BRIGED MP SEGAMBUT |
- INGAT!!ITU WANG RAKYAT BUKAN WANG UMNO ATAU PEMIMPIN UMNO TAU YG DIBERIKAN PADA RAKYAT..
- NI MESTI UMNO JELES PUNYA
- TPM KETAWAKAN HINDRAF KE ATAU INDIA?ATAU..
- MAHADHIR UMNOLAH YG PENGHIANAT NO SATU
- ALFATEHAH BUAT NYA...AMIIN
- NAJIB TERKETAR KETAR RUPANYA?
INGAT!!ITU WANG RAKYAT BUKAN WANG UMNO ATAU PEMIMPIN UMNO TAU YG DIBERIKAN PADA RAKYAT.. Posted: 28 Feb 2011 08:43 AM PST Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'. Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka. Maka di sini disebutkan beberapa perkara; Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai. Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat. Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar. Bazir wang rakyat Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut "kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini". Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan "kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat". Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat. Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik. Peminta sedekah Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka. Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat. Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya. Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan. Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita. |
Posted: 28 Feb 2011 06:22 AM PST Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan. Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini. Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali. Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekaligus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Pakatan Rakyat memerintah berbagai barangan akan diturun atau dikaji semula. "Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah, " tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam. Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihanraya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang. Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni. Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar, Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikan elaun JKKK dan setiausahanya. Bukan itu sahaja elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan. "Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau. Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah. CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh menyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka. "Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya. |
TPM KETAWAKAN HINDRAF KE ATAU INDIA?ATAU.. Posted: 28 Feb 2011 12:16 AM PST Demonstrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai semalam, merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ia tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan. "Majoriti masyarakat India adalah rasional dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Hindraf adalah bercanggah dengan kepentingan mereka, jadi sebab itu mereka tidak sokong. "Majoriti masyarakat India tahu tentang apa yang berlaku dan mereka mengharapkan sokongan kerajaan. "Mereka telah balik semula melihat BN yang boleh membela nasib mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat Jasin hari ini. Semalam, polis menahan 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) kerana berdemonstrasi secara haram di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan membatalkan novel "Interlok" daripada dijadikan buku teks. Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau yang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Jan lalu. Pilihan raya kecil pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad, 44 dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. Muhyiddin berkata walaupun kumpulan itu pernah membuat demonstrasi seperti itu sebelum pilihan raya umum 2008, ia gagal mempengaruhi pemikiran masyarakat India. "Jadi dia (Hindraf) nak membuat situasi seolah-olah negara ini tidak aman dan mereka telah berjuang untuk rakyat, tapi jelas terbukti tidak mendapat sokongan," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian telah pun mengambil inisiatif yang dipersetujui berkaitan novel Interlok. - Bernama |
MAHADHIR UMNOLAH YG PENGHIANAT NO SATU Posted: 27 Feb 2011 11:04 PM PST Dari Alhussseyn Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita. Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah : 1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan. Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. 2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan. 3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR] Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini. Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu. 4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik. Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." 5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu. DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung. Ah! Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia |
Posted: 27 Feb 2011 08:14 PM PST Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Prof Dr Necmettin Erbakan, Parti Saedat dan seluruh rakyat Turki atas pemergian tokoh gerakan Islam itu ke rahmatullah kelmarin. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pemergian Necmettin Erbakan (gambar) adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau. Katanya, Prof Erbakan adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924. Sejak daripada itu, katanya Turki telah di perintah oleh rejim sekular di bawah Kamal Attartuk di mana Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja. Katanya, umat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh rejim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera. Namun sejak daripada itu, ujarnya kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan semula di Turki. Jelasnya, antara pelopor kepada gerakan tersebut adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya berjaya memenangi pilihan raya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Namun, katanya pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki ke arah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan negara iaitu cuba menghapuskan sistem sekular ke arah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihan raya. Namun Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya. "Di akhir hayat, beliau berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah ke akhir hayat beliau kelmarin. "Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, kami merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah mencuri rohnya dikalangan orang-orang yang beriman," ujarnya. |
Posted: 27 Feb 2011 06:28 PM PST Najib: Transformasi boleh elak Malaysia alami nasib Mesir, Libya February 28, 2011 KUALA LUMPUR, 28 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau percaya transformasi besar yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan akan dapat mengelakkan negara ini mengalami nasib yang sama seperti gelombang kebangkitan rakyat di beberapa negara ketika ini. Perdana Menteri berkata ini kerana di Malaysia, kerajaan mengamalkan sistem yang telah memberi peluang untuk kerajaan mengetahui apa jangkaan dan aspirasi rakyat. Menurutnya dengan amalan sistem demokrasi yang terbuka, apa juga hasrat rakyat akan dapat diketahui oleh kerajaan."Saya selalu menegaskan ini adalah penting dan inilah yang boleh menjadi jaminan (untuk kestabilan)...maknanya apa yang kita lakukan kita meletakkan dan mendahulukan kepentingan rakyat," katanya. Najib berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Bersama Pemimpin sempena Dermasiswa Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) anjuran Persatuan Alumni UIAM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, malam tadi. Dalam perkembangan lain, Najib juga menggariskan tiga aspek di mana sesebuah persatuan alumni dapat memberi sumbangan bermakna kepada perkembangan universiti dan pembangunan negara keseluruhannya. Beliau berkata yang pertama adalah melalui sumbangan secara langsung kepada kejayaan bekas universiti seperti sumbangan kewangan untuk menaja beberapa pelajar bagi pengajian mereka. Dalam hal ini, beliau berkata Persatuan Alumni UIAM membiayai tiga penuntut peringkat doktor falsafah. Aspek kedua ialah persatuan alumni boleh menyumbang kepada masyarakat dengan melakukan aktiviti bermakna seperti mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar di kawasan luar bandar. Aspek ketiga ialah persatuan alumni perlu mendokong agenda nasional demi kebaikan semua. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan beberapa anugerah UIAM 2011. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Khas Alumni manakala Penghargaan Khas Alumni diberikan kepada Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dan Anugerah Tokoh Alumni pula kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Menteri Besar Perak), * Datuk Ahmad Said (Pengarah Urusan Agro Bank), Prof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi, Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara), Ensar Eminovic (Duta Bosnia Herzegovina ke Malaysia), Prof Datuk Dr Khairil Annas Jusof, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Datuk Muhammad Khairun Tan Sri Aseh. — Bernama |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan