Ahad, 27 Februari 2011

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


Speak Nothing But Truth!

Posted: 26 Feb 2011 08:29 PM PST



When making any public speeches, government officials must remember that their words and actions will be widely reported and Malaysians all over will get to read, analyze and react to the content. As such, nothing but the truth must be spoken lest one makes a fool of himself and be on the receiving end of brickbats.

In this article HERE, Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said that Malaysians have to be grateful for the deeds and struggles made by those before them so that racial harmony in the country can be maintained.

I am quite sure that Malaysians appreciate racial harmony in our own backyard and are well aware of what our forefathers went through, thanks to propaganda, the official history syllabus, the stories that our relatives and loved ones have shared with us not forgetting the influence of the mass/alternative media.

As a product of the system, I am sure none can forget our history/ origins and the necessity to show courtesy to every race.

However, there are certain quarters who DO NOT SHOW COURTESY to every race. We all know who/what they are and yet, action has NOT been taken. At the end of the day, words must match actions and conscience. If not, it is all empty talk!

This report HERE said that Rais likened the opposition parties to a fish.

"Sometimes, this fish, after living for so long forgets that it lives in water. Try placing it on the sand for an hour. Place DAP, PAS, PKR in hardship for a while, they will remember," he said.
Well, Lim Kit Siang and Lim Guan Eng have been ISA-ed. Hindraf leaders have been in detention. DSAI has also gone through lots of hardship in his detention and trial proceedings. PAS has had their own share of challenges.
Baca Selanjutnya.....

HIDUPKAN ISTILAH ‘WANG PEMBAYAR CUKAI’ DALAM MEDIA

Posted: 26 Feb 2011 07:49 PM PST



Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
i. Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
money1.jpg
 ii. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau PR atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.
Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut "kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini". Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan "kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat".
iii. Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seolah-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam kempen politik mereka.
iv. Sesebuah kerajaan BUKAN dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
v. Istilah 'taxpayers money', atau 'taxpayers fund' atau 'taxpayers dollar' sering digunakan dalam media negara maju apabila memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}

Tanyalah sama pokok apa sebab goyang....Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang!

Posted: 26 Feb 2011 06:19 PM PST


Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan.  Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta.  Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka.  Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.  Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

"Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara.  Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan," Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte.  Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com.  Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti.  Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya.  Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu?  Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik.  Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.

Telahan Anwar Ibrahim (gambar kiri, tengah) bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan.  Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi.  Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya.  Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian.  Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia.  Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

Selesainya urusan terpenting: Kejayaan Revolusi! 

Sekali imbas, dunia boleh mengatakan urusan "terpenting" rakyat di Tunisia dan Mesir telah hampir selesai.  Kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir semestinya memberi solidariti moral dan motivasi kepada tempat-tempat lain.  Kini, Bahrain yang pernah menjadi taklukan Empayar Parsi dan pernah berada di bawah jajahan British pula menyaksikan bagaimana rakyat sedang bangkit untuk menggulingkan pentadbiran monarki keluarga al-Khalifa.  Jabal ad-Duklan bakal menjadi saksi kebangkitan rakyat Bahrain!  Benar kata pujangga Melayu; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.

Begitu juga apa yang berlaku di Libya.  Bumi Umar Mokhtar ini telah menyaksikan lebih 400 rakyat Libya menjadi syahid atas keberahian Muamar Ghadafi (gambar kanan) yang telah memegang tampuk pemerintahan lebih empat dekad lamanya.  Rakyat Libya diugut sedemikian rupa dan menjanjikan maut untuk penentangnya.  Semua ini merupakan sebuah fenomena yang dahsyat dan menakutkan sesetengah pihak.  Menurut Anwar dalam tulisannya di Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2011; apa yang berlaku di Tunisia merupakan fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Melihat perkembangan di Tripoli.  Ghaddafi berucap penuh emosi sambil melaungkan sentimen patrotisme, penuh ego dan dilihat desperado.  Beliau meletakkan penentang beliau sebagai pengkhianat negara manakala anaknya Saif al-Islam menuduh protes besar-besaran ini berpunca dari pihak asing untuk menjatuhkan pemerintahan Islam.  Saif juga mengancam untuk memerangi penentang sehingga peluru yang terakhir!

Di sini kita dapat melihat hikmah terbesar kebangkitan yang berlangsung di dunia Arab.  Semakin lama sesebuah kerajaan itu memerintah, semakin banyak penyelewengan dan penindasan berlaku terhadap rakyat dan negara.  Akhirnya, rejim tersebut dijatuhkan oleh tangan-tangan rakyatnya sendiri.  Semakin rakyat ditekan dan ditakut-takutkan, semakin mereka bangkit menuntut pembebasan!  Saya ingin bersoal, apakah BN mengambil pengajaran dari situasi ini?  Apakah BN masih tidak sedar bahawa semakin lama mereka memerintah, harta negara semakin dikikis, salah guna kuasa semakin berleluasa, integriti terhakis, malah kebebasan bersuara juga dirasakan semakin sempit?

Penyelewengan nilai dan makna patriotisme

Saya tertarik dengan apa yang telah diucapkan Ghadafi dan anaknya Saif.  Kata-kata sebegini seperti selalu sahaja kita dengari.  Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional.  UMNO sebagai tulang belakang BN sering sahaja menuduh Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengkhianat negara dan agen asing.  PAS pula dicop sebagai pemecah belah "orang Melayu" dan Islam, manakala DAP dianggap sebagai golongan yang memusuhi Islam - Perjuangan parti-parti ini harus ditolak kerana ia berbahaya dan akan memporak-perandakan negara.  "Teks" yang diulang saban waktu dan ketika ini adalah 100% tidakpun 99% sama seperti apa yang telah diucapkan oleh Ghaddafi.

Dalam konteks Malaysia, makna dan nilai patriotisme telah diseleweng dan disempitkan.  Patriotisme telah dimaknakan seolah-olah mencintai tanah air itu dengan mencintai pemimpin, mencintai parti, mencintai kaum masing-masing.  Maka, minda rakyat sedikit sebanyak telah menyimpang dari semangat dan makna patriotisme sebenar.  Sepatutnya patriotisme sebenar bermaksud membebaskan tanah air ini dari cengkaman pemerintah yang zalim dan buas.  Mengembalikan hak dan maruah negara yang telah lama cacat.

Demokrasi dan Revolusi di Malaysia?

Nilai dan semangat demokrasi telah lama pudar.  Lihat sahaja laporan Economist Intelligence Unit yang mencatatkan status Malaysia dalam indeks demokrasi 2010 berada pada tangga ke 71 daripada 167 buah negara berbanding tangga ke 68 tahun 2008.  Malaysia telah lama menanti saat baru kebangkitan rakyat.  

Sama ada melalui pilihanraya mahupun jalan raya, kemenangan rakyat harus difokuskan kepada pembaikan sistem demokrasi dan urus tadbir yang telah lama diperkosa.  Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara ini berada dalam kawalan manusia tertentu sahaja.  Kekayaan negara adalah hak milik kita yang harus dituntut.  Lihat sahaja isu minyak yang semakin naik.  Rakyat Malaysia dibebani dengan apa yang mereka ada yang sepatutnya bukan menjadi isu.

Ini merupakan sebuah soalan popular.  Akankah Malaysia direvolusikan?  Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya.  Ada yang sinis dan ada yang optimis.  Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain.  

Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa.  Sambil berlawak beliau berkata, "Orang Melayu khususnya telah lama diArabkan...sedikit masa lagi negara ini akan jadi negara Arab!  Revolusi akan bermula di Ain Arabia Bukit Bintang!" Ujarnya tersengih.  Apapun pendapat yang dilontarkan, kita boleh simpulkan bahawa revolusi adalah tekad dan kesungguhan, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.

Semangat Dataran Tinanmen dan Mahasiswa Malaysia

Kebangkitan mahasiswa memberi makna besar bagi sesebuah negara.  Kebangkitan mahasiswa bererti mungkin atau telah berlaku sebuah anjakan mahupun revolusi minda.  Minda yang telah direvolusikan beerti pencerahan, pemahaman dan pengukuhan nilai telah berlangsung.

Mari kita imbau kembali apa yang telah pada April 1989.  Dataran Tiananmen di Beijing menyaksikan kebangkitan lebih 100,000 mahasiswa dan golongan intelektual bersama rakyat menuntut pembaharuan demokrasi di China.  Kebangkitan ini tercetus akibat kematian Hu Yaobang; Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu yang dikenali sebagai susuk yang menyokong reformasi politik dan ekonomi China.  

Mereka berhimpun secara aman di dataran tersebut selama hampir tujuh minggu sehinggalah tragedi berdarah berlaku.  Sehingga saat ini, tiada angka kematian rasmi yang dicatatkan dan dipercayai ribuan demonstran telah terbunuh.  Saya terkesan dengan keberanian mereka.  Ternyata perjuangan mereka ini sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam liberalisasi politik dan ekonomi di China.

Apabila pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar; ia membawa erti yang sangat besar kepada gerakan mahasiswa keseluruhannya.  Tekanan yang diberikan pentadbiran universiti bukan semata-mata bersifat mental malah fizikal.  Titisan darah yang mengalir adalah saksi kezaliman pentadbiran universiti dalam mengekalkan monopoli kekuasaan mereka.  Gerakan pelajar dilihat sebagai gerakan pembangkang yang harus disekat manakala gerakan pelajar Pro Aspirasi pula dilihat sebagai memenuhi tuntutan pentadbiran?  Ini merupakan pencabulan asasi kepada mahasiswa.  Ke manakah hilangnya kewarasan dan kebijakan pentadbiran universiti?  Mungkinkah juga berada dalam seluar dalam Saiful Bukhari Azlan?

Rakyat perlu berbangga dalam kejayaan besar gerakan Pro Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama.  Kemenangan ini merupakan gelombang awal saat-saat kebangkitan rakyat.  Kita belum lagi menyaksikan malah menanti bagaimana, bentuk dan rupa perubahan yang bakal terhasil.

Mahasiswa harus bertindak sebagai agen perubahan pada minda dan struktur masyarakat umumnya.  Kurang pendedahan terhadap isu-kekangan kebebasan bersuara dan malas berfikir merupakan barah kepada masyarakat kita hari ini.  Masyarakat harus disedarkan-dan ramai yang mula sedar.  Peranan mahasiswa haruslah menyeluruh dan mampu mendidik masyarakat untuk Malaysia yang diidamkan.  Tanyalah sama pokok apa sebab goyang....Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang!

{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}

Khurafat dan Fakta!!

Posted: 26 Feb 2011 05:31 PM PST


Oleh: thatguy

KHURAFAT UMNO!!

UMNO mendakwa jika mereka kalah, orang Melayu akan berpecah. Orang Melayu wajib menolak pernyataan ini kerana kewujudannya ada unsur-unsur khurafat. Islam menentang keras keyakinan kepada khurafat. Oleh sebab itu, orang Melayu perlu menjaga keimanan mereka agar tidak tergelincir. Kita semua akan menghadap Allah selepas mati. Amat pedih balasan kepada orang-orang yang meyakini kebenaran khurafat.

Jika UMNO kalah, kuasa jatuh ke tangan PAS. Kuasa akan berpindah dari tangan parti rasuah, perkauman, dan pengkhianat bangsa ke tangan parti Islam yang berjuang untuk mensejahterakan ummah, termasuk yang bukan Islam. Perjuangan ini mengambil kira kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. 


INI FAKTA..BUKAN OLOK-OLOK ok!!

1. Hak orang Melayu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia.

2. Soal masa depan Islam dan Melayu sebenarnya tidak berbangkit kerana soal-soal tersebut termasuk dalam bidang kuasa raja-raja, bukan politik. Ingat! Raja-Raja Melayulah yang menjadi tuan bagi orang Melayu. Raja-Raja Melayu ialah TUAN kita, bukan UMNO. UMNO sengaja memandai-mandai atau menyibukkan atau tumpang sekaki dalam isu ini. Muka tak malu.

3. Hak semua kaum lain juga telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia.

4. Tidak benar orang Melayu akan merana kalau UMNO hancur di bumi Malaysia.

5. Hakikatnya, para pemimpin UMNO akan hancur lebur jika UMNO hancur di bumi Malaysia.

6. Bukan UMNO sahaja yang berhak memimpin negara ini jika kita berpegang kepada amalan demokrasi.

7. Kerajaan UMNO-BN buat semua benda kerana memenuhi tanggungjawab. Hanya sanya mereka tunaikan kewajipan itu semasa ada pilihan raya kerana hendak mengabui mata rakyat dan mengangkat diri sendiri sebagai pembela rakyat.


JADI APA YANG PATUT KITA FAHAM DENGAN JELAS.....

Setelah terlalu banyak melakukan rasuah, kronisme, nepotisme, salah guna kuasa, penyelewengan, dan sebagainya; mereka melancarkan pelbagai propaganda untuk memenangi semula sokongan rakyat. Usah biarkan diri anda diperdaya oleh golongan serakah ini

{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}

Campus Election: Not because of pro PR or pro BN students - but because democracy is at work!

Posted: 26 Feb 2011 05:13 PM PST

 
By:  
 
 
Students are future leaders and they should lead the way to a better Malaysia. Academics should be there to support them and provide intellectual guidances. Campus elections are the first taste of democratic processes for most youths. 
 
Only a selected few are able to enjoy such experiences where the campaigning and promotion of manifestos are almost similar to the real political elections. They are supposed to elect the student governments. But when the administration try to overplay their bias EC roles then the experiences will be bad.
 
Pakatan Rakyat (PR) has emerged as the winner in this week's campus elections after big gains by pro-reform candidates. Very encouraging sign indeed. In spite of the government influence and presence in the campus, opposition to the government is getting stronger and stronger each day.

Although the pro-Mahasiswa faction that won big insists it is not a front for Pakatan Rakyat (PR), it supports a reform agenda that gels with the coalition's policies and rhetoric. It believes that the votes it gained among the collective student body of about 200,000 were a result of dissatisfaction with the laws and other establishment policies.
 
A wave of political activism gripped university students during the recently-concluded campus polls, with the fracas in Universiti Putra Malaysia (UPM) that injured six people two days ago highlighting their disenchantment with university authorities. The government has had to step in and encourage discussion instead of discipline after the disqualification of 33 pro-Mahasiswa candidates by the varsity's deputy vice-chancellor Fauzi Ramlan.
 
Although they were quickly reinstated, a determined group of 100 students had camped overnight in front of the student affairs department to demand an explanation. It ended up in a scuffle with security guards when they tried to force their way up to Fauzi's office, which resulted in a shattered glass door that wounded three guards and students each.
 
The pro-Mahasiswa faction, which lobbies for student autonomy instead of government authority, made extensive gains in this year's student elections, winning in seven universities, including the coveted Universiti Malaya, out of 20.
 
Pro-Mahasiswa campaigned for the devolving of power to student bodies and the abolition of "oppressive laws that restrict basic human rights" such as the University and University Colleges Act (UUCA), the Internal Security Act (ISA), Sedition Act and the Printing Presses and Publications Act (PPPA).
 
I personally salute to the student movement for their noble effort and wish that the "older" folks will just drown in their guilt and keep their silence if they are not going to say the right thing that is good for the future of these young minds who will inherit the mess that we create.
 
By the way, if youngsters want to see reforms, it's up to them. There's no logic in youngsters repeating everything u old timers do. The old timers may not be afraid of the young, but u people are definitely afraid of changes. That's how the federal government remained for 50 over years, I guess.
 
The fact is, many countries reform because of student movements. These are people without any vested interest, financial burden to worry about and they are out idealists. Older folks are mostly tainted by their own acceptance of the corrupting ways of government, hence, afraid to confront the current regime. 
 
Like most countries in the middle east and many young people under 40 years old in Malaysia, all these students had never seen or taste an alternative government. No wonders, their blood boiled with enthusiasm and a desire for a change. Libya has been ruled by Gadafi for 42 years, and Malaysia has been ruled by the same party for 48 years (since 1963). Tell me that is not long enough.
 
 
Some of people might blatantly so ignorant to be unaware that these undergraduates are the nation's future leaders? If at this University level they are not allowed political awareness, what is going to happen to the progressiveness for tomorrow? Are they not the flower of our future?
 
By keeping university students out of mainstream politics this is what could be expected. It is stupidity to treat an 18 years old as kids who don't know between right and wrong. The voting age should be brought down to 18 years instead of the present 21. When an 18 year old can marry and raise a family why not he or she be given the right to vote at that age. 
 
And yes, I just remember one fun fact. Isn't Saiful Bukhari a leader in the Pro Aspirasi faction? He is doing good now. No need to work since 2008 and have enough money to do everything including a haj and a romance on the side. LOL. I remember the pro government movement, Aspirasi once consider changing their name to Penggerak Siswa after word breaks out that Saiful Bukhari is once a leader of Aspirasi. Plus, the government's effort forcing the Sodomy II farce down our throats is really denting Pro Aspirasi's image among students today.
 
Finally I would like to congratulate to all the winners. To the losers do not be disheartened - if u firmly believe in the principles u stood for in the election - stay focused and continue the good fight. This is what a civil and democratic election should teach all of of us, old and young alike. 

Once a result has been determined, then winners and losers should close rank and do all that they can to see that their Universities progress for the good of all. Losers should not oppose merely for opposition sake, but put forth constructive ideas and suggestions. Winners should not dismantle everything and reinvent the wheel. Accept what is good and improve what is weak and lacking.

The students have made their choices, now it's time for them to implement what they have promised. This is what Democracy is all about. The future for our country looks bright - not because of pro PR or pro BN students - but because democracy is at work.


{Get Paid To Read Emails. Free To Join Now http://www.emailcashpro.com/?r=thatguy}

Tiada ulasan: