Pahang Daily Online |
- Isu 'Bayaran Kembali' Potongan Bantuan Tanam Semula Getah (SES) Kerajaan Akhirnya Bersetuju Timbang Tiga Pilihan Buat Para Peneroka Felda !!
- Orang Ramai Terkejut BN Terus Hulurkan Projek Mee Segera Di Kerdau , Apakah Kerajaan Khuatir Tidak Dapat Undi Daripada Rakyat Itu Gamaknya
- PAS Mahu Berusaha Merampas DUN Kerdau, Biar Pun Tahu BN Sudah Pasti Menggunakan Berbagai Taktik Kotor Mereka Bagi Pertahankan Kerusi Itu!
- Galeri Foto Di Hari Penamaan Calon PRK Kerdau, SPR Wajar Untuk Pantau Kedudukan Dan Lokasi Penyokong Demi Kebaikan Bersama Semua Pihak
- Mantan PM 'Tun Mahathir' Semakin Nyanyuk Bila Mengatakan Anwar Ibrahim Dan Nik Aziz Sebagai Pengkhianat Kepada Bangsa Melayu Di Negara Ini
| Posted: 27 Feb 2011 05:38 AM PST
[Satu tindakan yang dilihat agak terdesak dalam mengambil semula hati para peneroka agar menyokong kerajaan UMNO BN sekarang ini. Isu bayaran kembali ini sudah berlarutan agak lama dan sepatutnya Felda sudah membuat tindakan sejak awal-awal lagi, terutamanya kepada mereka yang taman semula sendiri. Tapi anehnya ia ditahan, sedangkan potongan tersebut telah dibuat setiap bulan daripada hasil pendapatan peneroka sendiri. Kini, apakah wajar Najib membuat pengumuman tersebut ketika Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Kita takut, peneroka memberontak dan mengatakan ia hanya satu "trick" untuk memancing undi mereka. Apapun, tawaran tersebut wajar disambut baik juga oleh peneroka. Lebih elok dapat daripada terus menunggu "bulan jatuh ke riba". Tahniah ANAK kerana turut memperjuangkan isu ini. Akhirnya ia menjadi isu pilihanraya yang perlu ditangani oleh kerajaan itu sendiri. Cuma, harapannya agar peneroka membuat keputusan bijak dan pilihan yang tepat. Janganlah terpengaruh dengan dakyah atau hasutan yang boleh membawa keburukan kepada diri sendiri. Buatlah perubahan mulai sekarang untuk kebahagiaan hari esok]. |
| Posted: 26 Feb 2011 08:32 PM PST Orang ramai yang melalui jalan Temerloh ke Kuala Krau petang semalam terkejut dengan senario yang berlaku di sekitar kawasan pilihan raya DUN Kerdau. Apa tidaknya, bermula dari Kg.Desa Murni hingga ke Kuala Krau, suasananya bagaikan pesta. Orang ramai termasuk pemimpin parti politik membanjiri lokasi terbabit kerana mahu bersama rakyat berkempen dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau yang bakal berlangsung 6 Mac ini. Bagai yang dijangka, projek-projek "mee segera" mula turun ke kawasan Kerdau sekarang, biarpun ketika di Bukit Gantang dulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata BN tidak akan menggunakan strategi projek mee segera untuk memancaing undi dalam mana-mana pilihan raya. Namun, itu hanyalah sekadar omongan kosong semata-mata. Kini di Kerdau, semua boleh menyaksikan berbagai projek mula turun mencurah-curah sekarang. Projek perumahan rakyat termiskin, gelanggang futsal, dewan orang ramai, pencawang telekomunikasi, balai polis, sekolah dan sebagainya kini turun ke Kerdau. Pendek kata, bertuah sungguh bila berhadapan dengan pilihan raya kecil seperti ini sebenarnya. Kenapa, senario ini terus berlaku?. Sedangkan jika BN tidak mencurahkan projek mee segera sekali pun pengundi mereka akan tetap memangkah calon parti terbabit. Begitu juga penyokong PAS akan tetap undi parti itu. Maknanya, kalau pilihan raya itu dijalankan secara adil dan saksama, tiada janji-janji projek mee segera mungkin juga masing-masing akan menang. Soalnya, kenapa BN terus mencurahkan projek berkenaan kepada rakyat?. Mereka seperti tidak merasa malu dan terus melakukan perbuatan yang sama. Sedangkan jika mahu menang sekali pun, tidak perlu buat itu semua. Hanya orang yang takut sahaja akan berbuat demikian sebenarnya. Apakah BN takut rakyat tidak sokong mereka, sedangkan mereka dilihat semakin kuat sekarang?.[Gambar di atas adalah projek menurap jalanraya yang dijalankan oleh Roadcare berhampiran dengan Markas Induk PAS di Kerdau semalam. Jalan sesak beberapa kilometer akibat kerja-jerja ini. Malu benar bila melihat kerja memperbaiki jalan yang dibuat pada Hari Pencalonan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau itu. Nampak sangat BN cuba memperbodohkan rakyat untuk membuktikan mereka "menjaga kebajikan mereka". Sedangkan selama ini jalan-jalan yang rosak terbiar begitu sahaja tanpa pembelaan. Di Kerdau misalnya, satu projek perumahan di Kg.Paya Taram yang sudah terbengkalai selama lebih 15 tahun akhirnya mendapat peruntukan baru sebanyak RM2.2 juta daripada kerajaan. Bayangkan selepas 3 kali pilihan raya umum projek itu masih terbengkalai?. Bagaimana agaknya jika tiada pilihan raya kecil di Kerdau seperti sekarang ini. Makanya, apakah projek-projek seperti ini akan datang mencurah-curah? Atau mungkinkan projek terbengkalai itu akan diteruskan dan bajet baru dihulurkan oleh kerajaan pusat. Semua ini adalah satu fenomena biasa dalam piliharaya sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak berfikir dan membuat keputusan, kenapa perlu disogok dengan sesuatu yang diluar jangkaan itu]. |
| Posted: 26 Feb 2011 07:20 PM PST ![]() KERDAU, 27 Feb [11.31 am] - Presiden PAS, Dato' Hj.Hadi Awang (foto) menyifatkan perjuangan menentang UMNO BN harus diteruskan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau pun UMNO menggunakan taktik kotor dalam setiap kali pilihan raya ditambah lagi dengan kerjasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun mahu atau tidak PAS perlu menyuburkan amalan demokrasi itu. Beliau berkata demikian dalam satu taklimat ringkas dihadapan para petugas dan penyokong parti itu dekat Kg.Desa Murni semalam. "Puak-puak BN hanya tahu ingin menang sahaja, mereka sanggup berbuat apa saja untuk itu hatta menipu dan menabur wang dalam pilihan raya. Inilah yang berlaku, masalahnya jika kita tidak lawan mereka akan kata kita takut. Jika kita lawan mereka main kotor. Kalau kita tidak lawan kita bodoh", katanya. Perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam dan kita tidak mahu kemenangan itu dicapai secara kotor. Tapi UMNO sanggup melakukannya demi mempertahakan kuasa biar pun mereka tahu telah ditolak rakyat secara keseluruhan sebenarnya. [Amalan demokrasi tercemar dengan tindakan yang jelas bercanggah dan tidak sepatutnya itu. Beliau menyeru petugas PAS bekerja lebih gigih untuk memastikan kemenangan calon parti itu. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Calon PAS DUN Kerdau, Hasanuddin Salim serta beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Apa yang jelas dapat dilihat, PAS sedaya upaya mahu merampas DUN Kerdau daripada BN dalam pilihanraya kecil ini. Ia mungkin bagi menyuntik semangat perjuangan ke arah menawan Pahang dalam pilihanraya umum akan datang agaknya. Cuma di sini, PAS perlu lebih menumpukan gerak kerja di kawasan Felda dan Felcra yang dipercayai ada lebih 3,000 pengundi]. |
| Posted: 26 Feb 2011 06:54 PM PST Krew kami di Pahang sempat merakamkan gelagat para penyokong kedua-dua parti yang bertanding semasa Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau semalam. Ternyata, Hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau berjalan baik dan tidak ada adengan yang tidak diingini dilihat terjadi. Cuma sepatutnya, padang yang luas di hadapan Dewan Tun Razak digunakan sepenuhnya untuk penyokong kedua-dua pihak. Bahagikan sama rata di kedua-dua belah kawasan dambil disempadani dengan kawat duri dan penjagaan FRU. Ia adalah lebih adil daripada membiarkan penyokong Pakatan Rakyat diletakkan di satu kawasan yang agak tidak selesa berbanding dengan tapak kepada penyokong UMNO BN. Gambar foto yang dipaparkan disini adalah hak milik Pahang Daily Online (PDO). Kami memohon maaf andainya ada gambar yang kurang sesuai atau boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Di bawah pula ialah gelagat di kawasan yang menempatkan kawasan penyokong UMNO BN itu. Keadilan perlu diberikan kepada semua pihak. Itu belum termasuk tong sampah yang tidak diangkut oleh Alam Flora yang sengaja dibiarkan di kawasan penyokong PAS. Ini menimbulkan satu suasana yang jelas tidak selesa sebenarnya. SPR perlu memantau perkara ini dan hendaklah dilihat benar-benar telus dalam menjalankan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 6 Mac ini. Bukankah mereka sudah tahu hari penamaan calon 26 Feb, kenapa dibiarkan tong sampah berada betul-betul berada di sempadan tempat penyokong PAS dengan kawad duri yang direntangi oleh FRU itu?. Sepatutnya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengarahkan Alam Flora mengambi tong-tong sampah terbabit. Tambah mengejutkan kawad duri sengaja diletakkan sebelum tong sampah. Apa salahnya diletakkan selepas tong sampah. Ini adalah satu tindakan mengarut yang sengaja dipermainkan oleh mereka yang tidak bertamadun. [Semoga pihak terbabit dapat memantau perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap apa yang kami laporkan ini hendaknya. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita kerjakan. Usahlah mendabik dada kononnya kita telus dan adil jika perkara sekecil ini pun kita bias terhadap pihak-pihak tertentu. Paling menarik ialah, di kawasan penyokong PAS kelihatan banyak gerai-gerai jualan yang disediakan. Suasananya sungguh meriah sekali umpama pesta. Namun, di kawasan penyokong BN agak sepi dan malap sekali. Mungkin masing-masing dibekalkan dengan air dan makanan percuma agaknya. Apapun, selamat berkempen dan berjuang. Pastikan permainan bersih dapat ditunjukkan agar ia memberi keselesaan kepada semua pihak selepas ini. Kami akan terus melaporkan secara telus dan adil apa yang berlaku di Kerdau. Selamat berjuang buat semua di DUN Kerdau]. |
| Posted: 26 Feb 2011 04:23 PM PST
[Kenyataan Mahathir ini sebenarnya sudah tidak relevan lagi buat rakyat Malaysia hari ini. Jika 10 atau 20 tahun lepas beliau berkata demikian, mungkin ia boleh diterima pakai. Namun, sekarang bukan masanya untuk beliau membuat penilaian terhadap musuh-musuh politiknya. Beliau harus sedar, sejak 22 tahun memerintah apakah yang terjadi kepada nasib orang Melayu di negara ini?. Bangsa mana yang terus terpinggir dari arus pembangunan dan ekonomi sebenarnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas hanya memperkayakan suku sakat mereka sahaja, sebaliknya orang Melayu secara keseluruhannya masih berada pada paras kemiskinan yang semakin kritikal. Rakyat hanya mendapat limpahan kemewahan tatkala ada sesuati pilihanraya kecil seperti yang berlaku di Kerdau dan Merlimau sekarang ini. Selebihnya, segala projek di sapu oleh pemimpin UMNO BN yang tidak pernah puas-puas untuk memperkayakan diri masing-masing. Orang Melayu bijak menilai sebenarnya, bukan seperti Mahathir yang sudah nyanyuk dan mudah lupa itu. Oleh itu, elok sahaja beliau berehat dan beramal kerana bila-bila masa sahaja maut akan menjemputnya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan