Isnin, 7 Februari 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Wajah Sebenar 'Pegawai' Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Yang Telah Di Tangkap Khalwat Akan Di Dedahkan Minggu Ini !!

Posted: 07 Feb 2011 01:12 AM PST

Seperti yang dijanjikan, maka minggu ini kami akan mendedahkan wajah sebenar pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah ditangkap khalwat bersama pasangannya di Hotel Grand Contienantal Kuantan pada November 2010 yang lalu. Memandangkan sehingga ke saat ini tiada maklumat tentang pendakwaan yang akan dibuat terhadap pegawai terbabit, maka kami terpaksa mendedahkan wajar sebenar beliau dan pasangannya itu untuk dijadikan tauladan kepada pihak lain selepas ini. Jangan lupa terus bersama Pahang Daily Online (PDO) dalam pendedahan panas yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana media arus perdana dalam masa terdekat ini. Difahamkan, kertas pertuduhan telah pun disediakan dan menunggu masa untuk pendakwaan. Namun, akibat campur tangan pihak atasan maka kes itu terus ditangguhkan hingga ke hari ini. Malah, terdapat sumber mengatakan kes berkenaan mahu ditukarkan kepada pertuduhan yang sengaja direka-reka untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada tertuduh terbabit. Demi kebenaran dan keadilan dalam Islam yang sepatutnya ditegakkan, maka kami mengambil peluang untuk pihak berkenaan bertindak segera sebelum malu yang lebih besar menimpa agensi terbabit. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) perlulah pertahankan kesucian agama Islam daripada seorang manusia yang jelas telah melanggar hukum agama itu sendiri.

[Kami terpaksa mendedahkan peribadi pihak tertuduh terbabit, memandangkan kes sensasi ini seakaan dipinggirkan oleh media arus perdana di Pahang. Tiada satu pun media yang berani membongkarkan kes ini sebenarnya. Malahan terdapat sumber mengatakan ianya adalah arahan pihak tertentu. Jika dulu, setiap kali operasi cegah maksiat dijalankan pasti JAIP akan membenarkan wartawan media mengikuti operasi tersebut. Namun kini, semuanya tiada lagi. Malah, media hanya dibenarkan hadir di sebelah pagi ke pejabat JAIP jika mahu mendapatkan berita dan maklumat tentang pasangan yang ditangkap. Apakah semua ini bagi menutup malu andainya yang ditangkap adalah pihak yang ada kepentingan atau mempunyai hubungan dengan JAIP sendiri. Terdapat juga laporan mengatakan, ada Peguatkuasa JAIP sendiri pernah ditangkap oleh rakan-rakan mereka ketika operasi berjalan. Semua ini didiamkan begitu saja bagi menggelakkan jabatan terbabit mendapat malu. Namun, kes yang melibatkan pegawai MUIP ini haruslah ditangani dengan sebaiknya agar ia tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Semoga pihak berkenaan dapat laksanakan tugas dengan segera untuk selesaikan kes ini!].

Kontroversi: ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Beliau Menghasut Perihal Isu Perlantikan SUK Selangor !

Posted: 07 Feb 2011 12:26 AM PST

SHAH ALAM, 7 Feb [3.20 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei (foto) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menerbitkan artikel yang menghasut yang disiarkan di dalam blognya pada 30 Disember lalu. Shuhaimi, 42, yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan pada pukul 10.30 pagi. Beliau yang hadir dengan memakai sut bewarna hitam juga dilihat tersenyum semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di dalam Bahasa Melayu. Beliau didakwa menerbitkan artikel bertajuk 'Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang mempunyai ayat-ayat yang menghasut di blog beralamat http://srimuda.blogspot.com. Artikel tersebut diterbitkan semasa isu mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Khusrin Munawi sedang heboh diperkatakan dan artikel yang didakwa mempunyai unsur menghasut itu turut menyentuh mengenai Sultan Selangor. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 Disember 2010 di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning, di sini. Bagi kesalahan itu, Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Shuhaimi Shafiei didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama. Jika sabit kesalahan, Shuhaimi boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusoff.

[Mohamad Hanafiah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh yang beralamat di Setia Alam, di sini, atas alasan kesalahan yang terlibat adalah serius. Bagaimanapun, peguam Edmund Bon yang mewakili Shuhaimi memohon agar mahkamah mengurangkan jumlah tersebut kerana tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Turut dinyatakan ialah, tertuduh yang telah bekerjasama dengan pihak polis termasuk hadir ke balai polis untuk dirakamkan percakapan pada 3 Februari lalu. Selain itu, Edmund juga menghujahkan bahawa pihaknya akan mencabar pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan Akta Hasutan tidak boleh digunakan dalam kes melibatkan blog dan Internet kerana terdapat Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diwujudkan untuk kes sepertinya. Selain Edmund, barisan pembelaan juga dibarisi oleh peguam-peguam N. Surendran, Latheefa Koya, Amer Hamzah, Yusmadi Yusoff , Nizam Bashir dan Fahri Azzar].

Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam

Posted: 06 Feb 2011 06:45 PM PST

KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini. Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt". Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu). Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali. Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian. Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri. Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu. Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN. Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini. Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya].

Video Eksklusif: Anak Ajaib, Berusia Tiga Tahun Tetapi Sudah Boleh Menghafal Kitab Al-Quran !!

Posted: 06 Feb 2011 08:37 AM PST

Tiada ulasan: