiskinan, rasuah dan pengangguran"

Sama seperti di malaysia,demonstrasi I.S.A menyoroti kezaliman yang telah di lakukan kepada Teoh Beng Hock yang telah mati dalam siasatan SPRM sama seperti di mesir kematian seorang lelaki yang di belasah sampai mati semasa di siasat dalam tahanan polis mesir di jadikan semangat untuk membakar sentimen para demonstran.

Seperti di malaysia,sama juga seperti di mesir,demonstrasi jalanan yang memprotes kerajaan kebiasaannya tidak akan di luluskan permohonan permitnya.namun pun begitu tekat rakyat mesir untuk terus turun ke jalan raya adalah satu gelombang atau kuasa yang sukar di sekat.
Revolusi kebangkitan rakyat kini seolah - olah menjadi satu kuasa atau cahaya yang sedang bergerak dari kota islam Tunis,menyeberangi sungai Nil dan kini sudah tiba ke Timur Tengah.Ianya semakin laju menuju ke Asia Timur,para revolusioner Asia sedang menanti saat - saat manis bilakah cahaya itu akan sampai ke asia tenggara.
Semangatnya,kuasanya kini semakin di rasakan,berjuta rakyat Asia tenggara yang kini menunggu masa yang sesuai untuk mengembleng Revolusi sama seperti di Tunisia,Mesir dan Yaman Barua - Barua Zionis Israel seperti gerombolan United Malays National Oraganisation telah siap sedia untuk di tumbangkan.

Surat Terbuka Untuk Nasruddin Tantawi(nama I/C ke tak ni?)

Posted: 19 Feb 2011 11:57 PM PST


*slack takde handphone besar gabak - kalau ada memang cun - jadi iklan tok ngurut*

Kehadapan saudara ente Nasrudin Tantawi(nama ni betul ke dalam I/C?).

Pertama,nama dalam I/C saya adalah Muhammad Nomy.Saya hanya menggunakan nama Cob Nobbler ketika dalam blog,Nama Nami dalam Facebook,@comradenami dalam Twitter dan nami o fish ketika di Formspring.Jika saya ada terlibat dalam urusan rasmi saya akan menggunakan nama I/C saya.Jika dalam SPM,pemohonan universiti atau surat pemohonan kerja saya meletakkan nama manja saya untuk mengadjas awek seperti nama-nama di atas - saya wajar untuk ditempeleng.

Kalau betul nama dalam I/C anda Tantawi - tak kisahlah,tapi kalau tak - faham-faham aje lah.By the way tulisan ni dalam blog - so tak kisahlah kan kalau saya panggil ente Tantawi je kan?Are we cool here?

OK,umum sudah mengetahui apa political stand saya.Pembaca yang baca TTGB sejak September 2008 hingga kini sudah tahu apa moral stand saya.Saya enggan untuk dilabelkan apa-apa - anarchist,communist,socialist atau apa-apa ist kat belakang instead saya mengaku saya ini seorang sambaltumist,kerana saya peminat sambal tumis.So,sebelum baca apa-apa ini - entry lama saya mungkin nampak macam bau-bau Chin Peng tapi sekarang bau-bau sambal tumis nasi lemak mak ex girlfriend saya Sue di Puchong.Sedap sambal tumis dia.

OK - saya tak kisah apa pendirian anda tentang orang macam saya.Liberal,tak kenal halal-harooom,tak tau beza akhlak mulia dengan nafsu binatang,no - I just cut the crap.The reason why anak muda berzina,berhawa nafsu bersultan di mata beraja di hati it's because SEX IS NATURE.AND MARRIAGE IS LICENSE FROM THE STATE FOR NATURE.

Kita cakap perkara senanglah.Nature manusia ni ada banyak.Makan adalah nature manusia.Tidur adalah nature manusia.Berak juga adalah nature manusia.So,berentot-entot juga adalah nature manusia.Cuba imagine yer,kalau ente Tantawi nak tidur kena ada lesen dulu baru boleh tidur,saudara Tantawi marah tak?Kalau nak kentut kena ada lesen mengentut(bukan mengentot),saudara Tantawi marah tak?Basicly perkahwinan adalah pelesenan terhadap nature manusia yakni seks.Saya tak perlu tulisan Arab panjang-panjang untuk bercakap benda ni sebab saya tak baca tulisan Arab.Tapi saya tahu manusia mana sekalipun akan pasti punya keinginan untuk berentot.Sami yang duduk kat pergunungan Himalaya pun ada nafsu untuk berentot.

So - kenapa saya highlightkan point ini?Ini kerana saudara Tantawi sibuk nak tangkap anak muda berentot.Anak muda yang saudara ingin tangkap muka seorang rempit yang bekerja sebagai McDelivery yang gajinya RM850 sebulan,yang mengharapkan tips dari pembeli McDelivery.Hak ptuih penduduk Malaysia nak bagi tip.Sampai lambat komplen lepas tu bila cakap dengan charge penghantaran siap boleh komplen "eh apasal McValue ni kena tambah RM3.00"?.Celaka sungguh manusia macam ni.

Saudara Tantawi sibuk nak tangkap awek kilang cun-melecun yang nak bertemu dengan seorang mat punk yang bekerja di KK Mart gaji RM760 sebulan.Saudara Tantawi sibuk nak tangkap orang berendut dengan student yang terpaksa jadi tikus makmal menguji ubat dapat RM300 satu hari,pergi berdiri kat tepi jejantas kira berapa banyak kereta lalu - dari pukul 9 sampai 12 tgh malam semata-mata nak dapat RM200(masa aku kat USM aku pernah gak buat benda ni),ataupun jual MLM dengan mengklepet member sebilik yang lain.Mereka ini tidak ada kekuatan yang saya panggil - kekuatan ekonomi.Buat pengetahuan Tantawi - semua perkara dalam dunia ini bergerak kerana ekonomi.Kita semua sanggup lakukan apa sahaja demi ekonomi.Tidak banyak orang sanggup berjalan kaki dari Tanah Melayu ke Mekah semata-mata nak menunaikan haji atau berenang hingga ke Jerusalem untuk menyelamatkan al-Aqsa.Bukan tidak banyak - tidak ada.

Manusia bergerak kerana ekonomi.Ini hakikat dari zaman berzaman.Manusia bergerak dari benua yang bergerak,untuk mencari makanan.Ini ekonomi namanya.Jadi - orang yang saudara Tantawi tangkap ini tidak mempunyai kekuatan ekonomi.Tidak ada kekuatan ekonomi bermakna mereka tidak mampu untuk memiliki lesen berentot yakni berkahwin - sedangkan entot itu adalah tuntutan fitrah manusia.Ini telah dikatakan oleh Sigmund Freud seorang pengkaji psychology.

Cuba saudara Tantawi ni seorang pekerja KK Mart yang bekerja overtime setiap hari untuk dapatkan gaji RM900 untuk survive di Kuala Lumpur ni.Nak dating dengan awek cun pun tak dapat sebab everytime nak dating dengan awek kena kerja.Tak kerja takde soru.Bila ada masa cuti kena kacau,apa saudara Tantawi rasa?Saudara Tantawi best la dapat duduk office besar,jadi orang penting dalam parti walaupun belum jadi kerajaan lagi.Cuba jadi pekerja KK Mart sebulan dan hidup dalam kehidupan sebagai seorang manusia yang hidup di bawah garisan kemiskinan - tengok ada beran tak keluar statement saudara Tantawi selama ni?

Nak suruh kahwin?Cuba kira mas kahwin Wilayah sekarang berapa?Pergi tanya anak-anak dara sekarang wang hantaran dengan mas kahwin berapa sekarang?Pergi tanya katering berapa standard kenduri kendara sekarang.Sedangkan kehendak punai harus dilaksanakan.Zaman anak muda ialah dimana testosterone sedang berlambak dalam badan dan perlu dirembeskan.Tolong belajar sains jangan tidur dalam makmal sains bila belajar sains.Ini adalah lumrah tumbesaran manusia.Ini seperti menahan berak cirit dari terkeluar dan buat-buat kaver hensem atau ayu - kentut-kentut busuk dah terkeluar.

Apa?Masalah anak haram?Masalah buang anak?Masalah itu berlaku kerana wujudnya stigma terhadap masyarakat hasil pembudayaan selama beratus-ratus tahun.Kalau lahir anak luar nikah teruk dikalangan masyarakat lalu malu dan buang anak.Kamon la - nikah ke tak nikah ke - proses entotan dan proses pembesaran bayi dalam rahim tetap sama.Anak nikah atau luar nikah hanyalah ilusi dari daulah yang mengatakan mak bapak ni berentot tak berlesen dari mereka,tu je.Pergi mati la dengan daulah - ini hak peribadi.

Saya seorang manusia yang percaya bahawa manusia yang merdeka adalah manusia yang merdeka dari segala bentuk ancaman dari mana-mana manusia lain yang mahu menguasainya.Macam bila djaman kita belum merdeka - kita dijajah Portugis,Belanda,British dan Jepun.Kita kena dengar orang lain punya arahan.Bila tahun 1957 - ramai cakap kita dah merdeka tapi bagi saya tidak sebab kita masih kena dengar arahan dari pemerintah.Even kalau Pakatan Rakyat memerintah pun saya tak anggap diri saya ni bebas merdeka kerana saya kena dengar cakap Anwar Berahim dan Hadi Awang Serban.Merdeka dalam erti kata sebenar saya ialah saya tak perlu risau ada campur tangan orang lain dalam hal ehwal peribadi saya.

Saudara Tantawi,saudara Tantawi pasti pernah semuda Nyzm Kerplunk yang berusia 17 tahun dan baru habis SPM.Saudara Tantawi pasti pernah berusia 21 tahun dan keluar dari kepompong keluarga menyaksikan betapa indah dan besarnya dunia ini.Pasti pernah menaruh perasaan,pasti pernah jatuh hati,pasti pernah terpikat.Tak pernah sila terjun ke rel keretapi komuter biar mampos sebab no point cakap.Anyway,most of teenagers were like that.Dorang punya testosterone baru nak berkembang dan baru nak mengenal dunia.Some of them macam arwah girlfriend saya masih lagi percaya dengan True Love Waits so I respect with her decision.Ada yang tak.Kita tak boleh paksa semua orang untuk percaya apa yang mereka nak percaya.Saya sendiri tak pernah paksa pembaca saya untuk berpegang apa yang saya percaya.Saya percaya - ramai dikalangan pembaca TTGB ada yang tak bersetuju dengan saya tapi I don't care as long as they just believe with themselves.Dan bukan semua percaya dengan True Love Waits macam arwah Elly yang hanya mahu seks selepas berkahwin.Ini adalah lumrah manusia - ada yang boleh tahan ada yang tak.Macam vegan gak - ada yang larat ada yang tak larat.

Tapi ini hal peribadi.Kalau punai saya pun saudara Tantawi nak ambil tahu,payahlah.Ini punai saya,milik saya.Punai saudara Tantawi,saudara Tantawi jagalah sendiri.Kita masing-masing mempunyai punai,bukan?Panjang pendek itu cerita lain - boleh cari ubat tradisional macam gambir atau urut-urutan.Tapi jangan kerana kegagalan punai saudara semasa muda gagal mencari lokasi - saudara nak menggagalkan punai-punai lain pulak.Ini sabotaj namanya.

Macam saya - semasa saya di bangku sekolah saya seorang yang loser.Takde sorang awek pun nak saya.Tapi bila saya dah besar saya ada awek.First love saya pun umur 18 tahun.Saya terus berusaha dan saya tidak mahu menggagalkan orang lain hanya kerana saya pernah gagal dulu.Saya percaya bila berusaha lama-lama kita berjaya.Malangnya saudara Tantawi malas berusaha untuk dapatkan awek,mungkin kerana berat sangat serban atas kepala tu sampai ego nak mampus sampai takde awek melekat.Kalau buat rambut pacak-pacak macam Mike Shinoda mungkin saudara Tantawi dah ada girlfriend djaman muda dulu.

Jadi saya letih dah meleter panjang.Saya ada banyak point sebenarnya tapi saya percaya orang punya fokus cuma 500 patah perkataan je.Cukuplah sekadar dengan memberi pesan - TOLONG JAGA PUNAI SENDIRI JANGAN SIBUK NAK JAGA PUNAI ORANG

Cerita Dari Teman:Bani Melayu,Maulud Nabi dan Keselebritian Pak Menteri

Posted: 19 Feb 2011 11:54 PM PST



Honestly - Hari Maulidur Rasul atau Maulud Nabi ialah hari membongkang tidur.Aku rasa orang Bani Melayu je lebih-lebih mengalahkan tuan punya birthday.Aku kadang-kadang baca tweet - "Daku rindu padamu Ya Rasulullah" - come on,have you meet him before?Pernah mengeteh sambil sembang-sembang dengan dia.Pernah ke kau main bola sekali dengan dia?Pernah ke kau lepak dengan dia sekali?No right?Then mana datang rindu?Kau bukan hidup djaman dia pun.

Anyway - I don't believe in fake plastic pious based on your guilt after all these while.Ini sama macam kapitalis nak derma juta-juta kat mangsa kebuluran Afrika tapi dalam masa sama menindas kaum pekerja.Derma juta-juta kat mangsa gempa bumi last-last mangsa gempa bumi hanya dapat megi dan kain batik.Kalau best sikit dapatlah sardin.

So - aku mengaku - everytime sekolah aku buat perarakan Hari Maulidur Rasul - aku ponteng dan belasah tido.Pernah nama aku kena ambik dan kena denda - but I don't care.Bagi aku untuk mengingat Rasul bukan membawa sepanduk dan berarak sambil mengharapkan jamuan karipap dan air sirap di penghujung tengah hari - tapi menghayati falsafah commune Madinah serta pengagihan ekonomi dan politik antara Aus dan Khazraj,Muhajirin dan Ansar,Arab dan Yahudi(which in the end dorang halau gak).

Unlike Valentine's Day - which I really celebrate because it's celebration of love(despite being single still I celebrate it because I still got feeling - LOVE),aku tak menyambut Hari Maulidur Rasul.Di Saudi Arabia tempat TANAH TUMPAH DARAH RASULULLAH - they're not celebrating it.Not in Iran.Not in Yaman.Orang Melayu je nak celebrate.As for me - it's good to making some dough.Bulan ni aku agak sengkek - so kalau kerja hari cuti memang awesome.Hari Raya Aidilfitri pun aku belasah kerja inikan lagi Hari Maulidur Rasul.I'm only taking off Hari Pekerja - because I'm a worker.

So - masa pagi tadi nak sampai ke tempat kerja - a good friend called me.Dia adalah seorang kawan baik yang menumpangkan aku rumah semasa aku merempat kais tong sampah untuk makan tengah hari dulu.So he telling me a story about Maulud Nabi today.Sebagai kakitanganpehabetissikuleherperutbahu kerajaan,dia diwajibkan memakai baju Melayu,songkok berlencanakan 1Malaysia dan bersamping bagai.And then dia cakap lagi - the pinnacle of that event bila dif-dif terhormat - dari Agong ke tuan-tuan tanah ke ketua-ketua kampung semua datang.Semua orang jizzing in their pants and giggles excited bila muka-muka pak menteri ni sampai.

"Eeeeeeehhh...Datuk Seri Najib weeeeehhhh"
"Tu diaaaaa...Sultan Pahang..."
"Eh tu sultan negeri aku tu"
"Ehhhhhh isteri Hishamuddin Hussein cunnnn la weeehhh!"


FIRST BANI MELAYU,KAMON.THIS IS PROPHET MUHAMMAD BIRTHDAY.Yang korang sibuk nak eeehh Datuk ni,eeeehh sultan ni apahal?Kalau aku ada kat situ pasti aku jadi macam kawan aku "what the hell I'm doing here,I don't belong here".

First,bukan dorang yang majukan ekonomi negara.It's us.Workers.Kaum pekerja yang memburuh mengerah tenaga untuk ekonomi negara.We're the one should be proud with ourselves.Yang korang kagum dengan dorang sampai terpancut-pancut tu apahal?

And this is led me to the next question:who's more important?Nabi Muhammad or these bunch of people?Well kalau lu tanya aku yang tak menyambut Maulidur Rasul sebab aku takde pseudo pious feelings to cover my guilt ni,gua rasa Nabi Muhammad jauh lagi penting dari muka-muka ni.So,korang ni nak menyambut birthday siapa ni sebenarnya?

Jangan tanya aku,aku bersama jutaan lagi warga negara lain - Saudi Arabia,Iran,Yaman - dan lain-lain - tak menyambut hari ini.Hari macam ni aku anggap macam hari-hari cuti aku yang lain.Plus,gua tak rasa Nabi sendiri pun sambut birthday dia - so what make a fuss?

Dan sambut Maulidur Rasul - dari peringkat sekolah hingga peringkat persekutuan takkan escape dari labon dari geng songkok tinggi atau pak lebai mana yang buat budak kat belakang belasah tido atau main lastik-lastik.KAMON jujur dengan diri sendiri - jangan jadi pentipu dalam bahasa Twitter.Jadi pentipu lepas tu nak tunjuk terel agama ni tak kemana.

Oh by the way aku gembira people starts to revolt again in Iran.Ini make sure yang REVOLUSI ni bukan untuk geng orang tua - sama ada pakai neck tie atau serban atau beret tentera untuk hijack - tapi untuk anak muda.Dan anak muda yang cool adalah anak muda yang tarik selimut dan belasah tido dari berarak dari jalan ke jalan lepas tu dengar buta-buta temberang orang tua.

Member gua kerja kerajaan - kena pergi.Yeah - kerja kerajaan ni kau kena anggap ketua kampung ini macam Kim Jong Il

Tindakan Khalid Ibrahim menjerat Pakatan dalam Permainan UMNO

Posted: 19 Feb 2011 06:35 PM PST

Dalam kenyataan Khalid Ibrahim yang mendakwa masih ada peluang untuk mengisytiharkan DUN Pelabuhan Kelang masih kosong adalah tepat dan bagi LSS itu bukan sekadar tindakan tetapi lebih dari sekadar keputusan yang tepat.

Tetapi apa yang pertikaikan disini mengapa Tan Sri Khalid mengambil keputusan untuk lawan ks itu di mahkamah kerana di sini cukup jelas LSS nyatakan tindakan MB selangor ini telah terjerat dengan permainan gerombolan United Malays National Organisation.

Birapun kita lihat tindakan bodoh orang gila pelabuhan klang membawa membawa kes ini ke mahkamah ternyata telah melanggar perlembagaan persekutuan Malaysia dan tindakan Kahlid untuk lawan kes itu di mahkamah juga melanggar perlembagaan.

Jelas sekali telah kita ketahui bahawa mana -mana mahkamah dalam malaysia ini tak kira mahkamah sesyen,mahkamah tinggi,atau mahkamah tidak boleh membicarakan kes ini.Ini kerana Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 72(1) secara jelas menegah mana - mana mahkamah untuk mempersoalkan tindakan Dewan undangan Negeri.

Dalam Artikel 72(1) menyebut;

"Maka Sahnya mana - mana perjalanan atau tindakan yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri itu hingga tidak boleh di persoalkan dalam mana - mana makhamah sekalipun"

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah melarang mana - mana Mahkamah untuk mempersoalkan atau membicara tentang tindakan yang berlaku dalam Dwan Undangan Negeri.






Sudah di ingatkan berkali -kali pada semua pemimpin pakatan,kalau gerombolan ajak main bola kenapa kita mesti main bola??

kalau gerombolan ajak main konda - kondi mengapa kita mesti main konda - kondi???

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Kim adalah tepat dan tak perlu di pertikaikan dan jika di pertikaikan maka ianya bukan sahaja melanggar perlembagaan malah melanggar Doktrin pengasingan Kuasa yang di amalkan selama ini (A.I.D).

Sepatutnya Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim harus mengabaikan tindakan orang gila pelabuhan klang yang memfailkan kes itu di mahkamah dan terus menggantung orang gila pelabuhan klang dari kerusi DUN nya.

Dan seharusnya Speaker dan Menteri Besar juga perlu buat "tak peduli" jika mahkamah membuat tindakan untuk menyebut dan membicarakan kes itu.

Andai kata mahkamah mengeluarkan perintah untuk mendakwa Kerajaan negeri atau Dewan Undangan Negeri maka secara automatik Mahkamah telahpun secara rasmi melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tindakan mahkamah boleh di pertikaikan di bawah artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Speaker tak perlu hantar peguam,tak perlu lawan di mahkamah kerana ini semua adalah permainan gerombolan untuk menjerat Pakatan dalam perangkap mereka,apa yang pelu di lakukan oleh speaker ialah terus jalan tugas dengan tegas dan abaikan tindakan mereka yang mengheret mahkamah.

Kerana jelas sekali tindakan speaker di lindungi oleh perlembagaan! buat apa nak takut,ini semua alah perencanaan gerombolan yang mahu menjerat Pakatan Rakyat sama seperti Menjerat Pakatan Rakyat Perak dalam taktik kotor mereka.

Pas, PKR dalam keadaan bahaya dalam menghadapi PRU-12

Posted: 19 Feb 2011 05:00 PM PST

Pas, PKR dalam keadaan bahaya

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi sekiranya undi Melayu lari lima peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak kebelakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Menurutnya, melalui laporan sejak PRU lalu, kemenangan calon Pas berpunca daripada undi kaum bukan Melayu, sekali gus menggugat hasrat PR menawan Putrajaya.

"Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu, undi Pas tinggi jika ada majoriti Melayu, tetapi hari ini bertentangan sama sekali.

"Bagaimana sebuah parti memperjuangkan Islam tidak berjaya mendapatkan sokongan Melayu Islam? Di mana silapnya?" katanya pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di sini, semalam.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana pada PRU lalu, kebanyakan calon PR menang disebabkan banyak faktor, di samping trend Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini.:

"Mengikut perkiraan, jika undi Melayu lari lima peratus, kemungkinan PR akan kehilangan 34 kerusi Parlimen seluruh negara.

"DAP dijangka kekal kerana undi dari kawasan majoriti Cina membantu mereka," katanya.

Selain itu, Chin Huat turut mempersoalkan sama ada trend itu dikatakan kegagalan atau kejayaan Pas dalam mendapatkan sokongan bukan Islam.

Konvensyen di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu daripada sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi sekiranya undi Melayu lari lima peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak kebelakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Menurutnya, melalui laporan sejak PRU lalu, kemenangan calon Pas berpunca daripada undi kaum bukan Melayu, sekali gus menggugat hasrat PR menawan Putrajaya.

"Itulah kenyataannya sekarang, kalau dahulu, undi Pas tinggi jika ada majoriti Melayu, tetapi hari ini bertentangan sama sekali.

"Bagaimana sebuah parti memperjuangkan Islam tidak berjaya mendapatkan sokongan Melayu Islam? Di mana silapnya?" katanya pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di sini, semalam.

Menurutnya, kebimbangan itu berasas kerana pada PRU lalu, kebanyakan calon PR menang disebabkan banyak faktor, di samping trend Pilihan Raya Kecil (PRK) kebelakangan ini.:

"Mengikut perkiraan, jika undi Melayu lari lima peratus, kemungkinan PR akan kehilangan 34 kerusi Parlimen seluruh negara.

"DAP dijangka kekal kerana undi dari kawasan majoriti Cina membantu mereka," katanya.

Selain itu, Chin Huat turut mempersoalkan sama ada trend itu dikatakan kegagalan atau kejayaan Pas dalam mendapatkan sokongan bukan Islam.

Konvensyen di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu daripada sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Penulis Lirik Lagu Isabella Sertai PAS

Posted: 19 Feb 2011 04:37 PM PST


KOTA SARANG SEMUT - Pemuda Pas seluruh negara yang berhimpun pada Himpunan Pemuda Pas 30K dikejutkan dengan kehadiran pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman di atas pentas bersama pemimpin tertinggi Pemuda Pas.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK), Mohd Nasir Zakaria berkata, kehadiran Bob Lokman dirahsiakan untuk memberi kejutan kepada Pemuda bahawa golongan selebriti juga tertarik kepada parti itu, sekali gus membuktikan Pas menjadi pilihan individu dari pelbagai latar belakang.

"Saya percaya penyertaan Bob Lokman akan menjadi nadi penarik kepada golongan muda. Ini juga membuktikan Pas bukan parti yang negatif dan tindakan itu dapat memberi nafas baru kepada golongan muda Pas, selain menunjukkan Pas tidak pernah pandang serong pada golongan artis," katanya.

Pada perhimpunan itu, Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, dan mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Tiada ulasan: