Isnin, 7 Februari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Enam Jahanam

Posted: 07 Feb 2011 08:58 AM PST



Cerita 'Enam Jahanam' muncul semula. Apakah Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang 'Correct... Correct... Correct....'???

Mahkamah Persekutuan kata not yet. Kita akan tengok sama ada keputusan yang telah dibuat itu.... 'Correct....Correct... Correct....' atau ada correction??

Aha.... tunggukan senario cerita 'Enam Jahanam ini. Apakah enam jahanam dalam cerita itu akan 'terbenam' dan 'tersembam' atau.... mungkinkah kes mereka akan terpadam begitu saja??

Exciting gilerr!! Jangan ke mana-mana. Tunggu...

[sumber]

Fuuhh.. kalau camne, Malaysia boleh bungkuss wal mampuss!!

Posted: 07 Feb 2011 05:36 AM PST


[Seterusnya di sini]

Weh.... ngapa orang lain beli, harganya jauh lebih rendah. Apasal 1Malaysia beli, mahal giler babi pulak??

RM6 billion untuk 6 kapal. Giler.... Giler...

Puak-puak penyangak ni, kalau bershopping.... pasti billion-billion ringgit punya. Kalau tak berbillion tak sah!! Harga barang belian pasti "Up up and away' punyer.

Ater..... camne negara tak bangkrap, kalau cara macam ni mereka berbelanja dan menguruskan wang negara. Berapa pulak masuk ke tembolok demer, tak tahu ler??

Ha... ha.. ha... Tembolok sapa atau kantung mana??

Itu dikatakan pandai benor memerintah?? Pooraaaahh!!

Itu bukan memerintah namanya. Ini tipu helah!! Tipu helah untuk mentekedarah duit rakyat!! Mengkalor mentekedarah duit rakyat, demer memang bijak. Tapi kalor memerintah.... haprak wal rosak!! Hancus wal bungkuuss!!

Yaahooo!! Jika UMNO/BN terus memerintah... Malaysia boleh Hancuss wal mampuuss!!

Kisah rentap-merentap

Posted: 06 Feb 2011 06:35 PM PST


Di Mesir, rakyat dan presidennya sedang berentap kuasa. Presiden yang gila kuasa nak terus berkuasa. Rakyatnya pula.... mahukan pentadbiran baru, Presiden baru. Yang lama dah terlalu lama.... dah tak berguna, dah kaut terlalu banyak harta. Mereka mahukan yang baru pula, yang boleh mereka percaya.

Di Merlimau Melaka pula, PKR dan PAS berentap juga. Mereka berentap nak rebut jadi calon DUN Merlimau yang kini kosong. Orang lamanya sudah tiada. Kerusi Merlimau perlukan tuan baru. PKR kata, mereka mampu, PAS juga kata, mereka pun mampu.

Weh.... apa ni?? Belum apa-apa dah gaduh ke??

Aduuhhh!! Jangan gaduh-gaduh dulu, kata Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. Tunggu kami decide dulu. Tunggu.....

Isy.... Bukan bergaduh..... usya-usya jer dulu, tunjuk kuku.

Aha... ye ler tu. Apa-apa pun.... sesiapa yang jadi calon, kita mesti sokong. Semangat jangan kosong, kerjasama jangan lompong. Mesti padu, mesti jitu!!

Mereka yang sedang berentap satu hal, tetapi yang syiuknya.... ada pulak malaun yang mengalami mimpi ngeri, takut kena rentap turun. Dia tak mahu apa yang berlaku di Mesir berlaku di sini. Mesir yang sedang panas, dia pulak yang terasa rimasnya. Ha ha ha... Panas, rimas dan cemas!!

Lantas.... siap beri amaran. Oooiii rakyat Malaysia. Jangan cuba-cuba tiru idea rakyat Mesir di sini pula. Jaga ya...?? Jangan berani nak cuba, tau!! Eemmm.... lebih kurang begituler tersirat maksud amarannya.

Aha... ini bukan aku yang kata. Ini berita yang aku baca. Aku dah lama tak bukak komputer. Bila bukak jer, aku jumpa beritanya di sini dan bila baca, aku ketawa jer.

Memang betul... Memang lain macam jer bunyinya. Bunyi macam orang dah mula terasa bahang panas kuasa rakyat. Petanda orang yang dah mula takut pada bayang-bayangnya sendiri.

Dia nyuruh kita 'Jaga... jangan tiru macam Mesir!!' Tetapi, sebenarnya.... dia yang kena berjaga-jaga. Dia yang ambil tindakan berjaga-jaga agar tidak ditimpa bala yang sama.

Apa yang dia kata tu, merupakan satu peringatan, yang juga satu ugutan kepada rakyat 1Malaysianya....

Dia nak bagi tau kita, "Jangan cuba nak rentap kuasa aku, ala-revolusi Mesir"

Kah... kah... kah... Dia TAKUUUUTTTT wa cakap lu!!

Tiada ulasan: