A Mum Of Three Mohd |
- 154 pergi atau 255 mari??
- Ini baru betoi. Cayalah....
- Susahnya nak dapatkan keadilan....
- Sekor lagi...
- Sasau Terlampau
- Tunggu... Aku akan dedahkan
Posted: 28 Feb 2011 06:00 AM PST Semalam pergi dengar ceramah Pakatan Rakyat di Malim Nawar. Masa kami sampai, Nizar Jamaluddin, baru nak bercakap. Then, Dr Mat Nur Manuty pula bercakap. Kemuncaknya ialah Anwar Ibrahim. Dia muncul selepas acaranya di Tambun. Antara yang ingin aku sentuh di sini ialah cerita 154 wanita PKR Ipoh Barat, yang keluar daripada PKR. Aku pernah tulis tentangnya di sini. Sudah menjadi kemestian.... setiap kali ada PRK, berita seumpama ini akan keluar. Berdoyon-doyon orang keluar meninggalkan PKR atau PAS atau DAP. Dan... apabila sebut jer Ipoh Barat, nama Fauzi Muda mesti disebut-sebut. Sebab.... cerita sebegini memang permainan kegemaran Fauzi Muda. Malah, cerita yang sama akan di rewind berulang-ulang. Sudah-sudah ler tu... Sudah tak laku, buat cara sudah tak laku. Malangnya.... berita sebegini memang suka dibeli oleh media-media pencacai untuk disensasikan. Semalam, Dr Mat Nur Manuty mendedahkan yang cerita 154 orang kelaur tu adalah cerita yang di-rewind dan di-twist. Terbalik kot rupanya.... Sebenarnya.... PKR telah menerima 255 ahli baru daripada MIC dan UMNO. Tapi biasalah....bak kata rakan blogger Anak Sungai Derhaka di sini, berita sebegini tidak akan disiarkan oleh Bernama atau lain-lain akhbar pencacai. Namun berita-berita tentang parti -parti dalam Pakatan Rakyat yang di-twist dan di-spin telah menjadi lumrah. Bak kata Dr Mat Nur Manuty.... orang dah mangli!! Mangli tu, memanglah mangli, tetapi..... kena ambil peduli jugak. Sebab, ia memberi gambaran negatif kepada parti. Sebarang berita yang di-twist dan di-spin mesti diperbetulkan agar persepsi rakyat tidak terpesong, terutama mereka yang berada di atas pagar. Ini penting.... Ingat.... rakyat yang menjadi pengundi atas pagar, kita kena jaga. Merekalah faktor.... yang akan menentukan sama ada kita menang atau kita kalah. |
Posted: 28 Feb 2011 04:00 AM PST Dengar tu.... Itu duit rakyat. Duit.... mak bapak kita. Kerajaan hanya melaksanakan amanah yang diberikan. Inilah baru yang dikatakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat. Jadi..... panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa, dengan membawa pulang segulung ijazah serta menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan berguna kepada agama dan negara. Selamat pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kalian semua. |
Susahnya nak dapatkan keadilan.... Posted: 28 Feb 2011 12:30 AM PST KUALA LUMPUR, Feb 28 — The family of Teoh Beng Hock has shown "clear disrespect" to the Yang di-Pertuan Agong by boycotting the Royal Commission of Inquiry (RCI) into the political aide's death, a former Court of Appeal judge said today. Datuk Shaik Daud Ismail, who retired from the judiciary in 2001, said all parties involved should give the RCI due recognition and respect because it was set up on the command of the king. [seterusnya] Hello Datuk Shaik, jangan nak mengata keluarga malang ini jer. Eleh.... tak respek Agong, konon?? Awak tu bekas hakim.... bersikap adil ler sikit. Jangan nak berat sebelah sangat. Bikin malu profession jer. Ater... apabila puak-puak lahanat dalam kes Correct... Correct.... Correct.... si Lingam dan lima lagi jahanam tu.... tidak respek hasil dapatan dan saranan RC tu, apa hal?? Itu bukan lagi tak respek tetapi dah bersifat derhaka. Aaaa... tak per pulak!! Tak dengar komen apa-apapun.... Bila kena ke puak-puak sebulu dengan komer....membisu seribu bahasa, tetapi apabila kena ke hamba Allah, yang nobody tu.... sibuk bersuara. Dey...pigiraaahhh!! Kes 'Mata Lebam Anwar' tak payah sebut. Itu merupakan satu episod cover-up yang begitu transparent. Semua orang dah tahu siapa dalang di sebalik mata lebam Anwar. Ia sudah menjadi buah mulut 'satu kampung'.... Sebab itu, cover-up yang cuba dilakukan, tak menjadi. Penubuhan RC pun dibuat setelah didesak, sebab penyiasatan menghadapi keputusan gila babi. Menyiasat bagai nak rak... last-last apa pun tarak. Rakyat nak misteri ini dibongkar... Mereka nak bagaimana Teoh mati?? Tak bunuh diri tetapi tak dibunuh... Woit.... apa gilanya ni?? Siapa sebenarnya yang nak dilindungi?? Penolakan peguam dan keluarga Teoh terhadap Tan Sri James Foong Cheng Yuen menunjukkan yang mereka sudah hilang kepercayaan pada individu-individu yang terdapat dalam sistem kehakiman, yang dok ada sekarang. Persepsi rakyat.... they're so biased!! Mereka dilihat lebih condong untuk menjaga kepentingan kerajaan daripada menegakkan keadilan yang hakiki. Mentang-mentanglah sekarang mereka diletakkan di bawah kuasa eksekutif, maka... tindak tanduk mereka dilihat seolah-olah mengikut telunjuk atau kemahuan boss atau tuan mereka. Itu....persepsi rakyat. Jadi, jangan nak salahkan pihak yang membela Teoh Beng Hock. Mereka ingin keadilan yang telus buat Beng Hock. Yang mati teraniaya secara misteri ialah anak mereka... Susah sangat ke nak bagi keadilan pada mereka?? Entah ler.... Tak tahu ler apa nak jadi pada Malaysia. Tonggang terbalik... haywire semuanya!! Sebab itu, kita rakyat Malaysia, mesti lakukan sesuatu untuk memperbetul keadaan ini. Ya....Ubah. Selamatkan Malaysia!! |
Posted: 27 Feb 2011 11:25 PM PST Sekor lagi jaws kena heret... Dulu sekor, hari ini sekor lagi. Kedua-dua daripada lubuk MCA. Aaaii.... daripada lubuk UMNO, takkan takda jaws kot?? Bila pulak deme nak diheret ntah?? Weh.... itu baru kena heret. Kena sembelih belumtentu lagi. PUTRAJAYA, Feb 28 — Former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy was today charged with three counts of cheating over the Port Klang Free Zone (PKFZ) project at the Sessions Court here, and faces up to five years' jail on each count. He was charged with deceiving then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi over renovation works at the PKFZ site between 2004 and 2006. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail is present as prosecutor. Both parties have agreed for bail to be set at RM1 million. Another former transport minister — Tun Dr Ling Liong Sik — has also been hauled up over irregularities with the shipping hub project. The former MCA president was charged in July last year under Section 418 of the Penal Code for misleading the Cabinet in 2002, into agreeing to purchase 999.5 acres of land in Pulau Indah for the PKFZ project. Dr Ling, 67, was alleged to have committed the offence at the Prime Minister's Office here between September 25 and November 6, 2002. If convicted he faces imprisonment of up to seven years. The PKFZ project was mooted during Dr Ling's tenure as transport minister and the cost of the project, initially estimated at less than RM2 billion, more than doubled to RM4.6 billion by 2007. The cost of the project has been further projected to swell to as much as RM12.5 billion due to interest costs from deferred payments if the trans-shipment hub fails to perform. [sumber] |
Posted: 26 Feb 2011 08:14 PM PST Mahathir sudah semakin sasau. Sasaunya bukan main-main. Sasaunya begitu agresif sekali. Sasaunya macam babi gila.... menyondol-nyondol. Mangsa yang menjadi sasaran sondolannya ialah dua musuh utama dia di Malaysia. Mereka ialah dua orang pemimpin Melayu iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Dahsyat orang tua ni. Baca, apa dia kata... Orang tua ni, tak dapat terima hakikat bahawa yang berpecah ialah Melayu-UMNO. Dalam bahagian pecahan carta pie bangsa Melayu, portion yang mewakili PAS semakin besar, sedangkan pecahan bahagian UMNO semakin mengecil. Ini kerana.... banyak dalam kalangan bangsa Melayu-UMNO telah yang berpecah dan masuk ke dalam PAS dan ada yang masuk PKR. Jadi.... kesimpulan bodoh yang dibuat oleh orang tua ini ialah Melayu telah berpecah, dan puncanya ialah Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Oleh itu, kedua-dua mereka, pengkhianat bangsa Melayu. Alahai senangnya kamu buat kesimpulan.... Hello... siapa yang menyebabkan pecahan bahagian Melayu-UMNO dalam carta pie bangsa Melayu mengecil?? Pi cermin diri dan cermin akan kata.... kamu penyebabnya. Siapa suruh hang gatai pi pecat Anwar?? Apa sebab hang gatai mulut, pi fitnah dan hina sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan hukum Hudud Allah?? Hang yang menyebabkan bangsa Melayu -UMNO berpecah. Hang sebenarnya.... pengkhianat bangsa Melayu. Memang hang Melayu mudah lupa... Itu pun aku bagi kredit sikit dekat hang dengan iktiraf hang sebagai Melayu. Kalau orang lain la.... mampuih depa akan kata hang mamak padukang!! Nasib baik ler aku ni jenis tak suka nak ungkit keturunan orang... Aku harap Melayu- di luar sana pun, jangan mudah lupa dan jangan mudah terpedaya dengan auta orang tua ni. Lepas tu, dia mendabik dada, labun pada orang Kampung Gajah, kononnya Malaysia makmur kerana strategi politik bijak depa. Cer tengok di bawah ini... Memang tidak dapat dinafikan, berkongsi kuasa itu baik kerana kita hidup dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Perkongsian kuasa ini telah memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Negara menjadi makmur. Banyak pelabur datang melabur di Malaysia. Itu... dulu. Namun demikian, itu satu hakikat yang kita kena terima. Dan PAS, PKR serta DAP sudah pun menerima hakikat tersebut. Sebab itu... ketiga-tiga parti tersebut, membuka keahlian mereka kepada sesiapa saja, tak kira bangsa dan agama, walau pun ada certain-certain bangsa yang memonopoli parti-parti tersebut. PAS pun sama. Semua bangsa yang beragama Islam boleh menjadi ahli PAS. PAS for all!! Walau bagaimana pun.... untuk memurnikan lagi strategi bagi menjatuhkan UMNO/BN, yang dah jadi semakin rakus... tamak... giler kuasa dan yang dah mula bersifat kuku besi maka.... Pakatan Rakyat ditubuhkan. Lebih-lebih lagi, apabila..... sedikit demi sedikit demokrasi dimatikan, ini tak boleh jadi. Kita tak boleh berdiam diri. UMNO/BN mesti dijatuhkan. Penubuhan Pakatan Rakyat mendatangkan kesan yang baik sekali. UMNO/BN berjaya dilemahkan. Pada PRU12, UMNO/BN dilanda tsunami paling dahsyat. Ruyup habis 5 negeri!! Ini telah menyedarkanUMNO/BN, yang mereka cannot play-play with Pakatan Rakyat. Bahaya...... UMNO/BN bisa binasa. Sejak itu, Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya menjadi sasaran serangan mereka. Kalau kita berjaya lemahkan mereka, kini mereka pula berhempas-pulas untuk melemahkan kita. Senjata mereka....?? Aaaahhh.... biasa ler, FITNAH!! Jangan biarkan.... Kemakmuran yang telah dicapai oleh negara, telah menjadikan para pemimpin UMNO/BN takbur dan tamak. Mereka menjadi lupa daratan dan hilang arah tujuan. Mereka terbabas daripada landasan perjuangan. Dengan kuasa yang ada pada mereka, pelbagai helah digunakan untuk merompak harta dan duit rakyat. Rakyat diketepi dan tidak dipedulikan. Sebaliknya, diri, anak-pinak, sedara-mara serta kroni menjadi priority mereka untuk dijadikan kaya-raya. Kezaliman bermaharaja lela, rasuah berleluasa dan penyelewengan serta salah guna kuasa menjadi perkara biasa. Salah urus tadbir pentadbiran negara menjadi amat parah. Akibat gila untuk kekal dan terus berkuasa, sistem pentadbiran negara diperkosa dan jadi porak peranda. Tonggang-langgang jadinya. Fitnah dijadikan senjata untuk menjatuhkan lawan politik mereka. Kesannya..... ekonomi terjejas. Pelaburan menurun kerana para pelabur tak ingin lagi datang ke sini. Mereka sudah hilang kepercayaam pada sistem pemerintahan negara kita yang pincang pada tahap kronik. Yang sudah ada di sini, angkat bungkus, cabut lari dan cari lain-lain destinasi untuk melabur. Tetapi.... strategi berkongsi kuasa ala-Pakatan Rakyat telah menjadi 'eye opener' kepada semua, baik di dalam mau pun di luar negara. Kita mendapat sambutan dan sokongan. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, telah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan kerana tahap pentadbiran dan pengurusan menjadi cekap. Pelaburan pun meningkat. Kesannya.... ekonomi di negeri-negeri tersebut menjadi lebih makmur daripada negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Ini berlaku kerana, para pelabur lebih selesa berurusan dengan kerajaan-kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Kejayaan dan kecekapan Pakatan Rakyat mentadbir negeri dan mengurus kewangan negeri telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Lagi ler para pelabur bukak mata.... Jadi.... kalau orang tua Mahathir kata, perkongsian kuasa antara kaum-kaum menjadi faktor urtama negara menjadi makmur, itu memang betul. Tepat sekali dan tidak dapat disangkal lagi. Dan.... itulah formula yang kini diguna pakai oleh Pakatan Rakyat. Strategi serupa... tetapi kita ada acuan sendiri. Lantaran itu, perlu ditegaskan di sini, bahawa.... negara Malaysia akan menjadi LEBIH MAKMUR dan KEBAJIKAN RAKYAT akan LEBIH TERBELA, jika Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat. UMNO/BN telah menghampiri tarikh EXPIRED mereka. Just say.... adios kepada mereka!! [sumber: sini dan sini] |
Posted: 26 Feb 2011 04:58 PM PST SHAH ALAM: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor akan mendedahkan laporan kedudukan kewangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual berlangsung Mac ini. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menerangkan kedudukan sebenar kewangan GLC untuk tahun semasa dan cara akaun dibuat kepada setiap wakil rakyat pada persidangan itu. "Saya akan dedahkan akaun GLC negeri (secara berperingkat) bermula persidangan DUN bulan Mac. Standard (laporan kewangan) serupa macam di PNB (Permodalan Nasional Berhad) dulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate di sini pada Sabtu. Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media hari ini yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang menggesa Menteri Besar mendedahkan pendapatan, perbelanjaan serta tanggungan hutang sebenar GLC negeri setakat ini kepada rakyat. [seterusnya di sini] Orang menjual kita membeli... Itulah yang akan dilakukan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor sebagai respons kepada desakan Ketua Penerangan UMNO Selangor. Mamat tu mendesak agar Khalid mendedahkan pendapatan, perbelanjaan serta tanggungan hutang sebenar GLC negeri setakat ini kepada rakyat. Weh... apa lu ingat Khalid takut ka?? PR tulus dan telus beb!! Tak da apa yang perlu digusarkan. Apa lu ingat ada penyelewengan atau salah urus tadbir kewangan ke dalam GLC-GLC negeri, ke?? Okay.... since you dah mintak, mereka akan bentangkan satu persatu.... peringkat demi peringkat... slow and steady.... agar kamu orang dan rakyat dapat absorb semua yang dibentangkan nanti. But.... kalau tak desak pun, ia akan dibentangkan jugak sebab Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang very accountable dan mereka tahu rakyat berhak tahu ke mana dan bagaimana wang mereka dibelanjakan. PR teluuuusss beb!! So... kita tengok nanti, siapa yang terkencing dan siapa yang akan terkincit?? Siapa lanun dan siapa penyelamat?? Siapa haprak dan siapa lebih cekap?? Siapa penyangak dan siapa yang amanah?? Inilah peluang yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor. Mereka akan tahu siapa 'permata' dan siapa 'kaca'. |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan