Anak Sungai Derhaka |
- Gambar : Sekitar Himpunan 30,000 Pemuda PAS
- Timbalan Menteri ni nak kena pecat ke?
- Siapa Akan Lari, kalau bukan Najib sendiri??
- Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuangan, kata Anwar
- PANAS!! Beberapa Pemimpin UMNO turut mendengar ucapan DSAI semalam...
| Gambar : Sekitar Himpunan 30,000 Pemuda PAS Posted: 20 Feb 2011 07:24 AM PST Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Azizan. Berikut adalah sedikit gambar yang telah dirakamkan oleh Saudara Mohd Ali Hashim dari Siasah di sekitar himpunan 30,000 Pemuda PAS yang telah berlangsung di di Markas PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah,yang telah dterima melalui e-mail untuk dikongsi bersama. Himpunan kali ini jauh lebih baik dari himpunan sebelumnya yang telah diadakan di Perak tahun lalu.. |
| Timbalan Menteri ni nak kena pecat ke? Posted: 20 Feb 2011 06:13 AM PST Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.Jika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan. Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil. Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok. Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar. "Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin. Malaysiakini |
| Siapa Akan Lari, kalau bukan Najib sendiri?? Posted: 20 Feb 2011 02:35 AM PST PERMATANG PAUH, 20 Feb: Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini. Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia. "Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu. "Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya. Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin. Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997. Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap. Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah. Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya. "Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh. TKM1 Datuk Mansor Turut kelihatan bakal Calon N10? YB Yusmadi sedang melepas geram berkenaan isu 'My Balik Pulau' Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf. Berita : Harakahdaily |
| Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuangan, kata Anwar Posted: 20 Feb 2011 12:30 AM PST SEBERANG PERAI 19 FEB: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keyakinan terhadap semangat rakyat Malaysia menjadi pendorong untuk beliau meneruskan perjuangan membela mereka yang tertindas meskipun berdepan dengan perbicaraan fitnah dan serangan peribadi yang berterusan dari Umno dan media arus perdana. Sambutan hangat kepada ceramah perdana Anwar menzahirkan sokongan mantap akar umbi terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau saban hari mengharungi asakan pemimpin-pemimpin Umno serta media kawalan pemerintah dalam cubaan untuk menghakis sokongan terhadap beliau. Anwar juga berdepan dengan perbicaraan liwat untuk kali kedua yang sekali lagi diwarnai dengan keterangan-keterangan bercanggah oleh doktor pakar dan pengadu serta kekangan mendapatkan dokumen. Pendakwaraya juga enggan memanggil Najib Razak sebagai saksi yang menemui Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau melontar tuduhan fitnah itu terhadap Anwar pada tahun 2008 Berucap kepada lebih 10,000 di sini malam tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata beliau tetap akan mendokong perjuangan itu dan tidak akan 'lari' walaupun berhadapan dengan jentera kerajaan dan Umno yang cukup besar. "Tak perlu gaduh, saya tak lari. Kalau saya nak lari tahun 1998 saya dah lari dah. Ini datang pilihanraya akan datang saya nak tengok siapa yang lari. Datuk Najib tak perlu risau macam saya cakap dulu nak lantik dia jadi Duta Besar Malaysia ke Mongolia." kata Anwar disambut tepukan dan sorakan gemuruh hadirin di Padang Awam Taman Gemilang Seberang Jaya. Anwar berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan terus mengangkat konsep keadilan yang dituntut oleh Islam demi memberi pembelaan kepada semula lapisan rakyat tanpa mengira agama dan kaum. Namun bagi Anwar, semua permasalahan yang dihadapinya tidak menghalang beliau untuk terus bergerak ke seluruh pelusuk negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat atas keperluan menamatkan era pemerintahan BN yang disalut dengan kronisme dan rasuah di bawah kepimpinan Najib. Hubungan antara kaum sejak dua tahun lalu, juga dilaporkan semakin terjejas dengan Najib memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia membakar sentimen perkauman dengan memutuarbelitkan isu-isu tertentu demi menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno. Badan kehakiman kembali tercalar dan Peguam Negara serta polis sekali lagi dijadikan 'aparatus' untuk menzalimi rakyat sebagaimana yang terbukti dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan tahanan-tahanan dalam lokap polis. Merujuk kepada pendakwaan yang dihadapinya sendiri, Anwar dengan sinis mengatakan beliau tidak akan lari walaupun menghadapi pendakwaan fitnah dan pemimpin Umno mahu menghumbannya kembali ke penjara. "Apa macam drama ini? Kalau di dunia lain, dah lama kes seperti ini dibuang. Saya nak beritahu Najib dan Rosmah jangan takbur. Ikut undang-undang. Jangan aniaya orang," katanya. Anwar berkata beliau bersyukur rakyat dan masyarakat antarabangsa menolak fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media arus perdana, Kita kena ingat, penghayatan begitu rupa. Saya minggu lalu bercakap di A.S disambut baik. TV 3 tak keluar, tak apa..Macam TV Mesir. sebab itu saya nak ingatkan, Utusan pun jangan sombong dan takbur sangat," katanya. |
| PANAS!! Beberapa Pemimpin UMNO turut mendengar ucapan DSAI semalam... Posted: 19 Feb 2011 08:39 PM PST Semalam 19 Feb, telah berlangsung satu Ceramah di Padang Awam Sembilang Pantai, Seberang Jaya. Antara penceramah yang hadir ialah YB Sim, YB Yusmadi Yusoff, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan DS Anwar Ibrahim. Berapa lama nak tunduk?? Bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim sebagai penceramah utama kehadiran pendengar melebihi 5000 malah mencecah 10,000 hadirin. Tetapi yang luarbiasanya semalam ialah kelibat beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang turut kelihatan mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim itu. Antaranya ialah seorang pemimpin UMNO yang pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengoyak gambar Koh Tsu Koon suatu masa lalu bersama dua lagi pemimpin UMNO dari Kepala Batas. Malah turut kelihatan ialah ADUN Seberang Jaya sendiri, yang mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dari dalam MPV Nazaria miliknya dan turut kelihatan ialah Ketua Perhubungan UMNO Permatang Pauh yang meletakkan keretanya agak jauh dari tapak ceramah.. Dah kelihatankan? tapi tak jelas? Akhirnya.. kenalkah anda siapa dia dan dua orang lagi yang bersamanya itu?? Jika pemimpin UMNO sendiri telah mula terbuka hati mereka untuk mendekatkan diri dengan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin dari PKR yang lain dan duduk bersila dihadapan pentas bersama ribuan rakyat .. mengapa pencacai UMNO masih berdegil menolak Pakatan Rakyat?? Fikir fikirkan... |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan